Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 15 Disember 2013

Isu Syiah - Ini Jawapan Rakyat Untuk Zahid Hamidi, Mat Sabu, KDN Dan PAS.


Selalunya kita sebagai rakyat mendengar dan mendengar dan mendengar suara2 pemimpin. Oleh kerana dah dibiasakan dengan untuk hanya mendengar dan mendengar dan mendengar sampai satu tahap, kita hampir saja terlupa bahawa kita juga ada mulut. Selain mampu mendengar, kita juga sebenarnya boleh berkata2 jika kita menggunakan mulut kita untuk bersuara sepertimana pemimpin2 menggunakan mulut2 mereka untuk bersuara [menipu].

Dalam isu syiah, kita tidak mahu lagi mendengar apa yang KDN, PAS, Zahid Hamidi dan Mat Sabu ingin sampaikan. Ini kerana masyarakat memerhati. Dalam pada mereka memerhati, mereka juga akan berfikir.

Oleh kerana situasi seperti ini sudah sangat kerap berlaku di negara ini maka masyarakat dapat simpulkan yang isu syiah ini akan berlalu ditelan zaman tanpa ada apa2 tindakan yang drastik, tegas dan PENAMAT oleh mana2 pihak sekalipun.

Hari neh ada tiupan syiah pongpang pongpang, lepas tue berhenti sekejap. Lepas tue nanti ada balik tiupan syiah pongpang pongpang, lepas tue berhenti balik. Dan beginila kitaran isu syiah. 

Dan masalah2 penting yang babitkan rakyat akan jatuh ke tangga ke berapa tah. Sebab pemimpin kerajaan dan pemimpin2 pembangkang dok pongpang2 pasal isu peribadi masing2. Semua orang tahu Mat Sabu syiah ataupun tidak, dia tidak boleh menyebabkan kerajaan membatalkan hasrat kenaikan kadar tol, kenaikan harga bahan api, elektrik, harga barang, GST dan pelbagai lagi masalah2 berat yang dihadapi oleh rakyat pada hari neh. Dan mereka diseret pula untuk berhujah dalam isu syiah sesuatu yang sebenarnya sangat sangat sangat sangat membuang masa jika tiada apa2 langkah untuk menamatkan perkara ini.

Ini pendapat aku selaku rakyat.

1. KDN + Zahid Hamid + Ustaz Zamihan + Jamil Khir + JAKIM = kata ada bukti gred A, gred B, 20 saksi mulut, bukti2 sampingan dan sebagainya. Jadi tak perlu la desak2 Mat Sabu keluarkan bukti mereka bukan syiah. Semua orang tahu itu langkah untuk melengah2 waktu juga sebagai modal untuk berlagak cool depan para media bahawa aku juga ada STATEMENT MEDIA rupanya. Tadaa... hari neh citer pasal aku muncul di paper. Yahooooo..

Rasanya rakyat belum begitu bodoh untuk tidak dapat mengenalpasti perkara2 ini, oke?

2. Apa yang KDN dan geng2 penguatkuasa ini perlu buat ialah TANGKAP SAJA MAT SABU. Lakukan soal siasat. Tertutup, terbuka, tahanan reman atau apa saja. Ikut suka korang la. Janji dalam penguasaan undang2 la. Di samping Mat Sabu tangkap juga la mereka2 yang mengakui mereka mengamalkan ajaran syiah secara langsung seperti ketua syiah Malaysia. Ketua syiah Malaysia = orang melayu + orang Malaysia. Atas sebab apa Mat Sabu salah mengamalkan ajaran syiah [ikut tuduhan KDN]? Kerana dia MELAYU MALAYSIA. Maka mana2 MELAYU MALAYSIA yang mengamalkan ajaran syiah, terutamanya yang mengakui mereka SYIAH secara terang-terangan sampai masuk akhbar apa semua, sila la tahan dan siasat. 

3. Mat Sabu. Dan PAS. Bukan nya korang tidak tahu permainan KDN disitu. Bila kenyataan Zahid dibalas dengan kenyataan Mat Sabu lepas tue Ustaz Zamihan pula, lepas tue Jamil Khir pula, lepas tue PAS pula, lepas tue pemimpin2 PAS yang lain pula, masing2 beratur keluarkan statement masing2. Jadi kebanyakkan berita hanyalah berkisarkan isu syiah, syiah, syiah, syiah dan err syiah lagi?

4. Kita faham PAS ada masalah dengan KDN. Tetapi bukan semua masalah boleh diselesaikan dengan kenyataan media, kawan2.

5. Masalah2 ini sebenarnya memerlukan penyelesaian yang berbeza2. Ikut jenis masalah. Dalam isu syiah neh, adalah amat baik jika PAS dapat keluarkan hanya satu kenyataan media bersama yang mewakili PAS dan Mat Sabu, lepas tue keluarkan surat penafian kepada KDN lepas tue adakan perjumpaan dengan KDN untuk bincangkan isu tersebut. Jika KDN kata nak siasat, maka biarkan aje dia siasat. Sehingga dia umumkan hasil siasatan. Jika Mat Sabu salah atau tidak kena umumkan. Dalam pada KDN dan PAS selesaikan masalah peribadi masing2 ikut cara yang betul, masalah2 rakyat juga dapat dihighlightkan oleh wakil2 rakyat yang lain pula. 

6. Kita tak mahu isu2 syiah neh berlarutan selama 3,4 hari lepas tue stop lepas tue sambung balik, then stop balik. Kita tidak mahu. Kita hanya mahukan satu isu dibuka, dibincang, dibahas then tappppp ada titik penamat disitu. Finish all out. Mat Sabu syiah? Oke dakwa. Mat Sabu bukan syiah? Oke fine tutup cerita. Jangan buka sampai bila2 dah sebab isu dah selesai. Itu la cara orang2 yang cerdik selesaikan masalah. Berbeza dengan politikus2 yang suka jadikan satu2 isu sebagai propaganda politik dan untuk dapatkan millage persepsi. Itu semua sampah beb. SAMPAH!

Tolongla. 

Kita semakin lama semakin dewasa, semakin matang, semakin berpengalaman. Ia sepatutnya dipaparkan melalui cara kita berfikir dan tingkah laku kita. Jangan jadikan akhbar sebagai mahkamah. Pemimpin yang ada kuasa dengan rakyat yang tiada kuasa undang2 tidak boleh disamakan dari segi cara mereka menanggani masalah. Tolongla belajar sesuatu disitu.

Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...