Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 10 April 2014

RM36.4 juta Wang Tebusan Untuk Bebaskan Pelancong China Yang Diculik! - Menteri


WOW..

Pandai kumpulan penculik tue ambil kesempatan. Dia tahu orang2 China tengah angin satu badan dengan Malaysia. Dan dorang tahu sangat yang Malaysia tak boleh buat apa2 bagi menambahkan lagi kebencian orang China terhadap Malaysia. Malaysia pastinya akan berusaha untuk selamatkan warga China yang diculik ataupun Malaysia akan menghadapi satu lagi tekanan yang membabitkan kepentingan warga China selepas insiden MH370 yang berlaku pada 8 march 2014 yang lepas.

Berikut apa yang dilaporkan oleh TMI ;

Penculik menuntut wang tebusan sebanyak ₱500 juta atau RM36.4 juta untuk membebaskan pelancong China yang diculik dari sebuah resort di Semporna minggu lalu, The Star melaporkan hari ini.
Memetik kata Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi, akhbar itu melaporkan Malaysia menghantar satu pasukan untuk berbincang perkembangan terkini dengan “orang tengah” yang terlibat dalam perundingan membebaskan tawanan ini.
"Kami menerima nota penculik menuntut ₱500 juta atau RM36.4 juta wang tebusan.

"Kami menghantar satu pasukan untuk berunding dengan mereka yang dinamakan sebagai orang tengah," kata Ahmad Zahid, sambil menambah tidak ada tuntutan untuk tebusan Filipina.

Pada 2 April lepas, pelancong China, Gao Hua Yuan, 29, dan pekerja Filipina Marcy Darawan, 40, diculik dari Singgahmata Reef Resort dekat Semporna oleh tujuh ahli kumpulan bersenjata yang dikaitkan dengan kumpulan militan Abu Sayaf lapor The Malaysian Insider


ESSCOM patut bertanggungjawab terhadap kegagalan mereka melindungi perairan negara dari dibolosi disamping lemahnya penguatkuasa undang2 dalam menjalankan tanggungjawab dengan menyediakan kualiti keselamatan yang terbaik untuk warga Sabah dan mereka2 yang datang melancong ke negeri itu.

Kali neh 3 kunci utama kelemahan mereka terdedah sekaligus. Itulah orang kata dorang dah biasa main2, sekali kelemahan dorang dipertontonkan kepada umum, kelam kabut nak menepis kritikan2 awam yang hadir ke atas mereka.

1. Ketidakcekapan mereka uruskan masalah pendatang 

2. Ketidakcekapan mereka pantau perairan negara

3. Ketidakcekapan mereka menyediakan keselamatan untuk penduduk Sabah

Harap aje peruntukkan juta2 tapi kerja macam HAPRAK.

Berapa ramai yang perlu mati, diculik sehingga mereka benar2 sedar bahawa teruk sangat dah cara mereka menguruskan keselamatan di negara ini?

Aku harap andaikata tuntutan tebusan ini dibayar, semua penguatkuasa undang2 yang berada di Sabah dipotong gajinya bagi membayar balik wang negara yang digunakan untuk membayar tebusan tadinya tue. Barula dari situ mereka akan belajar bertanggungjawab dan berkerjasama antara satu sama lain. Tak la sambil lewa aje kerjanya. Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...