Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 30 April 2018

Akui Tersilap Dakwa Saidina Abu Bakar Bunuh Bapanya, Nik Amar Minta Maaf.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Amar hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka kerana tersilap
memetik riwayat yang memperkatakan Abu Bakar telah membunuh bapanya.


Perkara itu diucapkan oleh Datuk Nik Amar ketika menyampaikan ucapan di hadapan penyokongnya di Pengkalan Chepa semalam.

Rakaman kenyataan itu juga turut disiarkan di Facebooknya. Mengulas isu mimpi Tuan Guru Hadi Awang yang bertemu Allahyarham Nik Aziz dengan sebelah kaki, dan ditolak hampir rebah, Nik Amar berkata perjuangan Islam tidak mengenal ahli keluarga.

PAS bertembung dengan Nik Omar, anak kedua ATGNA di DUN Chempaka.

Nik Amar turut menyeru agar penyokong tidak merasa was-was meskipun yang akan menentang PAS itu adalah dari kalangan ahli keluarga ATGNA.

Dan memberikan contoh Saidina Abu Bakar juga membunuh bapanya yang menghalang perjuangan Islam.


Namun riwayat yang dipetik oleh Nik Amar itu sebenarnya tidak sahih dan beberapa agamawan tampil membetulkan kenyataannya itu. Antaranya Ustaz Rozaimi Ramlee yang terkenal dengan sikapnya yang lantang mengkritik pemimpin PAS.

Nik Amar yang menyedari kesilapannya itu kemudiannya mengakui kekhilafannya dan bersegera membuat permohonan maaf di Facebook. 

Selain isu Saidina Abu Bakar, RORA turut mengulas isu mimpi yang dikisahkan oleh Nik  Amar.

Berikut dibawah adalah teguran Ustaz Rozaimi Ramlee (RORA) kepada Nik Amar;

"Abu Bakar tidak pernah membunuh ayahnya Abu Qahafah. Bahkan ayah beliau masuk Islam. Yang ada di dalam sirah orang membunuh ayahnya sendiri kerana menentang dan memerangi Islam ialah Abu Ubaidah.

Saya kira elok kesilapan ini diperbetulkan semula oleh penuturnya kerana bimbang orang akan sangka Abu Qahafah mati kafir sedangkan beliau adalah sahabat Nabi sallallah alaih wasallam.

Perbezaan pandangan dalam politik dalam negara ini ada bahkan banyak yang bersifat ijtihadi. Menyamakan situasi ini dengan perang antara Nabi sallallah alaih wasallam dan musuh kuffar perlu diteliti dan dinilai semula.

Mengapa tidak disamakan dengan situasi perbezaan ijtihad politik Ali dan Muawiyah atau perbezaan ijtihad antara Hanafi dan Syafie?

Manakala mimpi pula ia bukan hujah dalam agama. Benar mimpi orang soleh itu adakalanya merupakan mubassyirat.

Mubasyyirat ini pula boleh jadi dengan membawa berita gembira, boleh jadi juga sebagai peringatan atas kelalaian dan kecuaian orang yang bermimpi menurut sebahagian ulama.

Namun setelah melihat kesilapan menyebut kisah Abu Bakar konon beliau membunuh ayahnya, ketidaktepatan menyamakan situasi PRU dengan perang antara Islam dan kufur saya kira elok juga kita tidak terburu-buru mentafsirkan mimpi. Tenangkanlah diri dahulu.

Ingin juga saya tegaskan bahawa bab mimpi ada adabnya. Sekali gelanggang mimpi dibuka kepada umum terutama dalam lapangan politik, umat dan pemain politik seharusnya didedahkan adab mimpi. Ingin saya ingatkan antara adab mimpi ialah tidak berbohong dalam mimpi. Sabda Nabi Sallallah alaih wasallam yang bermaksud:

"Sesungguhnya sebesar-besar pembohongan ada tiga, antaranya apabila seorang lelaki menipu ke atas matanya apabila dia mengatakan dia bermimpi sedangkan dia tidak bermimpi, apabila seseorang menipu ke atas ayahnya apabila dia mendakwa dirinya kepada orang yang bukan ayahnya dan orang yang mengatakan dia mendengar hadis daripadaku sedangkan dia tidak mendengarnya" (HR Ahmad dengan sanad yang sahih)

Apa pun saya cenderung untuk percaya bahawa penceramah tersebut tersilap dan bukan sengaja berbohong atas nama Abu Bakar. Justeru tidak wajar kita label beliau pembohong. Namun kesilapan ini mesti beliau perbetulkan. Bimbang nanti terkena dakwa di bawah "akta fake news" pula jika dibiarkan begitu saja,"
jelas Ustaz Rozaimi Ramlee dalam satu kenyataan di Facebook. - 29 April 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...