Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 14 Februari 2018

Ada Apa Dengan Stadium Shah Alam & Renggekan Penyokong The Red Giant? (KEMASKINI)

"Iraq itu tiada padang bola pun boleh main atas padang pasir," kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.


Pergaduhan antara Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dengan kerajaan Selangor pimpinan Azmin Ali telah menarik perhatian beberapa pihak untuk memahami punca sebenar kepada pertelagahan tersebut.

Berdasarkan beberapa kenyataan media yang dikeluarkan oleh wakil kerajaan Selangor dan wakil FAS, nampaknya kedua-dua pihak bercanggahan antara satu sama lain. Masing-masing mengatakan pihak sebaliknya adalah punca kepada tercetusnya konflik antara FAS dengan kerajaan negeri.

Tetapi siapakah sebenarnya yang bersalah dalam hal ini?

Mari kita lakukan analisis mendalam mengenai perselisihan yang terjadi ini;

Apa kata Amirudin Shaari, EXCO Selangor?


Menurut YB Amirudin Shari, beliau mendakwa krisis bermula apabila FAS tidak menunjukkan taat setia dan hormat kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana bertindak memboikot dan enggan melepaskan beberapa pemain negeri menyertai Pilihan Selangor pada Piala Sultan Selangor 2017.

Piala Sultan Selangor merupakan kejohanan tahunan yang disifatkan mempunyai nostalgia istimewa kepada DYMM Sultan Selangor.

Tindakan FAS ini dianggap biadap dan angkuh dan tidak mempunyai sifat bertimbang rasa terhadap kejohanan yang diadakan sekali setahun itu.



Y.B Amirudin turut mendedahkan terdapat usaha daripada Pejabat DYTM Raja Muda Selangor untuk melakukan rundingan dengan FAS bagi menyelesaikan kemelut tersebut, namun akhirnya FAS seolah-olah tidak mengendahkan perjanjian yang dipersetujui.

Menurut Y.B Amirudin lagi, kemelut dalaman FAS bermula apabila segelintir daripada kepimpinan di dalam FAS menentang perubahan yang cuba dibawa oleh Presiden FAS ketika itu, iaitu Y.A.B Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, juga merupakan Menteri Besar Selangor.

Dalam satu mesyuarat, sebahagian daripada ahli kepimpinan FAS yang diketuai oleh Datuk Seri Subahan Kamal dikatakan mendesak Dato’ Seri Mohamed Azmin untuk menarik balik arahan pemberhentian Setiausaha Agung FAS, Rosman Ibrahim dan juga Bendahari FAS, Datuk S Sivasundram yang masing-masing menyandang jawatan tersebut pada ketika itu.

Walaupun dijelaskan perkara tersebut akan diperbincangkan pada agenda seterusnya menurut urutan minit mesyuarat, kumpulan yang membantah ini bertindak keluar daripada mesyuarat yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden FAS.

Tindakan tersebut dianggap sebagai biadap dan tidak sepatutnya berlaku, mengambil kira kapasiti Y.A.B Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah memberikan sepenuh sokongan terhadap FAS sehingga mampu merangkul kejuaraan Piala Malaysia pada 2015.



Disebabkan tindakan yang dianggap mencabar kedudukan Kerajaan Negeri dan angkuh kerana mengendahkan peraturan mesyuarat rasmi, Dato’ Pegawai Kewangan Negeri yang turut menghadiri mesyuarat tersebut mencadangkan agar segala kemudahan yang dinikmati oleh FAS ditarik balik serta merta. Y.B Amirudin turut menyatakan kehairanan beliau kerana FAS tetap masih merasa mereka berhak untuk mendapatkan dana dan menggunakan aset milik Kerajaan Negeri. (Januari 24)

Apa pula penjelasan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dalam isu ini?
 

Krisis bermula sejak 2016 apabila Menteri Besar Selangor, Azmin Ali memecat serta merta ketua jurulatih Selangor ketika itu, Zainal Abidin Hassan, digantikan oleh K Gunalan, selepas prestasi hambar pasukan dalam saingan Liga Malaysia pada musim itu.

Keputusan itu dibuat tanpa sebarang perbincangan dengan FAS, kata Naib Presiden FAS, Abdul Rauf Ahmad. Setiasusaha Agung FAS, Rosman Mohd Ibrahim dan Bendahari FAS, S Sivasundram kemudian menawarkan diri untuk letak jawatan dan bercuti berkuat kuasa 8 Ogos 2016.

Dalam mesyuarat exco FAS pada 29 Ogos 2016, 15 daripada 19 anggota exco yang hadir mendesak Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang juga Presiden FAS menjelaskan tindakan Rosman dan Sivasundram mahu letak jawatan.


Baca ini juga : Iraq Takde Stadium Boleh Jer - MB Selangor.


Mesyuarat itu tergendala apabila sebahagian besar exco yang diketuai Subahan Kamal bertindak keluar daripada mesyuarat, yang disifatkan oleh Amirudin sebagai "tindakan biadab".

Menurut Rauf, kerajaan negeri kemudian membuat keputusan menghentikan bantuan kewangan kepada FAS, serta tidak membenarkan pasukan Merah Kuning menggunakan Stadium Shah Alam sebagai gelanggang rasmi serta tidak menyediakan tempat latihan.


Apa kata PERSATUAN PENYOKONG The Red Giant?





Menurut wakil BADAN BERTINDAK PENYOKONG SELANGOR, mereka menuntut agar;


1. Kerajaan negeri jelaskan kenapa menafikan hak FAS menggunakan stadium Shah Alam?

2. PKNS FC dan FELCRA diberikan pula peluang untuk menggunakan stadium yang sama.


3. FAS dengan kerajaan negeri perlu bersua muka dan berbincang bagi menyelesaikan konflik demi kelangsungan industri bola sepak di Malaysia.

4. Perbincangan yang akan diadakan perlu ada wakil dari KELAB PENYOKONG THE RED GIANT supaya tiada rahsia atau apa-apa perkara tersembunyi.


5. Jika kedua-dua pihak enggan mengadakan pertemuan dan perbincangan BADAN BERTINDAK PENYOKONG SELANGOR sedia menjadi orang tengah bagi merealisasikan hasrat tersebut.



Dalam satu kemaskini terbaru di laman rasmi Facebook mereka, BADAN BERTINDAK PENYOKONG SELANGOR turut melaporkan;

"Setelah satu pertemuan yang diadakan di antara pihak Badan Bertindak Penyokong Selangor (BBPS) dengan pihak Kerajaan Negeri Selangor pada 1 Februari serta tindakan susulan perjumpaan dengan pihak FAS pada 2 Februari yang lepas, satu tindakan lanjut telah dirangka untuk menyelesaikan kemelut isu penggunaan Stadium Shah Alam.

Kami di BBPS telah berbincang secara lisan dengan kedua-dua pihak dan respon baik telah kami terima. Kedua-dua pihak Kerajaan Negeri dan FAS telah bersetuju untuk bertemu untuk menyelesaikan isu ini demi kepentingan penyokong The Red Giants dan rakyat Selangor secara umumnya.

Untuk tidak melengahkan lagi perbincangan ini, kami di BBPS telah menghantar satu surat rasmi kepada kedua-dua pihak Kerajaan Negeri dan FAS untuk menetapkan satu tarikh perjumpaan yang akan dihadiri oleh kedua-dua pihak dan pihak BBPS sebagai orang tengah.

Pihak kami dimaklumkan oleh FAS bahawa tiada apa-apa halangan bagi mereka untuk merealisasikan pertemuan ini. Kami masih menunggu respon balas dari pihak Kerajaan Negeri yang diwakili oleh YB Amirudin Shari, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan Dan Pembangunan Usahawan.

Sehubungan itu, menerusi surat rasmi yang telah diserahkan kepada pihak YB Amirudin, kami di BBPS berharap agar satu respon segera diberikan kepada pihak kami berhubung pertemuan yang bakal dilangsungkan itu. Kami juga berharap tiada lagi isu melengah-lengahkan perjumpaan ini.

Kami juga berharap agar semua penyokong The Red Giants mendukung perjuangan BBPS serta mendoakan isu ini agar segera selesai untuk kebaikan semua pihak.

Dari penyokong, untuk penyokong,"
jelas mereka pada 12 Februari.


Menurut laporan The Malaysian Insight pada 13 Februari lepas, wakil BADAN BERTINDAK PENYOKONG SELANGOR turut merasa kesal kerana digelar KALDAI POLITIK dan isu penggunakan stadium Shah Alam dipolitikkan oleh Barisan Nasional.


"Jurucakap Badan Bertindak Penyokong Selangor, Mohd Firdaus Abdul Mutalib, mereka kecewa kerana digelar "keldai politik", walhal merekalah yang lantang memperjuangkan isu penggunakan stadium berkenaan.

"Apa yang kami nampak parti politik hendak ambil kesempatan, kalau kata hendak tolong sepatutnya dari dulu (bantu).

"Kami suka jika ada yang hendak tolong dan dapat gunakan stadium, tapi bila jadi begini kami sampai dilabel keldai politik," katanya.



Beliau mengulas janji daripada Perdana Menteri Najib Razak dan Pengerusi BN Selangor Noh Omar semalam untuk mengembalikan hak The Red Giants menggunakan stadium terbabit.

Bagi barisan penyokong tersebut, janji tersebut tidak lebih sekadar usaha menangguk di air keruh.

"Kita elakkan daripada unsur politik, tetapi bila perdana menteri, orang politik seperti Noh Omar mula mengeluarkan kenyataan 'jika BN menang Selangor dapat guna Stadium Shah Alam', ia sudah dipolitikkan," katanya.

Menurut Firdaus, badan berkenaan juga mengumpul 15,000 tandangan daripada penyokong mereka di seluruh Selangor bagi menyatakan sokongan untuk pasukan Gergasi Merah menggunakan stadium terbabit,"
lapor portal The Malaysian Insight pada isnin. 


FAS kata nak sewa tapi itupun tak boleh


Dalam perkembangan berkaitan, FAS turut menjelaskan mereka bersedia untuk menyewa stadium Shah Alam untuk saingan Liga Super musim ini.

Kadar sewaan yang dikenakan oleh MBSA ialah sebanyak RM8,000 ataupun 15% kutipan hasil tiket atau mana-mana yang lebih tinggi.

Permohonan untuk menyewa telah dibuat bagaimanapun ia telah ditolak oleh MBSA. Sebab-sebab penolakan tidak dijelaskan oleh FAS bagaimanapun terdapat dakwaan ia adalah kerana campurtangan politik yang bersifat dendam.

Amirudin dilaukkan penyokong bola

Ketika mengeluarkan kenyataan rasmi bagi mengulas isu penggunaan stadium, rata-rata netizens memilih untuk membantai YB Amiruddin Shaari.




Kenapa libatkan FAM?

Ketika menjelaskan kemelut antara kerajaan negeri dengan FAS, YB Amirudin Shari turut meminta agar pihak-pihak yang mempersoalkan isu penggunaan stadium Shah Alam, jangan melupakan kenyataan FAM yang tidak membenarkan The Red Giant menggunakan Stadium Bukit Jalil sedangkan sebelum ini telah diumumkan pasukan itu akan berlatih dan beraksi di atas Padang Bukit Jalil.

FAM dalam satu kenyataan menjelaskan perbincangan telah dibuat dan usaha untuk menyesuaikan jadual juga telah dilakukan bagaimanapun ianya gagal berikutan Stadium Bukit Jalil terikat dengan banyak acara yang penting dan ianya tidak lagi boleh dipinda untuk kegunaan pasukan The Red Giant.

FAS sudah move YB..

FAS telah bergerak dengan sendiri tanpa bantuan dari Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2017. Adakah ini merupakan kelemahan pentadbiran FAS atau beliau iri hati kerana FAS berjaya mengharungi musim 2017 walaupun dalam keadaan yang sukar. Kalau benar pentadbiran FAS lemah maka bagaimana FAS berjaya memperolehi perlesenan kelab AFC dengan jayanya sedangkan beberapa Persatuan lain gagal?

Apakah dakyah yang disampaikan oleh FAS? Adakah kempen yang dijalankan oleh kumpulan kelab-kelab penyokong ketika ini untuk mendapatkan semula Stadium Shah Alam adalah atas arahan FAS? Tidak sama sekali. Usaha tersebut adalah usaha dari penyokong RedGiant sendiri tanpa melibatkan FAS.

FAS menegaskan sekali lagi bahawa FAS tidak pernah menggunakan penyokong RedGiant untuk melancarkan ancaman terhadap Kerajaan Negeri Selangor. Penyokong Selangor RedGiant telah matang dan bijak menilai situasi FAS dan bolasepak Selangor. Satu lagi tuduhan dan propaganda Amirudin. (FAS Jawab YB Amiruddin)

Gaji mana gaji? - FAS

Memang benar, Kerajaan Negeri Selangor memberikan bajet kepada FAS dan RM23 juta adalah bajet pada tahun 2016. Bajet dan perbelanjaan pasukan Selangor ditentukan oleh siapa jika bukan Exco Sukan Negeri Selangor merangkap Pengurus Pasukan yang dilantik oleh YAB Menteri Besar sebagai wakil beliau didalam FAS. Tidak mungkin Setiausaha Agung dan Bendahari. 

Malah Pengurus Pasukan dan Penolong Pengurus pasukan menerima bonus kemenangan bersama-sama dengan pegawai dan pemain. Dari RM23 juta tersebut, hanya RM13.8 juta disalurkan kepada FAS. Sehingga sekarang, Amirudin dan YAB Menteri Besar Selangor masih berhutang bayaran bonus kepada pemain yang mereka janjikan jika pasukan layak ke Final Piala Malaysia 2016. Juga berhutang gaji November, 2016 kepada FAS.

Apa kata anda? 

Setelah anda memahami, membaca dan mengkaji kesemua kenyataan-kenyataan media di atas, siapakah yang patut dipersalahkan? Anda tentukan sendiri. - 14 Februari 2018.

Rujukan :

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/37779/

https://www.facebook.com/amirudinbinshari/posts/1579802212111712?hc_location=ufi

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/37630/

http://www.sukansinar.com/kerajaan-selangor-letak-syarat-kepada-fas/

https://faselangor.my/berita/jawapan-kepada-kenyataan-exco-sukan-kerajaan-negeri-selangor

https://semuanyabola.com/subahan-kamal-bekas-pemain-selangor/

https://www.facebook.com/Badan-Bertindak-Penyokong-Selangor-794407590769570/

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...