Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 4 Mei 2018

Najib, Hadi Bergilir 'Troll' Pakatan Harapan Di Sosial Media.

Semenjak berjaya mempermainkan emosi pembangkang dalam pembentangan bajet 2018 yang bercakap tentang Wan Azizah, peniaga ayam yang berjaya, Najib dilihat semakin menjadi-jadi 'troll' pemimpin pembangkang khususnya Pakatan Harapan di media sosial.



"Dalam perang kalau bendera di tangan musuh maknanya dah kalah. Ayuh #JomBN! #PRU14," kata Najib yang menyindir penyebaran gambar beliau yang memegang bendera PKR di laman sosial sejak selasa.

Pada awalnya gambar itu dibuat bertujuan untuk menyindir Najib yang membayangkan beliau telah menyokong PKR - Pakatan Harapan. Namun Najib kemudiannya membalas dengan mengatakan Pakatan Harapan kalah sebab itulah bendera mereka di tangan musuh.

Dalam pada itu, Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang pula nampaknya menyelit dengan menyindir Tun Mahathir dalam isu jet peribadi.


"Kita tiada private jet. Naik kapal terbang murah bersama rakyat marhaen. Lebih selamat dijamin tidak dibocor tayar," kata TGHH dalam satu kenyataan di Facebook rasminya.

Meskipun tidak menyebutkan nama sesiapa tetapi umum tahu sindiran itu ditujukan kepada Tun Mahathir ini berikutan Mahathir sebelum ini mendakwa pesawat peribadinya telah disabotaj oleh orang luar.

Sabotaj itu kata Mahathir lagi mungkin bertujuan mahu menghalangnya dari menjadi calon di Langkawi dengan menggagalkan penerbangannya maka BN akan mendapat laluan mudah.

Siasatan lanjut tentang kerosakan pada tayar pesawat itu kemudiannya dilakukan oleh beberapa pihak termasuklah wakil syarikat dan CAAM - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia dan menemukan keputusan tiada unsur sabotaj.

Bagaimanapun Mahathir tetap mempertahankan kenyataan asalnya. Berhubung isu berkenaan, satu siasatan juga dibuka ke atas Mahathir dalam akta #FakeNews kerana dianggap menyebarkan dakwaan dan cerita palsu bagi tujuan mengelirukan orang ramai. - 3 Mei 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...