Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 7 Mei 2013

Amaran Keras Untuk Semua Orang Malaysia.

Warning.

Ikhlas. Dari aku. Untuk semua orang yang lahir di Malaysia.

Terdapat satu trend yang sedang berlegar2 di internet. Di media sosial. Aku jadi aneh pada awalnya. Then aku dapat tangkap. Ini propaganda murahan. Yang aku heran yang bukan begitu tahu apa2 dalam politik pun boleh terjebak sebarkan benda2 BODOH gile macam neh.

Apakah trend itu?

Trend sebarkan sentimen racist ajak benci orang cina. Meluas. Tak henti2 depa sebarkan dari semalam.

Gila. Memang gila. Kerusi2 yang DAP menang tue kalau depa tak menang BN yang menang. Dan BN punya calon bukan semua melayu macam Ghani Othman yang kecundang tue. Yang cina pun berlambak2 bahkan MCA kalah dengan DAP la. Kalau bukan DAP yang menang banyak maka MCA la yang menang banyak. So tetap cina gak yang menang tak kira siapa pun yang menang.

No no no. Kalau MCA menang still di kawal oleh UMNO oke. Melayu control. Kalau DAP menang, dorang yang kawal PR oke.

BULLSHIT.

Bayangkan jika PKR, PAS dan DAP menang semua kerusi yang dorang bertanding. Siapa lead? PKR juga. Dalam PKR ada melayu + PAS melayu tak ke maksudnya MELAYU gak yang lead?

Hujah2 BULLSHIT ini selalunya datang dari manusia2 yang tak berfikir dan menilai dari semua sudut. Dia punya skop betul2 kecik. Then dia akan amek sudut yang boleh menampakkan hujah dia je betul. Itu kesohaian. Maaf, aku kadang2 jujur secara berlebihan.

Sekarang neh memang betul trend pengundi melayu berpecah belah. Aku setuju melayu dengan melayu kena bersatu. Takpe. AKu ikut je saranan penyokong2 dasar penyatuan neh. Cara dia ajak semua orang melayu bersatu dan sokong pakatan rakyat tanpa berbelah bahagi macam orang2 cina.

Masalah kita selesai.

Orang melayu takan gadoh. Sebab apa?

Lue sokong PR.
Gua sokong PR.
Lue dan gua takan gadoh2 lagi.

Selagi orang2 melayu sokong BN sokong UMNO ini bahaya. Selagi itu kita akan terus bergaduh. Sebab itu kita kena sebarkan kempen luas2 ajak melayu bersatu duduk bawah PAKATAN RAKYAT.

BANGKITLAH MELAYU. BANGKIT. MARI LA BERSATU DUDUK BAWAH PAKATAN RAKYAT. SOKONG PAKATAN RAKYAT UNTUK KEMAJUAN MALAYSIA. KEMAJUAN kita bersama2.

Pembawakan yang dibuat oleh UMNO sekarang menerapkan bahawa DAP menang besar sebab cina bersatu. Itu memang betul. Cina bersatu untuk menangkan PR dan kalahkan BN. Tetapi sayangnya mereka tidak mengulas ia secara menyeluruh. MELAYU tidak pula bersatu untuk jatuhkan BN. Wujudnya melayu2 yang terlalu mudah diumpan dengan kata2 mengarut dan merapu dari pimpinan BN. Punca UMNO masih menguasai Malaysia bukanla kerana BN itu bagus tetapi kerana ada MELAYU2 yang BODOH yang begitu MUDAH dibeli dan berpuas ahti dengan apa2 benda merepek yang BN jaja.

Orang nak bagi merds. Ko pakai proton neh. Ko sanggup tolak dengan alasan proton neh dah banyak jasa. Walhal kalau ko bijak, ko boleh jual proton dan amek merds tue. Duit dapat, kereta baru pun ko dapat. Ini akai ekonomi. Ataupun ko amek je merds dari satu kereta terus dapat dua kereta. Bijak ma. Tapi tue la jenis menilai sesuatu perkara berdasarkan sentimen emosi, bukan sentimen fakta tue yang asyik bagi hujah2 bingai jek.

Cina dikayakan dengan sistem dan polisi2 yang BN cipta selama ini. Cuba tengok kenapa cina kaya raya ramai sokong PR. Dah banyak dah BN kayakan orang2 cina neh. Nampaknya cina tak reti bersyukur. Jadi melayu yang tak dapat apa2 pun sibuk nak sokong BN lagi?

Alahai. Itu bodoh weh. 

Maaf, sekali lagi terlebih jujur.

Kenapa melayu miskin duduk rumah flat sokong BN pula? Ini kerana MELAYU itu tiada akai. Cina2 itu nak tolong upgrade hidup melayu2 yang merempat neh. Kesian betul budak2 melayu zaman sekarang. Nak beli rumah pun tercekik. Polisi yang menyakitkan ahti neh hanya membantu orang2 kaya macam orang2 cina untuk terus kaya dan lebih kaya.

Disebabkan orang2 cina ini melihat permasalahan ini dari semua segi, maka mereka faham. Polisi2 yang berdasarkan MERIT, akan membantu orang yang benar2 susah, yang mana majoritinya ialah orang2 ISLAM dan MELAYU itu sendiri. Nampak tak? Cuba tengok rumah teres kat KL tue. Sapa duduk majoritinya? Bagaimana pula dengan orang2 MELAYU? Ini cina2 yang sokong PR nak tolong melayu2 senang beli rumah, takmau ka?

Eh, rupanya secara tidak langsung semua cina2 itu sedang membantu MELAYU dari terus dianiaya rupanya. Tapi kerana prejudis maka mereka melatih diri mereka untuk benci orang cina. Kasihan. Orang cina neh datang dari mana? Allah swt tak cipta ke?

Trend cina ialah hapuskan korupsi, penyelewengan, setakat kos sara hidup, berapa ramai la sangat cina2 neh merempat weh. Tapi melayu ramai. Takmao ka kalau beban kos sara hidup korang berkurangan? Korang dibebani dengan BN oleh sesuatu yang diluar dari kesanggupan korang, tatau ka? 

Polisi yang baik, yang adil akan membantu mereka2 yang layak tanpa kira kaum.

Bantuan2 yang dipecahkan ikut komposisi kaum sudah tidak relevant lagi. Kenapa bukan TEKUN untuk semua bangsa malaysia?

Jika ko layak, ko diberikan pinjaman. Apa nak heran bab kaum. Kerajaan BODOH mana yang jaja benda2 merepek neh weh?

Kenapa bukan satu sekolah untuk semua jenis bangsa dan agama? 

Pecahan kaum ini harus dimahsuhkan, wujudkan satu dasar, Malaysia untuk orang Malaysia. Yang mana orang2 susah dibantu tanpa kira kaum dan agama. Bantuan2 pula dilayakkan kepada semua pihak. Bukan buat pengkhususan. Ini untuk melayu je. Ini pula cina je boleh apply. Yang neh plak sapa orang sarawak boleh minta. Itu semua BULLSHIT dan mengarut. 

Sebab itu ada baiknya sekarang pakatan rakyat mula mendidik masyarakat untuk berfikir sebagai BANGSA MALAYSIA.

Tak kira ko orang apa, agama apa, jika ko orang malaysia ko ialah BANGSA MALAYSIA.

Ini perlu supaya kita tidak lagi terpalit dengan kenyataan yang mengarut dari orang2 UMNO. Kenyataan2 seperti cina bersatu melayu berpecah. Kenapa tidak cina + melayu = bersatu?

Cina bukan orang malaysia?

Jika cina + india + melayu = bersatu hapuskan kezaliman, korupsi, salahlaku bagaimana?

Ini sasaran kita untuk 5 tahun ini. Untuk kita hta hapuskan budaya racist, kita sendiri terlebih dahulu untuk tidak racist. Tak kira melayu, cina, india boleh atau tidak korang belajar untuk buang sikap racist ini? Kalau kita perhatikan, secara faktanya sikap racist ini ada pada semua kaum tanpa kira siapa pun dia.

Siapa tak persoalkan kalau cina dan india tak reti cakap bm sedangkan ko ialah orang malaysia? Hello. Reti la bercakap bm weh. Korang sekolah ke tak neh? Berkawan ke tak dengan orang melayu? Syarat asas jadi orang malaysia bukanlah mewajibkan ko kena cakap bm tapi at least mesti tahu berbahasa melayu dah ianya bahasa rasmi negara ini.

Begitu juga dengan orang2 melayu. Tahu la korang perjuangkan islam tetapi perlu ke sampai ke tahap menghukum bangsa lain keterlaluan? Korang neh sebenarnya dah masuk ke tahap taksub bila start benci BANGSA yang Allah cipta. 


Rilex.

Benci sikap yang jahat. Maksudnya jika dia buat jahat, maka dia jahat. Bukan tunding pada bangsa, tapi tunding pada perlakuan. 

Tak kira dia bangsa apa sekalipun.

Kemenangan DAP merupakan satu bukti yang cina2 ini BIJAK. Mereka tahu bagaimana nak bermain tarik tali dengan BN. Selepas ini lebih banyak kebaikan yang mereka akan dapat sebab dah berjaya mencuak2 BN.

Melayu? Ah setakat riban2 je aku beli.

HAHAHA

Senang bhai. Maruah bawah tapak kaki jek.

Sepatutnya kena kuat. Berkeras. Barulah BN cuak2. Ahh gile. Main gila dah rakyat malaysia neh. Owh oke2 aku akan buat kerja betul2. Jom kita laksanakan kerja kita, dah jangan nak curik2 dan rompak2 dan songlap2 lain. Depa dah aim kita neh weh. Mampuih.

Tapi nak buat macam mana. Setakat RM1,000 pun kira bagus ye tak?

Takpela. Sila la bersyukur. Aku dapat RM3,000 tau. PKR yang bayar. Lagi best dari korang.

Muahahahahaha.         

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...