Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 10 April 2014

Luahan Adik Kepada Isteri Yang Anaknya Dilarikan Oleh Suami Yang Peluk Islam.

Agak kecoh kes neh sebab ia babitkan agama. Benda2 yang babitkan agama memang selalu kecoh. Dan, ikut persekitaran aku, pengalaman aku, umat islam memang cepat sentap + emosi tak tentu hala dalam bab2 macam neh. Depa cenderung sembang kencang bab akidah orang (tapi kadang2 akidah sendiri pun tak tentu hala).

Dalam kes neh aku tak la nak kata aku bekap mana2 pihak ;

1. Penganut muslim = mualaf = sang suami

2. Penganut hindu = isteri

Tapi hakikatnya sebelum aku membaca dan mendengar penjelasan dari adik kandung kepada sang isteri tadinya tue, aku tak bersetuju langsung dengan tindakan mualaf melarikan anak2 dia.

Aku punya pendapat dipengaruhi pengalaman (rakan2) dan juga dengan pembacaan. Pada aku, sewajarnya hak penjagaan yang telah diberikan kepada ibunya dipatuhi oleh sang bapa. Itu satu.

Yang kedua, soal akidah.

Aku ikut susur galur kehidupan Nabi Muhammad SAW. Nabi juga tidak memaksa mana2 pihak memeluk agama Islam. Apa yang nabi anjurkan dakwah + didik + penerangan + pujukan + tunjuk jalan = biar individu itu sendiri terbuka nak mendekati, memasuki dan seterusnya mengamalkan apa yang ditetapkan dalam ajaran Islam.

Jadi, pada aku mana2 bapa yang dah memasuki islam, anak2nya bukan muslim sejak lahir, dan meninggalkan anak isteri yang belum Islam, perkara pertama yang dia kena buat ialah dakwah. Dia perlu beri ruang untuk dakwah dan didik anak2 dan bekas isteri dia (perkahwinan terbatal sebab pertukaran agama) mengenali Islam sepertimana dia mengenali Islam.

So, tindakan melarikan anak2 selepas memasuki Islam dan memaksa pula budak2 ini convert dalam keadaan budak2 ini keliru kerana ibu bapa bercerai + bergaduh2 lagi = memang bukan tindakan yang betul. Bentuk persefahaman dulu. Antara ibu dan bapa demi kebaikan anak2. Kemudian baru bentuk peluang macam mana dia patut cari jalan untuk didik anak2 dia mengenai Islam.

Aku selalu tengok.

Ramai orang Islam concern bab akidah orang lain. Aku tak kata concern itu salah. Tetapi terlebih concern itu pada aku tidak perlu kerana akhirnya ia terpulang kepada individu itu sendiri samada dia mahu menjaga akidah dia ataupun dia memilih untuk berfikir sebaliknya. Kita boleh tengok contoh mudah kat sini.

Mereka2 yang dilahirkan sebagai penganut muslim keturunan sekalipun belum tentu matinya nanti sebagai penganut islam. Bahkan ada banyak contoh2 begitu di negara ini.

Begitu juga dengan mereka2 yang dilahirkan sebagai non muslim. Silap2 ada yang jadi ustaz terkenal lagi. Itupun banyak contoh kat negara neh. Maksudnya kat sini walaupun ibu bapa memainkan peranan dalam membentuk akidah anak2 tetapi ia bukan penentu. Bukan fixed deposit. Ada unsur2 lain yang mempengaruhi akidah anak2 ini. Keinginan untuk mengetahui. Keinginan untuk mendalami. Keinginan untuk mengenali. Tertarik kerana ia datang dari diri sendiri. Itulah penentu utama kat sini. Mak bapak bantula setakat mana yang boleh kalau mereka nak bantu la kan. Jadi kat sini, mualaf tadinya tue boleh dorong anak2 mempercayai Islam dengan gunakan kaedah dakwah, bukan kaedah paksaan macam yang dia buat sekarang. Dan sudah tentu ramai muslim beranggapan sang bapak berhak paksa anak2 masuk Islam, tetapi kelak jika akidah anak2 ini yang dibentuk secara paksaan, mereka memberontak dengan tidak mengamalkan sepertimana yang diseru Islam, korang akan maki dia balik.

Jadi apa peranan umat islam kat sini selain dari menghukum, salahkan semua orang, menghukum lagi, salahkan semua orang lagi, menghukum, menghukum, menghukum, marah, marah, marah, tengking, tengking, tengking dan sewaktu dengannya?

Dan bila mereka berbuat demikian mereka cenderung kata bahawa inila yang Allah suruh, tetapi betul ke Allah suruh buat macam neh? Betul ke Allah suruh semua orang perlu dipaksa menganuti Islam? Betul ke Allah mahu umat Islam melarikan anak2 non muslim paksa mereka peluk Islam, pisahkan mereka dari ibu kandung dan gunakan agama untuk menghalalkan cara? Betul ke Allah suruh kita anggap akidah itu sesuatu yang boleh digengam? Betul ke Allah suruh kita fikir bahawa apa2 pembawakan dan sikap yang dibuat oleh umat Islam adalah betul selagi mana ada perkataan 'ISLAM' ke atasnya?

Mohon pejuang2 Islam jawab. Oleh kerana aku bukan pejuang Islam, aku taknak jawab. Tapi aku fikir keterangan kat bawah mungkin boleh dipertimbangkan ;

“Tiada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Maka sesiapa yang tidak mempercayai taghut serta beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada pegangan yang teguh, dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui” (Surah al-Baqarah ayat 256).
Ayat ini diturunkan kepada golongan Ansar di mana dalam kalangan mereka mempunyai anak-anak yang telah diyahudi atau dikristiankan. Apabila Islam datang, mereka ingin memaksa anak-anak mereka menganut Islam, maka Allah melarang mereka berbuat demikian sehingga mereka sendiri membuat pilihan. Lalu diturunkan firmanNya tadi. 
Berikut adalah apa yang diluahkan oleh adik kepada sang isteri yang mana anak dia dilarikan oleh bekas suami selepas dia memeluk Islam ;


 
Ironinya, adik kandung kepada sang isteri yang anak2nya dilarikan oleh bekas suami rupanya adalah seorang penganut Islam. Dia bukan penganut hindu. Dia dah convert lebih lama dari si suami yang mualaf tadinya tue.

Apa yang tersiar di facebook belum tentu benar. Maka kata2 adik kandung kepada sang isteri tue belum tentu aku dan ko boleh anggap ia sebagai benar. 

Cuma kita boleh beri ruang di dalam diri kita untuk menilai sebab2 dan kemungkinan lain yang ada untuk tidak mewajarkan tindakan melarikan dan melanggar perintah mahkamah. Dalam waktu yang sama aku selalu lihat. Punyalah ramai umat Islam pongpang2 pasal akidah bukan depan mata. Di ulangi, akidah bukan depan mata. Tetapi bila ia babitkan akidah depan mata, di ulangi akidah depan mata berapa ramai yang berani mencegah kemungkaran? Adik beradik tak solat. Kawan2 tak solat. Jiran2 tak solat. Sedara mara tak solat. Kita nampak, kita lihat, kita perhatikan. Ada kelonggaran sedikit dalam ahti kita kerana kita kenal mereka. Tetapi bila ia babitkan orang yang kita tak kenal macam dalam kes di atas, cenderungnya umat Islam sembang kencang bab akidah.

Tolong, disamping kita bagi cermin kat orang, kita belajar2 juga cermin muka kita sendiri.

Aku suka dengan jawapan dari Hazlyn. Bagi aku ini dah cukup clear untuk menghentikan umat Islam yang takde kena mengena dengan keluarga ini berbalah sesama sendiri ataupun dengan penganut2 agama lain. Sepatutnya tindakan kita, wujudkan ruang tolenrasi antara si ibu dan bapa, sama2 bertanggungjawab dan memainkan peranan penting dalam mendidik anak2 sendiri. Dan sesungguhnya kalau benar kata2 bekas adik ipar, tindakan si bapa masuk Islam semata2 nak kan ganjaran mualaf fuhhhhh.. marilah kita jangan menilai apa yang ada dalam ahti dia. Serahkan kepada Allah untuk menilai. Betul atau tidak tunggu masa beri jawapan yang pasti.


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...