Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 19 Februari 2019

REITs dan Levi Pelepasan : Debat Wan Azizah VS Najib.

Wan Azizah Wan Ismail | REITs dan Levi Pelepasan

(REITs : Real Estate Investment Trusts / Amanah Pelaburan Hartanah)

 
Jika aset hendak dijual, lebih mudah ia dijual secara langsung, tidak perlu menubuhkan REITs.

REITs bukan satu kaedah untuk jual aset. Ia berupa satu kaedah yang mengumpul hartanah-hartanah dalam satu surat ikatan amanah (trust deed) dan membenarkan para pelabur institusi dan individu mengambil bahagian dalam perlaburan tersebut.

Dalam masa yang sama, pemilik aset terus memiliki majoriti unit dalam REITs dan mengurus hartanah tersebut.

Dengan 30% di tangan ramai pelabur, adakah kerajaan yang memegang 70% hilang hak dan lupus mandat untuk mengurus hartanah tersebut?

Adakah KPJ Group tidak lagi mengawal bangunan-bangunan hospitalnya hanya kerana ia menubuhkan KPJ REITs? Adakah Sunway Group juga lupus kawalan ke atas bangunan-bangunannya selepas penubuhan Sunway REITs?

Hanya orang yang dangkal sahaja yang mengatakan kerajaan tidak akan dapat mengurus aset2 ini selepas dijadikan REITs.

Struktur REITs juga membolehkan kerajaan mengembangkan aset sama ada dengan pembinaan yang baharu atau ubahsuai yang sedia ada tanpa melibatkan modal baharu daripada kerajaan disebabkan dana daripada para pelabur ini.

Usaha kerajaan ini juga akan memberi satu impak yang positif ke atas pasaran REITs di Malaysia, kerana REITs disenaraikan dan dengan itu ia akan memberi impak positif ke atas pasaran modal negara.

Adakah Tenaga Nasional, Telekom Malaysia, Maybank, CIMB dipunyai 100% oleh kerajaan? Sudah pasti tidak, bukan?

Jika 100%, tidak bolehlah syarikat-syarikat ini disenarai di Bursa Malaysia. Tidakkah kerajaan masih terus mempunyai kuasa mengurus ke atas syarikat-syarikat ini?

Sudah pasti!

Berkaitan levi pelepasan yang akan diperkenalkan, penerima akhir atau ultimate recipient ialah Jabatan Kastam, dan bukan Malaysia Airport.

Levi ini adalah salah satu usaha kerajaan mempelbagai punca cukai tanpa impak ke atas golongan B40. Golongan yang biasa mengguna perkhidmatan kapal terbang adalah dalam kalangan T20 dan M40.

Bukankah cara ini lebih baik daripada GST?

Dalam masa yang sama, levi ini juga diharap dapat merancakkan lagi industri pelancongan negara.


-----------

Jawapan;

NAJIB RAZAK | Saya menjawab posting TPM Wan Azizah Wan Ismail:


1. Buat apa orang labur dalam REIT jika tiada pulangan?

Siapa dan dari mana pulangan ini datang dari?

Itu datang dari sewa yang hospital dan airport kena bayar setiap bulan.

2. Selepas REIT ditubuhkan, hakmilik tanah-tanah berkenaan adalah di bawah nama siapa?

Tentu ianya di bawah nama REIT dan bukan lagi kerajaan.

3. Ya, betul. Jika hanya jual 30% maka kerajaan masih boleh mengawal.

Tetapi selepas buat REIT dan menjual kepentingan 30%, adakah ianya jauh lebih senang menjual baki 70%?

Tidak perlu untuk menilai setiap bidang tanah lagi kerana setiap unit REIT sudah ada harga pasaran.

Satu lagi. Jangan kelirukan pengawalan dengan pemilikan.

Jika sekarang, kita milik 100% kita juga kawal.

Dan kita masih boleh kawal jika kita milik 70% tetapi baki 30% sekarang milik pihak swasta.

Saya juga tidak pernah mempertengahkan isu kawalan di dalam hantaran saya.

Terima kasih juga kepada TPM kerana mengesahkan bahawa ianya benar-benar niat kerajaan PH untuk menjual 30% kepentingan dalam semua lapangan terbang dan bangunan hospital kerajaan.
- 19 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...