Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 19 Februari 2019

Rokok Di Mulut SU Politik PM Ketika Dalam Restoran, Netizens Persoalkan Mana Keadilan.

SOSMED | Tular gambar Setiausaha Politik Perdana Menteri, Muhammad Zahid Md Arip yang dikatakan melanggar peraturan larangan merokok di premis restoran.

"Kawasan larangan merokok, dikecualikan untuk Setiausaha Politik perdana menteri ke 7 dan Menteri Pembangunan Usahawan pun bagi kebenaran boleh merokok. #maluapabossku," kata individu yang dikenali sebagai Hosny Yunus.



Turut kelihatan berada dalam gambar yang tersebar itu ialah Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof.

Meskipun dikecam hebat, sesetengah netizens beranggapan Setiausaha Politik Perdana Menteri itu hanya sekadar meletakkan rokok di bibirnya dan bukannya merokok di dalam restoran.

Untuk rekod, Kementerian Kesihatan telah menguatkuasakan perintah larangan merokok di semua premis restoran dan kedai makan pada 1 Januari lepas.

Mana-mana perokok yang mahu merokok dikehendaki berada jarak 3 meter dari restoran dan kedai makan supaya tidak menganggu pelanggan sedia ada.

Jika arahan tersebut dilanggar, perokok boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 ataupun penjara 2 tahun mengikut Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. - 19 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...