Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 8 Mei 2013

PAS : Khalid Ibrahim Akan Kekal Jadi Menteri Besar Selangor.

Pas Pusat tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor walaupun Pas Selangor mempunyai kelebihan satu kerusi berbanding PKR di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) baru-baru ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, demi semangat setia kawan dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama PKR dan DAP, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

“Kita (Pas) tidak pernah tuntut, tidak pernah bercadang, tidak berhasrat pun ke arah itu. Kita sudah putuskan untuk kekalkan yang sedia ada (Abdul Khalid). Tunggulah dalam masa seminggu ini akan diumumkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Rujukan :  http://www.sinarharian.com.my/pas-khalid-akan-kekal-sebagai-mb-selangor-1.158074

Aku akan cakap terus terang. Aku sebenarnya terkejut benda neh terkeluar dari Mustafa Ali. Seolah2 dia dah menjadi lain sejak2 isu video tue keluar. AKu pelik. Tapi kerana ini perubahan yang sangat positif, maka aku menerima baik.

Walaubagaimanapun, ada beberapa cadangan agar kerusi exco diberikan lebih kepada PAS dan DAP sebab mereka ada kelebihan kerusi di Selangor. Which is aku rasa saranan ini ada benarnya. Tetapi apa yang penting, sila lantik exco2 yang reti buat kerja, bukan main lantik je la. Contohnya Ronnie Liu tue, dia antara exco tak guna, penyingkiran dia dari Selangor merupakan satu perkara yang tepat.


Hampir pasti MB Selangor ialah Khalid Ibrahim. Namun aku setuju dengan syor kawan2 di facebook yang menghadkan tempoh jawatan kepada 2 penggal je. Ini satu idea yang baik. Katakan untuk PRU ke 14, Selangor masih diberikan mandat oleh rakyat kepada PR, maka kita perlu ada MB baru ketika itu. Sebab itu dari sekarang Khalid kena bersiap sedia melatih pengganti dia selepas ini.

Jangan sampai jadi macam BN. Pegang jawatan lama2, lepas tue corrupted. Ini yang kita tak suka dengar neh.

Apa pun tahniah la kepada PAS kerana membuat satu statement yang berjiwa besar. Mungkin meniru jejak langkah Lim Kit Siang ataupun mungkin juga kerana apa yang pernah berlaku di Perak dulu. Meskipun PAS memenangi kerusi terkecil tetapi Nizar dari kalangan PAS menjadi MB Perak. Ini membuktikan PR sepakat untuk melantik hanya mereka2 yang ahli dalam bidangnya sebagai MB, tahniah.

Apa yang berlaku di Kedah, jangan kita lupakan. Repair la mana2 yang tak elok tue. Oke. Bai.  

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...