Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 16 Disember 2013

Kerana Tampar Orang Awam, Anggota Polis Dipindahkan Serta Merta..

Semua neh gara2 tersebarnya satu video mengenai aksi seorang anggota polis yang menampar orang awam. Bagi yang belum menonton video tersebut boleh la klik sini.

Rakaman tue pendek aje. Tetapi memang kontroversi gila kerana babitkan penjawat awam yang bernama polis. Seperti yang diketahui umum, imej polis di Malaysia telah jatuh dengan teruk sejak kebelakangan ini. Kes2 berkaitan politik, siasatan dan pendakwaan terpilih dan double standard dalam penguatkuasaan undang2 serta pelbagai kes rasuah menjadi faktor2 utama kenapa imej polis merosot dengan teruk dan banyaknya di mata rakyat. 

Kalau ikut survey yang pernah dilakukan oleh universiti apa tah, lupa plak aku, ahli politik, polis dan wartawan antara 3 individu yang masyarakat memilih untuk jangan la ko nak percaya cakap2 dorang sebarangan..

HAHAHAHA..

Mini wartawan macam aku blogger pun tak pasal2 terjejas sama. Terasa i tahu tak.

KAH KAH KAH

BTW, ini penjelasan dari pihak polis berkaitan hal tersebut ;

 
Sedikit petikan berita ;

Kenyataan Abdul Rahim itu adalah susulan penyebaran rakaman video menerusi laman sosial sejak Jumaat lalu yang memaparkan perbuatan seorang anggota polis menampar seorang individu dipercayai warga asing, kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.  Kejadian dipercayai berlaku di depan sebuah klinik swasta di Bayan Baru. 

- BERNAMA

Rujukan :  http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisPulauPinangambiltindakanterhadapanggotatamparorangawam/Article/?mutakhir

Kes2 kecil macam neh memang polis kita pakar sembang kencang tunjuk mereka pantas, cekap dan adil. Tapi kes2 kecil yang tak babitkan VVIP, BN dan sewaktu dengan nya la kan.

Kalau ikut dari tindakan PDRM, kita boleh baca bahawa ;

1. Tindakan tampar orang awam meskipun warga asing melanggar SOP kepolisan itu sendiri.

2. Atas dasar itula pegawai polis yang dimaksudkan dihukum.

Dengan tidak berminat langsung nak sebelahkan mana2 pihak, kalau kita diberikan peluang dengar penjelasan dari kesemua pihak yang terbabit pun bagus juga. Baik dari yang kena tampar juga dari yang menampar.

Seperti yang kita sedia maklum, peningkatan warga asing di negara ini menyumbang kepada budaya racist terhadap warga asing kerana adanya warga2 asing ini tidak mematuhi peraturan2 di negara ini sehingga menyusahkan rakyat di negara ini bahkan ada yang melampaui batas dengan mengacau pula rakyat di negara ini. 

Ada sesetengahnya boleh berfikir bahawa tak semua warga asing itu jahat. Tetapi bukan semua mampu berfikir seperti itu. Bila langkah pertama kita salah iaitu tidak mengawal kebanjiran warga asing, tidak membanteras jenayah, gagal menyediakan tahap keselamatan yang baik kepada rakyat Malaysia maka rakyat akan mengheret benda2 lain untuk melepaskan rasa geram dan marah. Kes ini satu contoh. Dan percayalah jika warga asing itu benar2 tidak bersalah, maka negara ini pula akan terheret dalam kancah persepsi negatif politik antarabangsa bagi negara lain.

Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...