Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 13 Mac 2016

Minta Maaf Kepada Najib Kerana 20 Ribu? Isteri Mendiang Bala Dikritik Netizens [Video Inside].

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Kantoi tak pasal-pasal.

Lawak betul la dorang tu.

Cerita dia ;

1. Satu sidang media diadakan di pejabat cytro pro BN. Ramesh Roa (dipercayai) and the geng.

2. Isteri kepada mendiang Bala aka A. Santamil Selvi memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta ahli keluarganya kerana mengaitkan mereka dengan kematian suaminya.

3. Menurut Selvi, permohonan maaf itu dibuat kerana sebelum ini beliau mendakwa, isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menjadi punca kepada kematian suaminya Bala atau dikenali sebagai PI Bala.

4. Ketika berlakunya sesi sidang media tersebut, para wartawan bertanyakan soalan tentang SD dan isu2 yang pernah ditimbulkan Bala ketika hidup.

5. Selvi kemudian menjelaskan bahawa isu2 tersebut saling tak berkaitan dengan permohonan maaf dirinya kepada Najib suami isteri.

6. Dia masih mengesahkan kebenaran SD yang dibuat oleh suaminya. Namun dalam masa yang sama dia minta maaf kepada Rosmah dan Najib kerana mengaitkan mereka berdua dengan kematian suaminya.

7. Katanya lagi, dia frust ketika suaminya baru meninggal. Lalu membuat tuduhan sebarangan ke atas Rosmah kononnya wanita tersebut membunuh suaminya. Selvi siap salahkan orang lain lagi di atas tindakannya mengaitkan Rosmah dengan kematian PI Bala.

8. Selepas diasak dengan soalan tambahan dari wartawan, tiba2 Selvi marah dan kemudiannya mengamuk sambil tengking2 wartawan.

9. Katanya dia ke pejabat tersebut (dipercayai Ramesh Rao) kerana PKR taknak bantu beri 20k.

10. Tujuan dia mahukan 20k adalah untuk pengajian anaknya.

11. Dia ke situ atas sebab pengajian anaknya semata2. Sambil menangis dan menengking para wartawan.

Aku tengok wartawan2 siap buat muka pelik lagi. Apahal pula makcik neh tetiba mengamuk sakan. Tanya pun salah. 

Hihi.

Ya, aku faham. Kesukaran hidup akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan kita. Orang luar tak berhak menghakimi hidup kita seolah2 mereka lebih tahu tentang kehidupan yang kita lalui. Tetapi kot ye pun terdesak perlukan 20k, tak payah la tetiba nak mengamuk sakan dengan kamera. Siap nak salahkan PKR lagi sebab tak bagi dia 20k.

Aku bukan apa.

Aku malas nak menilai dengan cerita-cerita separuh macam neh.

Nak juga dengar penjelasan PKR.
PKR pun berhak juga pertahankan diri dalam isu 20k kan.

Tapi dengan menghebahkan bahawa dia sanggup minta maaf kepada Najib dan Rosmah untuk nilai 20k, tak rasa ke benda tu akan jadi bahan lawak dan backfire dia semula?

Itu satu hal.

Satu hal lagi. Nampak sangat cytro BN sanggup bayar beribu2 ke orang itu ini bagi menjernihkan imej Najib suami isteri. Itu satu tindakan yang bodoh. Maaf cakap. Aku percaya. Jika kita berada di pihak yang benar apa pasal kita nak bayar2 orang. Kita pedulikanlah cakap2 orang. Fitnah2 orang terhadap kita. Tapi ini sanggup nak bayar semata2 nak clearkan imej kita. Kenapa? Bersalah ke kita? Eh, lue fikirlah sendiri.


KAH KAH KAH!


Lihat video, klik sini untuk video ; 


BN kantoi.Kah Kah Kah1. Isteri mendiang P1 Bala buat PC.2. Minta maaf secara terbuka terhadap Rosmah.3. Kemudian mengamuk2 marah PKR yang tak boleh bagi dia 20k utk biayai pengajian anaknya.4. Sebab tu dia sanggup bekerjasama dgn cytro BN, Ramesh Rao untuk bersihkan imej Rosmah.5. Last2 kantoi.Kah Kah Kah
Posted by Kami Benci Saiful Bukhari! on Sunday, March 13, 2016

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...