Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 3 April 2018

Punyalah Takut Sampai Larang Sebut Nama Mukhriz, Warna Logo Persatuan Pun Ditukar..

Seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Zairie Atan mendakwa ANSARA, Persatuan Bekas-bekas Pelajar MRSM Malaysia telah diserap dengan elemen politik kepartian apabila figura penting disebalik penubuhan ANSARA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dinafikan peranannya dalam persatuan tersebut.


Gambar - Zairie Atan
Menulis di dinding Facebooknya pada sabtu, Zairie mendakwa bukan setakat dilarang menyebut nama Mukhriz Mahathir malahan warga logo asal ANSARA juga diubah agar tidak dikaitkan dengan warna logo parti PPBM.
"ANSARA, Persatuan Bekas-bekas Pelajar MRSM Malaysia baru sahaja selesai melancarkan Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Perak ANSARA 25 tahun di MRSM Trolak sebentar tadi.
Salah satu agenda UTAMA yang di ucap-ucap dan di laung-laungkan sebentar tadi adalah agenda MEMBELA serta MEMERTABATKAN PERJUANGAN anak bangsa.
Tetapi saya seribu kali sayang, agenda disebalik agenda yang telah dirancang semasa pelancaran tersebut adalah;
1. Nama YB Dato Seri Paduka Mukhriz Tun Mahathir sebagai bekas Presiden dan Peneraju Utama ANSARA untuk sekian lama sejak ianya mula-mula diwujudkan TIDAK BOLEH DISEBUT LANGSUNG oleh mana-mana pemberi ucapan,
2. Gambar YB Dato Seri Paduka Mukhriz Tun Mahathir juga TIDAK DIBENARKAN untuk disiarkan dimana-mana iklan cetak program, termasuk didalam video montage ANSARA 25 Tahun yang disiarkan untuk tontonan,
3. Baner atau background pelancaran SAMBUTAN JUBLI PERAK ANSARA 25 TAHUN hanya memaparkan warna putih , kelabu dan hitam, TAKUT UNTUK MEMAPARKAN WARNA ASAL ANSARA, IAITU KUNING, MERAH, HITAM dan BIRU iaitu warna asal logo ANSARA,
Jika ianya di ikuti, nescaya TERSERLAHlah warna merah tersebut sebagai lambang BUNGA RAYA yang MENCERMINKAN warna BUNGA KEBANGSAAN negara kita?
Kita di fahamkan ANSARA sekarang masih MENGEKALKAN PENDIRIAN UNTUK KEKAL TIDAK MENYEBELAHI MANA-MANA PARTI POLITIK serta MEMAHAMI dan MENGHORMATI FAHAMAN POLITIK AHLI-AHLI.
KITA JUGA BERHARAP, PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR DIATAS TIDAK MENEKAN ANSARA UNTUK MENGIKUT TELUNJUK MANA2 PIHAK, CUBA UNTUK MENCAMPURI URUSAN SERTA MENENTUKAN HALA TUJU ANSARA.
Samada ANSARA mudah lupa atau terpaksa MENURUT 'ARAHAN' PEMIMPIN-PEMIMPIN TERTENTU KERAJAAN yang MENERAJUI MARA demi DEDAK?
Setakat blogger-blogger ANSARA yang terkenal dulu yang telah berpaling tadah demi DEDAK, itu biasa,
TAPI KITA TIDAK..!
Kita berjuang ada prinsip,
Prinsip kita kental...,"
katanya.
Setakat ini wakil ANSARA tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan balas berhubung dakwaan yang tersebar sejak sabtu itu. - 2 April 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...