Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 11 Mei 2013

Marina Mahathir Sound FB Page UMNO.

Tadi ada member facebook dan member wassap pass satu info. Kata mereka Marina Mahathir telah bertindak betulkan beberapa benda mengarut yang disebarkan oleh page kami sayang tun mahathir tue.

Tak pasti la betul ke tak betul tu account facebook Marina Mahathir yang original pasal aku via mobile jek neh tak boleh nak check tapi kalau betul ada baiknya admin page tersebut betulkan balik benda2 merepek yang dorang sebarkan pasal Mahathir. Kalau difikir2 bukan pasal Mahathir jek, pasal bab lain pun berlambak2.

Fakta bukan bermaksud tulis berbunga2. Fakta maksudnya apa yang ditulis mestilah bebas dari unsur auta.

Hehe.

Apa pun korang baca la sendiri apa yang Marina Mahathir cakap kat page tue kat bawah neh sendiri. Harap2 betul la fb ori dia. Kalau tak aku yang kena betulkan post.

Mampuih.

Kah kah kah

Bai.

Ahmad Said MB Terengganu Merajuk.

Marah. Sedih. Plus sakit hati. Ini sebenarnya yang terzahir melalui kata2 Mat Said bila dia menyebut kawasan yang bn kalah bn takan campur tangan untuk selesaikan aduan penduduk di situ.

Mereka pilih calon pr. So minta la tolong pada wakil pr.

Itu kurang tepat walaupun terselit sedikit kebenaran di situ.

Kalau wakil rakyat tu dah menjadi pilihan penduduk tak kira bn ka pr ka dia kena perform. Fakta neh.

Agak bingai la bn nak perform padahal wakil rakyat tu pr.

Maksud kat sini siapa jadi wakil rakyat maka dia kena perform. Kalau bn maka bn perform. Kalau pr maka pr perform. Sebab tu ialah tanggungjawab. Korang semua di bayar untuk buat kerja. Bukan di bayar untuk jadi pak pacak.

Cuma cara kata2 itu dikeluarkan agak keterlaluan. Penyampaian yang tidak bijak. Sepatutnya mat said cakap sesiapa yang jadi wakil rakyat sila bawa peranan masing2. Di tempat bn menang adakah semua sokong bn? Di tempat pr menang adakah semua sokong pr?

NO.

Jadi janganla lakukan bantuan diskriminasi. Sepatutnya bn di peringkat negeri kena buat jaringan kerjasama dengan semua wakil rakyat regardless parti.

Begitu juga pr. Konsep berkerjasama hanya dengan geng2 separti ialah konsep bullshit. Aku tatau ia di asaskan oleh siapa tetapi yang menyebabkan ia berkembang di malaysia ialah bn. Sesungguhnya perangai yang buruk itu janganlah kita tiru.

Wakil rakyat amek aduan rakyat. Dan mereka harus diberikan peluang untuk zahirkan masalah di peringkat negeri. Negeri harus bebas dari pengaruh partisan dan nilai aduan disebabkan ia babitkan kepentingan rakyat.

Simple konsep.

Janganlah kerana Terengganu gagal mendapat majoriti 2/3 kerusi dun pada pru lepas Mat Said tegar lepaskan emosi terhadap rakyat. Emosi letak tepi. Tanggungjawab tu bukan free. Semua berbayar tue. Alahai. Tindakan ini je dah membuktikan betapa Islamiknya UMNO dan betapa mereka tidak suka sesama melayu dan rakyat bergaduh, kan?

Kah kah kah

Tiada kenaikan Gula, ROTI dan GST.

Lagi. Atau belum lagi.

Kat tempat aku. Disebabkan ramai yang protes, marah dan wujudnya kekeliruan maklumat, maka aku decided nak pergi check. Asalnya nak pergi check hari khamis. Tapi ah busy plak masa tue. So malam semalam aku pergi.

MALAM.

Isu kenaikan roti tue dah diperjelaskan kat sini

Sejujurnya harga roti kat tempat aku tiada beza. Ia sama. Aku pelanggan setia gardenia. Ya ya aku tak boikot. Dan aku tak minat nak boikot. Maaf la ek. Aku dah lama makan roti jenis neh dan akan kekal makan roti jenis neh. Bersetuju la untuk tidak bersetuju, oke?

Hehe.

Selepas depa war2 kenaikan harga roti tue, aku memang ada beli. Dan harga still sama. Walaupun agak confuse kenapa tiada kenaikan harga di tempat aku, aku still rilex2 lagi. Agaknya stok lama kot sebab tue harga kekal. Tapi dah beberapa hari berlaku still harga sama kat tempat aku. Aku beli roti dalam 2,3 hari sekali ataupun hari2. Memang brand neh la aku makan. Brand lain aku tak layan.

Sehinggala penafian dikeluarkan oleh syarikat Gardenia sendiri. Oke fine. Mungkin ada kedai2 yang suka2 naikkan harga kenakan orang atau ada pihak yang suka2 gembar gemburkan benda neh untuk mengelirukan orang?

Kadang2 kesalahan info bukan di kalangan tegar PR. Ia adalah disebabkan tegar PR telah dipengaruhi untuk sebarkan maklumat palsu. So macam neh pun ada. Tapi takmo tuduh2 la. Sesiapa yang rasa dipengaruhi boleh betulkan keadaan. Don't worry la.

Isu gula.

Aku baru beli 2 peket gula semalam. Nak beli lebih. Tapi aku tengok berebut orang beli aku tak jadi beli. Aku heran gak.

Apsal ramai2 beli gula neh?
Gula nak naik.
Yeke?
Ye. BN nak naikkan gula.

Tah la. Yeke gula nak naik harga? Aku pun confuse. Aku tak dengar citer. Spekulasi memang berlambak2. 

Harga belian gula masih sama. Tiada beza langsung. Aku tatau tempat lain. Tapi kes neh membuatkan aku teringat kat satu pakcik yang kecoh2 harga minyak dah naik kat tempat aku. Last2 aku bergaduh dengan orang yang pergi hebohkan maklumat tue kat sahabat2 dia.

KAKI FITNAH je la kau.
Dasar totok pas.
Pui.

KAH KAH KAH

Rilex. Kita orang memang begitu. Takde apa2 yang sensitif kat sini.

Cuma nya aku nak pesan sikit. Sekarang neh memang wujud maklumat yang mengelirukan kita. Try not to believe terus.

Macam isu GST yang aku ada tulis disini.

Aku dah check. Tapi tue ah pasaraya tak sama. Bukan tesco dan bukan juga JJ. Adakah benda neh terpakai untuk tesco dan JJ jek? Siyes kat tempat aku memang tiada GST dalam pasaraya GIANT tue. Aku dah pergi check sendiri.

Bagi membuktikan bahawa benda neh completely rumour, aku cadangkan sesiapa yang berhampiran TESCO dan JJ pergi check sendiri. Aku mewakili GIANT, confirm takde.

Sekarang terserah lue untuk jalankan siasatan sendiri. Apa pun isu kenaikan GAS memasak tue BETUL. Meskipun bukan GAS MEMASAK yang naik secara langsung, tetapi KOS PENGHANTARAN yang naik, still ia melibatkan GAS MEMASAK secara tidak langsung. RM2. Rujuk sini.

Apa pun jika berlaku kenaikan yang korang rasakan tidak patut ditempat korang, jangan lupa lakukan aduan kat sini.

Bai.  

Najib Mungkin Lepaskan Jawatan Akhir Tahun Ini.

Desas desus kini mula tersebar secara meluas mengenai Najib yang bakal meletakkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan berikutan prestasi terburuk bn pada pru ke 13 baru2 ini.

Pada pru ke 13 yang lalu, bn menang tetapi dengan majoriti tipis. Bukan 2/3 dan ia sebenarnya mengulangi kembali prestasi buruk bn ketika paklah menjadi pm pada pru ke 12 pada tahun 2008.

Namun ketika pak lah menjadi pm sekurang2nya bn memenangi 140 dari 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan. Berbeza dengan Najib yang bukan sahaja mengulangi prestasi buruk bn dalam pru 2008 bahkan terburuk sekali dalam sejarah kewujudan bn itu sendiri di mana daripada memenangi 140 menurun kepada 133 kerusi pada pru 2013. Susut 7 kerusi.

Bukan itu sahaja. BN juga hilang undi popular buat pertama kali dalam masa 44 tahun. Najib di jangka akan terus di desak untuk meletak jawatan berikutan rekod buruknya dalam pru ke 13 pada pemilihan akhir tahun ini. Atau mungkin Najib akan berundur sebelum di undurkan.

Bloggers umno kini sudah mula menunjukkan tanda2 bahawa Najib harus di undurkan bagi memberikan laluan kepada Muhyiddin Yasin yang dilihat lebih bersih dari imej Najib. Sekurang2nya isteri Muhyiddin lebih sopan dan bebas dari sebarang skandal yang akan mengurangkan serangan peribadi ke atasnya.

Laporan reuters di bawah ada menyebut bahawa Najib harus memikul tanggungjawab atas prestasi terburuk umno dan bn dalam sejarah pilihanraya. Mahathir juga dipetik pernah berkata dalam media perdana dia tidak menyangka bahawa prestasi Najib lebih teruk daripada paklah.

Tahun lalu dalam sesi temubual bersama reuters Mahathir menyebut Najib harus memperbaiki prestasi bn atau bersedia menghadapi sebarang risiko yang akan menggugat kedudukan Najib dalam Umno.

Jumaat, 10 Mei 2013

Khalid Kekal Menteri Besar Selangor.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Saifuddin Nasution menerusi satu kenyataan media. Saifuddin menegaskan bahawa Khalid Ibrahim akan kekal menerajui Selangor untuk penggal kedua selepas PR diberikan mandat sekali lagi oleh pengundi2 di Selangor.

Kenyataan media ini dikeluarkan oleh pejabat PKR susulan sidang media yang dibuat oleh Azmin Ali lewat pagi tadi.

Dalam kenyataan yang sama Saifuddin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Hadi Awang yang mewakili PAS dan DAP kerana memberikan PKR laluan untuk menerajui Selangor meskipun PKR hanya mendapat 14 kerusi.

Dengan perkembangan terkini ini dijangka Khalid Ibrahim akan mengangkat sumpah dalam masa terdekat untuk mengalas tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor sekali lagi.

Tahniah. Sebagai pengundi Khalid aku mahu Khalid menjalankan tanggungjawab dengan amanah. Biarpun di hina gagap dan rambut selekeh, janji buat kerja. Tue yang penting. Oke bai.

Khamis, 9 Mei 2013

Azmin Ali Bidas PR Anjur Perhimpunan Di Kelana Jaya Lapor Yahoo News.


Yahoo News cakap ada ura2 yang Azmin Ali nak letak jawatan.

Errr..

Tak mungkin.

Tapi tatau pula kalau ia betul2 terjadi. Dalam sehari dua neh di kalangan orang2 PKR sendiri berkata bahawa kekalahan PKR di beberapa kerusi dalam PRU ke 13 menyebabkan Azmin dipersalahkan oleh ramai anggotanya atas alasan memilih kroni daripada individu yang telah berjasa di kawasan tersebut.

Cakap2 orang dalam PKR sendiri mengesahkan bahawa pergolakkan dalaman yang kurang senang dengan sikap yang di tonjolkan oleh Azmin Ali semakin memuncak pada tahun 2010. Dan seterusnya semakin berkembang dalam tahun2 kebelakangan itu.

Berikut antara yang dilaporkan oleh Yahoo News ;

Anwar Ibrahim’s right-hand man Mohamed Azmin Ali is purportedly set to ditch Parti Keadilan Rakyat and the Pakatan Rakyat coalition.

According to party sources, the 49-year-old politician wants to leave the coalition ‘due to his dissatisfaction over the allocation of Selangor state executive committee seats among Pakatan members.’ 


It is believed that 11 senior Pakatan figures – said to be newly elected Members of Parliament - are set to follow Azmin out the door. 

Azmin’s absence from the mammoth Pakatan Rakyat rally fronted by leader Anwar Ibrahim in Kelana Jaya, Selangor on Wednesday night has not gone unnoticed, thanks in no small part to Azmin’s scathing Tweets about the event. 

On Twitter, he slammed Pakatan for organising the rally, urging the coalition to accept their loss at the recently concluded 13th General Election.  

Azmin tweeted, “Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman, muhasabah diri, akui kelemahan, maju ke hadapan, tumpu rakyat bukan kerabat.” (The people are tired over the excessive political pressure. Accept the punishment, judge yourselves, admit weakness, progress and focus on the people, not kinship).

The 46-year-old Azmin is reportedly one of those battling to become the new Selangor Menteri Besar. Several candidates’ names, including PAS’ Ahmad Yunus Hairi, have surfaced. However, incumbent Menteri Besar Khalid Ibrahim is believed to be the Pakatan Rakyat leadership’s choice to keep his position. 

Attempts to contact Azmin by Yahoo Malaysia, have so far been unsuccessful. Sinar Harian, however, quoted Azmin as saying that he wants to 'save PKR from any form of nepotism that could erode the public's trust in the party'.

He further denied rumours that he was set to leave the party along with other members of parliament. "I will not abandon this noble fight and will never betray the trust of the people who want change," he said.
 
Translation. Point penting.

1. Menurut sumber dalaman PKR, Yahoo News menyatakan bahawa Azmin Ali akan meninggalkan Pakatan Rakyat disebabkan tidak berpuas ahti dengan pengagihan kerusi Exco antara parti2 yang menang di Selangor, iaitu PAS, PKR dan DAP.

2. Antara yang disebut2kan akan meninggalkan PR ialah 11 ahli parlimen yang baru memenangi PRU juga akan mengambil jejak langkah yang serupa.

3. Ketidakhadiran Azmin Ali di perhimpunan mega Kelana Jaya mengesahkan lagi cakap2 yang sedang tersebar sekarang neh. Twitter yang dikemaskini oleh Azmin Ali juga menambahkan lagi persepsi negatif umum.

4. Azmin Ali dalam twitternya berkata [seperti di dalam gambar] telah membidas perhimpunan tersebut.

5. Azmin Ali antara nama2 yang disebut akan mencabar jawatan Menteri Besar. Terdapat satu laporan yang mengesahkan nama  Azmin Ali antara yang tercatit dalam kertas cadangan lantikan menteri besar. Namun, nama Khalid Ibrahim yang menjadi pilihan rakyat jelata dan juga parti2 komponen Pakatan Rakyat lebih menguasai keadaan.

6. Yahoo News gagal menghubungi Azmin Ali untuk mengesahkan beberapa perkara namun, laporan Sinar Harian menyatakan bahawa Azmin Ali dilaporkan berkata 'SELAMATKAN PKR daripada sebarang amalan NEPOTISME mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap parti [PKR].

7. Dia kemudian berkata bahawa tidak akan meninggalkan parti dengan mana2 ahli parlimen kerana tidak mahu mengkhianati kepercayaan rakyat yang diberikan ke atas nya. Lapor Sinar Harian yang dipetik oleh Yahoo News.

Pendapat aku. 

NEPOTISME tue merujuk kepada siapa? Dalam PKR jelas NEPOTISME merujuk kepada

Anwar Ibrahim

Wan Azizah

Dan Nurul Izzah.

Nak cari gaduh dengan Anwar Ibrahim? Aku rasa Azmin Ali kena hadap dengan penyokong tegar Anwar Ibrahim dulu untuk bernafas dalam PKR.

Pendapat peribadi ah. Aku yang bidas Anwar Ibrahim pun kena ketuk. Padahal medium kecik jek. Berapa ramai yang baca sangat apa yang aku tulis? Ini Azmin Ali? 

Hehe. 

Bersiap sedia la ek. Sebab  penyokong Anwar Ibrahim memang ramai. Mak aku salah seorang dari nya dan aku terlebih2 kagum macam mana ah si ANwar Ibrahim tawan ahti depa. Bertahun2 beb. Jampi ke apa?  Demmit.

Wakaka. Bai.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...