Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 21 Disember 2013

Najib, Ambil RM200 Ini Dan Pergi Shopping Sekarang - Makmal Kaji Kos Sara Hidup.

Semalam Najib beria2 memberitahu bahawa dia faham kita. Dia kata ;


Dan dia kata lagi ;



Penubuhan makmal kos sara hidup ini aku tidak tahu. Adakah ia memerlukan perbelanjaan tambahan? Memang la ia di urus selia di bawah PEMANDU tapi aku tak pasti jika2 mereka akan diberikan peruntukkan tambahan disebabkan penubuhan makmal ini. Jika ia memerlukan duit maka aku cadangkan Najib jangan susah2 payah tubuh makmal. Sebaliknya ikut la cadangan aku. 

Kumpulkan 10 orang menteri. Aku rasa menteri2 yang layak ialah ;

1. Rosmah
2. Najib
3. Shahidan Kassim
4. Nazri Aziz
5. Zahid Hamidi
6. Hassan Malek
7. Sabri Ismail
8. Tengku Adnan
9. Ahmad Maslan
10. Muhyiddin Yassin.

Ini antara menteri2 yang berlagak bila buat statement2 di depan media. Menteri2 ini akan menjadi tikus putih = bahan ujikaji untuk makmal kos sara hidup. Ujikaji yang mereka akan jalankan ialah ;

Peringkat pertama. 

1. Mula2 kita akan bagi no. No2 ini mewakili bilangan ahli keluarga mereka. Daripada 1 - 10.

2. Setiap menteri akan diberikan rm200.00

3. Kita akan hantar mereka ke pasaraya dan minta mereka gunakan rm200 untuk beli keperluan harian iaitu MAKANAN + BARANGAN ASAS SAHAJA untuk digunakan selama sebulan bagi ahli2 keluarga mereka. Contoh barangan asas macam ubat gigi, pampers, ubat nyamuk, sos cili, gula, milo dan sebagainya.

4. Setiap menteri boleh memilih untuk menghabiskan ataupun tidak menghabiskan duit yang mereka miliki.

5. Selepas itu mereka boleh la gunakan hasil ujikaji pada hari itu untuk mereka bawa ke mesyuarat kabinet akan datang.

6. Boleh tengok dan banding orang yang ada 10 ahli keluarga macam mana perbelanjaan mereka berbeza dengan orang yang hanya tanggung diri sendiri.. itu sebab BN kena maki fack kaw2 bila perkenalkan BRIM untuk orang bujang.  Then gunakan otak untuk mula berfikir mengenai masalah rakyat dari sekarang.

Tak payah susah2 buat makmal pun.

Then peringkat kedua.

1. Kita akan bagi setiap menteri rm900 seorang. 

2. Menteri2 tersebut hanya boleh belanjakan apa2 yang mereka nak dengan menggunakan wang tersebut.

3. Tak boleh tol free, minyak free, ataupun naik kenderaan rasmi. Kena guna kenderaan sendiri, pergi dan balik kerja selama sebulan.

4. Makan pun kena belanja sendiri. Gunakan duit dari 900 tadi tue.

5. Semua elaun, kelebihan yang menteri2 selalu dapat selama neh akan dinyahaktifkan selama sebulan.

6. Dan hidupla ko jadi rakyat biasa dengan gaji rm900 selama sebulan.

Lepas sebulan boleh bentangkan hasil ujikaji tersebut pada mesyuarat kabinet yang akan datang.

Tak payah susah2 buat makmal pun. Letakkan diri ko di kedudukan rakyat. Aku nak tengok menteri mana yang akan cakap saya bersyukur hidup di negara neh. Naikkan la lagi semua harga barang. Memang best dan seronok sangat hidup di bawah pentadbiran BN.

KAH KAH KAH

Jumaat, 20 Disember 2013

Isu Tol : Kerajaan BN Kantoi - Sebarkan !!!!

Kalau dah dasar penipu tue tetap la penipu juga. Sekarang neh BN dah terkantoi gila babi dalam isu tol. Ini memang betul2 kantoi yang membunuh neh. 

KAH KAH KAH

Perhatikan gambar kat bawah neh beb ;


Rujukan berita  : http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130221/dn_31/Kerajaan-untung-RM358-juta-hasil-penstrukturan-semula-tol

Tarikh berita 21/2/2013

Isi kandungan berita :

1. Kerajaan umumkan yang mereka untung RM35.8juta bila menstruktur semula perjanjian tol dengan syarikat konsesi tol.

2. Kerajaan lazimnya memang dapat untung melalui tol tetapi selalu kena pulangkan semula kepada syarikat konsesi tol dalam bentuk pampasan..

3. Selepas penstrukturan semula dibuat, kerajaan dapat untung, tak perlu bayar pampasan, kadar tol juga tak perlu dinaikkan.

4. Kesemua pihak dapat keuntungan dan keuntungan syarikat konsesi lebuhraya pun tak terjejas.

Tak rasa macam chelakey nak mampos ke selepas beberapa bulan berlalu then tiba2 pada bulan December kerajaan bagi alasan bangang untuk menaikkan kadar tol atas alasan tidak mampu lagi menanggung bayaran pampasan yang tinggi baru2 neh?

Dah tue berita bulan February berita apa bangang? Apsal tak struktur semula aje perjanjian tol tue macam yang korang buat pada awal bulan hah? Nak memperbodohkan orang? Silap besar la lue BN. Lue yang kena tembak balik lagi la ada.

Lihat bawah ;



Link berita dah bagi.

Gambar pun dah buat.

Sumber Utusan dan BERNAMA oke. Sekarang pergi bagitau pemimpin masing2. Sentiasa la buat kenyataan media demi kenyataan media. Sebab itulah antara point kami untuk kantoikan korang. Oke?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KDN Anjur Program Kaitkan Mat Sabu Dengan Syiah?

Jika ini program under kerajaan, dan jika terbukti Mat Sabu syiah, kita boleh anggap program2 ini sebagai program untuk menerangkan situasi dan fakta umum kepada orang ramai. 

Namun, memandangkan KDN belum lagi ada bukti yang jelas dan Mat Sabu sendiri tidak terbukti menganuti fahaman syiah, maka penganjuran program2 seperti ini adalah seperti serangan politik dan ia sewajarnya tidak patut berlaku. Serangan politik peribadi gunakan jentera milik kerajaan bukan benda yang betul.

Baru2 ini kami mendapat maklumat.

Lihat gambar ;


Lokasi : IPD Kulai.
 
Program neh dikatakan di bawah kementerian. KDN bertanggungjawab. Dalam program tersebut ada paparan klip2 yang secara jelas dan terang, mengaitkan Mat Sabu dengan syiah. Sedangkan Mat Sabu sudah tampil menafikan perkara tersebut. Lagipun kes neh dah jadi urusan mahkamah. Selepas Mat Sabu tampil buat penafian dan keluarkan kenyataan untuk saman. Bukan sebelumnya oke.

Tidakla aku nak masuk campur perkara yang dah jadi urusan mahkamah dan sebagainya. Cuma aku rasa KDN pun silap juga kalau masih lagi menganjurkan program2 seperti neh dan berterus terusan mengatakan Mat Sabu ada kaitan dengan syiah. Kenapa tidak gunakan kuasa penguatkuasaan dan pendakwaan untuk mendakwa Mat Sabu?

Yang lebih penting, kenapa tidak focuskan untuk melawan mereka2 yang mengakui mereka itu penganut syiah terlebih dahulu, seperti kewujudan ketua syiah Malaysia yang keluar masuk paper siap report polis bagai kat Kedah tue?

Semuanya ahli PAS.. itulah yang dilaporkan dalam gambar yang dipetik dari klip video di atas.. apa maksudnya? Jika ini serangan peribadi terhadap PAS atas nama perbezaan idelogi politik, gunakan jentera parti memang tak wajar. Jangan serang belakang2 ma. Kalau ada bukti tangkap dan dakwa saja.

Ini tidak. Buat program demi program. Brainswash otak orang ramai. Anjur program gunakan duit kerajaan. Kalau sungguh nak selesaikan masalah neh, kita tak buat program nak kutuk2 PAS sana sini. Sebaliknya kita usaha cari bukti then gunakan kuasa untuk mendakwa. 

Macam tue baru la selesaikan masalah.

Buat program kutuk PAS tak selesaikan masalah. Bahkan ini sebenarnya salah satu cara untuk tambah masalah.

Lue fikirlah sendiri ek. 

Dividen ASB 2013 Turun - Ada Juga Perkara Yang Turun Nilai Di Malaysia Rupanya..

Ingatkan semua naik. 

Semua benda yang melibatkan wang sejak akhir2 neh naik dan naik secara mendadak serta berjemaah kat Malaysia neh. Tetapi perkara tersebut tidak pula membabitkan dividen ASB. Semalam ASB mengumumkan kadar dividen yang diagihkan kepada pemilik2 saham ASB.

Dan kalau baca apa yang disediakan oleh portal BeritaSemasa, rujuk sini ;


  1. Dividen 2012 : 7.75 + 1.15 Menjelang PILIHANRAYA (Dividen naik)
  2. Dividen 2011 : 7.65 + 1.15
  3. Dividen 2010 : 7.50 + 1.25
  4. Dividen 2009 : 7.30 + 1.25 Selepas Pilihanraya (Dividen Naik)
  5. Dividen 2008 : 7.00 + 1.75 Tahun Pilihanraya (Dividen Turun)
  6. Dividen 2007 : 8.00 + 1.00
  7. Dividen 2006 : 7.30 + 1.25
  8. Dividen 2005 : 7.25 + 1.75 Selepas PILIHANRAYA (Dividen Kekal)
  9. Dividen 2004 : 7.25 + 2.00 Tahun PILIHANRAYA (Dividen Kekal)
  10. Dividen 2003 : 7.25 + 2.00
  11. Dividen 2002 : 7.00 + 2.00
  12. Dividen 2013 : 7.70 + 1.00 Selepas Pilihanraya (Dividen Turun)
  13. Dividen 2001 : 7.00 + 3.00
  14. Dividen 2000 : 9.75 + 2.00 Selepas Pilihanraya ( Naik)
  15. Dividen 1999 : 8.50 + 1.50 + 2.0 (2sen adalah bonus istimewa) Tahun Pilihanraya (Naik)
  16. Dividen 1998 : 8.00 + 2.50
  17. Dividen 1997 : 10.25 + 1.25
  18. Dividen 1996 : 10.25 + 3.00 Selepas Pilihanraya (Naik)
  19. Dividen 1995 : 10.0 + 3.00 Tahun Pilihanraya (Naik)
  20. Dividen 1994 : 9.50 + 4.50
  21. Dividen 1993 : 9.00 + 4.50
  22. Dividen 1992 : 7.50 + 5.00
  23. Dividen 1991 : 8.50 + 4.00 Selepas Pilihanraya (Naik)
  24. Dividen 1990 : 8.00 + 6.00 Tahun Pilihanraya
 Kalau ikut patern yang dikaji oleh penulis portal tersebut kita dapati bahawa ;

1. Sudah dua kali selepas PRU, dividen ASB turun.

2. Semasa dan sebelum PRU ia naik.

3. Selepas PRU ia turun.

Ini mungkin satu kebetulan. Boleh jadi juga. Tapi boleh jadi juga ia memang disengajakan.

Hahaha..

Apa pun ada satu benda sahih berlaku tiap2 tahun samada selepas PRU mahupun sebelum PRU. Kualiti hidup rakyat menurun. Itu yang pasti. Samada selepas PRU ke sebelum PRU ke sejak2 Paklah dan kini Najib memegang tampuk pemerintahan, kualiti hidup rakyat memang menurun. Bahkan menurun dengan banyaknya. Itu patern yang confirm sahih dan fakta beb.

KAH KAH KAH

Rabu, 18 Disember 2013

Surcaj Tenaga Juga Naik Dari 1% kepada 1.6% Bermula Tahun 2014.

Rujuk ;

The RE Fund is created via Section 23 of the Renewable Energy Act 2011 through the implementation of the Feed-in Tariff (FiT) mechanism enabling electricity generated from renewable sources to be paid a premium tariff. The FiT mechanism was implemented on the 1st December 2011 with the enforcement the RE Act 2011. 
However not all electricity consumers are obliged to contribute to the RE Fund. While the RE Fund is critical to ensure the sustainable growth of renewable energy, the Government is mindful to protect consumers with 300 kWh and less of electricity usage (equivalent to RM77) who will be exempted from such contribution. In Peninsular Malaysia only 29% and 38% from Sabah, of the total domestic electricity consumers will be affected.

Seiring dengan kenaikan tarif elektrik, surcaj untuk TENAGA DIPERBAHARUI pun dinaikkan sekali. Pun begitu untuk mereka yang membayar bil elektrik RM77 ke bawah dikecuali untuk membayar surcaj ini.  

Kalau tak silap aku yang guna elektrik banyak neh setakat neh bakal berdepan dengan tiga perkara. 

- Kenaikan surcaj tenaga
- kenaikan tarif elektrik
- pengenalan cukai GST.

Baru2 ini staff TNB kat beberapa page mengamok sakan. Atas beberapa perkara.

1. Kenapa TNB dipersalahkan dalam isu peningkatan tarif elektrik?

2. Mereka persoalkan bukan kah pengurangan subsidi oleh kerajaan yang menyebabkan TNB terpaksa naikkan kadar? Kenapa marahkan TNB? Sila marah kerajaan kerana mereka juga terkesan dengan kenaikan tersebut.

3. Ada staff TNB nak buat laporan polis berhubung kenyataan mengenai kakitangan TNB menerima bonus sebanyak 5 bulan sekaligus menambahkan persepsi negatif awam terhadap TNB.

4. Berhenti tembak TNB, sila tembak dalang sebenar.

Atas neh serba sedikit kronologi kenapa ketidakpuasan ahti itu wujud oleh sesetengah staff TNB. Baikla.

Aku terai figure out alasan no 1 dan 2. Berbekalkan info yang diedarkan oleh menteri, aku dapati pengurangan subsidi itu sememangnya berlaku. Rujuk sini. Tetapi menteri ko tak cakap direct yang rasionalisasikan subsidi itu berlaku disitu.

Apa yang berlaku ialah kerajaan kurangkan subsidi bahan api untuk TNB. TNB tidak mahu menyerap peningkatan kos itu. Jika TNB menyerap peningkatan kos maka kesan pengurangan subsidi hanya akan effect pada TNB sahaja.

Jadi kerajaan kurangkan subsidi = TNB takmo serap kos = maka peningkatan tarif berlaku kepada pihak2 tertentu = tetapi chain reaction dia does effect semua pihak walaupun ko mungkin tak pernah bayar bill pun. Biasalah kapitalis. Minyak naik seposen. Tapi tak pasal2 harga semua jenis makanan naik 20 sen. Kelakar kan?

Untuk point 3 dan 4. Aku baca di page KJ. Memang dinyatakan akan ada laporan polis dibuat. Apa yang aku faham benda neh. Jika bonus itu wujud sekalipun, ia dua benda yang berbeza. Bonus citer lain, kenaikan tarif citer lain. Tarif start naik 2014. So benda neh memang takde kaitan. Memang akhir tahun staff akan dapat bonus. Tak wajar kita persoalkan bonus mereka kerana itu ialah reward atas apa yang mereka kerjakan sepanjang berkhidmat dengan TNB. Jadi aku memang tak masuk campur bab tue.

Cuma, jika nak aku berfikir bahawa TNB tiada kaitan langsung dengan kenaikan tarif elektrik, aku minta maaf. Aku tidak akan berfikir seperti itu.

Orang2 atasan, pihak pengurusan tertinggi, menteri2 mereka berbincang, bermesyuarat sama2 dan buat dasar dan keputusan secara kolektif. Ia samada TNB mahu serap tambahan kos atau tidak mahu serap tambahan kos. Ia samada kerajaan mahu kekalkan jumlah subsidi atau tidak mahu kekalkan jumlah subsidi. Dua perkara neh jek yang aku nampak. Dan aku tak kata salah seorang atau kedua2nya mesti disalahkan tetapi mereka buat keputusan ini secara bersama2. Jadi inila yang aku nampak.

Kalau baca kat blog neh ==> http://ikanlepu.blogspot.com/2011/06/ipp-punya-hal-tnb-sakit.html di ruangan komen korang juga akan nampak dikatakan TNB juga mempunyai saham dalam sesetengah syarikat IPP. Aku tidak kata penulisan dia semestinya benar, oke. Tetapi aku terai google juga.

Ini senarai syarikat IPP ==>  http://www.st.gov.my/index.php/ms/industry/ipps-directories/list-of-independent-power-producers-ipps.html

Yang aku nampak ada satu aje syarikat IPP itu dimiliki sepenuhnya oleh TNB. Yang lain2 tue aku tak sure samada TNB ada saham sikit2 ke takde saham langsung ke atau apa. Yang neh aku zero knowledge. Sapa tahu boleh share apa yang patut.

Cuma aku nak nyatakan kat sini ialah tak guna juga kita dok focus bab point fingers salah sapa, sapa tak salah dalam isu kenaikan tariff neh. Kena masuk frasa baru. Turunkan BN aje. Itu yang sebetulnya.

Oke, bai.

Rosmah Terima Anugerah Antarabangsa Lagi..

Lagi.. dan lagi dan lagi..

Hebat betul mama Rosmah kita. Apa ilmu yang dia pakai sampai kan orang luar negara pun berlumba2 nak mengiktirafkan jasa2 mama Rosmah kita? Bukan hanya anugerah2 dalam negara aje dia berjaya buat koleksi. Kini dia berjaya juga mengoleksikan anugerah2 dari luar negara. Memang worldwide ah mama Rosmah kita. Baru lepas sambut hari jadi terus dapat anugerah.

Terbaek woooo..



Respon dari mama Rosmah ;

Menurut kenyataan itu, pada majlis sama, Rosmah turut menerima pujian kongres secara rasmi daripada Senate of the US State of Georgia yang disampaikan delegasi dari Georgia.

Rosmah tidak dapat hadir pada majlis penganugerahan itu kerana mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke majlis Konsultasi Tahunan Malaysia-Indonesia di Jakarta, Indonesia.

Beliau mewakilkan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin untuk menerima anugerah itu bagi pihak beliau.

Rosmah melalui kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu berkata anugerah berkenaan menjadi pendorong kuat untuk beliau meneruskan usaha yang dilaksanakan selama ini.

 
Hish hish hish..

Orang luar negara pun takut dengan cefour gamaknya..

KAH KAH KAH

Selasa, 17 Disember 2013

Syiah - Mat Sabu Saman Zahid Hamidi.


Nampaknya Mat Sabu amek tindakan drastik untuk membersihkan diri dia daripada sebarang pertuduhan kaitan dia dengan fahaman syiah. Ini juga membuktikan yang Mat Sabu benar2 mahu membebaskan diri dia dari persepsi yang beranggapan dia menganuti fahaman syiah.

Kaitan antara Mat Sabu dan syiah sebenarnya dah lama berlaku. Even orang2 PAS pun ada yang mempercayai dan mengatakan bahawa Mat Sabu ialah penganut fahaman syiah.

Dengan langkah keras dan tegas dari Mat Sabu ini dapatlah memberikan tanggapan sekurang2nya Mat Sabu mahu membersihkan kembali imej nya dan dia bukan la penganut fahaman syiah.

Apa pun kita tunggu keputusan mahkamah. Kalah atau menang, Mat Sabu syiah atau bukan, biar ia diselesaikan dan ditentukan melalui jalan undang2 oke.

Berita berkaitan ;
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengaitkan beliau dengan fahaman Syiah.

Mohamad berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada panel peguam Pas untuk tindakan selanjutnya ke atas Ahmad Zahid yang menuduhnya terlibat dengan fahaman Syiah, satu ajaran sesat yang mengancam keselamatan negara.

"Saya telah ambil keputusan untuk menyerahkan kepada peguam untuk ambil tindakan mahkamah terhadap Ahmad Zahid saja.

"Pada masa ini peguam saya akan failkan saman ke atas Ahmad Zahid saja kerana bagi saya Ahmad Zahid adalah pencetus kepada tuduhan fitnah ke atas saya itu dan saya percaya tuduhan fitnah yang dilemparkan beliau ke atas saya didasari niat jahat bagi menjatuhkan maruah dan integriti saya," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas, di sini, hari ini.

Jawapan Untuk Menteri - Rakyat Mahu Banjir Naikkan Harga Barang Dihentikan Atau Kami Langgar Putrajaya!


Harga barang sana naik. Harga barang sini naik. Kos perkhidmatan di sana pun naik juga. Kos perkhidmatan di sini pun mao naik. Pendek kata di Malaysia neh tak kira la ko duduk di kampung ke bandar ke ceruk2 hutan ke sedikit sebanyak ko pasti akan terkesan dengan banjir barang naik yang sejak2 BN menang PRU pada MAY 2013 sampai la ke akhir tahun neh pelbagai kenaikan demi kenaikan telah berlaku. 

Sampai ke satu tahap rakyat rasa nak lempang sambil pijak2 je seorang demi seorang menteri2 yang wujud di negara neh.

Apa la guna nya kewujudan mereka, pangkat mereka jika mereka tidak mampu selesaikan masalah rakyat, betul?

Baru2 ini sekali lagi rakyat dilanyak dengan kenaikan kadar tol yang akan berlaku tak lama lagi. Beras pun kemungkinan besar akan naik harga juga. Rujuk sini.

Namun kenaikan ini tidak akan melibatkan PLUS HIGHWAY. Kalau ikut statement media mereka disini ;
A much-anticipated reduction in toll rates fizzled out yesterday, with only one of the 23 concessionaires agreeing to reduce the rates. 
 
PLUS Expressways Bhd agreed to reduce toll rates for its PLUS and Elite highways by 10 per cent -- but only for travel between midnight and 7am from Jan 1 for two years.
Tak naikkan kadar semasa, sebaliknya turun namun bersyarat.

Kadar tol akan dikurangkan sebanyak 10% dari kadar semasa namun hanya melibatkan perjalanan tengah malam sehingga 7 pagi. Bermula 1 Jan 2014 selama 2 tahun. Discount tidak akan terpakai semasa waktu puncak.

Pheww..

Lori biasa nya akan gunakan waktu2 ini untuk travel yang jauh2. Terpakai la discount2 ini untuk lori2. Tetapi rakyat biasa keluar waktu puncak. Maka "kebaikan ahti la sangat oleh PLUS ini" tidak terkesan untuk kebanyakkan rakyat di negara ini. Terima kasih atas pelawaan tersebut, PLUS.

Menurut Wahid Omar jika rakyat tidak mahu membayar tol mereka boleh menggunapakai laluan alternatif. Iaitu laluan tidak bertol. Sebenarnya idea ini sangat2 tepat jika kerajaan menyediakan laluan alternatif bagi kesemua jalan2 raya yang wujud di negara ini. Contohnya dari Ipoh ke KL. Ada laluan alternatif tanpa membayar tol. Ikut Kepong.

Tapi apakah laluan alternatif ini terpakai kepada pengguna2 dari negeri lain pula? Contohnya mereka yang tinggal di Selangor dan KL. Adakah mereka juga boleh mengelakkan diri dari tol? Contohnya nak p KLIA. Adakah laluan tidak bertol? Aku tidak tahu. Yang aku tahu jalan bertol aje ada la. Kalau ada laluan tidak bertol mohon la kongsikan disini.

Kemudahan highway ialah untuk menyenangkan pengguna. Ada sesetengah jalan bila kita ikut jalan tidak bertol, maka lambat sampai. Kadang2 jalan tersebut tidak cantik. Almaklumla. Takde tol la katakan. Sapa nak peduli jalan2 macam tue kan? Even jalan yang ada tol pun tak semestinya elok. Apatah lagi jalan yang takde tol. Kadang2 jarak perjalanan jalan lama lebih jauh berbanding jalan bertol. So elakkan bayar tol ataupun bayar lebih untuk duit minyak. Eh, petrol pun dah kerajaan naikkan selepas naikkan tol. Masa naikkan petrol menteri nasihatkan guna pengangkutan awam untuk lebih jimat. Tahu2 aje sekarang neh tambang pengangkutan awam pun dinaikkan. Teksi, bas sekolah, LRT, KTM, bas ekpress, cakap apa saja yang tidak dinaikkan? Apa lagi alternatif yang rakyat ada? 

Nak naik teksi pun mahal.
Nak naik LRT pun tambang dinaikkan.
Bas Rapid juga akan revise kadar tambang baru.
Kenderaan sendiri? Kena lanyak double lagi. Minyak dan tol ko naikkan secara berjemaah. 

Cantik.

Lepas tue ko minta rakyat berjimat cermat.

Yelah. Nak jimat la neh. Nak kawal perbelanjaan la neh. Tapi macam mana kalau kerja ko asyik naikkan itu ini dengan sesuka ahti aje. Tak fikir sama ka mereka2 yang betul2 tak mampu serap kenaikan demi kenaikan yang semakin menggila neh?

Sesetengah orang mungkin ada alternatif yang lain. Mampu serap kenaikan dari makan nasi kepada makan maggie kepada eh jangan makan langsung pun oke juga.

Tetapi sesetengah orang yang memang jenis tak makan langsung nak buat macam mana?

Bunuh diri sendiri atau apa?

Sepatutnya, buat masa sekarang kerajaan kena hentikan segala bentuk kenaikan yang kerajaan jadual nak naikkan. Dan start cermin diri. Lepas tue letak jawatan. Sebab apa? Baca sendiri kenyataan kementerian kewangan kat sini ;


Polisi pengurangan subsidi yang menyebabkan kos sara hidup naik terpaksa dilakukan kerajaan bagi mengelakkan negara terus mengalami peningkatan defisit dalam kewangan negara, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menurutnya, ia satu keputusan sukar bagi pihak kerajaan namun jika ia tidak dilakukan, ia akan terus memberi tekanan kepada kantung negara.

"Ia adalah satu isu yang sukar bagi kerajaan. Apa pilihan kita? Buat seperti biasa, dengan defisit dan ketidakcekapan?

"Kalau kita teruskan polisi sekarang yang tidak berbuat apa-apa, ia akan menyebabkan tekanan kepada akaun semasa kita.


"Yang penting kita buat ini secara beransur-ansur dalam masa beberapa bulan.

"Rakyat kena faham bahawa jika kita tak buat apa-apa kita akan berhadapan masalah dalam masa depan," 
Rujukan :  http://www.malaysiakini.com/news/249489

Ketidakcekapan. Siapa yang tadbir negara ini? Ketidakcekapan ini akan terus berlaku dan berlaku jika punca ketidakcekapan ini tidak dibendung. Mengurangkan jumlah subsidi tidak menyelesaikan masalah pokok jika ketidakcekapan masih mentadbir negara ini kerana ketidakcekapan akan menyebabkan ketidakcekapan dalam perkara lain pula di masa2 akan datang.

Untuk mengatasi masalah ini ketidakcekapan harus diberamboskan, dinyahkan, diturunkan, dari apa2 jawatan pentadbiran dalam negara untuk memberikan laluan kepada cekap mengambil alih pentadbiran. 

Faham tak macam mana kita patut selesaikan masalah ini?

1. Buang ketidakcekapan = menteri2 bangang.
2. Lantik yang cekap buat kerja.
3. Maka yang cekap akan cari solusi terbaik untuk selesaikan masalah tanpa menyebabkan mana2 pihak tertindas.

Jika kerajaan masih enggan mendengar keluhan rakyat maka jangan la membantai rakyat pula jika kami berkumpul di Putrajaya. Mungkin penasihat2 para menteri memberikan nasihat yang salah kepada menteri2. Mungkin kakitangan yang menteri2 lantik memberikan mesej dan gambaran yang salah mengenai apa yang rakyat fikirkan sekarang neh. Tiada masalah.

Kami akan datang ke Putrajaya, berkomunikasi, bercakap, berterus terang, memberitahu apa yang kami rasa selama neh. Ketika itu nanti janganla para menteri memalingkan muka pula. Apatah lagi lari ke luar negara. Bila masanya kita nak bersembang2 bersua muka kenal dan memahami isi ahti masing2, bertukar2 pendapat kalau hanya menteri aje dibenarkan bercakap sedangkan masing2 ada mulut, betul tak?

Untuk memastikan pertemuan itu wujud, berlaku atau ada, teruskan naikkan harga pelbagai barang. Kerana rakyat memang tak sabar2 nak melawat Putrajaya. Rakyat bukan bodoh. Mereka sedar dan semakin sedar. Demo sana demo sini tidak akan menyelesaikan apa2 jika tak dapat berjumpa menteri2 yang dimaksudkan, betul? Jika Putrajaya kami tak dapat, depan rumah menteri pun takde hal. Biar satu dunia kecoh. Cabarla la rakyat.

BTW, jika Wahid Omar rasa kenyataan dia disalah petik, tampil buat penafian dan kenyataan balas. Kita pun rasa pelik juga macam mana orang cerdik neh tetiba jadi bangang bila start dilantik menjadi menteri oleh BN. Tolongla..

Exco PR Sombong, Lari, Rakyat Menangis Bakal Lebur 16,500 !!!!!

Gila !!!!

Sombong nak mampos. Berlagak gila babi. Kalau ikut dari apa yang aku baca kat SH neh memang macam sial ah perangai YB tersebut. YB ataupun exco tersebut ialah dari Pakatan Rakyat. Sebenarnya tak sesuai langsung letak nama rakyat kat belakang tue. Pasal bukan semua tindakan2 mereka pro kepada rakyat marhaen pun. Better letak pakatan pembangkang. Lebih sesuai dengan pergerakkan dorang.

Hahaha.. 

Baca sikit ;

Kira-kira 100 pembeli rumah kos rendah di Jalan Permai, Bukit Gambir hadir ke pekarangan Dun bagi mendapatkan kepastian mengenai permohonan mendapat bantuan dari kerajaan negeri.

Mereka yang tiba di luar pintu pagar Dun meluahkan perasaan tidak puas hati apabila terpaksa menunggu di pejabat pemaju sejak pagi semalam tanpa kehadiran wakil dari pejabat Exco Perancangan Bandar dan Desa dan Perumahan seperti yang dijanjikan.

Wakil pembeli, Mohd Amin Abdul Kadir berkata, mereka diminta menunggu di pejabat syarikat pemaju berkenaan yang terletak kira-kira dua kilometer dari Dun sejak jam 8 pagi namun tiada wakil yang muncul.

“Kami rasa dipermainkan kerana wakil kerajaan negeri tidak hadir seperti yang dijanjikan. Kami sebagai rakyat memerlukan campur tangan wakil rakyat berikutan masalah kami seolah-olah ditipu pemaju.

“Kami tunggu di pejabat pemaju sejak jam 8 pagi, namun sehingga jam 3 petang, tiada wakil kerajaan negeri muncul sedangkan mereka dah janji. Mereka yang bagi tarikh supaya kami ke sana pada hari ini (semalam) untuk berbincang namun difahamkan wakil Exco Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan, ada mesyuarat sebab itu kami ambil keputusan untuk datang ke sini,” katanya kepada media.

Menurutnya, mereka terkilan kerana sebelum ini kerajaan negeri pernah berjanji akan membantu untuk menyelesaikannya namun tidak seperti dijanjikan.


Kumpulan itu kemudian beredar selepas 15 minit berkumpul di hadapan Dun dan berpuas hati dengan tindakan Adun Pengkalan Kota, Lau Keng Ee yang berjanji akan membawa masalah mereka kepada Exco Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan, Jagdeep Singh Deo untuk diselesaikan.

Menurut blogger ASD pula ;
Lebih malang lagi buat mereka bilamana Exco yang terbabit seolah-olah cuba melarikan diri dari berhadapan dengan mereka bagi membantu menyelesaikan kebuntuan mereka.

Malah pembantunya yang dihubungi apabila diterangkan kronologi peristiwa mengenai rumah mampu milik yang tak mampu dimiliki itu, mendakwa pihaknya sedar akan perkara itu kerana banyak aduan telah diterima mengenai projek perumahan itu.

Katanya "Jika terbukti dakwaan itu benar, pihak kerajaan negeri boleh menyekat pengeluaran sijil menduduki (CF) bagi projek tersebut.

Bila ditanya pembeli, apa yang perlu dilakukan oleh pembeli buat masa sekarang?.. katanya "Tuan perlu korbankan RM16,500 sebagai bayaran pendahuluan..

Tak ke bodoh namanya itu.. bayar RM16,500 untuk sesuatu yang tak pasti.. apa akan jadi dengan RM16,500 itu jika sijil menduduki tidak dikeluarkan oleh kerajaan?

Bila ditanya bila boleh berjumpa dengan YB Exco perumahan itu, jawabnya pula "Buat masa sekarang YB sibuk, bagaimanapun kita akan tetapkan satu waktu untuk perjumpaan dengan pembeli-pembeli..

Oooo.. masa kempen pilihanraya dulu sibuk macam manapun sampai pukul dua atau tiga pagi masih sanggup turun padang jumpa pengundi.. sekarang?

Rujukan penuh disini. Dengan video amuk sekali ada. ==>  http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/12/bila-rumah-mampu-milik-menjadi-rumah.html

Kepala hotak kau. Agak2 la woit nak leburkan duit rakyat sampai rm16,500. Inila pentingkan communication education. Jangan main cakap aje. Benda macam neh seriyus. Ini bukan sembang kedai kopi. Suka2 nak keluarkan kenyataan. Setiap kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan negeri oleh mana2 pegawai mereka bermaksud kenyataan dari pihak yang diwakili juga. Kalau tak reti nak berkomunikasi diam lebih baik. Gunakan ayat simple dan sempoi sudah. 

Kami akan cari jalan untuk selesaikan masalah. Beri kami peluang untuk kumpulkan maklumat dari semua pihak yang terlibat. 

Nah, simple as that.

Aku setuju dengan pendapat ASD. Masa PRU hari tue, usah kata jam 2 pagi, jam 4 pagi pun sanggup bekerja dan berkejar untuk dapatkan undi. Bila dah menang kemain berlagak lagi kau yer?

Kejap lagi ada la yang panas ahti dan mula memaksumkan pemimpin2 mereka.

Hahaha..

Tunggu dan lihat. Lepas tue nanti ada la statement penjelasan. Sebenarnya begini2. Kita dah salah faham. Kita tak faham jalan citer. Macam la orang BODOH sangat tatau citer sebenar. Yang dikisahkan ialah attitude wakil rakyat tersebut.

Bab projek kita tahu ia bukan under kerajaan negeri. Ia under syarikat perumahan. Yang tue citer lain. Ini kita citer pasal attitude wakil rakyat. Kalau tak reti nak serve rakyat berambos saja la. Lantik orang yang reti. Faham?

BTW, untuk rekod syarikat perumahan neh telah melakukan penipuan. Rumah neh pada asalnya projek perumahan mampu milik. Tetapi tetiba bertukar menjadi projek perumahan yang tidak mampu milik bila harganya dinaikkan secara tiba2 tanpa ada perjanjian dan makluman secara bertulis kepada para2 pembeli perumahan tersebut.

Rujuk ;


Ikut apa yang aku rasa wakil rakyat di kawasan berkenaan boleh buat ;

1. Aturkan pertemuan dengan syarikat pemaju dengan pembeli rumah.

2. Lepas tue dengar komplen2 pembeli perumahan.

3. Then bantu selesaikan masalah rakyat tanpa leburkan wang deposit mereka.

4. Projek perumahan tersebut mestilah didesak untuk kembali kepada matlamat asal. Jangan biarkan dorang lari matlamat. Ingat. kalau kerajaan negeri biarkan mereka jalankan projek, mereka boleh dapatkan pembeli lain.. so mereka tetap untung juga walaupun pemulangan deposit berlaku disitu..

Tambah2 lagi PR ialah kerajaan negeri kat situ. Kalau depa tak selesaikan masalah neh dengan sewajarnya kita maki mereka ramai2 oke. 

KAH KAH KAH

Isnin, 16 Disember 2013

Kerana Tampar Orang Awam, Anggota Polis Dipindahkan Serta Merta..

Semua neh gara2 tersebarnya satu video mengenai aksi seorang anggota polis yang menampar orang awam. Bagi yang belum menonton video tersebut boleh la klik sini.

Rakaman tue pendek aje. Tetapi memang kontroversi gila kerana babitkan penjawat awam yang bernama polis. Seperti yang diketahui umum, imej polis di Malaysia telah jatuh dengan teruk sejak kebelakangan ini. Kes2 berkaitan politik, siasatan dan pendakwaan terpilih dan double standard dalam penguatkuasaan undang2 serta pelbagai kes rasuah menjadi faktor2 utama kenapa imej polis merosot dengan teruk dan banyaknya di mata rakyat. 

Kalau ikut survey yang pernah dilakukan oleh universiti apa tah, lupa plak aku, ahli politik, polis dan wartawan antara 3 individu yang masyarakat memilih untuk jangan la ko nak percaya cakap2 dorang sebarangan..

HAHAHAHA..

Mini wartawan macam aku blogger pun tak pasal2 terjejas sama. Terasa i tahu tak.

KAH KAH KAH

BTW, ini penjelasan dari pihak polis berkaitan hal tersebut ;

 
Sedikit petikan berita ;

Kenyataan Abdul Rahim itu adalah susulan penyebaran rakaman video menerusi laman sosial sejak Jumaat lalu yang memaparkan perbuatan seorang anggota polis menampar seorang individu dipercayai warga asing, kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.  Kejadian dipercayai berlaku di depan sebuah klinik swasta di Bayan Baru. 

- BERNAMA

Rujukan :  http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisPulauPinangambiltindakanterhadapanggotatamparorangawam/Article/?mutakhir

Kes2 kecil macam neh memang polis kita pakar sembang kencang tunjuk mereka pantas, cekap dan adil. Tapi kes2 kecil yang tak babitkan VVIP, BN dan sewaktu dengan nya la kan.

Kalau ikut dari tindakan PDRM, kita boleh baca bahawa ;

1. Tindakan tampar orang awam meskipun warga asing melanggar SOP kepolisan itu sendiri.

2. Atas dasar itula pegawai polis yang dimaksudkan dihukum.

Dengan tidak berminat langsung nak sebelahkan mana2 pihak, kalau kita diberikan peluang dengar penjelasan dari kesemua pihak yang terbabit pun bagus juga. Baik dari yang kena tampar juga dari yang menampar.

Seperti yang kita sedia maklum, peningkatan warga asing di negara ini menyumbang kepada budaya racist terhadap warga asing kerana adanya warga2 asing ini tidak mematuhi peraturan2 di negara ini sehingga menyusahkan rakyat di negara ini bahkan ada yang melampaui batas dengan mengacau pula rakyat di negara ini. 

Ada sesetengahnya boleh berfikir bahawa tak semua warga asing itu jahat. Tetapi bukan semua mampu berfikir seperti itu. Bila langkah pertama kita salah iaitu tidak mengawal kebanjiran warga asing, tidak membanteras jenayah, gagal menyediakan tahap keselamatan yang baik kepada rakyat Malaysia maka rakyat akan mengheret benda2 lain untuk melepaskan rasa geram dan marah. Kes ini satu contoh. Dan percayalah jika warga asing itu benar2 tidak bersalah, maka negara ini pula akan terheret dalam kancah persepsi negatif politik antarabangsa bagi negara lain.

Oke bai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...