Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 7 April 2014

Panda 25juta Masuk Malaysia Pertengahan April.

Gila babi betul.

Sedap2 je kerajaan kita belanjakan rm25juta untuk sara panda. Aku tatau la pemikiran aku neh normal ke tak normal. Sekarang aku jeles pula dengan panda yang dapat peruntukkan 25 juta dari kerajaan? Aku pula tak dapat apa2. Sebaliknya dihadapkan lagi dengan GST. Patutkah aku rasa cemburu?

KAH KAH KAH


Najib dan Rosmah berbulan madu atas ranting pokok. Ini bukan menghina okay. Aku namakan panda di atas sebagai Najib dan Rosmah. So tak payah nak sentap membabi buta.

KAH KAH KAH

Tindakan kerajaan membawa dua ekor panda dari negara China dengan kos RM25 juta adalah tidak masuk akal dan merupakan pembaziran berulang, kata Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Shari.
 
Yahya berkata, pembaziran tersebut jelas bertentangan dengan seruan kerajaan yang menggesa rakyat supaya berjimat cermat ketika kenaikan harga barang dan kos sara hidup. “Memang tidak masuk akal, belanja untuk dua ekor panda sampai RM25 Juta.

 
“Kerajaan kononnya nasihati rakyat supaya bejimat cermat, tetapi dalam masa sama membawa panda dengan harga RM 25 juta. Itu menunjukkan satu contoh bahawa kerajaan ini tidak berjimat langsung, ” katanya.
Kata Yahya, tindakan itu jelas merupakan keputusan kurang bijak apabila melibatkan kos terlalu tinggi, sedangkan pulangannya belum tentu berhasil.

 
“Saya tidak nampak perbelanjaan RM25 juta ini akan memberikan pulangan kerana hanya melibatkan 2 ekor panda dan tidak semua orang akan menyumbang dan berbelanja untuk ini. “Ini satu contoh pembaziran yang diulang-ulang dan tidak sepatutnya dilakukan oleh kerajaan,” katanya ketika dihubungi.

 
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel sebelum ini berkata Malaysia  menerima kehadiran dua panda gergasi berkenaan dari Chengdu, China pertengahan bulan ini. Pasangan panda yang dinamakan Fu Wa dan Feng Yi itu akan dipinjam selama 10 tahun dan diletakkan di Kompleks Giant Panda di Zoo negara.

Manakala kos pembinaan eksibit dianggar RM25 juta. Daripada jumlah itu, RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bakinya oleh kerajaan. Sementara itu, Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Nazree Yunus berkata, kerajaan perlu menyemak semula dana yang dikeluarkan untuk pasangan panda berkenaan.

 
Menurutnya, keutamaan harus diberi kepada rakyat di kala mereka dihambat dengan bebanan pelbagai kos sara hidup akibat penarikan balik subsidi minyak dan kenaikan harga barangan. “Perbelanjaan ini harus disemak semula. RM25 Juta boleh dilakasanakan bagi membantu anak muda dengan bantuan yang munasabah.

 
“Bagi saya ia satu pembaziran, banyak perkara lain yang boleh dilakukan dengan hambatan kenaikan harga minyak dan kos sara hidup,” ujarnya

Sebenarnya bukan hanya di Malaysia ye. Di negara2 lain juga ada yang menjalankan usahasama PANDA dengan negara CHINA. Manfaat yang diperolehi adalah pelaburan dari kerajaan China dan hubungan perniagaan pada masa akan datang.

Namun, mentaliti rakyat di mana2 negara sekalipun tak jauh berbeza dari mentaliti rakyat di negara neh.

Mereka rasa ini perbuatan yang karut lagi mengarut.

 

Konsepnya adalah begini.

Untuk rakyat yang mendapat manfaat langsung dengan kemasukkan panda ke dalam negara = mereka bersetuju.

Untuk rakyat yang satu haram tak mendapat apa2 manfaat langsung dari kemasukkan panda ke dalam negara = mereka tidak bersetuju.

Pengakhiran dia mudah aje. Ia samada duit ataupun duit.

Ia samada pembaziran itu babitkan ko dengan ko mendapat keuntungan (duit masuk) ataupun kerugian (duit keluar).

Beginila yang rakyat fikirkan di mana2 negara sekalipun aku rasa. Aku yakin ini pandangan lazim. Dan lagi satu, membela panda ini bukan kerja yang mudah dan murah. Aku ulang, bukan kerja yang MURAH dan MUDAH.

Jika ia sakit, mati dan sebagainya, kita ada perkiraan lain dengan kerajaan CHINA tahu.

Nak membina zoo khas bagi menyesuaikan panda dengan persekitaran Malaysia, kita perlu bina zoo ataupun penempatan khas dia.

Kat atas tulis ia berkos RM25juta SAHAJA. MERUJUK KEPADA PEMBINAAN ZOO SAHAJA.

Bagaimana dengan sewa tahunan? Bagaimana dengan makanan? Bagaimana pula dengan kos2 lain yang berkaitan penjagaan? Sejujurnya, kerajaan kita dah calculate belum anggaran keseluruhan kos untuk membela panda2 ini?

Seperti yang kita sedia maklum, ini panda pinjaman bukan panda harta mak bapak kau. Ini sewaan - pinjaman yang mana kerajaan perlu bayar sewa tahunan okay.

Bagi aku untuk negara2 kaya nak mampos yang mana rakyatnya sampai dah tatau nak buat apa dengan duit dorang yang berlambak2 tue boleh la lakukan urusniaga seperti ini. Win2 situation orang kata.

Tapi, untuk Malaysia berbuat demikian? Baik ko bina pusat gelandangan khas untuk seluruh negara. Gelandangan dan pengangur. Bagi motivasi sikit kat dorang2 neh. Itu lagi ada faedah. 

OKe bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...