Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 8 April 2014

Ahli Parlimen BN Minta Rakyat Buat Kek Sendiri Kalau Tak Mampu Beli.


Kenapa kek?

Kek adalah contoh. Kek dijadikan hujah oleh MP PAS yang berbahas berkaitan GST. 

Kata MP PAS ;

Hanipa membangkitkan kesulitan yang dihadapi rakyat berpendapatan rendah apabila terpaksa membayar mahal untuk membeli kek apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan dalam perbahasan mengenai cukai itu di Dewan Rakyat.

Balas MP BN ;

"(Jika) berpendapatan rendah, buat sendiri kek," demikian sanggahan Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul  Abidin.

Kemudian MP PAS membidas ;

"Ini lagi satu hujah yang paling...  Apa punya hujah ini?

"Ini (jenis) hujah tidak setuju dengan lebuh raya, guna jalan raya. Inilah hujah BN," Hanipa terus menempelak.

Tidak berpuas hati dengan hujah wakil BN itu,  Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad turut melemparkan kecaman.

"Ini yang dikatakan penghujahan yang regresif. Yang sekarang ini orang mampu beli kek dekat kedai, tetapi bila laksana GST, kata jangan beli dekat kedai, buat kek dekat rumah sahaja.

"Inilah  regresif. Harga minyak naik, naik basikal. Kalau tidak hendak bayar tol naik, pergi jalan kaki.

"Inilah pemikiran BN. Kalau macam ini, kerajaan hendak naikkan kadar enam peratus jadi 10 peratus, ingat dia orang akan bantah tidak?" kata Khalid.

Bila Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan mencelah dan menyifatkan kenyataan seperti "buatlah kek sendiri, buatlah air sendiri, tidak payah pergi makan dekat luar" adalah kenyataan yang menghina rakyat berpendapatan rendah, Hanipa berkata, golongan tersebut (BN) memang sudah terbiasa dengan hujah-hujah begitu.

"Sebenarnya, mereka sudah biasa cakap dekat kampung macam itu.

"Oleh sebab itu mereka ingat kita di sini pun macam dekat kampung... dia bukan kira, dalam Parlimen, luar Parlimen itu dia cakap.  

"Dia sudah biasa bohong orang kampung, dia ingat dekat sini pun dia boleh bohong. Inilah masalahnya," kata Hanipa ketika berbahas di Dewan Rakyat semalam.

Ketika itu, dewan riuh dengan bantahan Ahli-Ahli Parlimen BN terhadap kenyataan itu. 

Tidak peduli dengan bantahan itu, Hanipa terus mencabar hujah sedemikian diulang di dalam TV.

"Saya cabar kalau hujah yang sama ini kita buat dalam TV, gunakan hujah yang sama... Hujah depan ramai-ramai di dalam TV berani tidak?" katanya.

Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun pula menyifatkan mentaliti BN itu sama dengan mentaliti penindas-penindas rakyat menjelang Revolusi Perancis yang bermula pada abad ke-18 dahulu.

"Saya rasa ini ialah satu mentaliti dan juga falsafah hidup, falsafah politik sebelah sana. 

"Apabila kita kata GST akan datangkan impak negatif terhadap golongan yang berpendapatan rendah, mereka kata "kalau dahulu beli kek sekarang  buat kek dekat rumah".

Beliau menyamakan mentaliti itu dengan mentaliti Marie Antoinette menjelang tercetusnya revolusi tersebut apabila bangsawan itu berkata, "if they cannot find bread, let  them go and eat cake".

Setelah dikritik bertalu-talu Zahidi bangun memberikan penjelasan: "Saya sebenarnya sebagai BN, saya menyokong kalau kek, kita galakkan rakyat membuat sendiri di rumah.

"Begitu juga makan, daripada makan di kedai mamak ataupun makan di kedai-kedai, saya sokong untuk buat makanan sendiri di rumah kerana ianya lebih halal, lebih bersih dari segi Islamnya lebih baik."

Bagaimanapun, kenyataan itu disanggah oleh Ahli Parlimen Batu, Tuan Chua.

"Ini yang mereka keliru. Dahulu SST, kita tidak mahu makan di hotel jangan bayar tax tetapi sekarang kalau hendak masak di rumah atau buat kek sendiri di rumah (pun) kena  bayar  GST, tidak adaescape.

"Hendak buat macam mana pun di rumahkah, di luarkah, terpaksa kita bayar GST yang membebankan. Ini yang kita maksudkan there is no escape kalau kita ada GST," katanya. -HD-

Kesimpulan? MP BN memang BODOH orangnya. Ini dah kena sayur sayur sayur dengan MP PR. Agak2 faham ke tak faham dorang neh ek?

Penyokong2 BN memang takan faham punya keterangan macam neh di atas. Dorang nak kena dilaukkan dengan aku dulu baru dorang mampu faham. Itupun ikut level juga la. Kadang2 aku dah laukkan banyak kali pun dorang masih bebal lagi.

KAH KAH KAH


Kisahnya begini ;

1. MP BN berbahas kalau rakyat tak mampu berbelanja untuk beli barangan makanan buat sendiri je.

2. MP PR bagitau, nak buat sendiri pun kena beli barang2 basah/asas kat luar juga.

3. Ada orang boleh buat kek guna pasir tepi jalan? Atau kita petik2 gandum kat pokok2 biasa?

4. So, semua kena beli.

5. Even buat kek sendiri, di rumah sendiri, kita tidak akan terlepas dari membayar GST.

6. Ini kerana GST (cukai) yang telah diperluaskan sasaran kutipannya.

7. Contoh mudah. Dulu ada 5 sektor terikat kepada pembayaran cukai. Sekarang ada 10 sektor. Konon2nya macam tue. Maksudnya kerajaan memperluaskan sasaran mereka2 yang perlu membayar cukai bagi tujuan menambahkan pendapatan negara.

8. Di negara2 maju mereka buat macam neh ada relevancinya.

9. Bayar cukai mahal2, mereka dapat balik faedah yang best2. Pendidikan percuma, pengangkutan effisen, senang beli rumah, kereta murah, jalanraya cantik, gaji mahal, takde tol dan sebagainya.

10. Di negara kita, semakin banyak duit kita bayar kepada kerajaan, maka semakin senyum mama Rosmah dan pemimpin2 BN.

Faham la kenapa kan?

TIDAK AMANAH punca segala penolakan.

So kesimpulannya, MP BN yang nak coverline tadinya tue sebenarnya dah terkantoi bodoh. Dia ingat GST tue ada pada kek semata2. Padahal bila bercakap pasal GST, ko buat kek sendiri kat rumah pun tak bermaksud ko bebas dari GST.

HEY MP BN. AMEK BODOH SATU KALI. NAH.

KAH KAH KAH 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...