Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 7 April 2018

Kenapa Tak Siasat Isa Samad Sampai Sekarang Soal Mazlan Aliman.

AJK Parti Amanah Negara, Mazlan Aliman hari ini mempersoalkan tindakan Datuk Seri Najib Razak yang sehingga ke hari ini tidak menyiasat bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad.

"Saya dimaklumkan antara isi kandungan manifesto BN mengenai Felda, yang akan dilancarkan malam ini :

1. Lupuskan hutang tanam semula peneroka


2. Memberi insentif khas kepada peneroka berjumlah RM5,000


3. Membina lebih banyak rumah gen 2&3


4. mewujudkan Dana Khas tanam semula

Felda terletak dibawah Jabatan Perdana Menteri. Menterinya, DS Najib Tun Razak. Mana komitmen beliau memerangi rasuah seperti terkandung dalam Pelan Intergriti antara Felda dengan SPRM?

Mengapa dakwaan kehilangan berbilion wang Felda khususnya di zaman beliau dan Isa Samad, penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja(RCI) seperti dimuatkan dalam manifesto PH tidak berani dikemukakan?

Laporan Audit Negara 2015 dan 2016 secara jelas memberi gambaran buruk mengenai Felda. Apa mekanisme yang dilakukan selain siasatan oleh SPRM?,"
katanya dalam satu kenyataan.




Menurut Mazlan Aliman lagi, Najib sekali lagi berjanji untuk membina rumah generasi kedua Felda sedangkan terdapat banyak rumah-rumah yang terbelangkai namun masih tergamak menawarkan janji baru.

"Malam ini manifesto BN akan mengulangi janji palsu mengenai kononnya pelupusan hutang peneroka. Janji manis BN ini dibuat setiap kali pilihanraya. Lepas BN menang, hutang semakin meningkat!

Disebalik beribu rumah gen 2 yang terbengkalai, buat sekian kalinya malam ini akan diumum lagi rumah gen 2 model baru. Kesian anak peneroka yang mengharapkan sesuatu, seperti menunggu buah yang tak gugur@seperti menunggu kucing bertanduk....

Sedih melihat bangsa ku melayu, ditipu oleh pemimpin melayu!,"
katanya lagi. - 7 April 2018.

ECRL Hanya Guna 30% Khidmat Warga Asing Sahaja - Kata MRL.

Laporan The Edge Market pada 5 April lepas menyiarkan kenyataan Malaysian Rail Link Sdn Bhd (MRL) yang menafikan syarikat itu akan melantik 100% pekerja asing dalam pembinaan ECRL.


MRL Sdn Bhd sebuah syarikat 100% milik Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan telah mengeluarkan kenyataan bahawa hanya 30% daripada pekerja yang terlibat dengan pembinaan ECRL akan terdiri daripada pekerja asing pelbagai negara yang tidak terhad dari China sahaja


Manakala baki selebihnya iaitu 70%, ECRL akan menggunakan khidmat pekerja tempatan.
 
Menurut MRL lagi, berdasarkan kepada semakan status bilangan pekerja semasa didapati sebanyak 1,718 pekerja asing terlibat dalam pembinaan ECRL, dan 311 orang atau 18% daripadanya adalah pekerja dari China.

MRL juga berkata lebih 2,000 pemohon pekerjaan sudah ditemuduga dalam bulan Mac sahaja di 4 kawasan iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Lembah Klang.


Dalam kenyataan itu lagi, China Communications Construction Co. Limited (CCCC) telah membelanjakan 23 juta untuk menjalankan program PLKI - ECRL bagi melatih anak tempatan dalam beberapa kemahiran berkaitan pembinaan ECRL yang mana pelatih-pelatih itu akhirnya akan diserap ke dalam projek ECRL sebagai pekerja. 

Program yang bermula September 2017 itu telah menyaksikan sebanyak 187 pelatih telah berjaya diserap ke dalam CCCC dan ECRL. Setakat ini terdapat 244 pelatih yang sedang menjalani pelbagai latihan kemahiran sebelum diserap ke masuk dalam CCCC dan ECRL sebagai pekerja. - 7 April 2018.

Rujukan : http://www.theedgemarkets.com/article/only-30-ercl-workers-will-be-foreigners-says-project-owner

"ATGNA Tak Pernah Saman", Saya Terkhilaf Kata Nik Abduh.

Ketika menjawab pertanyaan media berhubung tindakannya mengenai penyebaran audio kononnya Nik Abduh berkata Presiden PAS membolehkan makan duit UMNO, Nik Abduh menjelaskan beliau tidak akan mengambil tindakan saman, membuat laporan polis ataupun bersumpah. 

Menulis dalam satu kenyataan di Facebook, Nik Muhammad Abduh berkata;

"Rakaman fitnah : Hal saman dan sumpah 

1) Almarhum ayahanda beratus kali difitnah sepanjang hayatnya, tetapi beliau tidak pernah saman. Malulah saya pada keteguhannya. Dia memilih mahkamah Allah nanti. Itu mahu dia, itulah mahu saya. Itu mahkamah yang pasti tidak akan tersembunyi walau sekecil zarah kebenaran atau kebatilan. 

2) Perakuan penafian keras saya adalah benar dan mencukupi. Bukan kuasa saya untuk memaksa sesiapa mempercayai atau mendustakan saya. 

YB yang menuntut saya bersumpah dengan nama Allah itu, dulu dia telah pun bersumpah dengan nama Allah dan berbai'ah dengan nama-Nya. 

Kemudian dia langgar dan langgar tanpa rasa takut. Apa kalau saya bersumpah, dia akan percaya? Tidak. Dia akan berkata Nik Abduh berbohong dalam sumpahnya. Mengapa? 

Ya, kerana dia kira saya juga akan berbohong sepertinya. Piirraahh.. Sumpah adalah untuk perkara besar atau di tempat yang besar seperti mahkamah atau di hadapan pemimpin kita. 

Pada saya, 'rakaman bohong' itu kecil saja. Bebudak PAN saja yang bertawaf di sekelilingnya, menjadikannya makanan buat jiwa mereka yang lemah dan sakit. 

Fitnah akan lebur dan kebenaran pasti kekal. Mereka mahu menjadikannya bahan bukti? 

Ah, saya juga akan menjadikannya bahan bukti di sana nanti, di hadapan Allah, pemilik suara saya dan anda," tulis Nik Abduh dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, tindakan Nik Abduh yang berkata ATGNA tidak pernah saman mengundang 'backfire' kepada dirinya semula apabila kenyataan itu membuatkannya dikecam oleh beberapa netizens yang dipercayai pro Amanah.

Kumpulan netizens itu kemudiannya bersegera menghadirkan bukti bahawanya ATGNA juga pernah membuat proses permohonan saman atas fitnah yang dilakukan oleh Utusan kepada tokoh agamawan terulung itu.

Selepas dibetulkan, Nik Abduh kemudiannya mengakui kesilapannya dan bersegera membuat tindakan pembetulan termasuklah mengedit post sebelumnya.


"RALAT.

Saya menerima teguran kawan saya, saudara Hisyam Fauzi yang menafikan pernyataan lisan saya di parlimen semalam dan tulisan saya selepas itu yang menyatakan al marhum ayahanda saya tidak pernah mengambil tindakan saman terhadap fitnah ke atasnya. 

Saya terkhilaf untuk mengingati kes saman tersebut. Ia mungkin kerana ianya tidak panjang dan berjaya diselesaikan di luar mahkamah selepas itu. Saya akui kesilapan. 

 Apa pun, butiran yang saya ingin pertegaskan ialah sepanjang puluhan tahun sejarah perjuangan ayahanda yang dipenuhi tuduhan dan fitnah ke atasnya, beliau hanya memilih untuk menafikannya dan menganggap ia kemuncup perjuangan. 

Saman bukan pilihan pertamanya. Mahkamah Allah adalah lebih menenangkan hatinya. Fitnah seperti kata para hukama', senjatanya adalah diam, kembali kepada Allah dan mengadu kepadaNya. Itu, sehinggalah pilihan kedua menjadi pilihan hati. Terima kasih saudara Hisyam Fauzi. Semoga Allah merahmati tuan," tulisnya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini beberapa pimpinan Amanah telah mencabar Nik Abduh untuk menyaman dan bersumpah menafikan suara dalam audio yang mengalakkan makan duit UMNO seperti yang tersebar itu bukanlah suara miliknya. - 7 April 2018.

Pendengarkan Alquran Kepada Lembu - "Penunggang, Penyimpang Agama," Kata Dr. Ahmad Faidhi.

SEORANG Ahli Perubatan, Dr. Ahmad Faidhi Mohd Zaini yang memegang sijil Tahfiz Al-Quran JAKIM, mengkritik tindakan pemerintahan PAS Kelantan yang bercadang memperdengarkan bacaan Al-Quran kepada lembu sebagai program komersial. 

Pengumuman yang dilakukan pada semalam itu bertujuan untuk menyedapkan dan melembutkan daging lembu agar setaraf dengan daging Kobe keluaran Jepun kata
Exco Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.


“Melalui program Naim Beef, kita rangka pelan, buat penyelidikan kerana lembu di sini lebih jinak kerana diantara ciri ciri untuk daging hebat lembu ini kena rilek jinak jadi program naim beef ini merupakan program penyusunan sistem petani mengikut sistem dirancang ke arah mengeluarkan daging yang baik,” katanya kepada pemberita. 

Bagaimanapun cadangan itu dibidas oleh Dr. Ahmad Faidhi Mohd Zaini yang berkata perkara itu sebenarnya menyimpang dari ajaran agama.

"Penyimpang agama. Al-Quran diwahyukan untuk panduan insan, bukan didendang kepada haiwan", tulis Dr Ahmad Faidhi Mohd Zaini dalam satu kenyataan.


Dr. Ahmad Faidi Mohd Zaini turut menyifatkan tindakan PAS itu sebagai menunggang agama.

"Penunggang agama. Memperdagangkan Al-Quran untuk tujuan komersial," katanya lagi.



Di Jepun, lembu-lembu diberikan minum bir dan diurutkan bagi melembutkan daging. - 7 April 2018.

Apa Yang Berlaku Kepada PPBM Ialah Hukum Kifarah, Terimalah Dengan Redha Mahathir.

Oleh : Zaharin Mohd Yassin

Hukum kifarah politik.

Semua orang Islam selalu di ingatkan akan hukum kifarah. Dalam islam dari segi pengertian ‘hukum kifarah’ ialah manusia mesti bertanggungjawab atas perbuatan dan perkara yang dilakukan dan kemudian meneriman balasan yang setimpal.

Pada 30 tahun yang lalu tepatnya pada Febuari 4,1988 UMNO dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi kerana kumpulan yang membawa kes itu ke Mahkamah telah dapat menyakinkan Mahkamah bahawa berapa perlanggaran Perlembagaan UMNO telah berlaku menjelang Persidangan UMNO Cawangan dan perwakilan dalam Pemuda UMNO sehingga ke Perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 1987.



Setelah UMNO di batalkan atau bahasa mudah sudah diharamkan kedua pihak yang bersaing dalam jawatan Presiden UMNO menubuhkan semula parti dengan nama sama. Tengku Razaleigh Hamzah dan Tunku Abd Rahman Putra mendaftarkan nama UMNO Malaysia dan Dr Mahathir Mohamad dengan nama UMNO Baru.

Kerana kuasa ROS terletak di Kementerian Dalam Negeri dan Menterinya pula Dr Mahathir Mohamad yang juga Perdana Menteri, maka tanpa berlengah lagi ROS mendaftarkan pendaftaran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Baru) dan menolak pendaftaran UMNO Malaysia.

Kebetulan selesai UMNO di haramkan, Parlimen bersidang dalam bulan March, Tengku Razaleigh Hamzah selaku ahli Parlimen Gua Musang merayu kepada Dr Mahathir Mohamad selaku Menteri Dalam Negeri supaya menggunakan kuasanya yang diperuntukan dalam Akta Pendaftaran Pertubuhan memulihkan UMNO asal yang ditubuhkan di tahun 1946.

Bagaimana pun Dr Mahathir Mohamad selaku Menteri Dalam Negeri enggan menerima rayuan Tengku Razaleigh Hamzah dan juga Rais Yatim, malah kedua mereka sudah dihukum awal oleh Dr Mahathir Mohamad, kesemua penyokong Tengku Razaleigh Hamzah tidak dibenarkan menjadi ahli UMNO Baru.

Kenapa Dr Mahathir Mohamad enggan kembalikan balik pendaftaran UMNO asal, walhal dia mempunyai kuasa boleh melakukan berdasarkan Akta yang tertulis dalam Akta ROS?.

Sebabnya penyandang jawatan UMNO kena dikembalikan semula sebelum tahun pemilihan April 1987. Termasuk Musa Hitam akan kembali ke jawatan Timbalan Presiden UMNO dan di adakan semula pemilihan jawatan di semua peringkat. Dengan kemenangan 43 Undi, jika berlaku pemilihan semula, Dr Mahathir Mohamad kemungkinan kalah.

Jika beliau merasakan pemulihan UMNO 1946 dan pemilihan jawatan UMNO dibuat semula, beliau menang sudah tentu beliau tidak teragak di peringkat awal melakukan pemulihan pendaftaran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang ditubuhkan 1946z

Maka bila hari ini beliau selaku Pengerusi Parti Pribumi Bumiputra Bersatu mengetahui parti yang di asaskan salepas beliau menjadi Mantan Perdana Menteri, eloklah beliau mengimbau masa lalu, khasnya apa yang di lakukan kepada UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946.

Bukankah itu semua kerana mahu mengekalkan kuasa? Dan apa yang berlaku kepada Partinya, sudah boleh dikira sebagai ‘Hukum Kifarah’ Terimalah dengan redha.

Jumaat, 6 April 2018

Kontroversi Isu Calon Amanah Parlimen Sik, Kedah.

Oleh : Zulhazmi Shariff

Jawapan Dan Penjelasan Kepada tulisan Saudara Leman Ketua Amanah Kawasan Sik (tu pon kalau dia yang tulis dan aku anggap dia la yang tulis)

Panjang lebar Leman tulis sampai ke demografi, geografi bagai. Panjang lebar jugak komen-komen yang aku baca dalam posting Leman.

Tulisan aku ni untuk menjelaskan apa sebenarnya. Ini aku tulis sendiri.

Aku tulis “ISU SABRI CALON SIK”

Tulisan aku tu sebenarnya aku tulis hanya untuk bacaan dalaman Grup Whatsapp kami kawan2 Kedah yang amat rapat antara kami. Ada pelbagai parti dalam Grup Whatsapp kami tu. Ada dari Amanah (majoriti) ada dari KeADILan dan ada dari DAP. Aku siap maklumkan tulisan aku tu berstatus “EMBARGO”. Aku tulis sebab menjadi perbincangan hangat dlm grup kami tentang niat Amanah Kawasan Sik di bawah pimpinan Leman untuk buat sidang media (pc) untuk menolak calon “cuci kaki”. Bagi aku, tindakan nak buat sidang media mempersoalkan tindakan kepimpinan parti pada waktu ini mencederakan semua pihak. Isu dalaman baik diselesaikan secara dalaman. Jika Amanah berkecamuk, kawan-kawan lain turut terasa.


Hangat kami bincang dan bahas tetapi dalam suasana adik beradik. Adat orang Kedah melawak kasaq. Aku tak pernah berniat untuk tulisan aku tu viral di fb seantero Malaya kerana ini melibatkan isu dalaman yang tak perlu musuh bersama iaitu BN dan Lebai mengambil peluang. Tapi ada makghok sintaq mana tah tak paham menatang apa “EMBARGO” tu pi viral. Maka virallah sedunia tulisan aku tu. Jadinya viral tulisan aku bukan dari aku. Aku tak up pon di fb aku atau di mana2 kerana ianya hanya tulisan aku dlm grup untuk kami bersama saja.

Disebabkan Leman jawab di fb secara terbuka, maka perlu aku jawab dan jelaskan.

Aku bukan nak masuk campur urusan Amanah. Aku tulis atas kapasiti aku sebagai PENGUNDI PARLIMEN SIK. Apa yang aku harapkan sebagai pengundi yang hendak mengundi. Nak calon yang boleh menang atau tak boleh menang. Aku tulis pendapat aku. Kalau pendapat aku tak betul. Kawan2 dlm grup kami dah bahaskan. Keputusan meletakkan siapa calun mewakili Amanah bukan urusan aku. Itu hak Amanah. Cuma aku sebagai pengundi, aku mengharapkan seorang calon yang boleh menarik undi pengundi mengundi dan menang menewaskan BN dan Pak Lebai.

Tulisan aku tidak sekali pun sebut nama LEMAN. Sepatah nama Leman pun tak disebut. Tiba2 ada mengatakan aku kecam Leman. Agak2 la nak mengata pun. Aku bersahabat dengan Leman malah majoriti kepimpinan Amanah Sik juga aku kenal bukan sehari dua. Aku nak Amanah menang. Aku nak BN ditewaskan di Sik. Aku nak Amanah menyumbang kerusi Sik untuk Malaysia. Aku tak kata sesiapa pun TAK LAYAK. Semua LAYAK tetapi adakah boleh MENANG? Itu isi tulisan aku.

Jawapan kepada tulisan Leman.

Memang hebat tulisan Leman memperkenalkan Sik dgn sudut geografinya, jumlah penduduknya, gunatanah dan sebagainya yang membuatkan ianya harus diangkat naik oleh wakil parlimen yang kawasan pilih sendiri. Nak bagitau, gunatanah apa semua tu di bawah kuasa kerajaan negeri yang boleh dibangkitkan oleh ADUN samada ADUN Jeneri atau ADUN BELANTIK. Ahli Parlimen nak cakap bab gunatanah bagai bukan dalam bidang kuasa Parlimen. Kuasa tanah di bawah Kerajaan Negeri. Isu gunatanah yang ingin dijuangkan Amanah Sik sehingga mendorong pemilihan calon mesti dari bawah bagai tu dah cukup utk tunjukkan bezanya boleh menang ke boleh bertanding. Layak bercakap tu betul lah.... cakap lah apa saja sebab buleh cakap tapi boleh ka menang sebab nanti pengundi tanya yang dok cakap pasai tanah ni, kuasa hang ka? Bukan ke kuasa negeri? Bagi calon ADUN la cakap.

Macam calon Dun cakap nak hapus GST la.... apa dia? Bertanding Dun tapi nak hapus GST. Agak-agak la bang. 

Amanah Sik berpegang kepada prinsip sapa nak jadi calon kena kerja dari bawah. Aku sanjung prinsip Amanah Sik tu. Cuma dalam tulisan aku tentang calon Sik ialah, calon yang dikatakan “cuci kaki”, “calon kroni” dan sebagainya tu bukan tak kerja apa langsung. Bukan dia tak buat apa. Bukan dia tak menyumbang untuk warga Sik. Dia tak kerja dari bawah dengan Amanah Sik tu aku setuju sebab dia bukan ahli Amanah pun sebelum ni.

Mengatakan Amanah mengambil calon cuci kaki, calon kroni memburukkan kepimpinan Amanah sendiri. Seronok burukkan parti sendiri di mata awam. Itu pun hak hangpa la parti hangpa. Apa yang aku tulis dalam tulisan aku tidak sikit pun burukkan parti hangpa.

Leman kata soal kemenangan di Sik adalah faktor calon. Itulah isu yang aku tulis. Aku tulis calon boleh menang bukan aku kata hangpa tak layak. Antara tak layak dengan tak boleh menang adalah dua benda berbeza. Untuk boleh menang tak semestinya calon tu dari Amanah walau pun bertanding atas kerusi Amanah. Bestnya lagi calon yang aku tulis tu memang setuju menjadi ahli Amanah, jadi dia adalah calon Amanah. Politik kawasan perlu diambil kira kata Leman. Tulisan aku mengambil kira politik kawasan bukan saja tulis. Aku bukan tak kenai Sik walau pun aku duduk di KL. 

Aku tak tulis pun nak jadi calon kena ada diploma, degree, phd bagai. Itu bukan isu dalam tulisan aku. Aku tulis mengambil kira faktor calon yang dikatakan cuci kaki. Aku tau kerja buat dia. Aku tau jugak kerja buat Leman dan team Amanah Sik. Bandingan aku antara kerja dia dan kerja Leman, itulah tulisan aku. Aku bukan nak jatuhkan Leman dan Amanah Sik. Tak ada untung pun. Aku nak Amanah menang. Aku nak PH menang.

Publisiti? Calon cuci kaki bukan tak dikenali warga Sik. Orang kenal siapa Sabri Abdul Hamid. Sabri lobi? Sabri ikut pintu belakang? Yang buat keputusan nak Sabri tu kepimpinan Amanah jugak. Kalau kepimpinan Amanah pun dilobi dan ambik calon berdasarkan kroni... aku Cuma nak kata... KESIAN!!! 

Aku dicabar pulak keluar DAP dan sertai Amanah untuk bertanding sebagai calon Ketua Amanah Sik. Hehehehehehe tak perlu la sampai macam tu sekali. Kalau aku nak sertai Amanah, sudah lama aku sertai Amanah. Aku antara orang yang mendesak sebuah parti baru ditubuhkan apabila berlaku penyembelihan beramai2 kepimpinan PAS dulu. Kalau aku nak sertai Amanah, dah lama aku sertai tapi aku tak berasa nak sertai Amanah. Aku juga ada prinsip aku. Haaaaa takut la tu nak lawan Leman.... Aku dulu dapat 7 undi pon Leman yang undi... kah kah kahhhhhh

Terbaru, aku ditawarkan bertanding di DUN Tokai atas tiket Amanah oleh kepimpinan Amanah Negeri. Syaratnya aku mesti mengisi borang menjadi ahli Amanah. Kalau gila sangat nak jadi calon, aku dah isi borang Amanah dan jadi calon cuci kaki jugak di Dun Tokai tapi aku bukan gila sangat. Aku gila sikit ja. Herannya masa aku ditawarkan jadi calon Tokai dan kena isi borang jadi ahli, tak dengaq bunyi pun aku calon cuci kaki. Owhhhhh alasannya Dun Tokai tu memang tak dak calon sebab tu tawarkan kat aku. Kalau aku calon “cuci kaki” pun tak pa. Padan muka aku sbb kalah di Tokai tu nanti. Syok la nanti pakat boleh kutuk aku kata “loya 7 undi tu sanggup masuk Amanah jadi calon di Tokai, kalah pulak tu.... tara tu saja la loyar tu....” hahahahaha kesian kat aku.

Tak perlu la aku isi borang Amanah untuk lawan Leman di Sik tu. Jagalah Amanah Sik elok-elok. Jangan berkelai dengan kawan-kawan. Jangan buat parti macam harta sendiri. Parti hak semua ahli. Sebagai pemimpin parti, dengarlah pendapat orang lain jugak. Macamana kita nak pendapat dan prinsip kita didengar, ahli lain pun sama nak pendapat depa didengar oleh pemimpin. Tahniah dari aku sebab hangpa dah boleh duk sepakat bila jadi isu ni. 

Amanah Sik membawa Politik Unik dengan mengambil kira kuasa mengundi, bukan kuasa kabel kroni – kata Leman. Kesian Amanah Pusat. Guna kabel rupanya. Kesian la hai..... nampaknya inklusif peduli amanah yang jadi slogan Amanah tak seperti yang digambarkan pun. 

Akhirnya, aku ucapkan selamat maju jaya buat Amanah Sik. Semoga Sik menyumbang 1 kerusi untuk membina Malaysia Baru bersama Pakatan Harapan.

ZULHAZMI SHARIFF
Pengundi Parlimen P013 Sik.

-------
Tulisan oleh Sulaiman Ibrahim ataupun Leman RajaLawak seperti dibawah;

Jawapan  kepada penulisan sahabat saya Saudara Zulhazmi 

Saya tertarik dengan penulisan dalam fb Sahabat saya zulhazmi yang di viralkan oleh pihak musuh. Berkenaan calon Parlimen Sik P013.

Untuk pengetahuan sahabat, 

Amanah Sik berjuang untuk mendapatkan kerusi Parlimen atas nama Amanah bukan hanya sekadar meletakkan calon tapi keaadan geografi kawasan Sik ini masih lagi berada ditahap lemah dan Amanah Sik cuba membuat pembaharuan dalam pembangunan, kemajuan dimasa depan termasuk sosial politik dan ekonomi. Sebagai penerangan selaku kita anak kelahiran Sik kepada sahabat sy Zulhazmi, Daerah Sik ini adalah merupakan daerah terbesar di Negeri Kedah dengan keluasan 166,793.67 hektar merangkumi empat (4) mukim iaitu Mukim Sik, Jeneri,Sok dan Mukim Teloi.Sik mempunyai bilangan penduduk seramai 74,420 orang dengan 64.35% (47,890 orang) daripadanya menetap di Mukim Sik/Teloi yang merupakan Pusat Pertumbuhan Utama.


Seramai 16,410 orang (22.05%) di Mukim Jeneri dan seramai 10,120 orang penduduk (13.60%) menetap di Mukim Sok. Dari segi pola gunatanah pula, perhutanan adalah merupakan kategori gunatanah terbesar di Daerah Sik dengan keluasan 123,309.57 hektar atau 73.93% daripada keluasan keseluruhan daerah Sik. Ini diikuti gunatanah pertanian yang meliputi keluasan 31,259.83 hektar (18.74%) dan gunatanah perumahan seluas 5,038.10 hektar atau 3.02%. Gunatanah selebihnya iaitu 7,186.17 hektar (4.31%) adalah merupakan keluasan tanah bagi kategori gunatanah yang lain.Rakyat Sik bergantung pada pendapatan 75% dari hasil pertanian dan getah dan isu ini harus dinaikkan oleh wakil parlimen yang kawasan pilih sendiri melalui proses persetujuan dari ahli dan ajk .Prinsip ini telah diketahui oleh Amanah Negeri dan Nasional.

Amanah Sik memegang pada prinsip bahawa sesiapa sahaja yang ingin menjadi calon dalam Amanah Sik harus bekerja diperingkat bawah dengan menghadapi serta menghadapi permasalahan rakyat bawahan.Wajib merasai denyut nadi rakyat serta menggunakan sentuhan kasih syg kepada rakyat tanpa mengira parti dengan cara Al insan melalui Islam rahmatan lilalamin. Amanah Sik juga memegang prinsip tidak menerima calon Payung Terjun, Cuci kaki atau sailang belakang. Prinsip ini dipegang dan dipraktikkan oleh kami dimana setiap AJK harus bekerja dan seandainya ada ahli atau bakal pemimpin yang layak kehadapan kami akan ketengahkan .Kerusi Parlimen Sik disandang oleh Amanah dan untuk meletakkan calon ialah dari pemilihan kawasan dan seterusnya keperingkat negeri dan nasional.Nasional akan memilih mana2 salah satu calon dengan penilaian laporan yang dahantar oleh kawasan dan Negeri. 

Dalam soal kemenangan di Sik , Faktor calon adalah No 1 berbanding sokongan parti kerana rakyat menilai calon untuk dipilih walaupon ianya dalam satu pakatan. Ianya dilihat pada peratus sokongan pada calon dan lain2 peratus dilihat pada parti. Oleh kerana itu, untuk menjadi kepimpinan dalam Amanah Sik haruslah meletakkan prinsip ini sebagai tunjang utama kekuatan. Amanah Sik sudah bersedia dengan usul perangkaan pembaharuan pada rakyat semenjak Gerakan Harapan Baru ditubuhkan.Konsep politik kasih sayang adalah nadi utama kekuatan Amanah Sik.Jika mengambil kira cara politik sahabat sy zulhazmi di Sik dengan mempersetujui calon lompat , salin baju atau 'Stunt Candidate' , maka politik itu akan membawa kepada perpecahan organisasi dari peringkat ahli, jentera dan cawangan2.
Dalam politik kawasan harus diambil kira keseluruhan aspek termasuk keadaan sosial kehendak rakyat disini dan ianya bukan hanya bergantung kepada Tsunami Tun mahathir atau undi protes tetapi touch body calon itu secara menyeluruh.

Dalam keadaan politik di Sik, rakyat menilai bukan pada hanya pada anak kelahiran tetapi cara sentuhan bakal calon. Seandainya calon tersebut kurang dikenali diseluruh Sik , tidak membuat sentuhan bermakna satu kerugian kita meletakkan calon tersebut. Kawasan sik rata2 rakyatnya tidak mempersoalkan berkenaan sijil , degree dan diploma atau pon ustaz/ ulama tetapi faktor2 lain yang boleh menarik pengundi.Dalam menjaga jalinan persahabatan antara Pakatan Harapan Sik juga , perkara seperti calon ini juga diperhalusi dengan sebaik mungkin supaya tidak menjejaskan Pakatan.


Untuk itu, Amanah Sik menolak apa jua teknik calon lompat tanpa perbincangan dari Jawatan Kuasa Amanah Sik. Amanah Sik mempunya organisasi yang sah dari segi perlembagaan dan ianya harus dihormati dengan apa jua cadangan dan keputusan.

Seandainya Amanah Sik meletakkan sahabat Zulhazmi sebagai calon pada PRU14 , kemungkinan besar lagi kita akan kalah dari segi publisiti dan bukti gerak kerja bawahan.Sdr Zulhazmi harus mengambil masa 5 tahun untuk kerja kuat dibawah dengan mendekati orang kampung untuk kemenangan.

Amanah Sik mencalonkan dan memuktamadkan Sdr Azli Uda yang merupakan Anak Mantan ahli Parlimen PAS terdahulu yaitu chegu uda bagi membawa suara rakyat di parlimen memandangkan faktor undian itu meliputi adik beradik dan pengaruh setempat. Oleh kerana itu , Amanah Sik tidak akan berganjak dari prinsip dalam apa jua keadaan.

Perjuangan ini bukan sekadar legasi , bukan sekadar kerusi tetapi ianya harus dinilai integriti. Tidak meletakkan calon yang berkepentingan peribadi mengikut hawa nafsu dan melobi dari belakang melalui peringkat tertinggi. Walaupon keputusan itu berada diperingkat tertinggi untuk memilih siapa calon yang layak, tapi ianya harus menghormati setiap keputusan diperingkat kawasan.

Selagi ketuanya nama 'Leman Raja Lawan' bersama dengan AJK yang sentiasa sepakat dalam memegang prinsip, selagi itulah prinsip itu akan dipertahan dan seandainya sahabat sy sdr Zulhazmi ingin menukar prinsip kami, sila keluar parti DAP dan menyertai Amanah Sik sebagai ahli dan kumpulkan kekuatan dan bertanding sebagai calon ketua Amanah kawasan Sik pada mesyuarat agong akan datang. Keterbukaan demokrasi dan adil adalah cara kami .

Amanah Sik membawa Politik Unik dengan mengambil kira kuasa mengundi, bukan kuasa kabel kroni..

Sulaiman Ibrahim
Ketua Parti amanah Kawasan sik

Pembubaran Sementara PPBM, Ini kenyataan Media Mahathir.

KENYATAAN MEDIA PENGERUSI PPBM.

1.   Pada 29 Mac 2018, Setiausaha Agung PPBM telah menyampaikan semua dokumen dan maklumat yang diperintahkan oleh ROS melalui notis Seksyen 14(2).

2.   Pada 30 Mac 2018, Setiausaha Agung PPBM telah bertanyakan kepada ROS jika ada apa-apa maklumat lanjut yang diperlukan. Pada 3 April 2018, ROS menjawab telah mengambil perhatian bahawa PPBM telah mematuhi semua perintah yang diberikan. ROS tidak menyatakan jika beliau memerlukan sebarang maklumat lanjut.


3.   Pada 5 April 2018, PPBM telah memfailkan satu tindakan guaman semakan kehakiman terhadap ROS supaya ROS tidak mengambil sebarang tindakan yang menyalahgunakan peruntukan Akta Pertubuhan sementara perkara itu dibicarakan di mahkamah.

4.   Malangnya, pada masa yang sama ROS telah membuat satu sidang media pada jam 2.30 petang mengumumkan perintah sementara membubarkan PPBM.

5.   Sidang media ROS itu amatlah mendukacitakan kerana sehingga kini kami pemegang jawatan PPBM iaitu saya sebagai Pengerusi, Tan Sri Muhyiddin sebagai Presiden, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh sebagai Setiausaha Agung dan Datuk Mohd Salleh Bajuri selaku Bendahari Agung tidak pernah disampaikan dengan apa-apa notis atau perintah sementara pembubaran oleh ROS. Pejabat berdaftar PPBM di Damansara juga tidak menerima perintah sementara tersebut.

6.   Hal ini adalah bercanggah dengan keperluan Seksyen 62 Akta Pertubuhan 1966 yang memerlukan perintah seperti itu disampaikan kepada empat pemegang jawatan tersebut di alamat berdaftar PPBM. Dalam pada itu, perintah ROS itu telah pun diviralkan kepada orang ramai. Ini tidak sepatutnya berlaku jika ROS bersikap professional dan telus. Seharusnya ROS berhubungan dengan kami secara langsung dan bukan melalui media massa.

7.   Memandangkan ROS sendiri tidak mematuhi Akta Pertubuhan 1966 maka perintah sementara pembubaran itu belum lagi disampaikan dengan sah dan sempurna kepada kami sehingga kini dan dianggap sebagai tidak sah laku.

8.   ROS juga menyatakan dalam sidang media bahawa PPBM tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti sebagai parti politik. Kenyataan Ini adalah salah di sisi undang-undang dan amatlah mendukacitakan. Halangan yang dinyatakan oleh ROS itu adalah halangan-halangan di bawah Bahagian 3 Akta Pertubuhan yang hanya terpakai apabila sesuatu pertubuhan itu telah dibatalkan pendaftarannya.

9.   Pada masa ini PPBM belum dibatalkan pendaftarannya. PPBM hanya dikenakan perintah sementara pembubaran. Hal ini sepatutnya disedari oleh ROS tentang perbezaan perintah sementara pembubaran dan pembatalan pendaftaran.

10. Hari ini Parlimen telah ditangguhkan dan adalah dijangkakan akan dibubarkan dalam masa terdekat. Adalah jelas tindakan ROS bertujuan untuk menghalang PPBM dari menjadi saingan UMNO sebagai parti pembela orang Melayu. Adalah juga jelas tujuan ROS mengeluarkan perintah sementara pembubaran adalah untuk menghalang PPBM dari bertanding dalam PRU-14 dan untuk mengelirukan rakyat Malaysia amnya dan orang Melayu khasnya. Ini juga dilakukan untuk menghalang Pakatan Harapan didaftarkan sebagai pertubuhan politik yang dapat menyaingi Barisan Nasional.

11.  Tindakan ROS ini adalah satu perbuatan penyalahgunaan kuasa. Sepatunya ROS bersifat neutral dan bukan cuba mensabotaj proses demokrasi dan PRU 14 dengan mengikut telunjuk UMNO. Ini menunjukkan UMNO dan Barisan Nasional akan menggunakan segala tipu helah untuk mendapat kemenangan dalam PRU 14. Ini juga menunjukkan Najib amat takut bahawa Pakatan Harapan akan membawa kepada perubahan pemerintah yang lebih baik yang akan menghadapkannya ke muka pengadilan kelak.

12. Oleh itu saya menyeru ahli-ahli PPBM supaya meneruskan perjuangan sementara proses guaman diputuskan di mahkamah. Mahkamah adalah harapan terakhir menegakkan keadilan di atas kesemua kesalahan yang telah dilakukan oleh ROS. Kes semakan kehakiman PPBM perlu disegerakan supaya tidak menjadi sia-sia jika dilengahkan sehingga PPBM tidak dapat bertanding dalam PRU 14. Semoga Allah memberikan hidayah kepada hakim-hakim kita untuk melakukan perkara yang betul dalam menegakkan kebenaran.

13. Saya menyeru semua ahli PPBM untuk mengukuhkan semangat dan terus berjuang supaya Pakatan Harapan menang dalam PRU 14 dan membawa perubahan yang kita janjikan kepada rakyat. Semoga Allah selamatkan Malaysia!

14. Menurut undang-undang, notis pembatalan sementara yang dikatakan bertarikh 5.4 ini, boleh dirayu kepada Menteri untuk dibatalkan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis itu kepada Menteri berkenaan iaitu Datuk Zahid Hamidi. PPBM akan lakukannya dalam masa terdekat.

15.  Kalau Menteri Zahid Hamidi sebenarnya tidak takut dengan PPBM, maka saya cabar dia luluskan Rayuan itu secepat mungkin. Kalau tidak terbuktilah Menteri Kerajaan memang takut dengan kewujudan PPBM.

Tun Mahathir Mohamad

Pengerusi PPBM.

Khamis, 5 April 2018

Menjawab Isu ECRL Guna Pekerja China - Syahir.

Oleh : Syahir

PEKERJA CHINA UNTUK PEMBINAAN ECRL

Kecoh sehari dua ni tentang penggunaan buruh dari China untuk pembinaan projek ECRL.

Puncanya mungkin daripada jawapan bertulis parlimen oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi semalam bahawa pihak ECRL memohon untuk mengambil pekerja asing dari China kerana peralatan, jentera dan mesin yang digunakan merupakan teknologi negara China dengan sistem pengoperasian dan manual penggunaan dalam Bahasa Mandarin: https://www.malaysiakini.com/news/418267

 
Maka kecohlah dalam Whatsapp, Facebook, Twitter dan sebagainya, kononnya ECRL akan menggunakan 100% tenaga kerja dari China dan tidak ada tenaga kerja tempatan akan digunakan.

Sedangkan pemilik projek ECRL iaitu Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) menyediakan Program Latihan Kemahiran Industri (PLKI) ECRL bagi melatih graduan dan pekerja berkemahiran dalam teknologi rel: https://www.bharian.com.my/…/ecrl-wujud-pekerja-mahir-tekno…



Selepas tamat latihan PLKI ini, pelatih-pelatih akan diserapkan sebagai pekerja di dalam projek ECRL oleh MRL, China Communications Construction (CCCC) atau subkontraktor syarikat berkenaan dalam bidang pembinaan, operasi dan penyelenggaraan.

Program ini dijangka akan melatih 3,600 pekerja mahir dalam bidang teknologi rel sehingga 2022.

Jadi tak timbul isu ECRL akan menggunakan 100% pekerja dari China.

Yang menghairankan, mereka yang bising-bising tentang pekerja dari China ni cakap macam Malaysia tidak pernah bergantung kepada pekerja asing.




Pada tahun 2016, terdapat 387,934 orang pekerja asing bekerja dalam sektor pembinaan di Malaysia. Sektor pembinaan adalah sektor kedua tertinggi yang menggaji pekerja asing selepas sektor perkhidmatan dengan 648,621 orang.

Walaubagaimanapun majoriti pekerja dalam sektor pembinaan masih warganegara Malaysia dengan 971.5 ribu orang pekerja berbanding pekerja asing.

Selama ini pun memang kita bergantung kepada buruh asing Indonesia, Nepal, Bangladesh untuk membina jalan, bangunan, jambatan. Tiba-tiba bila pekerja China hendak dibawa masuk untuk projek ECRL, semua histeria macam hilang akal.

Pekerja warganegara Malaysia berjumlah hampir 12 juta. Berapa pekerja dari China untuk projek ECRL yang kita takut sangat akan rampas pekerjaaan dari warganegara?

Rujukan:

1. Jumlah Pekerja Asing Mengikut Sektor: http://www.data.gov.my/…/jumlah-pekerja-asing-plks-aktif-me…

2. Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh Malaysia 2016: https://www.dropbox.com/…/Labour%20Force%20Survey%20Report%…

BERSATU Disahkan Terbubar Sementara Berkuatkuasa 5 April 2018 - ROS.

Berikut adalah ringkasan kenyataan media oleh ROS di Putrajaya sebentar tadi;


1. PPBM kini terbubar secara sementara berkuatkuasa pada 5 April 2018. 

2. PPBM tidak boleh menggunakan logo dan nama parti sehingga mereka menyelesaikan masalah berbangkit dalam notis pembubaran sementara seperti yang dilampirkan oleh ROS. 

3. PPBM diberikan peluang untuk merayu dalam masa 30 hari dari tarikh berkuatkuasa pembubaran sementara

4. ROS bertindak berdasarkan fakta dan data yang agensi itu ada bagi memutuskan pembubaran sementara yang dihadapi oleh PPBM.

5. Nama PPBM tidak boleh digunakan, ia melanggar undang-undang. Jika mahu terus menggunakan ia sementara tidak menyelesaikan masalah notis pembubaran sementara, ada implikasi undang-undang yang perlu dihadapi.

6. ROS enggan menjawab soalan yang melibatkan pilihanraya yang membabitkan parti PPBM. Bagaimanapun ROS mengesahkan akan memberikan maklumat berkaitan pembubaran PPBM kepada SPR dalam masa terdekat.

7. Mengulas isu pendaftaran Pakatan Harapan sebagai satu parti. ROS berkata permohonan Pakatan Harapan tidak dapat diluluskan berikutan masalah yang dihadapi oleh PPBM.




Antara alasan yang dinyatakan;

"Ahli tidak berpuas hati cara parti mengendalikan mesyuarat, dokumen, salahguna perkataan Armada, ahli merasa keliru, kepimpinan tidak dapat menerangkan dengan lebih baik kepada ahli-ahli dibawah sana," jelasnya lanjut. - 5 April 2018.

China, OBOR, ECRL & Steel Dumping - Izzuddin Yussof.

Oleh : Izzuddin Yussof

China, OBOR, ECRL and steel dumping
Penulisan kali ni ibarat satu teori konspirasi dan sangat 'hypothetical'. Akan banyak menggunakan jargon.

One Belt One Road (OBOR) , yang sekarang dikenali sebagai Belt and Road Initiative (BRI), adalah satu insiatif China untuk 'menghubungkan' 69 negara dengan satu sama lain, untuk menjadikan aktiviti perdagangan antara 69 negara ni menjadi lebih lancar.



Ianya ibarat 'silk road', sekadar bezanya berbanding menggunakan jalan air, BRI ini lebih kepada menghubungkan jalan air dan pengangkutan rel / keretapi.

China anggarkan sejumlah USD 5 trillion diperlukan untuk projek ni di seluruh dunia, kalau nak letak dari segi nombor ianya adalah sebanyak USD5,000,000,000,000. Dan China sendiri akan menawarkan financing (pinjaman) sebanyak USD1 trillion dalam tempoh 10 tahun untuk projek ini kepada negara-negara seluruh dunia.

Sounds good?

Projek ini dicadangkan pada tahun 2013.

Entahlah kebetulan ataupun memang serampang dua mata, pada tahun yang sama, dunia mula memberikan fokus yang besar kepada isu 'overcapacity' di China. Di mana kilang-kilang di China terlalu banyak produce produk mereka, tetapi tidak ada tempat untuk dijual.

Sehingga tahap pada masa ini, dunia mempunyai steel excess capacity sebanyak 730 juta tan, dan separuh daripada tu datang daripada China. Secara purata, pengeluaran keluli (steel) China dalam sebulan adalah lebih banyak daripada pengeluaran US dalam setahun!.

Well this is part of the effect of state capitalism economy.

Anyway.... So China tak bodoh dan diorang pun sedar masalah ni. Untuk beberapa tahun diorang cuba nak absorb lebihan keluli tu dengan massive investment in property, sehingga kita tahu muncul pulak isu 'ghost town', bangunan-bangunan besar megah tapi kosong tidak berpenghuni.

Tapi masih tak cukup... Excess masih banyak... Jadi what's next.


Apa kata diorang wujudkan permintaan dari seluruh dunia untuk keluli yang banyak?.

And ladies and gentlemen... Itulah OBOR.

(again ini teori konspirasi).

Tapi negara lain macam mana nak ada duit kalau tiba-tiba nak buat projek-projek besar?.

Maka China pun bagilah duit tersebut. Pinjaman, bukan percuma.

Duit untuk buat port.
Duit untuk buat rel.

Matlamat mereka hanya untuk jual overcapacity mereka.

Bukan sangat samada infrastruktur tu bermanfaat ataupun tidak. Samada orang last-last utilise ke tak benda tu bukan diorang kisah. Hutang masih perlu dibayar.

Maka terhasillah isu China 'debt-trap'... Di mana negara-negara kecil berhutang dengan China sehinggakan mereka tidak mampu untuk membayarnya, manakala projek infrastruktur yang dibina tidak memberikan sebarang manfaat kepada ekonomi.

Di Sri Lanka, Hambantota Airport, port, international cricket stadium dan international convention centre semuanya dibiaya oleh China.

Airport tersebut paling banyak lima flight sehari. International cricket stadium digunakan sebagai dewan perkahwinan. International convention centre tutup tidak pernah digunakan.

Dan kerajaan Sri Lanka kini tergantung terjerut leher, sehinggakan 95% daripada Government revenue mereka digunakan untuk bayar hutang

Jadi persoalannya sekarang ni....

Adakah kita yakin projek ECRL yang bernilai RM55 billion itu (boleh jadi naik sehingga RM70 billion) memang bermanfaat seperti kos yang ditanggung?.

Atau senang kata apa opportunity cost yang hilang daripada pembinaan ECRL ini? Dengan kos yang sama, Malaysia boleh...

Membina 4,500 buah sekolah.
Membina 275 buah hospital.
Membina pusat perindustrian high-tech yang boleh memberi 160,000 peluang pekerjaan.
Menanggung kos R&D Apple untuk tempoh 7 tahun i.e. 2007-2013.

Dan asal dikatakan ECRL ini akan memberi 3,600 peluang pekerjaan kepada warga tempatan.

Tapi latest keluar pulak info yang pekerja akan diambil dari China, sebab katanya mesin semua berbahasa Cina.

So.....

Keluli dari China,
Mesin dari China,
Pekerja dari China,
Pinjaman dari China,

Tanah dari Malaysia.
Interest / Bayaran Faedah dari Malaysia.
Bayaran hutang dari Malaysia.

RM55 billion, pada kadar 3.25%, bersamaan RM1.8 billion setahun. Only on interest.

Manfaatnya? Boleh jadi ada boleh jadi tidak.

Opportunity cost? Sangatlah boleh dipertikaikan tidak ada perbelanjaan yang lebih baik untuk duit sebanyak tu.

It is really more on the risk-benefit-cost-opportunity cost dynamic. That is really raising questions on this project.

Ringkasan 'Hadiah' Najib Kepada Penjawat Awam Sebelum Terbubarnya Parlimen..

Semalam, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelbagai insentif untuk 1.6 juta penjawat awam di negara ini. 

Pengumuman tersebut dibuat ketika Najib berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-16 yang dihadiri kira-kira 10,000 penjawat awam.

Ramai percaya pelbagai insentif menarik untuk penjawat awam itu ada kaitan dengan pilihanraya ke 14. Parlimen dijangka akan dibubarkan pada jumaat ini. Oleh itu, Perdana Menteri itu dikatakan sedang berusaha sedaya upaya mahu menawan dan mengambil hati kakitangan awam di negara ini.




Berikut adalah ringkasan insentif yang diumumkan Najib pada rabu;

1) Pemendekan kenaikan pangkat bagi kumpulan pelaksana mengikut Time Based dikurangkan dari 13 tahun ke 10 tahun. Berkuatkuasa pada 1 Januari 2018.

2) Mewujudkan skim jawatan Gred Lapisan DG56
kepada Pegawai Pendidikan yang berada lebih 5 tahun pada Gred Lapisan DG54 mulai 1 Januari 2019.

3) Pemanjangan kemudahan kesihatan kepada ibu-bapa kakitangan awam lantikan kontrak bermula 1 Julai 2018.

4) Sumbangan dana kepada Cuepacs sebanyak RM3 juta setahun.

5) Kemudahan cuti tanpa rekod melibatkan aktiviti  keagamaan untuk semua penjawat awam yang berbilang agama samada muslim mahupun bukan muslim. Ia termasuklah untuk semua aktiviti keagamaan seperti menunaikan umrah dan sebagainya.

6) Faedah persaraan : Kerajaan tambah 1% kenaikan kadar pencen kepada pesara secara one off bermula Julai 2018. Kadar asal ialah sebanyak 2% + 1 % (one off) = 3%.

7) Kerajaan memberi geran khas sebanyak RM1 juta kepada semua Persatuan Pesara.

8) Tambahan kuota haji juga akan diberikan kepada pesara kerajaan berdasarkan kepada peruntukan tahunan yang diluluskan kerajaan Arab Saudi.

9)
Pemberian Kenaikan Tangga Gaji (KGT) khas sebanyak 1 Tangga Gaji (TG) kepada smua penjawat awam berkuatkuasa 1 Julai 2018. (Untuk rekod, tahun ini ada 2 kenaikan KGT tahunan).

Selesai.

Koleksi 'Gula-Gula' BN Menjelang Pilihanraya..

Oleh : Arif Atan

Najib Razak dan Umno-BN begitu terdesak untuk PRU kali ini. Dinaikkan satu gaji tahunan untuk 1.6 juta penjawat awam.

Kemudian dihentamnya habis-habisan pembangkang. Diracunnya rakyat konon pembangkang sering perlekeh penjawat awam. 



Pengumuman Najib itu juga membolehkan 8,461 anggota ATM menerima manfaat kenaikan pangkat.

Di Buletin Utama, selepas pengumuman kenaikan gaji tahunan dan pangkat ATM itu, Najib mengajak terus menyokong BN. Selepas itu tentang Manifesto BN yang akan menyediakan peruntukan khas kepada Sabah dan Sarawak.

Imbas semula apa lagi pengumuman Najib dan Zahid Hamidi ketika hanya di Malaysia tarikh pilihan raya menjadi begitu misteri:

- 1 April: Menaikkan elaun sukarelawan polis di seluruh negara sebanyak RM2 sejam berkuat kuasa serta merta. Elaun anggota naik daripada RM6 kepada RM8 sejam, manakala pegawai daripada RM7.80 kepada RM9.80 sejam.

- 31 Mac: Menaikkan elaun anggota lain-lain pangkat dan pegawai Askar Wataniah masing-masing daripada RM6 kepada RM8 dan RM7.80 kepada RM9.80 sejam.

- 27 Mac: Melancarkan Bantuan Khas Pesawah Peringkat Kebangsaan,kepada 325,518 pesawah seluruh negara termasuk pengusaha padi bukit di Sabah dan Sarawak yang akan menerima bantuan RM200 sebulan dalam tempoh tiga bulan sementara menunggu hasil tuaian. Najib juga "bercadang" untuk memberi kenaikan khas elaun kepada golongan pesawah.

- 11 Mac: Menaikkan elaun pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) melibatkan pegawai dari RM7.80 kepada RM9 sejam manakala RM6 kepada RM8 untuk anggota.

- 10 Mac: menaikkan elaun anggota dan pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) daripada RM6 kepada RM8 sejam dan RM7.80 kepada RM9.80 sejam bermula tahun ini.

*Itu antara pengumuman "khabar gembira" kerajaan Umno-BN buat pelbagai segmen penjawat awam dan masyarakat.

Padahal, kita sebagai rakyat sendiri sedia tahu harga barang naik melambung selepas GST dilaksanakan mulai 1 April 2015.

Subsidi petrol pun kerajaan Umno-BN sudah tarik. Tentunya kita sebagai rakyat tidak lupa.

Surat Terbuka Untuk Mahathir : Terbukti Islam Mahathir Tidak Betul - Kamarul Yusoff.

Oleh : Kamarul Yusoff

SURAT TERBUKA BUAT TUN DR MAHATHIR: TULISAN TERBARU TUN SAHKAN ISLAM TUN MEMANG TIDAK BETUL

Ke hadapan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir,

Membaca tulisan terbaru Tun bertajuk “Islam Saya” yang menjawab tulisan saya bertajuk “Pemikiran Islam Yang Tidak Betul Sebab Terbesar Tun Dr Mahathir Tidak Layak Jadi Perdana Menteri” mengesahkan lagi betapa tidak betulnya pemikiran Islam Tun.



Untuk makluman Tun, soal pemikiran Islam tidak betul Tun yang mengutamakan akal fikiran ini bukan sahaja dinyatakan oleh Almarhum Datuk Dr Harun Din malah oleh ramai lagi agamawan tanah air, termasuk mereka yang sekarang berada di keliling Tun.

Memang betul al-Qur’an menyebut berkali-kali akan mustahaknya mengguna akal fikiran dan tidak disebut dalam al-Qur’an larangan berfikir dan terima sahaja semua pendapat dari pakar Islam, tetapi mengguna akal fikiran ini ada kaedahnya di dalam Islam.

Akal sebagai antara sumber ilmu memang diakui tetapi, seperti disebut oleh Imam as-Syafi’ie, “Sesungguhnya akal mempunyai batasan yang menjadi penghujung kemampuannya sebagaimana penglihatan mempunyai batasan yang menjadi penghujung pandangannya”.

Tun sendiri pernah menyebut, di dalam ucapan Tun di The Oxford Centre For Islamic Studies pada 16 April 1996, mengenai “di mana Qur'an atau Hadith tidak jelas, sarjana boleh memberikan pandangan atau ijtihad, mengguna kemampuan berfikir”.

Di dalam ucapan Tun yang tidak diketahui siapa penulisnya ini Tun mengakui bahawa ilmu yang berteraskan wahyu adalah lebih tinggi dari ilmu yang berteraskan akal, di mana bila ada dalil qat’ie/jelas di dalam Qur'an atau Hadith maka akal tidak boleh diguna.

Bukan sebarang orang yang boleh berijtihad kerana ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi seperti menguasai Bahasa Arab, mempunyai pengetahuan di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah, mempunyai pengetahuan mengenai ilmu Usul al-Fiqh serta ijma’ dan khilaf.

Masalah Tun ialah Tun suka mempertikaikan, dengan mengguna akal fikiran, perkara-perkara yang sudah ada dalil qat’ie/jelas di dalam Qur'an atau Hadith seperti pensyariatan hudud dengan menyebut, pada 26 Februari 2012, “hudud tidak terdapat dalam al-Qur’an”.

Bukan setakat Tun sahaja, malah anak Tun sendiri, iaitu Datuk Paduka Marina, juga menyebut perkara sama sebelum ini, termasuk di dalam akhbar The Star pada 18 Julai 2012 bahawa kononnya “none of the so-called hudud punishments can be found in the Qur'an”.

Jika Tun dan Datuk Paduka Marina membaca al-Qur’an dengan betul maka sudah pasti akan didapati bahawa istilah “hudud” terdapat dalam al-Qur’an, antara lainnya di dalam Ayat 187 dan 229 Surah al-Baqarah, Ayat 13 dan 14 Surah al-Nisa’ serta Ayat 1 Surah al-Talaq.

Jika al-Qur’an dibaca dengan betul maka sudah pasti akan didapati bahawa hukum hudud terdapat dalam al-Qur’an, antara lainnya di dalam Ayat 38 Surah al-Ma’idah (curi), Ayat 33 Surah al-Ma’idah (hirabah), Ayat 3 Surah al-Nur (zina) dan Ayat 4 Surah al-Nur (qazaf).

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata di dalam portal berita Malaysia Kini pada 23 Ogos 2012 bahawa “orang yang menentang hukum yang ada di dalam al-Quran, dia terkeluar agama” dan “kalau pertikai hudud itu sendiri, dia telah keluar agama”.

Begitu juga dengan Timbalan Penasihat Umum AMANAH, Abdul Ghani Samsudin, yang menyebut, pada 3 Januari 2013, bahawa kenyataan Tun bersabit “hudud tiada dalam al-Qur’an” adalah “kenyataan salah yang perlu ditarik balik dan menggugat aqidah umat Islam”.

Masalah Tun ialah Tun mempunyai kefahaman salah mengenai perkara ini di mana, di dalam ucapan Tun di Al-Azhar University pada 10 Mei 1998, Tun menyebut kononnya “hanya jika ucapan dua kalimah syahadah ditolak barulah seseorang itu terkeluar dari agama Islam”.

Tun juga nyata tidak mampu memahami perkara asas di dalam Islam dengan menyebut “Hadis Nabi termasuk dalam bahagian sunnah dalam Islam. Mengamal sunnah adalah baik dan mendapat pahala untuk akhirat. Tetapi jika tidak mengamalnya tidak berdosa.”

Malah, perkara yang sama turut pernah Tun nyatakan pada 26 Februari 2014 di mana Tun menyebut: “Ada gesaan bahawa yang sunnat itu wajib dan mesti diterima dan diamalkan... Hadis adalah sunnah Nabi. Saya ingin tahu sama ada hadis wajib dan mesti diterima.”

Sedih sekali melihat Tun tidak tahu membezakan antara “Sunat” sebagai salah satu daripada hukum syarak taklifi yang lima dengan “Sunnah” yang menjadi sumber syariat yang paling utama selepas al-Qur’an yang jika ditolak boleh menyebabkan seseorang itu murtad.

Masalah Tun juga ialah Tun suka mengambil tujuan hukum bukan bentuk hukum sedangkan aliran pemikiran liberal ini telah diputuskan sebagai sesat dan menyeleweng daripada Syariat Islam oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 25-27 Julai 2006.

Hakikat bahawa Tun tidak memahami Islam jelas terlihat di dalam pengakuan Tun pada 23 Januari 2018 bahawa “sesungguhnya banyaklah perkara yang mengelirukan saya berkenaan agama Islam” dan “banyak lagi dari ajaran Islam dan amalannya yang mengeliru(kan) saya”.

Jika Tun memahami Islam sudah tentu Tun tidak akan mengakui bahawa banyak dari ajaran Islam dan amalannya yang mengelirukan Tun dan sudah tentu Tun tidak akan bertanya “jika babi disembelih dengan menyebut nama Tuhan, haram lagikah daging babi itu?”.

Tun juga mempunyai kefahaman salah terhadap ajaran Islam di mana Tun menyebut, pada 6 Februari lalu, “bukan kita nak ambik semua (ajaran Islam) masuk” yang bercanggah dengan Ayat 208 Surah al-Baqarah mengenai kewajiban menerima Islam secara keseluruhan.

Ia juga berbeza dari kehendak majoriti umat Islam, yang tertera di dalam kenyataan Almarhum Tan Sri Prof Dr Ahmad Ibrahim, bahawa Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberi hak kepada umat Islam untuk melaksanakan seluruh tuntutan agama mereka.

Perkara ini malah sering ditegaskan kembali oleh pelbagai pemimpin Islam lain seperti oleh Pengerusi KANUN AMANAH, Mohamed Hanipa Maidin, yang menulis pada 12 Jun 2007 bahawa Perkara 11 ini adalah merangkumi pengamalan agama Islam secara syumul.

Malah Mahkamah Persekutuan dalam kes Sulaiman Takrib [2008], Fathul Bari Mat Jahya & Anor [2012] dan ZI Publications Sdn Bhd & Anor [2015] juga telah memutuskan bahawa perintah agama Islam adalah luas, iaitu meliputi “aqidah”, “syariah” dan “akhlak”.

Disebabkan kefahaman Islam yang tidak betul inilah maka Tun tegar menghalang perlaksanaan syariat Islam sedangkan dapatan kajiselidik Merdeka Center pada 12 hingga 21 April 2014 menunjukkan 71% responden Melayu menyokong hukum hudud.

Begitu juga dengan dapatan kajiselidik terbaru Wan Saiful Wan Jan, yang kini merupakan Timbalan Pengerusi Biro Strategi dan Dasar PPBM, yang menunjukkan 90% daripada masyarakat Melayu Johor berpendapat peningkatan keagamaan adalah bagus.

Baik bila Tun mengakui bahawa “kuasa memelihara pada setiap masa Agama Islam ada pada Yang di-Pertuan Agong” tetapi penegasan Tun bahawa “Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat” bercanggah dengan kenyataan Tun sebelum ini.

Ini kerana, pada 20 Oktober 2015, Tun sendiri menegaskan: “Ianya benar bahawa Agong dan Raja-Raja Melayu adalah raja berperlembagaan. Tetapi itu tidak bermakna bahawa mereka adalah pak turut semata-mata untuk mengesahkan semua tindakan Kerajaan.”

Penegasan Tun bahawa “Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat” juga membawa kita kembali kepada poin asal saya iaitu tiadanya kefahaman Islam yang betul pada diri Tun menyebabkan Tun sangat tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri.

Ini kerana ia tidak akan membolehkan ikrar untuk “memeliharakan pada setiap masa Agama Islam” yang dilafazkan oleh Yang di-Pertuan Agong sekali gus bagi membolehkan peruntukan “Islam ialah agama bagi Persekutuan” dapat dilaksanakan dengan baik.

Kenyataan Tun bahawa “dalam al-Qur’an jika hukum sebat hendak dikenakan tentukan dahulu kesalahan” tidak tidak memberikan apa-apa impak ke atas kenyataan Tun pada 19 Februari 2017 bahawa hukum sebat 100 kali dalam Islam akan menyebabkan kematian.

Kenyataan Tun mengenai hukum sebat ini malah diakui oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, menunjukkan Tun mempunyai kefahaman salah terhadap ajaran Islam dengan berkata, pada 23 Februari 2017, bahawa ia “sama sekali salah dan tidak benar”.

Kenyataan Tun bahawa “Perdana Menteri diberi ramai penasihat, diantaranya ialah penasihat agama, bukan seorang tetapi ramai” tidak memberi apa-apa makna kerana selepas 22 tahun Tun menjadi Perdana Menteri pun mereka gagal mengubah pemikiran Islam Tun.

Saya hairan ke mana perginya ulama’ di dalam Pakatan Harapan, bukan sahaja di dalam PPBM tetapi juga ulama’ di dalam AMANAH dan PKR, khususnya Ahmad Awang dan Dr Muhammad Nur Manuty, sehingga langsung tidak berani menegur Tun di dalam soal ini.

Jika sewaktu Tun masih belum menjadi Perdana Menteri pun para ulama’ di sekeliling Tun di dalam Pakatan Harapan sekarang sudah tidak berani menegur Tun di dalam soal ini, usah diharaplah mereka akan berani menegur Tun jika Tun menjadi Perdana Menteri nanti.

Kenyataan Tun bahawa bila saya menyoal kebetulan Islam Tun tentulah saya menganggap kebetulan Islam Datuk Seri Najib lebih betul dan beliau lebih layak jadi Perdana Menteri adalah tidak relevan kerana tulisan saya hanya membicarakan kelayakan Tun.

Saya tidak faham mengapa Tun terlalu defensif bila kelayakan Tun untuk menjadi Perdana Menteri dibicarakan dengan membandingkan kelayakan Tun dengan Datuk Seri Najib. Mengapa tidak dibandingkan dengan pemimpin Pakatan Harapan lain atau PAS?

Walau apa sekalipun yang diperkatakan mengenai beliau, paling tidak Datuk Seri Najib tidak cuba berlagak pandai dengan membicarakan soal-soal agama di dalam cara yang boleh menyesatkan orang ramai seperti yang Tun didakwa lakukan oleh para agamawan.

Bila Tun tidak mengulas mengenai Manifesto Pakatan Harapan langsung tidak menyebut sebarang komitmen untuk memartabatkan Islam sebagai agenda di dalam mana-mana satu daripada lima terasnya, 60 janjinya dan lima iltizam khususnya, ini bermakna ia betul.

Semoga kita diberikan hidayah oleh Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...