Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 27 Februari 2016

Muhyiddin Dah Tengok Bukti, Sahkan Najib Terlibat Dalam Perbuatan Jenayah.


Bila dah tengok bukti, makanya Muhyiddin dah boleh dianggap sebagai saksi atau mereka yang terlibat secara langsung dalam skandal salahlaku Najib Razak dalam skandal penyelewengan SRC International.

Dan lepas neh geng2 UMNO berhenti bercakap puak2 pembangkang pemfitnah. Ini geng yang duduk dalam UMNO bertahun2 sendiri yang sahkan tentang skandal Najib. Sampai kena pecat kot. 

Semalam ;

i. Muhyiddin digantung keahlian
ii. Rentetan itu, dia kehilangan kesemua jawatan dalam parti UMNO.
iii. Sebelum itu dia dipecat sebagai TPM oleh Najib Razak atas alasan tidak mengikuti/mematuhi ketua dan dikatakan membuatkan keadaan menjadi sukar kepada parti BN bagi memenangi PRU akan datang dek kucar kacir yang berlaku dalam parti.
iv. Selepas digantung keahlian UMNO, Muhyiddin tampil membuat satu kenyataan rasmi di media sosial.
v. Antara kenyataan yang patut diberikan penekanan oleh rakyat ialah ;

Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan Peguam Negara sendiri beserta dengan buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah! Saya beristighfar!

Maksudnya ;

- Muhyiddin dah tengok bukti.
- Bukti ditunjukkan oleh Gani Patail.
- Gani Patail digantikan atas alasan kesihatan secara mendadak.
- Tak syak lagi bahawa Gani ditukar atas alasan mempunyai bukti salahlaku Najib jika kita kaitkan dengan statement Muhyiddin.
- Dan jawatan tinggi di Sarawak Hidro (rujuk) mungkin akan dianggap umum sebagai balasan kepada Gani kerana menutup mulutnya tentang perbuatan Najib.

KEMASKINI.

Gani Patail enggan mengulas dakwaan Muhyiddin selepas dihubungi media. 

Muhyiddin juga ada menyebut. Beberapa pihak yang dulu bersamanya secara senyap untuk menasihati Najib kini berubah menjadi pihak yang paling lantang dalam mengkritiknya.
Adakah itu merujuk kepada Zahid Hamidi?
Yang bertukar team selepas ditawarkan jawatan no dua?
Hanya Muhyiddin yang boleh sahkan persoalan ini.

Hehe.

Berikut paparan penuh kenyataan Muhyiddin selepas digantung keahlian, seperti yang diperolehi dari laman facebook rasmi bekas timbalan perdana menteri berkenaan. Untuk pengetahuan korang, status berkenaan mendapat lebih dari 35,000 perkongsian di laman sosial. Fikir2kanla macam mana benci dan meluatnya orang pada Najib kini..
KENYATAAN YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Majlis Tertinggi UMNO memutuskan untuk menggantung saya daripada jawatan Timbalan Presiden. Keputusan ini telah saya jangka. Ia bukan satu perkara yang mengejutkan.

Sejak saya digugurkan daripada kabinet, saya telah dihalang daripada menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden. Saya disekat daripada menghadiri program-program parti. Majlis parti yang dianjurkan untuk saya diarahkan supaya dibatalkan. Ahli-ahli parti yang menyokong saya diugut. Malah, buat pertama kali dalam sejarah, seorang Timbalan Presiden dihalang daripada berucap dalam perhimpunan agung.

Sepanjang enam tahun saya memegang jawatan Timbalan Presiden, saya tidak pernah mengabaikan tugas dan tanggungjawab saya membantu Presiden. Saya mengetuai jentera pilihanraya BN dalam setiap kali pilihanraya kecil atau pilihanraya umum dan bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN. Dengan kemenangan itulah, maka Presiden selaku ketua parti kekal menjadi Perdana Menteri. Tidakkah itu bermakna saya membantu Presiden?

Saya juga melakukan tugas-tugas lain seperti mempengurusikan mesyuarat pengurusan UMNO, mesyuarat pengurusan BN, menyelesaikan masalah-masalah parti, memantapkan jentera pilihanraya, turun ke bahagian-bahagian dan tugas-tugas untuk memastikan kesempurnaan perjalanan parti. Ini bermakna saya telah membantu Presiden dalam mentadbir dan mengurus parti.
Saya juga bertanggungjawab menyampaikan pandangan dan keluhan ahli-ahli kepada Presiden serta menegur Presiden jika dia melakukan tindakan yang menjejaskan kepentingan UMNO. Inilah yang saya lakukan apabila saya menegur Presiden berhubung pembabitannya dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 billion.

Semua ini saya lakukan dengan niat untuk memastikan kesempurnaan perjalanan parti dan mengembalikan kepimpinan UMNO ke landasan yang betul supaya UMNO terus diterima oleh rakyat. Tetapi saya telah dihukum kerana kononnya saya tidak membantu Presiden.

Adakah membantu Presiden itu bermaksud menyokong Presiden secara membuta-tuli termasuk mempertahankan kesalahannya? Saya tidak fikir begitu. Jika Datuk Seri Najib melakukan kesalahan, maka wajib bagi saya dan yang lain-lain di dalam UMNO menegurnya dan meminta dia memperbetulkan kesilapannya demi kebaikan parti. Jika dia berterusan melakukan kesilapan, dan semua orang di dalam UMNO bersekongkol mempertahankan kesilapannya, maka kesan buruk akan terpalit kepada UMNO.

Hari ini tercatat dalam lipatan sejarah UMNO, seorang Timbalan Presiden yang dipilih dalam pemilihan parti digantung daripada jawatannya oleh MT semata-mata kerana tindakannya menegur Presiden. Nampaknya, kuasa MT mengatasi suara ahli-ahli parti yang memilih saya sebagai Timbalan Presiden.

Ketika pindaan perlembagaan UMNO dibuat untuk membolehkan ahli-ahli di akar umbi memilih pemimpin utama parti, UMNO dicanang sebagai sebuah parti yang paling demokratik di negara ini. Tidak ada mana-mana parti di Malaysia yang membuka ruang seluas-luasnya kepada lebih 140,000 perwakilan dari seluruh negara memilih pemimpin-pemimpin utama parti.

Namun, keputusan MT hari ini langsung tidak memperlihatkan UMNO sebagai sebuah parti yang demokratik. Suara majoriti ahli, malah majoriti rakyat, diketepikan dengan sewenang-wenangnya oleh MT semata-mata untuk mempertahankan seorang individu yang terpalit dalam skandal rasuah dan penyelewengan yang amat memalukan.

MT gagal menangani krisis kepimpinan parti yang berpunca daripada penglibatan Najib dalam skandal IMDB dan derma RM2.6 bilion yang tidak dijelaskan dengan sepenuhnya oleh beliau. MT tidak berani bertanya Najib jika benar RM2.6 bilion itu wang parti, kemana perginya wang itu selepas akaun ditutup pada 2013. MT juga tidak bersedia bertanya Najib mengenai tuduhan wang SRC International berjumlah RM42 juta yang masuk ke dalam akaun Najib. Skandal yang menyelubungi Najib telah memberi imej yang amat teruk kepada parti, kerajaan dan memalukan rakyat.

Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan Peguam Negara sendiri beserta dengan buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah! Saya beristighfar!

Yang terbabit dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion bukan saya, tetapi Najib. Yang menerima RM42 juta duit SRC International bukan saya, tetapi Najib. Yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berhadapan dengan risiko pendakwaan jenayah bukan saya, tetapi Najib. Yang ditolak oleh sebahagian besar rakyat bukan saya, tetapi Najib. Yang menjadi punca segala masalah UMNO hari ini bukan saya, tetapi Najib. Peliknya, yang digantung adalah saya, manakala Najib terus bersenang-lenang menikmati kuasa jawatan dan wang yang ada padanya.

MT lebih mementingkan soal teknikal dalam mengambil tindakan terhadap diri saya daripada meneliti kandungan ucapan-ucapan saya yang mempunyai implikasi jauh lebih besar terhadap masa depan UMNO dan negara.

Malah MT juga tidak mengikut prosedur tatatertib. Saya tidak diberikan surat tunjuk sebab dan tempoh masa untuk membela diri. Saya tidak dihadapkan ke Lembaga Disiplin untuk membolehkan lembaga membuat perakuan kepada MT. Ahli biasa pun diberikan peluang untuk membela diri sedangkan saya terus dihukum. Nampaknya MT tidak sabar-sabar untuk menggantung saya. Walau bagaimanapun, saya tidak akan merayu.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa pada peringkat awalnya, beberapa pemimpin utama UMNO datang menemui saya mengadu hal mengenai pelbagai skandal yang menyelubungi Najib dan isterinya. Mereka meminta saya melalukan sesuatu untuk memperbetulkan keadaan. Mereka bimbang UMNO akan ditolak oleh rakyat jika Najib terus memimpin parti.

Saya katakan kepada mereka bahawa saya tidak boleh memperbetulkan keadaan secara bersendirian. Saya cadangkan supaya mereka bersama-sama secara kolektif menasihati Najib. Mudah-mudahan dia bersedia untuk memperbaiki kesilapannya demi menyelamatkan UMNO dan negara. Malangnya, mereka tidak berani menasihati Najib.

Akhirnya, apabila keadaan bertambah teruk saya mengambil tanggungjawab untuk menegur Najib dalam pertemuan empat mata bersamanya, dalam mesyuarat kabinet, mesyuarat MT dan kemudiannya dalam platform parti secara terbuka. Apabila saya mula bersuara, orang-orang yang sebelumnya datang menemui saya mula menjauhkan diri daripada saya. Hari ini, orang-orang inilah yang paling lantang mengecam saya.

Saya tidak berduka dengan apa yang terjadi kepada diri saya. Namun saya berasa jengkel. Apa sudah jadi dengan sistem nilai di dalam UMNO? Telah terhapuskah nilai-nilai kejujuran, keikhlasan dan keberanian untuk menyatakan yang hak dan menentang yang batil? Telah leburkah semangat perjuangan dalam diri pemimpin UMNO? Atau, apakah yang bermaharajalela hanyalah nafsu kuasa yang penuh muslihat dan tipu daya?

Barangkali sistem nilai dalam UMNO telah punah. Mereka yang berkepentingan tidak lagi dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah. Yang diutamakan bukanlah matlamat asal perjuangan parti, tetapi kepentingan diri. Akibat daripada ini UMNO akan rosak dan ditolak oleh rakyat.

Hari demi hari, kredibiliti dan imej negara juga semakin terjejas. Keadaan ekonomi semakin tidak menentu, rakyat dihimpit masalah kos sara hidup yang semakin meningkat manakala ruang demokrasi dan kebebasan semakin tertutup. Mereka yang lantang mengkritik Najib ditahan di bawah undang-undang keselamatan, portal berita atas talian disekat dan suara-suara yang menentang ditekan dengan pelbagai ugutan.

Najib juga sedang mengukuhkan kuasanya. Peguam Negara memberikan alasan paling tidak munasabah untuk menolak pendakwaan ke atas Najib walaupun mempunyai bukti yang kukuh. Hanya kerana dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, Peguam Negara tidak berani mendakwa Najib. Institusi seperti SPRM dan Bank Negara tidak dapat berfungsi dengan sempurna kerana ditekan oleh mereka yang berkuasa. Akta Majlis Keselamatan Negara pula digubal untuk memberi kuasa kepada Perdana Menteri mengisytiharkan kawasan keselamatan yang impaknya sama seperti pengisytiharan darurat.

Dalam menghadapi kemarahan rakyat terhadap kepimpinannya, Najib menggunakan segalakuasa yang ada padanya untuk menekan suara yang menentang dan mendiamkan pengkritik. Kita sebenarnya sedang menyaksikan keruntuhan institusi demokrasi dan kemunculan seorang diktator baharu.

Saya akan terus bersuara untuk menegakkan kebenaran dan menuntut reformasi institusi (institutional reform) yang lebih menyeluruh. Kuasa Perdana Menteri untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong dalam pelantikan dan pelucutan jawatan Peguam Negara mesti dihadkan. Oleh kerana Yang Di-Pertuan Agong dalam menjalankan kuasanya di bawah Perlembagaan bertindak atas nasihat Perdana Menteri, maka sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri boleh terlepas daripada pendakwaan jenayah dengan hanya menasihati Yang Di-Pertuan Agong supaya melucutkan jawatan Peguam Negara.

Jika Peguam Negara bukan seorang yang berani, maka Perdana Menteri akan menjadi seorang yang amat berkuasa dan kebal di sisi undang-undang. Dia boleh dengan sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja jenayah dan terlepas daripada sebarang hukuman. Ini bukanlah sesuatu yang adil malah amat bertentangan dengan prinsip bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang.

Selain itu, Jabatan Peguam Negara, SPRM, Bank Negara dan Polis Di-Raja Malaysia mesti dipastikan bebas untuk menjalankan fungsi masing-masing tanpa diganggu-gugat oleh sesiapapun. Peranan mereka di bawah Perlembagaan dan undang-undang negara mesti diperkukuhkan. Kuasa Perdana Menteri dalam pelantikan ketua-ketua agensi ini mesti dihadkan untuk membolehkan mereka bertindak secara bebas dan telus.

Saya fikir, episod hitam yang berlaku di Malaysia sedang mematangkan kita. Jika kita mahu melihat Malaysia kembali menjadi sebuah negara yang dihormati dan rakyat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera, maka kita mestilah bersedia untuk bersama-sama menuntut perubahan. Ia bukan sekadar mendesak Perdana Menteri supaya berundur, tetapi menolak institusi politik yang telah gagal dalam memenuhi aspirasi rakyat. Ketepikan sentimen kaum, agama dan ideologi untuk membentuk suatu konsensus atau muafakat rakyat ke arah mewujudkan sebuah kerajaan yang adil, amanah dan berintegriti.

Saya menghargai semua pihak yang menyatakan sokongan untuk terus berjuang bersama saya. Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah lebih awal menyatakan sokongan kepada saya. Kepada kedua-dua mereka saya ucapkan terima kasih. Kepada pemimpin akar umbi UMNO terutamanya Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang berani berkata benar saya ucapkan tahniah. Saya juga amat menghargai pendirian UMNO Pagoh yang tidak gentar mengharungi badai gelombang bersama saya. Marilah kita terus berjuang!

Rakyat mesti bangkit untuk menentang kezaliman dan kemungkaran. Selamatkanlah Malaysia. Saya bersedia untuk bersama-sama anda dalam perjuangan ini. Jangan takut kerana yang Maha Berkuasa ialah Allah s.w.t.

Allahu Akbar!

MUHYIDDIN YASSIN

Jumaat, 26 Februari 2016

No Plat Palsu - Netizens Persoalkan Jamal Sekinchan & Desak PDRM Ambil Tindakan, Jangan Double Standard!

Datuk Jamal aka Jamal Ikan Bakar Sekinchan aka Jamal Pak Tongkol aka Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar kini dipersoalkan oleh netizens kerana mempunyai pendaftaran kereta palsu.

Zaharin menulis ;

Saya tak cakap tapi ada status yang tag saya bahawa kereta BEW 9 ini nombor motorsikal.. 

Khabarnya milik Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang kebal dimana semua pihak berkuasa sudah dirasuah.. dan soal beri rasuah pun bukan saya yang kata.. ada pemberi maklumat yang bagi tahu:
 
"Kepada pihak yang berkenaan tolong ambil tindakan keatas pemilik kenderaan ini.. nombor BEW 9 berada pada kenderaan m/sikal yamaha 135 LC..boleh buat semakan pada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia...adakah pemilik ini kebal atas sebarang tindakan, sedangkan kenderaan Toyata Vellfire ini tidak didaftarkan,masih belum membayar duti impot,tiada cukai jalan,insuran dan nombor pendaftaran yang sah. Ini menyebabkan kenderaan ini tidak layak untuk berada diatas jalan raya..


(Nombor Pendaftaran Palsu. ( Kesalahan di bawah Seksyen 108 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987- Sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM 5,000 dan tidak lebih daripada RM 20,000 atau penjara selama tempoh tidak kurang daripada 1 tahun dan tidak lebih darpada 5 tahun atau kedua-duanya.) (jika zoom out pun jelas kereta ini tak tampal roadtax)


Klik Imej Utk Paparan Jelas
- Khabarnya ketua UMNO bahagian Sungai Besar kebal..

- Pihak berkuasa sudah dirasuahnya..

- Kereta jenis model Toyota Vellfire tetapi mempunyai no pendaftaran motorsikal..

- Tiada roadtax namun berada di atas jalan..

Ini antara point penting status Zaharin yang mempersoalkan validity kenderaan berkenaan. Bahkan terdapat komen di status tersebut yang turut mengesahkan bahawa no pendaftaran kenderaan berkenaan sememangnya palsu. Menurut pengomen yang menggunakan ID Kamal Maarof ;

==> Motor Yamaha LC 135 . Pemilik nama Jamal bin Md Yunos. (rujuk)


Sebelum neh terdapat beberapa status di wall Zaharin yang menyindir dan mengkritik Jamal dipercayai ada kaitan dengan kejadian ini ;



Sebelum ini juga terdapat spekulasi di kalangan ahli2 UMNO Selangor bahawa jika BN kembali merampas semula Selangor dari tangan pembangkang, Jamal antara yang bakal tersenarai sebagai salah satu calon menteri besar (minta nyawa oi) Selangor.

Isu bermula dengan tindakan Jamal Sekinchan yang meludah kepala Zaharin ;


   

Sebelum ini, Jamal pernah bergaduh dengan Ali Tinju. Dan perkara itu mendapat perhatian media kerana Ali Tinju dan Jamal saling serang menyerang menggunakan media sebagai platform melepaskan marah dan geram.

Jamal juga dikaitkan mempunyai hubungan rapat dengan Noh Omar dan dikatakan mendapat faedah dari hubungan tersebut.

Apa-apa pun, mari kita lihat. Seberapa cepat pihak berkuasa menyiasat Jamal disebabkan no pendaftaran plat palsu itu.. maybe tunggu babi terbang dulu ke..

Kah Kah Kah

Khamis, 25 Februari 2016

TMI Disekat Kerana Pertahankan Najib Atau Keselamatan Negara?

Tadi tengok berita di tv3. Buletin Utama. Saja nak tengok apa taktik-taktik pemimpin UMNO dalam nak menjatuhkan Muhyiddin dari kerusi timbalan presiden UMNO. Kronologi dah ada dah.

i. Semalam, Nazri kata nak bawa cadangan ke mesyuarat MT UMNO bagi mengantung kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden UMNO (rujuk).

Statement Nazri agak kecoh. Kerana Nazri mengatakan tindakan Muhyiddin dok kritik Najib dalam isu derma, 1MDB ibarat 'anjing yang mengigit kaki' dan menyebabkan parti tergangu dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

ii. Di beberapa media pula melaporkan berita bahawa cadangan Nazri Aziz disokong oleh beberapa ketua UMNO Bahagian. Siap muncul kat tv lagi.

Jadi, aku fikir-fikir. Memang tak lama dah neh riwayat Muhyiddin dalam UMNO sebagai timbalan presiden. Najib memang nak sailang dia neh. Askar-askar dah memulakan langkah dengan memainkan strategi yang telah siap sedia diatur sebelum itu.

Kita nanti akan menyaksikan babak demi babak dalam proses penyingkiran Muhyiddin Yassin.

Dalam dok melayan berita tiba-tiba pengacara tv3 melaporkan..

"Ini berita yang kami baru terima..

Pengerusi Panel Penilaian Operasi, PPO, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM,menafikan laporan pihaknya mendapati ada cukup bukti untuk mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung kes SRC International dan dana RM2.6 billion.
Dalam satu kenyataan, Pengerusi PPO, Tan Sri Hamid Bugo berkata, panel itu juga tidak pernah merumuskan bahawa ada kes prima facie terhadap Datuk Seri Mohd Najib.
Kenyataan itu turut di tandatangani, anggota panel berkenaan, tan sri mohamed jawhar hassan.
Penafian itu dibuat susulan laporan The Malaysian Insider yang memetik sumber kononnya PPO mendapati SPRM mempunyai bukti kukuh untuk membuat pendakwaan terhadap Perdana Menteri.
Tan Sri Hamid dan Tan Sri Jawhar menegaskan tiada pihak yang diberi kuasa untuk membuat kenyataan bagi pihak panel itu.
Turut ditegaskan panel itu tidak pernah meminta SPRM untuk mengeluarkan sebarang kenyataan mewakili panel itu seperti yang terkandung dalam kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Komunikasi Strategik SPRM semalam. (rujuk)




Berita berkenaan dilaporkan oleh TMI pada pagi tadi (rujuk).

Ini analisa aku secara peribadi. 

- Berita TMI melaporkan bahawanya ada bukti lengkap/kukuh untuk mendakwa Najib dalam isu SRC dan 2.6b.

- TMI memetik sumber dari ahli panel PPO itu sendiri sungguhpun sumber berkenaan enggan dinamakan.

- Macam mana nak semak senarai ahli2 PPO?

Laporan BH ada senarai lengkap (rujuk) ;

Anggota Panel Penilaian Operasi terdiri daripada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Dr Hamid Bugo; Pengerusi The New Straits Times Press (M) Bhd, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan; Pengerusi Bank Islam (M) Bhd Datuk Zamani Abdul Ghani; bekas Timbalan Ketua Audit Negara Datuk Azizah Arshad; bekas Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah; Pengarah Institut Penyelidikan Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Dr Normah Omar; Prof Madya Fakulti Kriminologi Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sundramoorthy M Pathamanathan dan bekas Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee.

- Maksudnya, salah seorang penama di atas yang menjadi panel dalam PPO telah membocorkan maklumat kepada petugas media.

- Tolong refer penafian yang aku copy paste tadi.

- Nampak tak point kedua yang aku highlightkan? 

- "Menegaskan tiada pihak yang diberi kuasa blablala"

- Point itu membuktikan bahawa secara indirectly, pengerusi PPO mengesahkan sumber yang memberi maklumat kepada TMI ialah sememangnya salah seorang panel PPO itu juga.

- Laporan TMI turut menyebut bahawa panel tersebut telah ditamatkan khidmat sebagai salah seorang panel PPO bermula semalam dan tidak akan disambung khidmat lagi.

- Laporan berkenaan disiarkan pada pagi waktu tempatan.

- Selepas itu TMI dilaporkan tidak boleh diakses oleh beberapa pengguna Celcom dan Unifi.

- Aku still boleh akses TMI lagi. Kau nak block ke apa ke SKMM, aku tetap ada cara untuk buka portal2 berkenaan. Harap maklum oke. Keh Keh

- Malam hari pula, dan-dan TV3 menyiarkan penafian laporan berkenaan.

- Nampak macam dorang pandang berat akan penyebaran laporan berita berkenaan.

- Mungkin kerana yang salur maklumat tu ahli panel yang dapat akses semua info2 rahsia dalam penyiasatan SPRM ke atas Najib, gamaknya?

- A ada maklumat tentang B, A sempat senaraikan atau simpan beberapa bukti, B rasa terancam.. dan B mula buat beberapa strategi agar A disedarkan tentang kekuasaan yang ada pada B.. korang pun tahu la.. macam-macam boleh terjadi kan..

Sebab tu aku tertanya-tanya.

Betul ke TMI kena block atas alasan keselamatan negara atau pun kerana nak melindungi seseorang?

Dah banyak sangat 'warriors' dan undang2 diwujudkan untuk melindungi diri dia.. tak cukup2 lagi ke macam mana?

HAHAHAHAHAHAHAHA!

Rabu, 24 Februari 2016

Tutup Jalan Biar Mat Rempit Berlumba - Cadangan Menteri Ini Di Sokong Pemuda UMNO Yang Ugut Nak Bakar Bangunan..

Dah kena la tu kata P.Ramlee. Sekor penyangak. Sekor lagi perompak. Maonya tak sokong.

KAH KAH KAH

Point ringkas laporan The Star Online (rujuk) ;

1. Bekas mat rempit tolak cadangan Ku Nan.

2. Mat rempit dan mat motor tak sama.

3. Tutup jalan tidak akan menyelesaikan masalah mat rempit kerana pada mat rempit penutupan jalan bermaksud 'tiada thrill'.

4. "Sebagai bekas mat rempit, saya tahu apa yang menyebabkan mat-mat rempit neh rasa teruja ketika berlumba di jalanan" - kata mat rempit yang bernama Abdul Ramli Jusoh, berusia 24 tahun seperti laporan The Star Online.

5. "Mereka tu gilakan perhatian dan mahu aksi mereka disaksikan penonton" - kata Abdul Ramli lagi.

6. Walau bagaimanapun pada tahun 2010, Abdul Ramli mulai insaf dan berubah selepas menyaksikan kemalangan ngeri yang melibatkan kawan2 dari geng2 rempit di mana 3 kenalannya terkorban ketika merempit dan melakukan aksi berbahaya di atas jalanan.

7. Sejak dari itu Abdul Ramli mengundur diri dari terlibat dalam aktiviti perlumbaan haram.

8. Abdul Ramli juga berkata bahawa budak2 rempit memang gemar mencabar mat2 motor untuk berlumba di atas jalanraya yang sibuk.

9. Artikel yang sama turut melaporkan tentang Wan Karim, seorang remaja yang berumur 18 tahun yang masih terlibat dengan gejala rempit.

10. Wan Karim turut menolak cadangan Ku Nan untuk berlumba di atas jalanraya yang ditutup.

11. Katanya, dia gemar merempit di kawasan/laluan yang ada penonton berbanding di atas jalanraya yang ditutup.

Maksudnya kat sini, bebudak rempit memang suka merempit untuk raih perhatian dan juga nak tunjuk depa punya skill, maka depa prefer nak berlumba atas jalanraya yang sibuk supaya kita semua dapat menyaksikan aksi-aksi berbahaya depa tu hah.

Patutlah.

Siang-siang hari pun ada gila merempit. Ada yang gila mencabar. Baru aku tahu.

Rupa2nya budak2 rempit neh attention seeker. Kah!

Cadangan Ku Nan mendapat reaksi negatif netizens. Reaksi negatif oleh pembaca2 The Star Online yang melakukan survey. Dan reaksi negatif oleh bekas2 mat rempit dan mat rempit itu sendiri.

Yang sokong cadangan Ku Nan ada juga.

Mamat-mamat kat bawah neh hah ;

 
Orang otak tak betul memang akan sokong cadangan dari menteri otak tak betul juga. Tak aneh, tak pelik. Mereka semua tertinggal otak dalam laut. Mana nak betulnya pun. 

KAH KAH KAH

Dan respon KPN pula. Katanya kepada pemberita ;

"Yalah, mungkin beliau melihat masalah rempit ini seolah-olah tiada penghujungnya. Walaupun pelbagai tindakan dan kempen dibuat, tetapi anak muda kita ini masih lagi suka merempit.

"Jadi biarlah saya berjumpa dengan beliau terlebih dahulu, mendengar pandangannya dan berbincang mengenainya.
"Saya pasti Yang Berhormat Menteri punyai sebab-sebab tertentu dengan mengeluarkan cadangan tersebut," katanya (rujuk).

Lembutnya lahai KPN kau mengulas. Almaklumla, geng sendiri.
KAH KAH KAH

Hapa pun. Cadangan yang bodoh sudah tentu datangnya dari menteri yang bodoh. Fikir-fikirkanla ek.

KAH KAH KAH

Selasa, 23 Februari 2016

Tutup Jalan Untuk Mat Rempit Berlumba - Satu Lagi Idea Bangang Menteri Utk Susahkan Rakyat.


Kata bodoh kang marah. Tapi memang bodoh nak mampos pun.

Memetik laporan dari The Malaysian Insider ;

Kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal melaksanakan program mendekati “mat rempit” dengan menutup jalan sebagai tempat untuk golongan tersebut berlumba, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, kerajaan akan mengadakan program seperti “Hari Tanpa Kenderaan” untuk memberi laluan kepada “mat rempit” menjalankan aktiviti mereka.

"Kita ada satu program yang dibincangkan bersama kawan kita di Umno dan BN.

"Barangkali kita akan kumpulkan mereka dan berbincang dengan Datuk Bandar dan (program) ini mungkin akan diadakan sehari atau 2 hari dalam seminggu.
 
"Seperti, kita laksanakan ‘Hari Tanpa Kenderaan’ tetapi pada malam mat rempit akan berlumba," katanya pada sidang media selepas merasmikan pembukaan jalan dan jambatan menghubungkan Kampung Batu Muda ke Taman Metropolitan Batu, Kuala Lumpur hari ini.

Malah dilihat mengambil pendekatan lebih positif, setiausaha agung Umno itu berkata beliau lebih senang mengelar golongan itu sebagai “mat motor”.

Setiausaha agung Umno itu berkata, memberi laluan kepada "mat rempit" berlumba dilihat sebagai penyelesaian mengekang mereka melakukan tindakan menyalahi undang-undang dengan berlumba secara haram.

Katanya, golongan ini suka berlumba kerana ia merupakan cara mereka berhibur tanpa menggunakan kos yang tinggi.

"Dan kerana majoriti 'mat motor' ini mereka bekerja dengan kerajaan sebagai PA (pembantu rendah awam).

"Kita akan memberi tempat sesuai dan mungkin akan menganjurkan festival dengan meletakkan 'food truck' untuk menjual makanan atau apa sahaja supaya membantu mereka untuk tidak berlumba secara haram," katanya.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ku Nan itu juga menolak kritikan langkah kerajaan itu hanya menggalakkan "mat rempit".

"Tidak, ia tidak menggalakkan kerana kita tengok apa yang orang suka seperti perdana menteri kata kita kena tanya nadi rakyat.

"Jadi inilah nadi rakyatnya," katanya .

Ditanya mengapa kerajaan tidak meletakkan "mat rempit" berlumba di litar, beliau berkata golongan itu lebih gemar melakukan aktiviti tersebut di jalan raya.

Menurut Tengku Adnan, beliau pernah mengusulkan cadangan demikian sewaktu menjadi naib ketua Pemuda Umno negeri tetapi tidak mendapat sambutan daripada "mat rempit".

"Dulu kita minta buat (berlumba) dekat litar Batu Tiga Shah Alam tetapi mereka tidak mahu kerana lebih suka berlumba di atas jalan," katanya.

Menurut Tengku Adnan, beliau mencadangkan program itu mungkin diadakan di sekitar Kuala Lumpur sebagai permulaan.

"Bawaklah motosikal di situ dan baikilah enjin mereka. Kita juga akan memberi alat ganti motor kepada mereka.

"Daripada situ mereka boleh jadi mekanik, boleh buka bengkel," katanya.

 
Ringkasnya idea Ku Nan begini ;

1. Tutup jalan untuk beri laluan kepada mat rempit berlumba.

2. Mungkin akan diadakan sekali atau dua kali dalam seminggu.

3. Akan berikan mereka alat ganti motor percuma lagi supaya mereka boleh jadi mekanik dan blablaa..

4. Idea Ku Nan tu sejajar dengan nasihat PIEM agar mendengar nadi rakyat.

Nadi rakyat kepala bana kau la Ku Nan woi.

Litar lumba ada berapa banyak? 
Sewa litar macam mana?
Memang la takde respon.
Fikir panjang la.
Budak2 neh tak berduit untuk jayakan hobi mereka.
Apa kata ko focus kepada masyarakat terbanyak yang terjejas dengan
kos sara hidup dan harga rumah yang melampau mahal?
Golongan itu majoriti.

Ada ke dengan cara menutup jalan akan menyelesaikan masalah rempit?
Macam mana dengan mereka2 yang terjejas dek penutupan jalan tersebut?
Pukul berapa nak start tutup jalan?
Malam?
Siang?
Tengah malam?
Kau nak galakkan orang berlumba tengah2 malam, biar anak2 orang balik lewat malam ke macam mana?
Kalau berlumba tengah2 malam, boleh berjaya ke idea food truck kau tu?
Bukan ke tengah2 malam kita tak digalakkan makan untuk amalkan gaya kehidupan sihat?
Ke kau nak buat malam2 lepas isyak?
So, tak terjejas ke mereka2 yang perlu guna laluan2 yang kau tutup untuk tujuan perlumbaan?
 
Ada banyak masalah dengan idea Ku Nan neh.
Tapi yang paling bermasalah ialah Ku Nan itu sendiri.
Dari cantas idea dia, baik cantas dia terus.
Satu sen haram berguna.
Kepada negara jauh sekali.
Apatah lagi kepada rakyat.
Fikir-fikirkanla ek.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...