Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 16 Mac 2016

Isu Hudud - Ini Jawapan Hadi Yg Memalukan Ahli2 PAS.

Fitnah? Bukan. Bukan. Bukan.

Ia disebut sendiri secara jelas oleh Hadi Awang. Dengan rakaman video tau.

Lihat bukti ;



Abaikan bab tajuk. Tajuk tersebut sebenarnya tak mencerminkan content tetapi bau-bau bacang tu ada.

Kata Hadi Awang ialah "Hudud kita fikir kemudian, apa yang dibentangkan di Parlimen bukan untuk melaksanakan hudud.

“Tetapi, hanya untuk tingkatkan lagi kuasa mahkamah syariah. Kerana, kuasa mahkamah syariah lebih rendah dari mahkamah majistret".


(rujuk)

Maksud Hadi Awang mudah. Dalam isu hudud apa yang PAS matlamatkan ialah perkukuhkan institusi perundangan syariah. Selepas perkasakan sistem perundangan mahkamah syariah, baru lah kita fikirkan tentang hudud. Proses ini akan mengambil masa dan perlu dilakukan secara beransur-ansur. Itu juga yang dikatakan oleh Ketua Dewan Ulama PAS, TG Mahfoz Mohammad.

Nampak?

Sekaligus membuktikan bahawa hudud tidak kondusif dilakukan pada masa sekarang. Malahan tidak boleh pun. PAS sendiri pun menyedarinya. Apa yang mereka hajatkan ialah perkasakan institusi mahkamah syariah dengan mengubah beberapa enakmen-enakmen tertentu supaya bidang kuasa mahkamah syariah lebih meluas sekaligus boleh bicarakan lebih banyak jenis jenayah dibawah kawalannya.

Dah faham kan?

Dah tu yang korang bergaduh sesama geng2 pembangkang, bermatian2 bermakian, berperang, berpecah, bermusuh, aib-mengaibkan atas nama Islam dan hudud di pelbagai jenis platform media sosial tu apa cerita?

Sia-sia la kan.

Nampak? Akhirnya Hadi Awang tetap relax-relax berkerjasama dan berkompromi dengan mana-mana parti walaupun parti2 tersebut tak pro kepada pelaksanaan hudud bahkan Hadi sendiri pun tahu untuk hudud kena ubah beberapa perkara yang mana perkara2 tersebut tertakluk dalam perlembagaan negara. Selain itu benda macam neh makan proses. Bukannya macam kau masak mee segera tu.

Kelakar. Kelakar. Kelakar.
Kesian. Kesian. Kesian.

Buta-buta je kena main dengan orang-orang politik la korang neh.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Ketua Polis Negara Kantoi Menipu Isu Tahan 2 Wartawan ABC News - Mana Mao Letak Muka?

Kesian. Kesian. Kesian. 

Tindakan bodyguard Najib yang menahan wartawan dari Australia kini dah makan diri. Bukan itu sahaja, bahkan pihak2 yang beria2 membela tindakan penahanan wartawan tersebut juga kini dah termalu habis apabila dikantoikan menipu satu demi satu. 

Untuk pengetahuan korang, kini pelbagai laporan berita dari luar negara melaporkan tindakan Malaysia terhadap kedua2 wartawan ABC selepas video rakaman TIADA AKSI REMPUHAN tersebar sekaligus mencemarkan imej Najib Razak. 

Malula. Kita kata kita negara demokrasi, meraikan amalan kebebasan bersuara, wartawan baru tanya sikit dah kena tahan lepas tu bagi menghalalkan penahanan tersebut pandai2 je kita campak tuduhan ke atas mereka. 

Malu la.. tuduh punya tuduh last-last kantoi. 

KAH KAH KAH 

Kronologinya begini. 

- Sabtu lepas, 12/3 dua wartawan ABC dari Australia, Linton Besser dan Louie Eroglu telah ditahan oleh polis pengiring dan diletakkan dalam tahanan sementara atas alasan kedua-dua wartawan berkenaan merempuh kawalan keselamatan Najib. 

 - Salah seorang menteri di Malaysia turut mengesahkan bahawa tindakan penahanan tersebut atas alasan menjaga keselamatan Najib disebabkan terdapat maklumat bahawa Najib antara senarai individu yang dimahukan penculik. Kenyataan ini dikeluarkan oleh menteri KPDNKK, DS Hamzah Zainuddin. Rujuk sini


- Untuk rekod, kedua2 wartawan berkenaan telah ditahan selama 6 jam selepas bertanyakan soalan mengenai 1MDB di perkarangan masjid ketika Najib mengadakan lawatan kerja. Kedua2 wartawan berkenaan juga pada awalnya dihalang dari keluar dari negeri Sarawak sementara siasatan dijalankan namun selepas menteri Luar Australia mempersoalkan tindakan Malaysia terhadap rakyatnya, kedua2 wartawan Australia dibenarkan pulang ke negara asal. Menteri Luar Australia turut mempertikaikan kebebasan amalan demokrasi di Malaysia selepas kedua2 wartawan berkelahiran Australia ditahan PDRM pada sabtu lepas. 

- Masa isu berkenaan kecoh-kecoh, KPN bagitau bahawa ; 

Klik imej


"Saya sahkan dua orang ini ditangkap kerana mereka tidak mengendahkan arahan polis. "Mereka merempuh kawalan keselamatan Perdana Menteri...saya tidak tahu apa cuba dilakukan tetapi mereka ingkar arahan polis dan kita tahan mereka," katanya ketika ditemui pemberita di sebuah hotel di sini hari ini. Khalid berkata tindakan dua warga Australia itu amat tidak wajar kerana program Perdana Menteri malam tadi, bukannya sesi temubual atau sidang media. 

Malam tadi, Najib menghadiri sesi pemimpin bersama masyarakat di Masjid Darul Ehsan Kampung Haji Baki, Padawan. 

"Jadi, kenapa mereka perlu merempuh kawalan keselamatan untuk dapatkan Perdana Menteri? 

"Kita akan bincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk tuduh mereka kerana halang penjawat awam laksanakan tugas," kata Khalid. (rujuk

- Susulan dari laporan berkaitan rempuhan, kedua-dua wartawan ABC akhirnya tampil membuat penjelasan. Kali ini dengan bukti rakaman. Bagi membuktikan bahawa mereka bukan sahaja difitnah bahkan telah ditahan secara salah tanpa asas yang kukuh. 

- Lihat gambar sejurus sebelum mereka ditahan ; 




 - Lihat rakaman video ;



[PENDEDAHAN] Video ABC Buktikan Wartawan Tak Rempuh Kawalan Keselamatan..Bagaimana Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar boleh kata mereka (wartawan Australia) merempuh kawalan keselamatan PM Najib. Adakah KPN cuba berbohong satu dunia ??? SEBAB ITULAH wartawan tersebut tidak didakwa di mahkamah DAN TIBA-TIBA terus dihantar pulang dgn segera.JIKA pendakwaan dilakukan ke atas wartawan tersebut APA AKAN TERBONGKAR NANTI ???
Posted by Suara Rakyat on Tuesday, March 15, 2016


- Rakaman berkenaan membuktikan bahawa wartawan ditahan sejurus bertanyakan soalan tanpa merempuh apa-apa benteng kawalan keselamatan Najib. 

Penyebaran rakaman berkenaan sekaligus membuatkan imej Najib Razak tercalar dan tindakan tersebut dikritik oleh pelbagai lapisan masyarakat samada di dalam mahupun diluar negara. 

Portal2 asing turut melaporkan kejadian berkenaan. Bahkan, imej KPN turut sama tercalar apabila dikantoikan menipu. 

Terang2 dia menyebut berlakunya aksi rempuhan padahal mana ada. 

 Lepas tu beria kata nak dakwa, tapi tak dakwa pun. Nak bincang2 konon. Bincang apanya bila dah kantoi ye tak? 

 Hihi. 

Aiyoooo.. Ini KPN kot. Yang bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan keselamatan negara. Kalau KPN pun slumber jek menipu.. apatah lagi ... lue fikirlah sendiri ek. 

KAH KAH KAH 

KAH KAH KAH KAH 

KAH KAH KAH KAH KAH

Ahad, 13 Mac 2016

Minta Maaf Kepada Najib Kerana 20 Ribu? Isteri Mendiang Bala Dikritik Netizens [Video Inside].

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Kantoi tak pasal-pasal.

Lawak betul la dorang tu.

Cerita dia ;

1. Satu sidang media diadakan di pejabat cytro pro BN. Ramesh Roa (dipercayai) and the geng.

2. Isteri kepada mendiang Bala aka A. Santamil Selvi memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta ahli keluarganya kerana mengaitkan mereka dengan kematian suaminya.

3. Menurut Selvi, permohonan maaf itu dibuat kerana sebelum ini beliau mendakwa, isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menjadi punca kepada kematian suaminya Bala atau dikenali sebagai PI Bala.

4. Ketika berlakunya sesi sidang media tersebut, para wartawan bertanyakan soalan tentang SD dan isu2 yang pernah ditimbulkan Bala ketika hidup.

5. Selvi kemudian menjelaskan bahawa isu2 tersebut saling tak berkaitan dengan permohonan maaf dirinya kepada Najib suami isteri.

6. Dia masih mengesahkan kebenaran SD yang dibuat oleh suaminya. Namun dalam masa yang sama dia minta maaf kepada Rosmah dan Najib kerana mengaitkan mereka berdua dengan kematian suaminya.

7. Katanya lagi, dia frust ketika suaminya baru meninggal. Lalu membuat tuduhan sebarangan ke atas Rosmah kononnya wanita tersebut membunuh suaminya. Selvi siap salahkan orang lain lagi di atas tindakannya mengaitkan Rosmah dengan kematian PI Bala.

8. Selepas diasak dengan soalan tambahan dari wartawan, tiba2 Selvi marah dan kemudiannya mengamuk sambil tengking2 wartawan.

9. Katanya dia ke pejabat tersebut (dipercayai Ramesh Rao) kerana PKR taknak bantu beri 20k.

10. Tujuan dia mahukan 20k adalah untuk pengajian anaknya.

11. Dia ke situ atas sebab pengajian anaknya semata2. Sambil menangis dan menengking para wartawan.

Aku tengok wartawan2 siap buat muka pelik lagi. Apahal pula makcik neh tetiba mengamuk sakan. Tanya pun salah. 

Hihi.

Ya, aku faham. Kesukaran hidup akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan kita. Orang luar tak berhak menghakimi hidup kita seolah2 mereka lebih tahu tentang kehidupan yang kita lalui. Tetapi kot ye pun terdesak perlukan 20k, tak payah la tetiba nak mengamuk sakan dengan kamera. Siap nak salahkan PKR lagi sebab tak bagi dia 20k.

Aku bukan apa.

Aku malas nak menilai dengan cerita-cerita separuh macam neh.

Nak juga dengar penjelasan PKR.
PKR pun berhak juga pertahankan diri dalam isu 20k kan.

Tapi dengan menghebahkan bahawa dia sanggup minta maaf kepada Najib dan Rosmah untuk nilai 20k, tak rasa ke benda tu akan jadi bahan lawak dan backfire dia semula?

Itu satu hal.

Satu hal lagi. Nampak sangat cytro BN sanggup bayar beribu2 ke orang itu ini bagi menjernihkan imej Najib suami isteri. Itu satu tindakan yang bodoh. Maaf cakap. Aku percaya. Jika kita berada di pihak yang benar apa pasal kita nak bayar2 orang. Kita pedulikanlah cakap2 orang. Fitnah2 orang terhadap kita. Tapi ini sanggup nak bayar semata2 nak clearkan imej kita. Kenapa? Bersalah ke kita? Eh, lue fikirlah sendiri.


KAH KAH KAH!


Lihat video, klik sini untuk video ; 


BN kantoi.Kah Kah Kah1. Isteri mendiang P1 Bala buat PC.2. Minta maaf secara terbuka terhadap Rosmah.3. Kemudian mengamuk2 marah PKR yang tak boleh bagi dia 20k utk biayai pengajian anaknya.4. Sebab tu dia sanggup bekerjasama dgn cytro BN, Ramesh Rao untuk bersihkan imej Rosmah.5. Last2 kantoi.Kah Kah Kah
Posted by Kami Benci Saiful Bukhari! on Sunday, March 13, 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...