Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 4 Mei 2018

Isu Memali - PAS Terima Permohonan Maaf Mahathir. #GE14

Oleh : Malaysiakini

PAS menyambut permohonan maaf dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa kematian penyokong parti itu di Memali lebih 30 tahun dulu sebagai "mati katak". 

Namun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan pendirian parti itu tidak berubah - bahawa semua 14 penyokong serta pemimpin PAS yang terbunuh dalam insiden berdarah itu sebagai syahid. 


“PAS melalui ulama-ulama yang masih hidup pada masa itu, yang menyaksikan peristiwa Memali, sudah membuat keputusan bahawa mereka (mangsa korban) itu para syuhada. 

"Sebabnya kerajaan mengaku bersalah dalam tindakan dan ini diakui pihak kerajaan sendiri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Sembang Santai Bersama Ayah Cik di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, petang tadi. 

Semalam Dr Mahathir sekali lagi menyentuh isu Memali yang sangat sensitif kepada PAS. Dalam insiden pada 1985 itu 14 penduduk kampung Memali dan empat anggota keselamatan terbunuh dalam usaha mereka menangkap seorang ustaz yang juga pemimpin PAS setempat, Ibrahim Mahmud. 

Tokoh itu yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya enggan menyerah dan ketegangan itu berakhir dengan pertumpahan darah. 

Serang cuma buat letih 

Dr Mahathir mendakwa, “Amanat Hadi” yang merujuk kepada ucapan Abdul Hadi pada 1981 menjadi punca berlakunya peristiwa hitam itu. 

Kata Dr Mahathir orang awam yang terbunuh itu bukan mati syahid, sebaliknya "mati katak". Bagaimanapun beliau membuat permohonan maaf petang tadi. 

“Saya dalam ucapan-ucapan saya, kadang-kadang tersilap kata. Saya minta maaf kalau saya menyebabkan kemarahan orang-orang tertentu,” katanya. 

Kata Abdul Hadi beliau mendengar penjelasan dibuat Dr Mahathir itu. 

“Dia (Dr Mahathir) terlanjur dan saya dengar dalam kenyataan (itu) dia minta maaf atas keterlanjuran dia, dan kita terima maaf itu. 

"Tapi kita tetap anggap sahabat kita itu mati sebagai para syuhada (mati syahid),” katanya. 

Sementara itu dalam sesi soal jawab, Abdul Hadi berkata beliau memaafkan Dr Mahathir jika pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) berkenaan melakukan kesalahan ke atasnya. 

“Kalau kesalahan berkaitan dengan saya, saya maafkan dia. Kalau berkaitaan dengan tuhan, dia kena taubat sebab dia dengan Allah,” katanya. 

Dalam perkembangan sama Abdul Hadi berkata beliau tidak kisah jika Dr Mahathir terus menyerangnya kerana memahami memang itu sikap bekas perdana menteri terbabit dan tidak pernah berubah. 

“Sehari dua ini dia mengamuk dan serang saya. Tak apa, nak serang saya seranglahm tapi buat dia letih sahaja,” katanya. 

Isu Skandal Mat Sabu, Ini Penjelasan Amanah.

KENYATAAN MEDIA PARTI AMANAH NEGARA

1. Kami mengambil maklum sidang media semalam oleh tiga orang individu diketuai oleh penama Rizal Bin Bakar (Rizal nama bapaknya Bakaq) yang mendakwa sebagai ahli Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan Kuala Kedah.

2. Justeru itu pihak kami telah membuat semakan pada pengkalan data keahlian parti terkini dan mendapati nama seperti di atas TIADA dalam rekod keahlian kami.




3. Kami juga telah menyemak dengan AMANAH Kuala Kedah dan tiada seorang pun mengenali individu tersebut.

4. Kami percaya beliau mempunyai niat dan agenda jahat terhadap kepimpinan dan parti AMANAH serta Pakatan Harapan.

5. Taktik serangan moral peribadi yang dibuat oleh mereka dalam sidang media tersebut bukan merupakan suatu yang baru bahkan satu tindakan politik jahat yang lazim dibuat ke atas pimpinan pembangkang setiap kali berlangsung pilihan raya umum. Sebelum ini beberapa ahli politik lain juga telah menjadi mangsa politik kotor seperti ini.

6. Tindakan terdesak ini dipercayai dibuat oleh kerana Pakatan Harapan dan AMANAH sedang menerima sokongan yang semakin meningkat daripada rakyat Malaysia khususnya dari kalangan orang Melayu. Kajian terakhir menunjukkan sokongan Melayu terhadap Pakatan Harapan meningkat dan pada masa yang sama sokongan Melayu kepada BN dan PAS merosot.

7. Kami percaya tindakan ini dibuat untuk menghilangkan kepercayaan pengundi Melayu atas pagar dan penyokong PAS terhadap Pakatan Harapan.

8. Kami mengajak seluruh pengundi dan rakyat Malaysia untuk menolak sebarang amalan politik toksik seperti ini.

9. Kami dimaklumkan bahawa Tn Hj Mohamad Sabu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu-individu tersebut.

10. Kami juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ketiga-tiga individu tersebut kerana menyamar sebagai ahli AMANAH.


ABANG AHMAD KERDEE ABANG MASAGUS
Timbalan Setiausaha Agung
Parti Amanah Negara
4/5/2018

Penyokong PH Yang Gunakan Poster Untuk Merendahkan Orang PAS Patut Rasa Malu..

Oleh : Syahr Musafir

Bertebaran poster perbandingan pencapaian DS Anwar Ibrahim PH (DSAI) dan TG Haji Hadi PAS (TGHH) di Facebook, WhatsApp, Instagram dan sebagainya..... 


Viral, dengan pelbagai caption merendah-rendahkan TGHH.



Tarik nafas panjang-panjang....

Salah satu kesilapan besar yang dilakukan oleh pihak berwajib parti politik dan para penyokong adalah perbandingan yang tidak rasional seperti ini.

Mana mungkin sumbangan, kejayaan dan pencapaian seseorang yang berkapasiti Menteri di Kementerian dan Timbalan Perdana Menteri adil untuk dibandingkan dengan pencapaian seseorang yang tidak pernah diberi jawatan dan kemudahan seperti seorang Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Lagi pula DSAI berkapasiti Kerajaan dan TGHH berkapasiti Pembangkang. Ini adalah perbandingan yang kekok, janggal dan tidak adil.

Serius sikiiit. Mana ada orang bandingkan keupayaan 'mengikut arahan untuk lompat pagar' seekor kuda dewasa terlatih sejak kecil untuk sukan ekuestrian dengan seekor kuda dewasa liar yang baru ditangkap dari hutan.

Jangan kata saya hentam PH dan tak perlu kata saya back-up PAS.

Orang PH yang guna poster ini untuk merendahkan orang PAS patut rasa malu kerana bersikap tidak rasional dan tidak adil. Dan orang PAS tak perlu rasa tertindas apabila 'dihidangkan' kritikan kekok seperti ini kerana ini adalah sebuah kesilapan.

Kita semua sepatutnya bersikap matang, terbuka dan adil apabila membuat perbandingan. Dan satu poin yang sangat penting di sini adalah sikap merendah-rendahkan pihak lawan supaya nak menampakkan kita hebatsebegini adalah kebudak-budakan. Menghebahkan keburukan pihak lawan tidak akan menjadikan kita lebih mulia.

Berkempenlah secara matang, adil dan jujur tanpa memburukkan pihak lawan. Masyarakat kita bukan bodoh dan tidak mahu diperbodohkan.

Kalau betul nak banding, bandingkanlah agenda memartabatkan syariat Islam yang dibuat oleh DSAI semasa dalam PKR dengan agenda TGHH sepanjang dalam PAS. Cuba tengok siapa menang.

Siapalah buat poster yang viral ni? Nak kena sekeh ni...

"Saya Sayang Rakyat Malaysia," - Mesej Najib Razak Untuk Semua & Ini Respon Netizens.

Semalam, Najib Razak mengeluarkan satu video yang bertajuk "Dari Hati ke Hati.. " untuk meluahkan perasaannya sebagai Perdana Menteri yang sayangkan rakyatnya.

"Saya ingin bertutur secara terang kepada rakyat Malaysia, saya ingin menyatakan saya sudah berusaha sedaya upaya untuk semua rakyat.
 

Saya sayangkan setiap rakyat Malaysia dan memikirkan tentang masa depan saudara-saudari.

Dari bangku sekolah hingga ke menara gading, saya ingin rakyat Malaysia yang berkemampuan dari segi kewangan untuk mendapatkan pendidikan bertaraf antarabangsa agar dapat mengubah nasib keluarga mereka dan sekiranya mereka tidak mampu, kita akan membantu mereka.
Saya turut ingin rakyat Malaysia memiliki rumah dan berusaha menyediakan rumah mampu milik supaya rakyat dapat membina keluarga yang bahagia.
 

Sekiranya mereka berniaga, saya ingin setiap pengusaha mempunyai modal dan latihan agar perusahaan mereka berjaya.

Demi kepentingan agama Islam dan kekeluargaan, rakyat yang beragama Islam mahu dipastikan agar dapat mengerjakan ibadat di masjid yang indah serta mampu dari segi kewangan untuk menunaikan fardhu haji serta setiap keluarga hidup dalam keadaan bahagia, aman dan harmoni.

Saya dengan rendah diri meminta agar rakyat memahami dan tidak beranggapan buruk secara terus menerus. 

Sesungguhnya saya mengabdikan diri saya kepada Allah SWT, berjuang demi agama, bangsa dan negara yang tercinta," katanya dalam klip video berkenaan. 

Bagaimanapun luahan Najib itu tidak diterima baik oleh sebilangan netizens. Terdapat netizens di Facebook dan Twitter meluahkan perasaan marah, benci dan meluat terhadap kenyataan Najib terutamanya pada ayat yang berbunyi : "Saya sayangkan rakyat Malaysia".

Respon netizens;




"Kalau sayang turunkan GST terus," kata Darline. Manakala John Tan pula menulis komen, "Cakap macam ribut buat macam siput," di post berkenaan. - 3 Mei 2018.

Najib, Hadi Bergilir 'Troll' Pakatan Harapan Di Sosial Media.

Semenjak berjaya mempermainkan emosi pembangkang dalam pembentangan bajet 2018 yang bercakap tentang Wan Azizah, peniaga ayam yang berjaya, Najib dilihat semakin menjadi-jadi 'troll' pemimpin pembangkang khususnya Pakatan Harapan di media sosial.



"Dalam perang kalau bendera di tangan musuh maknanya dah kalah. Ayuh #JomBN! #PRU14," kata Najib yang menyindir penyebaran gambar beliau yang memegang bendera PKR di laman sosial sejak selasa.

Pada awalnya gambar itu dibuat bertujuan untuk menyindir Najib yang membayangkan beliau telah menyokong PKR - Pakatan Harapan. Namun Najib kemudiannya membalas dengan mengatakan Pakatan Harapan kalah sebab itulah bendera mereka di tangan musuh.

Dalam pada itu, Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang pula nampaknya menyelit dengan menyindir Tun Mahathir dalam isu jet peribadi.


"Kita tiada private jet. Naik kapal terbang murah bersama rakyat marhaen. Lebih selamat dijamin tidak dibocor tayar," kata TGHH dalam satu kenyataan di Facebook rasminya.

Meskipun tidak menyebutkan nama sesiapa tetapi umum tahu sindiran itu ditujukan kepada Tun Mahathir ini berikutan Mahathir sebelum ini mendakwa pesawat peribadinya telah disabotaj oleh orang luar.

Sabotaj itu kata Mahathir lagi mungkin bertujuan mahu menghalangnya dari menjadi calon di Langkawi dengan menggagalkan penerbangannya maka BN akan mendapat laluan mudah.

Siasatan lanjut tentang kerosakan pada tayar pesawat itu kemudiannya dilakukan oleh beberapa pihak termasuklah wakil syarikat dan CAAM - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia dan menemukan keputusan tiada unsur sabotaj.

Bagaimanapun Mahathir tetap mempertahankan kenyataan asalnya. Berhubung isu berkenaan, satu siasatan juga dibuka ke atas Mahathir dalam akta #FakeNews kerana dianggap menyebarkan dakwaan dan cerita palsu bagi tujuan mengelirukan orang ramai. - 3 Mei 2018.

Khamis, 3 Mei 2018

Kalau Tak Tarik Diri Anak Derhaka, Ibu Kepada Nik Omar.

Pensyarah UKM, Dr. Kamarul Yusoff hari ini mendedahkan mesej Datin Tuan Sabariah, ibu kepada Nik Omar yang meminta anaknya itu menarik diri daripada meneruskan hajat bertanding di DUN Chempaka.

Pada awalnya mesej Datin Tuan Sabariah viral dalam bentuk audio yang bertebaran di ruangan WhatsApp dan Youtube. 

Dr. Kamarul kemudiannya menjadikan ia dalam bentuk kata-kata untuk dirakamkan sebagai rekod sejarah untuk rujukan masa depan.


Berikut adalah apa yang disebarkan oleh pensyarah berkenaan seperti yang dipetik dari Facebooknya;

MESEJ DATIN TUAN SABARIAH KEPADA NIK OMAR: “KALAU TAK TARIK DIRI JADI ANAK DERHAKA” (SETELAH DIBAKUKAN).

Transkripsi rakaman audio bonda Nik Omar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak :


“Saya baca tadi waktu di dalam kereta tulisan mendakwa, "Datin Tuan Sabariah pun ikut Nik Omar sertai AMANAH". Bila saya ikut? Saya tak ikut, saya tak suka, Nik Omar pun tidak maklumkan kepada saya. 


Nik Omar bercakap dengan saya, saya selalu berpesan kepada dia, “Kalau orang bertanya maklumkan begini, “Saya hendak berada sebelah ayah saya (PAS) sebab ayah saya meninggal dunia dalam PAS”". "Maklumkan begitu pun orang sudah faham", kata saya, "Tak usah (sertai AMANAH)". 

"Tidak, tidak (akan sertai AMANAH)", kata Nik Omar, dia tidak mengaku. Kata Nik Omar, "Kalau Che tidak izin (sertai AMANAH) saya tidak (akan sertai AMANAH)". "Jawapan itu pun sudah tidak mantap", kata saya, “Mengapa cakap begitu?” Kata Nik Omar, “Cakap begitulah sebab Che memang tidak izin (sertai AMANAH)”. 

Jadi sedar-sedar pagi Sabtu itu sajalah bila orang tunjuk gambar (Nik Omar jadi calon AMANAH) kepada saya waktu saya pergi ke Bachok (mengiringi Nik Mohamad Abduh di tempat penamaan calon). 

Malam sebelum itu Nik Omar sudah tidak pulang ke rumah. 

Malam Jumaat itu, sesudah sembahyang isya’, saya berada bersama isteri Nik Omar, Kamaliah, yang bertanya saya, “Abang Omar ada maklumkan kepada Che kah dia mahu pergi ke mana?” Jawab saya, “Nik Omar tidak maklumkan apa-apa, malah sudah banyak hari saya tidak berjumpa dengan dia”. 

Kata Kamaliah, “Nik Omar belum pulang lagi sejak turun dari rumah Jumaat tadi”. Jadi saya pun diam begitu sahajalah. 

Esok paginya saya berjumpa dengan anak Nik Omar dan bertanya, “Ayah pulang ke rumahkah semalam?”. Jawab Nik Omar, “Tak tahu”. 

Selepas itu saya pergi ke tempat penamaan calon di Bachok, saya tidak berjalan banyak kerana saya sakit lutut, duduk berdiri sekejap kemudian berkata, “Nak pergi berehat di Markas”. 

Waktu berehat di Markas itu, isteri Bunyamin maklumkan, “Datin jangan terkejut ya, terimalah hakikat ini”. Isteri Bunyamin pun tunjukkan gambar perarakan calon Nik Omar di dalam telefon dia. 

Saya tidaklah terlalu terkejut kerana sudah tahu malam tadi. Saya sudah menjangka bahawa Nik Omar sudah dilarikan orang. Saya telefon dia malam sebelumnya, tetapi dia tidak menjawab. 

Saya pun menghantar mesej kepada Nik Omar menyebut “Tarik dirilah, kalau tak tarik diri jadi anak derhaka”. 

Barangkali Nik Omar tidak membacanya, telefon dia dipegang oleh orang lain, orang telefon dia tidak dijawab tidak apa”.
 

Selepas Audio, Kini Gambar Peluk Wanita Pula Disebarkan - Ini Respon Mat Sabu, Akan Rujuk Peguam.

Selepas beberapa jam rakaman audio yang dipercayai suara Presiden Amanah, Mat Sabu disebarkan oleh Rizal Bakar, kini terdapat netizen yang menyebarkan gambar menyerupai Mat Sabu memeluk seorang gadis.



Dikenali dengan nama Biswardi Hasbi, individu itu menulis : "Manjanya. Cemburu pula tengok gambar bermanja-manjaan macam ni. Tiba-tiba feeling lonely pulak. 😂," katanya di post tersebut.

Bagaimanapun ramai pihak mempersoalkan ketulenan gambar tersebut. Rata-rata netizens beranggapan ia adalah gambar superimpose dan edit bagi menyebarkan fitnah ke atas Mat Sabu.

Terdahulu, Mat Sabu juga telah difitnah hebat dalam isu Memali menerusi halaman Facebook yang dikenali sebagai Malaysian Viral Facts.

Page itu mendakwa Mat Sabu telah mengeluarkan kenyataan mewakili bekas pimpinan PAS memaafkan Mahathir dalam isu Memali.


Post itu juga dibayar (sponsored post) bagi menyebarkan ia dikalangan netizens. Semakan dilakukan oleh pihak kami dan wakil Pakatan Harapan - Amanah mengesahkan tiada kenyataan seperti itu pernah dikeluarkan oleh Presiden Amanah sama sekali.

Logo PKR, Invoke turut digunakan bagi menyakinkan orang ramai. 

Terdapat beberapa netizens yang meminta sumber berita dan rujukan pautan untuk mengesahkan kesahihan poster tersebut namun admin page berkenaan tidak memberikan apa-apa respon setakat hari ini. 




Dalam pada itu, tinjauan di laman sosial mendapati rata-rata netizens mempertikaikan dakwaan ke atas Mat Sabu. Malahan netizens yang menyokong PAS juga menyeru agar ahli mereka tidak sesuka hati menyebarkan tuduhan sebarangan atas dakwaan yang belum dibuktikan. 

Berdasarkan tinjauan di page pro PAS, kebanyakan netizens menyeru untuk tidak terlibat dalam isu tersebut kerana ia belum dipastikan kebenarannya.

Jangan sebar, serang peribadi kata netizens pro PAS



Ada pihak yang mempertikaikan penggunaan bahasa seperti budak WeChat. Dan ada netizens yang mempertikaikan tindakan menyorokkan nombor Mat Sabu sedangkan nama itu boleh sahaja dipadamkan dan biarkan nombor telefon terpapar supaya jelas pada penglihatan semua untuk disahkan.

Sementara itu wartawan Malaysiadateline, Arif Atan pula mengulas beberapa perkara berhubung dakwaan berkenaan.

"Dia bohong;

1. Namanya tidak berdaftar ahli Amanah pun.

2. Dia sebut PAN. Orang Amanah tak merujuk nama parti sendiri dengan nama yang digunakan oleh PAS dan BN.

3. Cawangan Kuala Kedah? Kawasan Kuala Kedah je yang ada!

4. Printscreen nama tu terpampang nama Mat Sabu! Ikut logik skandal pun, paling tak dia mesti save guna nama macam Ayang tak pun Abang Mat.

Jelas dia nak jatuhkan imej Mat Sabu, Amanah dan Pakatan Harapan.

Lagi 6 hari nak buang undi nampak dah penipunya," respon Arif dalam satu kenyataan di Facebook.

Mat Sabu jawab

Ketika diminta mengulas tuduhan berkenaan, Mat Sabu dengan santainya menjawab ia adalah perkara biasa menjelang setiap kali pilihanraya umum.

Katanya ia bukan perkara baru tuduhan seperti itu dilemparkan ke atas dirinya.

“Ini berlaku setiap pilihan raya umum. Mereka akan sentiasa ada sesuatu yang menentang saya. Tetapi ia tidak menghentikan azam saya untuk mendesak perubahan kerajaan,” katanya.

Mat Sabu juga mengesahkan tidak mengenali ketiga-tiga individu yang mengadakan sidang media itu.
 
Mohamad Sabu juga berkata dia akan merujuk perkara itu kepada peguam untuk tindakan lanjut.

“Mungkin saya dalam kalangan penarik orang ramai di perhimpunan Pakatan Harapan, jadi musuh saya tak boleh tahan,” katanya lagi. - 3 Mei 2018.

PAS Khianat, Bagi Semua Kerusi Yang Sukar Menang Pada BERJASA.

Oleh : Sinar Harian

Parti Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa) menyuarakan rasa kekesalan mereka apabila dikhianati Pas.

Ketua Penerangan Berjasa Pusat, Mohd Junip Huzayin berkata, perasaan kecewa timbul apabila Berjasa hanya diberikan tiga kerusi untuk bertanding daripada 17 kerusi diminta kepada Pas.




Menurutnya, persahabatan ini seperti ada agenda tertentu Berjasa hanya mampu bertanding tiga kerusi sahaja sangat sedih malah kerusi yang diberikan hanya memberikan kalah mati sahaja buat parti.

“Namun sekarang seperti ada sesuatu yang tidak kena dan kita menyesal kerana ia seperti ada udang di sebalik batu atas persahabatan itu apabila Berjasa hanya diberi tiga daripada 17 kerusi,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Berjasa Perak, Azahari Abdullah dan penyelaras Berjasa Dun Batu Kurau, Zainal Abidin Abd Rahman.

Tambah Mohd Junip, Berjasa sebelum ini dipanggil untuk bersama berjuang, namun akhirnya kedudukan dirampas atas dasar ukhuwah.

“Malah atas dasar ukhuwah itu juga, banyak kerusi yang sebelum ini ditandingi Berjasa telah diambil.

“Kebanyakan kerusi yang ditandingi Berjasa pada PRU13 lalu, tidak ditandingi Pas,”
katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Junip berkata, oleh itu, apa yang jelas sekarang Gagasan Sejahtera sebenarnya hanya mainan politik Pas iaitu untuk agenda mereka tersendiri.

“Daripada lima calon yang terpilih hanya tiga kerusi akan menggunakan logo Berjasa dan selebihnya adalah milik Pas.

“Malah tindakan Pas itu juga sebenarnya telah menggadaikan hak dan kelayakannya sebagai parti yang berteraskan Islam.

“Ia jelas terbukti dengan pengkhianatan yang dilakukan terhadap satu lagi jemaah Islam (Berjasa),”
katanya.

Katanya, pada kali ini, semua kerusi yang diberikan kepada Berjasa adalah kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Cina.

“Boleh dikatakan semua kerusi yang diberi adalah kerusi tidak boleh menang seperti kerusi Ipoh Barat, Ipoh Timur dan Batu Gajah,” katanya.

Jelasnya, Berjasa tidak langsung berhasrat untuk memaki hamun dan sebagainya, namun sekadar hanya ingin memberi teguran serta pendapat membina.

“Janganlah jemaah Islam ini menghina jemaah Islam yang satu lagi,” katanya.

Penyokong Keadilan Mengamuk Kaw-Kaw Kerana Ustaz Kempen Politik Dalam Masjid! - Ini Penafian Ustaz Subri

Tular satu rakaman video yang memaparkan aksi penyokong Keadilan yang marahkan Ustaz Sobri kerana didakwa berpolitik ketika menyampaikan kuliah agama di Masjid Seluang semalam.


Menurut penjelasan dari pihak jemaah, Ustaz Sobri dimarah kerana berpolitik di dalam masjid malahan terang-terangan berkempen untuk calon Barisan Nasional.

"Memandangkan berkali-kali dalam kuliah Ustaz Sobri Arshad atas masjid dan surau semasa kuliah, beberapa orang jemaah di masjid Sungai Seluang bangun dan menegur Ustaz Sobri Arshad.

Sebelum ini, berkali-kali Ustaz Sobri Arshad membuat kempen kepada Datuk Zaidi yang merupakan Calon BN untuk parlimen Permatang Pauh di beberapa buah masjid secara terbuka.


Malahan, semasa berkuliah di Masjid Taman Sembilang yang berada di bawah parlimen Permatang Pauh, dengan kehadiran Datuk Zaidi, beliau kempen disamping beliau berbohong dengan menyatakan kerajaan tidak memberi tanah kubur kepada masyarakat Taman Sembilang, walhal tanah kubur itu telah diluluskan oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak dari awal lagi.

Begitu juga, semasa berkhutbah gerhana bulan di Masjid Seberang Jaya yang berada dalam parlimen Permatang Pauh baru-baru ini. Secara terang-terangan di atas mimbar, Beliau kempen agar Datuk Zaidi diberikan kemenangan dalam PRU kali ini.

"Kalau ustaz nak ceramah politik, silakan di tempat ceramah politik", tegur jemaah terbabit kepada Ustaz Sobri Arshad yang hanya mendiamkan diri.

Walaupun mendapat kritikan dan teguran tertutup dan selepas ceramah, beliau tidak menghiraukannya. Malahan, pihak jabatan mufti juga telah memberi teguran kepada beliau.

"Kafir sana, kafir sini. Semua kafir. Yang islam, hang sorang saja Islam haih..", kata seorang lagi jemaah," lapor kenyataan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa pihak tampil menjawab dakwaan yang kononnya Ustaz Sobri berceramah politik dalam masjid.

Kronologi Ringkas Peristiwa Di Masjid Sungai Seluang 

➡ Malam ni Rabu minggu pertama kuliah bulanan Ust Subri di Masjid Sg Seluang.

➡ Kuliah malam berkisar dari Surah Attaubah ayat ke 23.

➡ Jam 8.30 malam kuliah belum habis ada beberapa orang dari PH naik ke masjid meluru ke Ust Subri dan kuliah pun diberhentikan awal.

➡ Suasana jadi kecoh hingga pihak polis terpaksa tangani dan pihak polis minta Ust Subri diiringi sampai ke rumah malam ni.

➡ Alhamdulillah semua dah selesai. Ust Subri pun dah selamat sampai ke rumah," kata seorang individu yang dikenali dengan nama Fadzil Sa'ari.

"Isu Ustaz baca Ayat Quran jangan bersekongkol dengan pemimpin kafir yang terang² menolak Islam. Puak PH Sg Seluang dengar jadi marah, bila Ustaz Sobri Arsyad kupas makna ayat. 

Tu yang sampai serang atas masjid, kuliah terpaksa diberhentikan. Info dari group whatsapp. Wallahhua'lam," demikianlah penjelasan yang tersebar setakat ini. - 3 Mei 2018.
 

Ahli Amanah Dedah Rakaman Audio Dipercayai Skandal Mat Sabu, Tuntut Penjelasan Presiden.

Seorang individu yang mendakwa ahli Amanah dari Cawangan Kuala Kedah menuntut Presiden Amanah, Mat Sabu membuat penjelasan mengenai beberapa rakaman audio yang didakwanya adalah skandal.


Individu yang dikenali dengan nama Rizal Bin Bakar itu berkata beliau telah menerima bukti rakaman audio itu dalam sampul surat bersaiz A3 yang diselitkan di wiper keretanya.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan lanjut kenapa beliau dipilih untuk menyebarkan rakaman berkenaan. Rizal juga tidak menjelaskan lanjut kenapa beliau memilih untuk mengadakan sidang media berbanding menyerahkan rakaman tersebut kepada pemimpin Amanah terlebih dahulu untuk disahkan ketulenannya.



"Sebenarnya saya berdebar neh, dup dap dup dap. Kita datang ini mewakili semua yang berharap. So saya beranikan diri. Pertama sekali nama saya Rizal. Nama bapa saya Bakar. So saya Rizal Bin Bakar. Ahli PAN - Parti Amanah Negara, cawangan Kuala Kedah.

Kita teruskan kepada macam mana bahan bukti ini sampai kepada saya. So saya ni sebenarnya.. (tergantung). Pada saya dia (Mat Sabu) adalah idola saya dan idola kepada ramai orang diluar sana.

Apabila saya berbincang dengan kawan-kawan lain yang sealiran dengan saya, saya mewakilkan diri saya, mewakili semua yang ada di luar saya untuk bertanya kepada Tuan Haji ..

Adakah yang berada di tangan saya, (dan yang lain-lain) benar atau tidak.

Saya taknak panjangkan cerita, pertama kali saya nak tunjukkan WhatsApp.

Kalau tuan-tuan tengok WhatsApp memang nama tu tertulis nama Mat Sabu.. tetapi Mat Sabu ini bukanlah semestinya pemimpin Mat Sabu yang kita sayangi..

Kalau kita tengok disini, tuan punya WhatsApp ini adalah Mat Sabu. Kalau tuan-tuan amati apa yang tertulis di WhatsApp ini, darling.. ada gambar tertampal disini.. saya tak boleh tunjukkan gambarnya disini hari ini disebabkan benda ini agak sulit tetapi jika ada rezeki insya-Allah selepas 36 jam saya akan tunjukkan siapa yang empunya muka ini..," katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Hotel Adamson disini hari ini.

Dua rakaman suara yang dipercayai Mat Sabu bersama seorang wanita lain turut diperdengarkan kepada wartawan dan mereka yang mengikuti sidang media live itu siang tadi.

Rizal juga katanya akan mendedahkan beberapa bukti lain termasuklah video selepas menerima penjelasan ataupun jawapan dari Mat Sabu berhubung isu yang dibangkitkan olehnya. 

Menurutnya pihak mereka mempunyai rakaman yang banyak. Encik Rizal juga memberikan Mat Sabu tempoh 36 jam untuk menjawab perkara yang dipersoalkan.

Mat Sabu belum memberikan apa-apa respon balas lagi setakat ini. - 3 Mei 2018. 

Rabu, 2 Mei 2018

Maklum Balas Sarawak Report Terhadap Sidang Media PAS.

Kenyataan Media 
Maklum Balas Sarawak Report Terhadap Sidang Media PAS.

*Pernyataan terhadap dakwaan-dakwaan PAS yang tidak tepat dan sangat mengelirukan:*



Sarawak Report mendapati bahawa terdapat beberapa dakwaan yang dikeluarkan oleh PAS, yang mendakwa bahawa mereka telah menang dalam kes mereka ke atas Sarawak Report.

Ini adalah dakwaan yang mengarut dan sangat mengelirukan, memandangkan keputusan yang diberikan mahkamah hanyalah berkaitan permohonan prosedur dan mahkamah belum sedikit pun membincangkan merit kes.

● Point 1 - Tiada pun '5 permohonan yang diketepikan oleh hakim' - dakwaan ini adalah palsu.

Perbicaraan yang dibuat hanya melibatkan satu permohonan prosedur sahaja iaitu, permohonan SR untuk mencapai penyelesaian yang lebih cepat dan murah secara perbicaraan preliminari bagi menentukan samada Hadi mempunyai hak untuk membawa kes tersebut, memandangkan secara jelas kes tersebut dibawa oleh PAS.

Walau bagaimanapun, PAS telah menolak untuk perbicaraan preliminari, dan menyatakan mereka mahukan kes tersebut dibicara secara penuh, perbicaraan penuh dengan kos yang tinggi.

Mereka membantah permohonan perbicaraan preliminari yang dipohon SR dan mereka menyatakan akan membawa perkara-perkara yang boleh menyukarkan mahkamah.

Hakim dengan itu berpandangan adalah lebih selamat dan mungkin lebih murah untuk teruskan pendengaran penuh, di mana SR boleh membuat pembelaan di atas beberapa isu lain yang saling berkaitan bagi memenangi kes, selain dari kebenaran (truth) dan hak untuk menulis bagi kepentingan awam.

● Point 2 - Dakwaan bahawa hakim 'ketepikan pembelaan benar (truth) SR' dan oleh itu '70% kes telah dimenangi oleh PAS' adalah tidak benar langsung.

SR telah menarik balik versi pembelaan sebelum ini, bagi membolehkan untuk dipinda dan dikuatkan dengan maklumat -maklumat berkaitan PAS menerima dana daripada UMNO.

Kami menjelaskan kepada mahkamah bahwa ini termasuk satu rakaman yang dikatakan suara Nik Abduh mengaku bahawa parti telah menerima wang daripada UMNO.

Hakim menanyakan samada SR akan memfailkan pembelaan baru sebelum perbicaraan dan peguam kami mengesahkan.

SR telah pun bersetuju sebelum pendengaran permohonan untuk membayar kos bagi penukaran pembelaan tersebut dan Hakim telah memotong hampir separuh daripada jumlah yang dipohon oleh peguam Hadi.

● Akhirnya, nota kepada peguam PAS yang mengaku mengambil gambar Peguam London di dalam bangunan mahkamah dan diletakkan di Facebook.

Sebagai peguam, dia sepatutnya tahu bahawa perkara ini adalah dilarang dan kesalahan tersebut (mengambil gambar di bangunan mahkamah) boleh dihukum penjara sehingga 6 bulan.

● Dalam perkara Bahasa Inggeris. Peguam Hadi, Carter Ruck telah diberi teguran oleh mahkamah kerana membacakan pernyataan bertulis yang dikatakan dibuat oleh Hadi, sedangkan dia mengaku bahawa Hadi tidak fasih berbahasa Inggeris.

Hakim menyatakan kegagalan untuk memperaku bahawa kenyataan tersebut bukan ditulis oleh Hadi dan tidak menyediakan terjemahan sewajarnya untuk membuktikan bahawa dia telah membaca dan memahaminya, adalah satu 'pelanggaran yang serius'.

Azeez Rahim Kaki Auta, Tunjukkan 'Jalan Keluar' Untuknya, Jangan Undi! - PW Community.. #GE14

Kumpulan anti scam terkenal di sosial media, PW - Community menyeru agar pengundi tidak memangkah calon Barisan Nasional di Parlimen Baling.


Menurut admin page PW yang dikenali sebagai Abe Pa, tindakan itu perlu kerana Azeez Rahim adalah seorang penipu, kaki auta yang menggunakan sijil kelayakan akademik palsu bagi menerajui jawatan tinggi di Tabung Haji yang diusahakan untuk membantu ekonomi orang Islam.

"Sudah cukuplah ahli politik korup yang kita ada dalam negara ini sekarang, pemimpin seperti Azeez Rahim perlu ditunjukkan jalan keluar. 

Demi masa depan Malaysia, rakyat Baling mesti tumbangkan Azeez Rahim kaki auta," kata Abe Pa, salah seorang admin page PW.

Terdahulu PW membongkarkan aktiviti scam yang dikaitkan ke atas salah seorang calon Amanah - Pakatan Harapan.

Berikut adalah kenyataan penuh admin page PW di halaman Facebook mereka pada semalam;

Oleh : PW Community 

AZEEZ RAHIM - A DISGRACE TO TABUNG HAJI

1. Penubuhan Tabung Haji adalah hasil dari pemikiran cendiakawan.

2. Tabung Haji adalah cetusan idea our beloved The Royal Professor Ungku Aziz atau lebih mersa dengan gelaran Pak Ungku.

3. Misi dan objektif Pak Ungku menubuhkan Tabung Haji ialah membantu dan membaiki ekonomi Bakal Haji seperti yang dinyatakan dalam temuramah akhbar dan kami petik:

"Saya lihat orang kampung akan menjual kambing, kerbau atau tanah mereka untuk menunaikan haji. Sekembalinya mereka dari sana, mereka tiada ternakan dan sumber rezeki lagi. Sebab itu, saya cetuskan idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH). LUTH sebenarnya membantu ekonomi orang Melayu untuk jangka masa yang panjang"

4. Pak Ungku juga merupakan pengerusi pertama Tabung Haji.

5. Setelah masa berlalu Tabung Haji pesat berkembang dan kini Tabung Haji menguruskan asset bernilai RM 34 billion.

6. Itu satu kebanggaan, apatah lagi Tabung Haji masih satu-satunya dalam dunia yang mengurus dana dan kebajikan Bakal Haji.

7. Malangnya kini, Tabung Haji yang lahir dari cetusan pemikiran cendikiawan sedang diterajui oleh bekas pengusaha used car yang mempunyai sijil akademik haram.

8. Kaki auta dalam photo bernama Azeez Rahim, juga merupakan penyandang dan calon Ahli Parlimen Baling.

9. Dalam interview dengan The Sun Daily pada 2005, Azeez akui mempunyaii MBA dan kami petik:

"With my SPM education and experience in business, I did my Masters in Business Management and Administration in one of the universities in the United States."

10. Hakkikatnya institusi yang Azeez dakwa perolehi MBA iaitu Preston University merupakan degree mill seperti yang pernah dilaporkan dalam The Star dan kami petik:

"A Kedah Umno division head and Umno Supreme Council member who became a self-made millionaire after school (MBA, Preston University, US)".

11. Perlantikan Azeez Rahim sebagai pengerusi Tabung Haji is an insult to Malaysian public.

12. Penipu terang-terangan kini sedang menerajui sebuah Institusi Kewangan Islam.

13. Tambahan pula Azeez sedang berada dalam arena politik, semestinya Azeez mempunyai cita-cita dan selera yang lagi besar.

14. We have had enough of corrupt politicians in this country, the likes of Azeez Rahim must be shown the way out.

15. Demi masa depan Malaysia, rakyat Baling mesti tumbangkan Azeez Rahim kaki auta.

- abe pa -


Fraud Prevention Institute," kata PW dalam satu kenyataan di Facebook. - 2 Mei 2018.

Selasa, 1 Mei 2018

Jika #PakatanHarapan Menang Besar Dengan Mahathir Tanpa Anwar.. #GE14

Oleh : Fathi Aris Omar / Ketua Editor Projek MMO

Kalau 2018 lebih baik daripada 2013, legasi Anwar Ibrahim sebagai kepala pembangkang sejak 20 tahun lalu akan terjejas teruk.

Apabila dipecat, dia disambut bagai pahlawan yang gugur. Negara bergolak kerananya. Pembangkang menguat. Dia di luar penjara, pembangkang lagi kuat dan makin menguat.




Tetapi kini Anwar di penjara. Maka pembangkang harus dilihat kuat atau dilihat tidak terlalu kuat? Faktor baru wujud, Anwar dipenjara tetapi Dr Mahathir Mohamad mengambil alih puncak kepemimpinan.

Kalau tahun ini lebih baik daripada Mei lima tahun lalu, orang pembangkang akan selalu terbayang-bayangkan Dr Mahathir dan mengimpikan tokoh seumpamanya dalam imaginasi perjuangan mereka.

Bayangkan dalam masa begitu suntuk dan tergesa-gesa, Dr Mahathir dapat mengarahkan keputusan semua tenaga kepada satu logo. Walau idea ini selalu muncul sebelum ini, Anwar tidak dapat melakukannya.

Bahkan usahanya mengekalkan PAS bersama pembangkang gagal menjelang krisis menteri besar Selangor. Sebagai pemimpin besar, Anwar gagal menyekat tsunami perpecahan PAS-DAP.

Orang akan nampak jelas, tanpa Anwar dan tanpa PAS, gabungan pembangkang terus mendaki kejayaan. Secara tidak langsung, Anwar dan PAS tidaklah terlalu relevan untuk menang lebih besar [ulang: kalaulah menang lebih besar. Kalaulah].

Tahun ini kemungkinan besar pusingan terakhir Dr Mahathir tetapi belum lagi bagi Anwar. Dia mahu bermain lagi sehingga usia 75 tahun atau 80 tahun, sekurang-kurangnya.

Malah Dr Mahathir, pada usia 93 tahun, diletakkan di situ bagi menetapkan satu tanda aras umur kepemimpinan pembangkang. Yakni, Anwar masih ada masa sebanyak itu, jika masih sihat.

Begitu saya dimaklumkan oleh ahli strategi parti. Mungkin Anwar terus diperlukan sehingga dia yakin dapat memastikan warisan keluarganya terjamin kukuh. Selagi itu dia harus ada di dalam gelanggang.

Persoalan seumpama ini, agak aku, menjadi pertimbangan Anwar di penjara dan hospital. Dia dihantui sosok besar Dr Mahathir dan bagaimana mengekalkan legasinya. Dia juga mungkin was-was pada pemimpin muda yang bakal meneruskan kepemimpinan PKR (kecuali yang direstuinya).

Anwar terpenjara bukan sahaja di Sungai Buloh atau wad hospital tetapi juga tersepit antara tokoh tua yang teruji dengan orang muda yang menguji. Inilah akibat kalau kita banyak main, kita terbelit dalam permainan kita sendiri.

NOTA : Kita sama-sama lihat ada jadi selepas 9 Mei ini dan selepas 8 Jun ini. Boleh jadi politik kita nanti jauh lebih menarik daripada pilihan raya umum. Anggap sahaja PRU kali ini hanya treler sebuah filem mendebarkan. Ingat, pentas PRU sekadar treler sebuah filem lebih mendebarkan dan mencemaskan.

Mahathir Akui Sekat Royalti Minyak Terengganu Kerana PAS Menang..

Oleh : Zaman Kini

UMNO TERENGGANU BERSEKONGKOL DGN TUN MAHATHIR SEKAT HAK ROYALTI KERAJAAN PAS TERENGGANU 1999-2004.
Siapa dah beli dan baca buku Doctor In the House karangan Tun Mahathir? Di bawah Bab 56 bertajuk “Pilihanraya Paling Sukar”, Tun Mahathir dengan jujurnya mengaku telah menyekat Wang Royalti minyak Terengganu dari diuruskan sendiri oleh kerajaan pimpinan PAS yang dipilih rakyat ketika itu.



Kerana Tun M khuatir wang tersebut akan diuruskan (semestinya dengan sebaik mungkin, mengikut keutamaan, tanpa ketirisan dan rasuah) oleh kerajaan pimpinan Tuan Guru Abdul Hadi Awang seterusnya akan meningkatkan populariti dan pengaruh PAS. 

Harini ramai komen PAS tak perform di Terengganu masa PAS perintah. Almost 5 BILLION RINGGIT DENIED from being managed by the state!!

Begitulah Tun Mahathir, bekas PM UMNO BARISAN NASIONAL dan BAKAL PM PAKATAN HARAPAN. Wajarkah diberi kuasa sekali lagi?


-----------

Oleh : Benz Ali

Ramai penyokong PH tak baca pun buku Dr. Mahathir ni. Dulu merekalah yang paling benci Dr. Mahathir. Dianggap sebagai bapak iblis, si Azazil. Wah.. sekarang bila dah join puak mereka, diangkat darjat setinggi malaikat. Pun, masih tak baca juga buku dia.

Samalah. Sebelum Pak Samad join Bersih dan DAP, tak kenal dan tak ambik pot pun pasal buku, karya dan puisi Pak Samad. 


Tapi sebaik sahaja join puak mereka, terus diangkat sebagai wira. Tak baca dan tak tahu pun kritik AffandiHassan pada Pak Samad. Angkat Pak Samad sebab Pak Samad join team aku. Yang lain-lain aku tak mahu tahu.

Sebelum Shahnon tulis Shit dan Azizi Hj. Abdullah pro pada pembangkang, berapa ramai yang baca karya2 mereka?

Bacalah. Tak perlu beli buku Najib pun. Beli buku Doktor Umum dan baca sendiri. Menyokong dengan ilmu. Bukan menyokong sebab orang lain pun sokong.

#UndiRosak, untuk pengundi bijak.

Isu Nik Omar, Tak Usahlah Kedua Belah Pihak Taksub Menghukum - Afyan Mat Rawi.

Oleh : Afyan Mat Rawi
 

Rakan-rakan PAS, tak perlu hukum Ust Nik Omar sebagai derhaka. Atau mainkan isu “iman tak dapat diwarisi”. Itu urusan beliau dengan ibu beliau. Juga urusan iman tak dapat diwarisi itu, kita serah pada Allah.

Bagi rakan-rakan PH pula, tak perlulah nak bangga sangat dakwa Ust Nik Omar sebagai pewaris legasi Tok Guru. Dia seorang je kot? Adik beradik dia, sepupu-sepapat dia, pakcik-makcik dia - ramai lagi yang masih Istiqamah bersama PAS. Lagipun, bagaimana tahu TGNA endorse perjuangan PH?




Selagi PH mainkan isu bahawa Ust Nik Omar pewaris legasi TGNA, selagi itu akan ada geng PAS yang akan katakan bahawa dia derhaka kepada bondanya.

Begitulah sebaliknya. Jika PAS mainkan isu anak derhaka selagi itu akan ada geng PH yang berhujah bahawa itulah legasi TGNA.

Tak habis.

Tapi itulah politik, tak pernah adil.

Yang join kita itu suci lagi menyucikan walaupun pernah kita pernah gelar bapa penyangak, yang musuh semuanya najis walaupun anak Tok Guru.

Apabila ada ana Tok Guru yang tak sama aliran dengan kita, terus kita tuduh pemakan dedak atau derhaka. Apabila ada anak Tok Guru yang sama haluan dengan kita, terus kita dakwa kita sambung perjuangan Allahyarham.

Elok hentikanlah. Apabila ada satu pihak yang mulakan, ia akan dibalas oleh pihak satu lagi. Takkan habis.

Lagipun, bukannya kita boleh tanya pun Arwah TGNA, mana satu yang warisi perjuangan beliau.

Moga roh TGNA tenang di sana.

Afyan Mat Rawi


Menyokong perjuangan TGNA untuk memartabatkan Islam hingga ke hari ini

Mahathir Nafi Mahu Hapuskan GRAB, Ini Bukti Rakaman Ucapan Mahathir Di Langkawi.

Semalam beberapa portal berita melaporkan kenyataan Tun Mahathir Mohammad yang dipetik sebagai berkata mahu menghapuskan perkhidmatan GRAB ketika berucap di Langkawi.


“Saya sedar bahawa pendapatan pemandu teksi telah terjejas dengan wujudnya perkhidmatan e-hailing dalam negara kita. 

Perkhidmatan e-hailing ini mempunyai permintaan tetapi kita perlu lakukan sesuatu dengan campurtangan kerajaan bagi melindungi periuk nasi pemandu teksi. 

Masalah Grab ini bukan hanya Langkawi tapi seluruh Malaysia.

Grab merugikan pemandu teksi biasa, perkara ini akan dikaji supaya servis teksi yang adil kepada semua pihak, ini akan kita lakukan apabila kita ambil alih kerajaan nanti,” katanya seperti yang disiarkan oleh beberapa portal tempatan.

Najib turut mengulas kenyataan oleh Mahathir itu.

"Demi mendapatkan undi pemandu teksi, Mahathir berjanji untuk mengkaji semula sistem e-hailing seperti GRAB andai PAKATAN HARAPAN menang pilihanraya umum, ini sekaligus menindakkan kebaikan sistem e-hailing ke atas pengguna.

Ini satu lagi bukti nonagenarian (warga emas yang berusia 90 tahun ke atas) enggan memahami bahawanya zaman telah berubah dan bagaimana kecanggihan teknologi telah memanfaatkan manusia.

Cara terbaik untuk menyelesaikan isu berbangkit (perkhidmatan e-hailing) ialah dengan mengabungkan peranan mereka untuk kebaikan semua pihak (rakyat) melalui cara membantu pemandu teksi menerima teknologi baru dan memudahkan pembelian kenderaan," kata Najib dalam satu kenyataan di Facebook pada isnin.  

Najib turut menjelaskan beberapa subsidi dan bantuan telah diberikan kepada pemandu teksi agar mereka dapat berdaya saing dengan teknologi semasa.

Najib juga sempat menyindir Mahathir dalam isu tol ketika mengkritik tindakan mantan Perdana Menteri 22 tahun itu dalam isu GRAB.

"Untuk anda yang baru mengundi kali pertama, anda semua mungkin tak pernah merasai zaman pentadbiran Mahathir. Inilah contoh tipikal Mahathirism - ia samada (kita terpaksa/dipaksa ikut) jalannya ataupun guna lebuhraya. Dengan tol (tentu sekali)!

Lihat sahaja apa yang berlaku pada PROTON. Kereta nasional itu sepatutnya boleh sahaja jadi produk yang menguntungkan negara, sehingga kita merasa bangga dengannya. Sebaliknya ia sentiasa memerlukan kerajaan untuk keluarkan wang dan pembayar cukai menanggungnya supaya ia (PROTON) mampu bertahan dan bersaing.

Adakah kita mahu kembali ke masa silam atau masa depan yang lebih gemilang dengan menjadikan negara kita bertambah lebih baik?," kata Najib dalam kenyataan itu. 

Mahathir bagaimanapun menafikan dakwaan yang menyifatkan kenyataannya di Langkawi pada sabtu adalah bertujuan mahu menghapuskan GRAB.

Serentak dengan penafian itu, admin kepada page Mahathir Mohammad kemudiannya berkongsikan rakaman video ucapan sebenarnya pemimpin itu di Langkawi untuk dinilai oleh semua pihak. - 1 Mei 2018.
 

Yang Saya Peluk Itu Ibu Kandung, Adik Beradik, Jangan Sebarkan Fitnah - Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki tampil menjawab penyebaran rakaman video yang menunjukkan dirinya memeluk beberapa orang wanita di hari penamaan calon.

Calon BN di Parlimen P.028 Pasir Puteh itu berkata beberapa wanita yang dipeluknya itu adalah ibu kandungnya dan adik beradiknya yang sanggup datang dari jauh ke Kelantan semata-mata mahu menyatakan sokongan kepadanya.


Sebelum ini terdapat beberapa pihak yang menyebarkan rakaman video berkenaan dengan kapsyen berbaur provokasi dan tuduhan tertentu.

Bagaimana Asyraf kemudiannya tampil menafikan tuduhan itu.

"Nampaknya ada juga pihak yang cuba memfitnah saya melalui tularan video ini dengan menuduh saya memeluk perempuan bukan mahram ketika selesai Penamaan Calun P028 Parlimen Pasir Puteh kelmarin. 

Di sini ingin saya tegaskan wanita pertama yang saya peluk itu adalah ibu saya sendiri disusuli kakak-kakak dan adik-adik perempuan saya sendiri yang sanggup balik ke Kelantan semata-mata mahu menzahirkan sokongan moral kepada saya dalam PRU 14 ini. 

#semaksebelumsebar 
#tabayyunsebelummuflisakhirat," katanya pada ahad menerusi akaun Facebook rasminya.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...