Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 7 Mei 2013

Bunuh Cina 13 Mei.

Gila apa.

Apahal plak nak bunuh orang cina? Semua neh gara2 posting bloggers umno yang menerapkan unsur2 perkauman melampau sejak dari semalam. Dan mereka masih meneruskan posting2 perkauman tue sehingga ke hari neh.

Rujuk bawah neh hah ;




Di api2kan oleh blogger papa gomo rupanya.

Hadoi.

Aku nak buka link tue tak boleh. Tatau kenapa. Adakah dia dah melarikan dia selepas bercakap bangsa cina dap wajib ditentang walaupun bermandikan darah? 

Gila gila..

Rujuk kat wall fb dia lagi menggila..

https://www.facebook.com/pages/Papa-Gomo/118745648220261?fref=ts&filter=1


Pemimpin-pemimpin hebat kita sedang berusaha mahu menawan negeri Melayu yang kuat. Ini adalah Johor. Bila yang paling kuat berjaya ditawan, negeri yang lain akan lagi senang. Kita pun sudah diberi bantuan Singapore. Kita dahulu yang pandai bersyarah di Melaka dahulu. Marilah kita memuji perjuangan Hang Li Poh dan laksamana Shing Ho Yang berjaya memikat dan membuktikan ada raja melayu dahulu yg senang diperdayakan dengan ramai orang Cina ke Melaka.

Inilah perjuangan kita. Saya sangat berharap agar semua orang Cina menumpaskan hak orang Melayu kepada hak orang Cina. Bangunlah bangsa Cina dengan apa sekalipun walaupun terpaksa melakukannya dalam paksaan. Kejayaan kita berasaskan kerjasama serta persefahaman bangsa Cina yang sememangnya cerdik pandai….Ke arah matlamat kita?

MALAYSIA HAK ORANG CINA 10 TAHUN LAGI...!!!

Dasat.

Semua neh ajak kita MEMBUNUH ORANG CINA. Mula2 dok ajak kita benci CINA then ajak BUNUH pula.

GILAAAAAA WEHHHHHHH !!!!!!!!!

Kepada orang2 cina, elok korang buat report polis beramai2.

JANGAN SAMPAI KORANG MATI DIBUNUH OLEH MEREKA2 DI ATAS NEH. Aku sendiri rasa risau tentang keselamatan korang. Aku dah semakin heran dengan sikap2 bloggers UMNO yang dok sebarkan sentimen perkauman. Kat page2 seme dok kutuk2 cina. Siap nak boikot la apa la. Yang ajak bunuh pun ada.

Apa sudah jadi?

Gambar di atas sebagai contoh. Sebelum berlaku apa2 yang tak di ingini, orang2 cina dinasihatkan lapor polis. Tolong report polis. Jaga keselamatan masing2. Aku takut.

Sekian.  

Update ;

Ini pula nasihat dari sahabat kita ;


[BN, PR, Perkauman & Obama]

Saya adalah Cina yang kembali kepada Islam. Saya tidak diminta lahir sebagai Cina sebagaimana anda tidak diminta dilahirkan sebagai seorang Melayu, India, Kadazan, Iban & sebagainya. Yang paling penting, saya adalah Muslim & InshaAllah akan mati sebagai seorang Muslim.

Tulisan saya ini khas untuk semua & saya mulakan dengan penyokong PR. Adalah sesuatu yang memalukan serta mendukacitakan anda sanggup meminta dari Obama untuk membantu. Sedarkah anda bahawa Obama & Amerikalah yang telah menghancurkan kehidupan rakyat beberapa negara dan anda meminta mereka utk campur tangan dalam hal ehwal negara? Masalah negara kita, kita selesaikan antara kita dan walaupun anda menuduh bermacam-macam namun apakah anda mahu melihat Msia huru-hara seperti negara lain akibat tidak berpuas hati dengan keputusan PRU? 

Saya menyokong PR dalam PRU lepas tetapi saya menerima BN sebagai pemerintah & kerajaan walaupun ada yang berkata terdapat penipuan tetapi saya mengutamakan kedaulatan negara dari dicemari. Meminta bantuan Obama bukan jalan penyelesaian yang bijak. Pemimpin mencerminkan rakyat & anda ada masa 5 tahun untuk 'berkempen' sebelum PRU 14.

Kedua ditujukan kepada BN, jangan berkata DAP mahupun Cina menolak Melayu dan Racist. Kenapa bila dulu MCA menang banyak tak dikatakan mereka racist dan adalah pernah MCA menyenaraikan calon Melayu untuk PRU dalam sejarah mereka? MCa juga ditolak ramai Cina sedangkan MCA adalah parti Cina? Dari 15 kerusi parlimen pada PRU 12, kini mereka hanya adalah 7. MCA juga ditolak oleh orang Cina, Melayu & India. Bila Gerakan dengan ramai ADUN & MP Cina sebelum PRU 12 kenapa pula tidak dikatakan racist dan ada agenda? Adakah kerana mereka parti gabungan BN maka anda berdiam diri? Cina tidak menolak Melayu kerana jikalau anda rajin mengkaji, kenapa Rafizi seorang Melayu boleh menang di Pandan yang banyak pengundi Cina? Ibrahim Ali & Zulkifili Noordin kalah di kawasan yang banyak pengundi Melayu. Orang Cina hanya kurang dari 20% dari penduduk Malaysia jadi kenapa Cina yang selalu dikambing hitamkan? Jangan salahkan Cina mahupun Melayu ataupun India jikalau sokongan berkurangan tetapi tanya diri kenapa rakyat Malaysia menolak gagasan anda. Yang jelas sebenarnya rakyat jelata baik Melayu, India, Cina, Jawa, Bangla mahupun Iban menolak politik perkauman yang menjadi senjata setiap PRU terdahulu. Rakyat makin matang berfikir dan menilai.

Usah meniupkan api perkauman baik dari PR mahupun BN. Usah juga kongsikan gambar atau dokumen yang anda sendiri tidak pasti kesahihannya lalu dikatakan inilah agenda mereka. Sediakah kita menjawab di depan Allah jikalau ianya adalah palsu akibat teruja sangat untuk berkongsi info yang kita sendiri tidak pasti? Sedihnya ramai Muslim terjebak dalam isu sebegini dan mengapakah ini terjadi sedangkan isu perkauman adalah mainan jahiliyyah dan apakah kita masih terperangkap dengan bisikan syaitan? 

Yang telah menang, tunaikan janji anda. Penyokong calon dan parti yang menang, ingatkan mereka akan janji yang ditabur. Yang kalah, fikirkan di mana silapnya dan teruskan berkhidmat dan bukannya muncul apabila tiba musim PRU. Wahai saudara seIslam, ingatlah bahawa Allah SWT memberikan kekuasaan kepada siapa yang Dia kehendaki dan hidup ini adalah ujian bagi setiap manusia.

Dari kita bercakap mengenai perkauman dan bangsa, mari kita mengembleng tenaga mendakwahi mereka agar mereka menjadi saudara seakidah dengan kita walaupun berlainan bangsa. Allah SWT tidak akan bertanya apakah bangsa dan kaum kita tetapi InshaAllah kita akan ditanya apakah yang telah kita lakukan dengan Nur Islam yang Allah telah kurniakan kepada kita dan pastikan kita ada jawapan di akhirat kelak. 

Wallahualam...

Kepada bloggers umno BERHENTI MENIUP SENTIMEN ANTI CINA DAN BERHENTI AJAK / HASUT ORANG UNTUK MEMUSUHI ORANG CINA. JANGAN TIUPKAN SENTIMEN RACISM DAN JANGAN NAK MEMANDAI2 SERAPKAN KEBENCIAN ANTARA RAKYAT MALAYSIA PLAK.

Pui. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...