Selebriti Azwan Ali percaya abangnya Azmin Ali yang merupakan Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa layak menjadi Menteri Besar (MB) Selangor.
Pengacara ranggi itu berkata jawatan menteri besar bergantung kepada rezeki dan tuah abangnya itu.
"Saya telah mendengar ura-ura abang saya akan menjadi MB sejak 2011, jadi ia bukan sesuatu yang baru. Ia merupakan satu kelebihan bagi Selangor kerana Azmin seorang pemimpin yang baik dan akan membawa Selangor ke peringkat yang lebih tinggi.
"Saya tak cakap Tan Sri Khalid Ibrahim tak bagus cuma lebih baik jika tidak membandingkan keduanya. Tidak adil membuat perbandingan kerana Azmin abang saya. Tetapi ramai yang menyukai beliau dan itu merupakan aura magnetik tentangnya.
"Sebagai ahli politik, beliau tidak gentar menyuarakan sesuatu. Azmin menyampaikan sesuatu dengan gayanya sendiri dan ini saya lihat sewaktu hari penamaan calon tempoh hari," menurut Azwan yang menambah Azmin seorang yang tenang dan tidak mengendahkan komen tentang beliau.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
Wakaka.