Orang miskin makan kek tak?
Walaupun kadangkala tetapi masih makan kek kan? KFC kan? Baikla.
Bila orang2 miskin masih ;
1. Membeli belah
2. Masih melanggan apa2 perkhidmatan
Maka, bukan orang kaya aje yang terikat dengan GST. Apa yang Ahmad Maslan terangkan di atas completely mislead. 100% upside down. All messed up beb.
Dia terangkan dari sudut ;
1. Peniaga2 yang akan terkesan dengan GST (yang perlu dikenakan cukai)
2. Jenis perniagaan2 yang terkesan dengan GST (ada yang diberikan pengecualian GST)
Namun dia lupa yang bahawanya GST itu juga terkesan kepada pembeli aka pengguna akhir seperti dalam jadual kat bawah neh ;
Ini bermaksud kerajaan meluaskan jaringan kutipan cukai.
Lebih banyak lagi individu2 di luar sana akan terpaksa mengeluarkan lebihan wang untuk mendapatkan product2 dan perkhidmatan2 yang tertentu, yang telah tertakluk kepada cukai. Ini perlu supaya kerajaan kita dapat tambahkan pendapatan negara.
Seperti kat bawah neh ;
Walaupun SST dilaksanakan pada nilai 10% tetapi ;
1. Jaringan kutipan cukai tidak menyeluruh seperti GST.
2. Dalam SST semua barangan ataupun perkhidmatan adalah diisytiharkan tidak dikenakan cukai sehinggala dibuktikan sebaliknya.
3. Bukan hanya jaringan kutipan cukai (kelompok/sasaran dicukaikan) bahkan sektor yang perlu kepada cukai jenis ini juga lebih kecil berbanding GST. Yakni, jumlah pendapatan yang dapat dikumpulkan oleh kerajaan tidak sebanyak GST.
Bagaimana pula dengan GST?
Semua barangan + perkhidmatan tertakluk kepada cukai sehinggalah dibuktikan sebaliknya.
Cukai GST mengenakan cukai kepada semua jenis peringkat. Selagi mana peringkat tersebut membentuk perubahan. Bukan macam peniaga kepada peniaga. Pembeli kepada pembeli. Tetapi peniaga kepada pembeli. Pemborong kepada peruncit. Itupun tertakluk kepada jumlah pendapatan yang mereka raih secara bulanan dan tahunan. Itu yang tadinya kat atas tue Ahmad Maslan sebut hanya orang2 kaya aje perlu membayar GST. Itu dia sebut dari sudut perniagaan. Sedangkan dia lupa, GST bukan mengenai peniaga semata2. Ia merangkumi pengguna juga. GST membolehkan cukai boleh alih kepada pengguna. Ini pun dia tak terangkan juga.
Disebabkan sistem percukaian GST lebih tersusun, berobjektif, maka pungutan cukai lebih bersistematik. Oleh kerana itulah kerajaan boleh mengutip lebih banyak hasil berbanding SST. Tujuan mereka ialah untuk memajukan dan membangunkan negara. Itu komen mereka. Dengan memberikan negara2 maju sebagai contoh. Terdekat Singapura.
Ingatlah. Singapore meskipun melaksanakan GST ia mula laksanakan GST pada kadar 3%. Negara mereka lebih kecil dengan resources tidak sebanyak Malaysia. Mereka juga hadapi impak inflasi sewaktu GST mula dilaksanakan di negara mereka.
Di Malaysia, kita bermula dengan angka 6%.
Di Malaysia, kita juga tidak mempunyai kerajaan yang transparent seperti di Singapura.
Sebelum pelaksanaan GST mulut mereka berbuih2 kata ini untuk kebaikan negara dan rakyat. Namun apakah perkara itu akan berjalan sepertimana yang dinyatakan? Di negara2 maju seperti UK walaupun cukai mereka mahal tetapi mereka mendapat balik dalam bentuk seperti free education dengan sistem education yang baik. Bukan free education dengan sistem yang asal muat. Atau free perubatan dengan sistem asal boleh.
Sebab itu di Malaysia kita suka tak suka dengan PR atau BN sekalipun, berbalikla pada sejarah.
Kita lihat berapa banyak punya skandal penyelewengan dan ketirisan yang berlaku, satu action yang konsisten pun tak pernah dibuat untuk membendung hal ini sebaliknya ia semakin teruk dari tahun ke tahun.
Belum ada 27billion dalam tangan menteri2 kita.
Jika ada 27billion?
Bayangkan macam mana tak membulat menteri2 kita dok tengok aliran duit keluar masuk. Sudah2la tue kita berperang bagai nak mampos sesama rakyat dengan menteri2 masih terus kaya dan kaya dan kaya dari hari ke hari.
GST ini ko kena bantah tak kira la ko sokong sapa pun. Hak ko nak berpolitik, beridelogi itu citer lain. Tapi jangan sampai disebabkan itu kita buat keputusan ikut kecenderungan bukan ikut fakta. Faktanya disini selagi mana PEMIMPIN2 YANG ADIL TIDAK DIANGKAT, selagi mana menteri2 bingai dan sewel mentadbir negara, selagi mana bersepah2 rakyat susah dan miskin tak terbela, selagi mana penyelewengan dan korupsi bersepah2, kita kena tolak GST. Tolong tolak. Tolak sebelum kita menyesal di kemudian hari.