Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 19 Februari 2019

Uturn Bauksit : Fuziah, Maszlee Antara Yang Teruk Dikecam.

LAPORAN | Setelah bermatian-matian menentang perlombongan bauksit, akhirnya Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar mengumumkan tempoh moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan.


Pengumuman itu sekaligus membenarkan semua aktiviti melombong dan pengeksportan bauksit boleh diteruskan semula, namun kali ini dengan prosedur operasi standard (SOP) baharu serta penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat.

“Moratorium tidak akan dilanjutkan selepas 31 Mac ini…Saya nampak industri bauksit di negeri Pahang ini memang ada permintaan yang tinggi dan dan keuntungan yang diperoleh oleh kerajaan juga banyak.

“Pada 2015 sahaja kerajaan negeri direkodkan menerima RM47 juta hasil pembayaran royalti, kerajaan pusat kita tidak dapat apa-apa bahagian, hanya beri kelulusan untuk permit import (AP) sahaja.




“Dalam perbincangan dengan semua pihak berkepentingan sebelum ini tidak ada satu pun yang menyatakan kita kena hentikan industri bauksit di Pahang, sama ada pemimpin politik tempatan mahupun kerajaan negeri semua bersetuju industri ini ada potensi besar dan ia perlu diteruskan,” katanya dalam kenyataan itu yang diterbit Bernama pada isnin.

Pengumuman itu bagaimanapun memberikan kesan negatif kepada imej kerajaan terutamanya YB Fuziah Salleh yang dilihat begitu menentang perlombongan bauksit selama ini.

Di sosmed, Timbalan Menteri itu diserang bertubi-tubi oleh netizens yang menuntut dirinya untuk memperjelaskan pendiriannya dalam isu bauksit. 


Kenyataan terbarunya seperti dipetik Bernama, Fuziah memberitahu beliau tidak pernah menghalang aktiviti bauksit kerana ia membawa pendapatan kepada negeri dan rakyat namun perlombongan perlu dilakukan secara berhemah tanpa menjejaskan alam sekitar dan rakyat.


Ini bercanggah dengan apa yang pernah beliau ungkapkan di Facebook pada 18 November 2015, iaitu, "Segala keuntungan dari bauksit ini tidak mungkin boleh menggantikan kesusahan yang dialami oleh rakyat dengan kegembiraan.  Ia juga tidak boleh mengembalikan kerosakan ke atas alam dan tidak boleh membeli kesihatan apabila anak sendiri sakit nanti akibat pencemarana bauksit. Maka renung-renungkanlah. Saya berjuang demi masa depan anak-anak kita," katanya dalam kenyataan itu.

Maszlee Malek yang juga lantang mempersoalkan isu bauksit suatu ketika dahulu turut dikecam netizens.

Bagaimanapun seperti biasa, menteri itu mengambil langkah proaktif membendung kecaman dengan membuang semua status-status Facebook yang boleh menggangu-gugat krediblitinya sebagai pemimpin yang tidak bersikap munafiq. - 19 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...