Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 17 Disember 2013

Jawapan Untuk Menteri - Rakyat Mahu Banjir Naikkan Harga Barang Dihentikan Atau Kami Langgar Putrajaya!


Harga barang sana naik. Harga barang sini naik. Kos perkhidmatan di sana pun naik juga. Kos perkhidmatan di sini pun mao naik. Pendek kata di Malaysia neh tak kira la ko duduk di kampung ke bandar ke ceruk2 hutan ke sedikit sebanyak ko pasti akan terkesan dengan banjir barang naik yang sejak2 BN menang PRU pada MAY 2013 sampai la ke akhir tahun neh pelbagai kenaikan demi kenaikan telah berlaku. 

Sampai ke satu tahap rakyat rasa nak lempang sambil pijak2 je seorang demi seorang menteri2 yang wujud di negara neh.

Apa la guna nya kewujudan mereka, pangkat mereka jika mereka tidak mampu selesaikan masalah rakyat, betul?

Baru2 ini sekali lagi rakyat dilanyak dengan kenaikan kadar tol yang akan berlaku tak lama lagi. Beras pun kemungkinan besar akan naik harga juga. Rujuk sini.

Namun kenaikan ini tidak akan melibatkan PLUS HIGHWAY. Kalau ikut statement media mereka disini ;
A much-anticipated reduction in toll rates fizzled out yesterday, with only one of the 23 concessionaires agreeing to reduce the rates. 
 
PLUS Expressways Bhd agreed to reduce toll rates for its PLUS and Elite highways by 10 per cent -- but only for travel between midnight and 7am from Jan 1 for two years.
Tak naikkan kadar semasa, sebaliknya turun namun bersyarat.

Kadar tol akan dikurangkan sebanyak 10% dari kadar semasa namun hanya melibatkan perjalanan tengah malam sehingga 7 pagi. Bermula 1 Jan 2014 selama 2 tahun. Discount tidak akan terpakai semasa waktu puncak.

Pheww..

Lori biasa nya akan gunakan waktu2 ini untuk travel yang jauh2. Terpakai la discount2 ini untuk lori2. Tetapi rakyat biasa keluar waktu puncak. Maka "kebaikan ahti la sangat oleh PLUS ini" tidak terkesan untuk kebanyakkan rakyat di negara ini. Terima kasih atas pelawaan tersebut, PLUS.

Menurut Wahid Omar jika rakyat tidak mahu membayar tol mereka boleh menggunapakai laluan alternatif. Iaitu laluan tidak bertol. Sebenarnya idea ini sangat2 tepat jika kerajaan menyediakan laluan alternatif bagi kesemua jalan2 raya yang wujud di negara ini. Contohnya dari Ipoh ke KL. Ada laluan alternatif tanpa membayar tol. Ikut Kepong.

Tapi apakah laluan alternatif ini terpakai kepada pengguna2 dari negeri lain pula? Contohnya mereka yang tinggal di Selangor dan KL. Adakah mereka juga boleh mengelakkan diri dari tol? Contohnya nak p KLIA. Adakah laluan tidak bertol? Aku tidak tahu. Yang aku tahu jalan bertol aje ada la. Kalau ada laluan tidak bertol mohon la kongsikan disini.

Kemudahan highway ialah untuk menyenangkan pengguna. Ada sesetengah jalan bila kita ikut jalan tidak bertol, maka lambat sampai. Kadang2 jalan tersebut tidak cantik. Almaklumla. Takde tol la katakan. Sapa nak peduli jalan2 macam tue kan? Even jalan yang ada tol pun tak semestinya elok. Apatah lagi jalan yang takde tol. Kadang2 jarak perjalanan jalan lama lebih jauh berbanding jalan bertol. So elakkan bayar tol ataupun bayar lebih untuk duit minyak. Eh, petrol pun dah kerajaan naikkan selepas naikkan tol. Masa naikkan petrol menteri nasihatkan guna pengangkutan awam untuk lebih jimat. Tahu2 aje sekarang neh tambang pengangkutan awam pun dinaikkan. Teksi, bas sekolah, LRT, KTM, bas ekpress, cakap apa saja yang tidak dinaikkan? Apa lagi alternatif yang rakyat ada? 

Nak naik teksi pun mahal.
Nak naik LRT pun tambang dinaikkan.
Bas Rapid juga akan revise kadar tambang baru.
Kenderaan sendiri? Kena lanyak double lagi. Minyak dan tol ko naikkan secara berjemaah. 

Cantik.

Lepas tue ko minta rakyat berjimat cermat.

Yelah. Nak jimat la neh. Nak kawal perbelanjaan la neh. Tapi macam mana kalau kerja ko asyik naikkan itu ini dengan sesuka ahti aje. Tak fikir sama ka mereka2 yang betul2 tak mampu serap kenaikan demi kenaikan yang semakin menggila neh?

Sesetengah orang mungkin ada alternatif yang lain. Mampu serap kenaikan dari makan nasi kepada makan maggie kepada eh jangan makan langsung pun oke juga.

Tetapi sesetengah orang yang memang jenis tak makan langsung nak buat macam mana?

Bunuh diri sendiri atau apa?

Sepatutnya, buat masa sekarang kerajaan kena hentikan segala bentuk kenaikan yang kerajaan jadual nak naikkan. Dan start cermin diri. Lepas tue letak jawatan. Sebab apa? Baca sendiri kenyataan kementerian kewangan kat sini ;


Polisi pengurangan subsidi yang menyebabkan kos sara hidup naik terpaksa dilakukan kerajaan bagi mengelakkan negara terus mengalami peningkatan defisit dalam kewangan negara, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menurutnya, ia satu keputusan sukar bagi pihak kerajaan namun jika ia tidak dilakukan, ia akan terus memberi tekanan kepada kantung negara.

"Ia adalah satu isu yang sukar bagi kerajaan. Apa pilihan kita? Buat seperti biasa, dengan defisit dan ketidakcekapan?

"Kalau kita teruskan polisi sekarang yang tidak berbuat apa-apa, ia akan menyebabkan tekanan kepada akaun semasa kita.


"Yang penting kita buat ini secara beransur-ansur dalam masa beberapa bulan.

"Rakyat kena faham bahawa jika kita tak buat apa-apa kita akan berhadapan masalah dalam masa depan," 
Rujukan :  http://www.malaysiakini.com/news/249489

Ketidakcekapan. Siapa yang tadbir negara ini? Ketidakcekapan ini akan terus berlaku dan berlaku jika punca ketidakcekapan ini tidak dibendung. Mengurangkan jumlah subsidi tidak menyelesaikan masalah pokok jika ketidakcekapan masih mentadbir negara ini kerana ketidakcekapan akan menyebabkan ketidakcekapan dalam perkara lain pula di masa2 akan datang.

Untuk mengatasi masalah ini ketidakcekapan harus diberamboskan, dinyahkan, diturunkan, dari apa2 jawatan pentadbiran dalam negara untuk memberikan laluan kepada cekap mengambil alih pentadbiran. 

Faham tak macam mana kita patut selesaikan masalah ini?

1. Buang ketidakcekapan = menteri2 bangang.
2. Lantik yang cekap buat kerja.
3. Maka yang cekap akan cari solusi terbaik untuk selesaikan masalah tanpa menyebabkan mana2 pihak tertindas.

Jika kerajaan masih enggan mendengar keluhan rakyat maka jangan la membantai rakyat pula jika kami berkumpul di Putrajaya. Mungkin penasihat2 para menteri memberikan nasihat yang salah kepada menteri2. Mungkin kakitangan yang menteri2 lantik memberikan mesej dan gambaran yang salah mengenai apa yang rakyat fikirkan sekarang neh. Tiada masalah.

Kami akan datang ke Putrajaya, berkomunikasi, bercakap, berterus terang, memberitahu apa yang kami rasa selama neh. Ketika itu nanti janganla para menteri memalingkan muka pula. Apatah lagi lari ke luar negara. Bila masanya kita nak bersembang2 bersua muka kenal dan memahami isi ahti masing2, bertukar2 pendapat kalau hanya menteri aje dibenarkan bercakap sedangkan masing2 ada mulut, betul tak?

Untuk memastikan pertemuan itu wujud, berlaku atau ada, teruskan naikkan harga pelbagai barang. Kerana rakyat memang tak sabar2 nak melawat Putrajaya. Rakyat bukan bodoh. Mereka sedar dan semakin sedar. Demo sana demo sini tidak akan menyelesaikan apa2 jika tak dapat berjumpa menteri2 yang dimaksudkan, betul? Jika Putrajaya kami tak dapat, depan rumah menteri pun takde hal. Biar satu dunia kecoh. Cabarla la rakyat.

BTW, jika Wahid Omar rasa kenyataan dia disalah petik, tampil buat penafian dan kenyataan balas. Kita pun rasa pelik juga macam mana orang cerdik neh tetiba jadi bangang bila start dilantik menjadi menteri oleh BN. Tolongla..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...