Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 10 Mei 2013

Khalid Kekal Menteri Besar Selangor.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Saifuddin Nasution menerusi satu kenyataan media. Saifuddin menegaskan bahawa Khalid Ibrahim akan kekal menerajui Selangor untuk penggal kedua selepas PR diberikan mandat sekali lagi oleh pengundi2 di Selangor.

Kenyataan media ini dikeluarkan oleh pejabat PKR susulan sidang media yang dibuat oleh Azmin Ali lewat pagi tadi.

Dalam kenyataan yang sama Saifuddin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Hadi Awang yang mewakili PAS dan DAP kerana memberikan PKR laluan untuk menerajui Selangor meskipun PKR hanya mendapat 14 kerusi.

Dengan perkembangan terkini ini dijangka Khalid Ibrahim akan mengangkat sumpah dalam masa terdekat untuk mengalas tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor sekali lagi.

Tahniah. Sebagai pengundi Khalid aku mahu Khalid menjalankan tanggungjawab dengan amanah. Biarpun di hina gagap dan rambut selekeh, janji buat kerja. Tue yang penting. Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...