Beberapa hari lepas, PPBM telah mengeluarkan kenyataan dan beberapa video kempen yang menuntut derma dari orang ramai bagi tujuan melicinkan kerja-kerja memenangi pilihanraya ke 14 kelak.
Namun tidak semua pihak yang memandang tindakan PPBM secara positif bahkan ramai yang mempersoalkan apakah rasionalnya Mahathir, yang mempunyai anak-anak yang kaya raya sehingga dilabelkan antara individu terkaya di Malaysia meminta derma.
Anina persoalkan langkah PPBM meminta derma
Tidak hanya kerana kekayaan anak beranaknya, Mahathir juga bukanlah orang yang miskin.
Beberapa kali gambar Tun Mahathir menaiki jet peribadi untuk pergi ke sana sini bagi melibatkan diri dengan program dan ceramah politik (pro pembangkang) seringkali disebarkan dan diperkatakan oleh musuh-musuh beliau.
Oleh itu tindakan meminta derma, sesetengah pihak terutamanya musuh politik PPBM beranggapan ianya tidak patut.
Antara troll ke atas PPBM di laman sosial
Manakala netizens yang spektikal dengan parti politik pula beranggapan ia adalah langkah yang mengelirukan.
Bagaimana dan mengapa pemimpin-pemimpin kaya-raya ini tergamak membuat rayuan derma dari orang ramai yang seringkali dilabelkan terdesak dan tertindas dengan GST oleh pembangkang?
Kekayaan yang dikaitkan dengan Mahathir disebarkan Lim Sian See
Wajarkah pembangkang meminta derma dari rakyat yang dikatakannya tersepit dengan kos sara hidup yang membebankan disebabkan pentadbiran Barisan Nasional yang tidak cakna dengan permasalahan rakyat?
Atau sebenarnya di Malaysia ini ada juga orang-orang kaya walaupun Barisan Nasional yang memerintah? Tidaklah kesemua miskin kerana ada dikalangan mereka yang mampu dan boleh memberikan derma, begitukah? Contohnya, Mukhriz dan Mohzani Mahathir barangkali?
Di saat rakyat berkeluh-kesah tidak mampu membeli rumah dan perlu membayar ansurans kenderaan dan menanggung kos petrol yang bukan murah juga, pemimpin pembangkang berkeupayaan membeli kereta demi kereta, rumah banglo demi rumah banglo, dan ke sana ke mari dengan kenderaan mewah, import bahkan jet peribadi juga.
Lalu, apa rasionalnya meminta derma?
Sebenarnya tidaklah salah untuk parti-parti politik di Malaysia ini meminta derma termasuklah PPBM sekalipun mereka mempunyai pemimpin kaya raya bertaraf jutawan dalam kepimpinan parti.
Foundation ataupun asas membina dan menguruskan parti ialah keadaan kewangan yang kukuh. Jika hanya satu pihak yang berperanan menyalurkan wang, disini kita anggap sahajalah Mahathir, maka PPBM tidak akan menjadi bebas sebebasnya untuk membuat haluan sendiri tanpa memikirkan perasaan dan kecenderungan Tun Mahathir kerana terikat dengan 'sumber kewangan'.
Jika PPBM mendapatkan sumber kewangan dari orang ramai, maka seharusnyalah ahli-ahli PPBM dan pemimpin-pemimpin tertinggi PPBM akan bebas membuat apa sahaja keputusan tanpa memikirkan risiko kewangan bakal disekat. Dalam erti kata lain, berkeupayaan untuk menentukan halatuju dan perkembangan parti disebabkan kewangan mereka adalah berdasarkan sumbangan dan derma orang ramai yang mana ianya tidak boleh dikawal dan ditentukan oleh pihak-pihak berkepentingan.
Tambahan pula, untuk menjadi sebuah parti politik yang stabil dan bebas dari pengaruh dan cengkaman individu, mereka juga perlu mempunyai sumber kewangan yang bebas dan diaudit secara telus.
Andai, kewangan parti dikeluarkan oleh keluarga Mahathir dan Muhyiddin, jika ditakdirkan PPBM memenangi pilihanraya, Mahathir dan Muhyiddin sebagai sumber kewangan utama akan menentukan hala tuju parti dan boleh sahaja mereka membuat tuntutan peribadi kerana telah menyumbang kepada kewangan parti, misalnya.
Bagaikan kapitalis yang mendanai parti politik dan berharapkan balasan projek sebagai ganti, maka seperti itulah risikonya Mahathir dan Muhyiddin boleh menuntutnya pada suatu hari nanti.
Untuk memenangi pilihanraya, kos yang perlu dikeluarkan semasa dan selepas pilihanraya adalah tinggi dan sangat banyak apatah lagi bagi satu-satu parti yang berhasrat bertanding sebanyak 51 buah kerusi Parlimen.
Kos untuk banner, poster, kerja-kerja ceramah, penerangan, media sosial, cetakan, bendera, untuk membiayai kos makanan, minuman ahli, sukarelawan bagi melancarkan jentera kempen, membayar sewa pejabat, membuat program dan sidang media, baju dan sebagainya ia bukanlah murah.
Jika sekadar seribu dua adalah tidak logik untuk mana-mana parti politik tunduk dan patuh kepada tuntutan peribadi oleh mana-mana pihak tetapi jika ia melibatkan puluhan dan ratusan ribu, atau mungkin jutaan ringgit, maka sudah tentulah parti tidak boleh menepis tuntutan itu dengan mudah, bukan?
Jadi samada pemimpin itu kaya ataupun miskin, keluarganya jutawan ataupun bukan, satu-satu parti politik akan dilihat bebas, telus dan terbuka andai kewangannya tidak dicengkam oleh mana-mana kapitalis, hartawan ataupun individu berpengaruh. - 17 Februari 2018.