Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 20 April 2013

3 DUN Terengganu bertembung 3 penjuru - BN VS PAS VS PKR.

Terbaek !!

Ini yang kita mahu. Berikan kemenangan mudah kepada BN. Ataupun kita boleh fikir positif. Ini ialah taktik PAS dan PKR. Untuk pecah undi. Sebab nak raih sokongan. Kalau orang takut kat PAS maka dia undi PKR.

Best tak alasan neh?

Hehe.

Ini pertembungan 3 penjuru di Dun Terengganu.

N. 02 - KOTA PUTERA    

1. MOHD MAHDI BIN MUSA    BN   
2. ADAM BIN MAT SAID    PAS   
3. MOHAMED ABDUL GHANI BIN HAJI IBRAHIM    PKR    


N. 11 - SEBERANG TAKIR    

1. AHMAD NAZRI BIN MOHD YUSOF    PKR  
2. AHMAD RAZIF BIN ABD RAHMAN    BN   
3. ZAKARIA BIN DAGANG    PAS 

N. 25 - BUKIT BESI    

1. ROSLAN BIN ISMAIL    PAS   
2. ROSLEE BIN DAUD    BN  
3. MOHD SHAMSUL BIN MAT AMIN    PKR 

Terengganu, kita bukan cakap pasal penang. Kalau di penang kita boleh terima gak strategi tue. Tapi ini terengganu. Kalau orang tak boleh terima dap, itu logik. Tak boleh terima PAS? Itu kurang logik. Since terengganu antara negeri yang PAS kuat dan kukuh oke.

Apa pun setelah berfikir masak2, ini bukan masa untuk aku take side. Taking side neh merugikan. Kalau kita pilih sokong PKR, marah pula member2 PAS. Kalau kita pilih sokong PAS, marah pula member2 PKR. Sudah la member2 bn confirm marah dah. Bukan masa untuk tambah musuh baru. So untuk semua dun yang mana PKR, PAS dan DAP bertembung, lantak korang la.  

Cuma aku pelik gak camne eh korang nak kempen. Mesti serba sedikit susah kan. Sesama sendiri suruh undi logo parti masing2.. Dan pengundi2 terutamanya penyokong pr mesti keliru. Aku nak pangkah sapa neh. 

Lets say ;

Penduduk ada 10 ribu.

4 ribu confirm pangkah PR.

2 ribu confirm pangkah BN.

4 ribu atas pagar pangkah ikut calon dan isu.

BN dah secure 2 ribu. PAS dan PKR mungkin berpecah. Mungkin sorang 2 ribu. Mungkin sebaliknya.

Katakan sorang 2 ribu. So atas pagar neh akan decide. Kalau 2 ribu atas pagar pergi ke BN, BN ada 4 ribu. Lagi 6 ribu mungkin dapat kat PAS 3 ribu, PKR 3 ribu.

Rupanya penyokong PAS dan PKR jika bergabung ada 6 ribu. Tapi mereka memilih untuk berpecah. PAS dan PKR bila berpecah bawa label parti masing2. Kalau bergabung bawa label pakatan rakyat meskipun ketika mengundi kena pangkah calon yang mewakili parti. Still bukan isu sebab kita dah baca calon dari PAS ka PKR ka DAP ka ialah calon2 dari PR itu sendiri.

Jadi nampak tak kat sini kenapa aku cakap korang memberikan kemenangan dan laluan mudah buat BN?

Tapi takpela. Nak salahkan PAS ka PKR ka tak perlu. Taksuber2 pasti mengamok salahkan parti dan pemimpin mereka. Lagipun ini bukan kerja kita. Kita pun tatau cerita sebenar. Sudah semestinya PKR akan defend diri PKR dan PAS akan defend diri PAS. Sedangkan surat watikah perlantikan takan boleh terbit sendiri. Mesti ada yang cop dan sign. Heh.

Cuma sebagai seseorang yang sedang mahu cuba mencipta sejarah, aku berharap sangat insiden neh tidak memberikan laluan mudah kepada BN. Yelah, aku sebenarnya berpegang teguh kepada satu matlamat iaitu menjatuh BN. Yang neh aku sangat konsisten. Aku tak peduli jika penjatuh itu PR ataupun sebaliknya. Pokoknya ada alternatif selain dari BN itu bagus. Harap2 la, ini tidak akan jadi penyebab kepada PAS GAGAL untuk menawan Terengganu kembali. Oke. Bai. 

Rujukan :  http://resultpru13.spr.gov.my/module/penamaan/laporan/laporan_6/laporan_6.php

Jawapan Dr. Juanda Jaya Berhubung Isu Jadi Calon PKR.


Aku dah agak dah. Pengalaman terkena dengan PKR menjadikan aku sangat tahu bahawa mereka memang pandai dalam teknik menjaja nama. Bahkan ada juga dalam beberapa teknik yang mereka pandai. Teknik2 yang mereka selalu tuduh kat umno tue, peh dorang pun buat. Apa bergaduh pasal pemilihan? Bila ia melibatkan PKR jadi normal. Kalau ia melibatkan BN ia err tak normal. Heh. 

Terbaek. 

Inila stail orang2 politik. Kita boleh akur dengan cara mereka. Tetapi itu tak bermaksud kita kena menyebelahi mereka. Akur dan menyebelahi ialah dua perkara yang berbeza. Akur saja, lepas tue nak kritik ke nak setuju ke nak bodek ke jilat ke ampu ke tantang dan etc2, itu ko punya pasal. Penulisan aku free, penulisan ko juga free. Lakukan apa saja yang ko sukai.

Jawapan Dr.Juanda Jaya berhubung isu pencalonan di Perlis. 

BEBERAPA soalan:

1. Apakah Dr akan bertanding dalam PRU13 dan di mana kawasannya?


Kenyataan saya kepada Straits Times Singapore sebelum ini ialah saya kena buat penilaian. Saya dapati PRU13 tidak sesuai untuk saya keran fitnah terlalu banyak dan penerimaan terhadap sarjana belum mantap. Pilihan tempat memang banyak tetapi tiada yang sesuai. Politik bukanlah perkara mudah untuk orang macam saya. Sebab itu agak hairan ramai yang lobi tanpa fikirkan kesannya dunia dan akhirat. 

2. Mengenai pencalonan di kerusi Parlimen Kangar, pada mulanya Dr dicalon tetapi akhir Pas yang akan letak calon, sebenarnya apa yang terjadi?


Perbincangan membabitkan banyak pihak bukan hanya PR. Kawan-kawan BN pun tanya ajak bincang. Banyak tempat dicadang. Isu Kangar hanya tahap perbincangan dan ziarah kawan-kawan daripada kedua belah pihak. Ini normal bagi orang politik yang mencari sokongan. Saya kurang minat sebab bukan penduduk tempatan. Kalau BN tawar pun tetap akan timbul isu orang luar. Politik Malaysia belum matang untuk terima kepelbagaian. Sentimen sentiasa menjuarai isu. 

Apa yang berlaku di antara PKR, Pas, saya tidak ambil tahu dan tidak berminat untuk tahu kerana saya bukan ahli parti mereka. Sebenarnya tidak wujud tawaran rasmi. Meraka hanya tanya. Saya tidak pernah bagi kata putus. Banyak pihak buat spekulasi tanpa berusaha memahami apa sebenarnya yang berlaku. Apa yang disebut oleh PKR Perlis langsung tidak dirujuk kepada saya. Saya agak terkilan sebab jual nama saya tanpa izin saya. Saya tidak pernah jumpa pimpinan PKR Perlis. Isytihar secara unilateral suatu sikap tidak beradab kepada orang lain. Apatah lagi kedudukan saya yang agak sensitif pada banyak pihak. Ini perlu difahami terutama meraka mahu jadi ahli politik. Saya ambil sikap diam diri kerana tidak mahu sakiti hati mana-mana pihak. Semuanya saudara seagama. Pelajaran daripada isu ini ialah orang politik kita masih belum matang seperti negara lain.
 

3. Mengapa Dr pilih PKR dan tidak Pas atau Umno? Apakah akan tetap dengan PKR selepas apa berlaku?


Soalan ini kurang relevan kerana saya menyokong apa sahaja usaha yang baik untuk negara ini.

 
4. Adakah boleh katakan secara rasmi Dr tidak bertanding? Atau mungkin ada kejutan berlaku esok? 


Kejutan?  Ya. Setiap hari kita pasti terkejut dengan perkara baru yang ALLAH tentukan untuk kita. Serahkan saja kepada-Nya. Pasti semua akan baik belaka.
 
Dr Juanda Jaya, Mufti Perlis


Rujukan : http://www.sinarharian.com.my/isu-calon-jawapan-dr-juanda-1.151951

PKR Perlis, sapa yang keluarkan statement tue. Sebelum kita berani merompak, kita mencuri kecil-kecilan dulu. Sebelum kita berani berbohong depan media, kita menipu rakan2 dahulu. Terbaek. Ada sesiapa nak jilat PKR Perlis kat sini. Silakan. Ia tak aneh be it BN mahupun PR pada aku. Bai.

Ahli UMNO Cerdik Telah Di jumpai.

Rare. Bukan tiada, ada, cuma RARE.

Tahniah.

Anda melakukan perkara yang betul bila memilih untuk menolak semua politik dan kempen2 yang lucah serta porno. Tetapi kalau anda memilih untuk memangkah PR itu lebih baik lagi. 

Tarbiah la UMNO sehingga ke titisan darah yang terakhir. Hanya apabila seseorang itu hilang kuasa, pangkat, harta dan darjat baru mereka akan sedar diri. Baru mereka akan buka mata dan memahami apakah perasan rakyat yang ditindas selama ini.

Jika anda sayangkan UMNO, pastikan mereka kalah kali neh. Kalahkan mereka, hanya dengan kekalahan, pengajaran yang berat ini baru mereka akan benar2 reform dan ubah perangai2 buruk mereka. Sayang anak tangan2kan, sayang umno, kalah kalahkan. Oke?

Hehe.



Penduduk di kawasan Kampung Sri Lukut, Batu 28, dekat sini, meluahkan rasa tidak senang apabila risalah berkaitan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diedar di kedai makan berhampiran kawasan berkenaan.

Risalah gambar yang dikatakan mirip ketua pembangkang itu diletak di kedai makan sejak Rabu lalu telah mencetuskan rasa curiga dalam kalangan penduduk Batu 28, siapakah dalangnya?

Timbalan Ketua Peti Undi Bahagian Kahang, Yusof Ibrahim berkata, tindakan individu mengedarkan risalah tersebut sungguh tidak bermaruah.

Menurutnya, ia seolah-olah ingin mengaibkan ketua pembangkang tersebut.

“Saya tak tahu siapa yang melakukannya kerana saya percaya mereka yang terlibat ini meletakkan risalah berkenaan pada waktu malam kerana pada masa itu tiada orang yang nampak.

“Saya juga dimaklumkan oleh penduduk di kawasan ini dan bertindak membuat laporan polis pada hari sama risalah tersebut dijumpai.

“Saya tidak salahkan mana-mana pihak kerana saya tidak mengetahui siapa yang buat dan saya juga sudah menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk menyiasatnya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Yusof yang juga Ketua Umno Cawangan Kahang berkata, risalah itu difahamkan diedar di kawasan Kampung Sri Lukut.

Katanya, jika ada pihak yang cuba untuk melakukan kekacauan di kawasan Kahang beliau akan bertindak segera terutama pada musim pilihan raya ini.

“Saya tidak mahu berlaku sebarang pergaduhan, dan biarlah pilihan raya ini berjalan dengan aman tanpa sebarang perselisihan faham terutama di kawasan ini.

“Saya juga akan melakukan tindakan segera sekiranya ahli Umno terlibat dalam pengedaran risalah ini. Bagaimanapun, saya berharap ia tidak akan diedarkan lagi kerana ia akan mencemarkan pemandangan di kawasan Kahang ini,” katanya. -SH-

Gambar Pelakon Video Lucah DSAI Terdedah.

Buat permulaan aku nak cakap aku keliru. Aku keliru sebab aku tak berapa faham cerita. Pertama dorang cakap saksi. Saksi yang terlibat dalam pembikinan video seks yang melibatkan pemimpin pembangkang. Then bila dia tulis perkataan saksi aku mengambarkan bahawa dua orang itu ialah SAKSI yang terlibat dalam pembikinan video seks.. 

Aku fikir mungkin mereka terlibat dalam bahagian editing ke apa ke..sebab dalam laporan yang sama menyebut bahawa dorang berpaling tadah dan tidak mahu menyimpan rahsia lagi. Ooo oke.

Then keluar pula citer bukan saksi. Tetapi pelakon. Dua individu yang ditahan polis pada semalam ialah PELAKON kepada VIDEO SEKS yang dimaksudkan..

What?

Ini wajah2 kedua2 individu tersebut.

 
Aku tak pasti laporan berita tue salah petik, salah sebut atau apa. Tapi mungkin kah ia sebenarnya seperti ini.

1. Seorang pelakon.

2. Seorang yang lain pula ia saksi?

Aku rasa ini lebih tepat. Apa pun aku nak cakap lelaki buncit tue tak mirip dsai dalam gambar di atas. Mungkin lain pula kalau jumpa depan2 ataupun dalam gambar yang berbeza.. aku tatau. Cuma kalau ikut gambar di atas, ia tak mirip langsung sepertimana yang disebarkan dalam pentas ceramah semalam. Lebih2 lagi kalau ia dibuat dalam 2 atau tiga tahun yang lepas. Ada sesetengah orang berubah wajahnya meskipun hanya 2 ataupun tiga tahun berlalu.

Apa pun yang menjadi persoalan aku ialah bukan kenapa dia baru nak tampil sekarang untuk mendedahkan semua perkara. Ia bukan isu pun pada aku. Yang menjadi tanda tanya ialah macam mana individu yang berlakon = buat aksi seks 'mungkin' boleh tegar tampil mendedahkan diri nya sendiri? Tak malu meh? 

Ko buat ke tak buat? Kalau buat mesti rasa malu.. tapi entah la. Ikut suka lue la. Dalam isu video seks neh aku rasa DSAI tak perlu beria2 pun sebab selagi polis tak buka kertas pertuduhan, selagi tak dikenakan tindakan undang2, terbuktila mereka takde bukti. Hanya percakapan liar tanpa saksi dan bukti. Percakapan liar akan berhenti apabila mati. Takde apa yang perlu dirisaukan apatah lagi DSAI dah buat laporan polis menafikan dia ialah individu yang berada dalam video seks tersebut. Langkah ini, Mustafa Ali kena tiru oke.

Bai. 

Rujukan gambar : sini 

PRU-13 : DUN Sungai Acheh tanding 3 penjuru, BN VS PAS VS PKR.


Konon dah selesai. Menurut berita yang dilaporkan oleh FMT hari tue, ada mengatakan mesyuarat seketariat PR telah memutuskan calon PR di Dun Sungai Acheh ialah Chegu Bard. Rujuk sini.

So yang PAS keluarkan surat kelulusan neh apa citer? Surat palsu meh?


Gamaknya bukan hanya ada pelakon video seks, kita juga ada pelakon yang menyamar jadi Mustafa Ali yang mengeluarkan surat sokongan di atas ek?

Ini sudah pasti menyukarkan penyokong2 PR untuk berbuat pilihan. Samada PAS ataupun PKR. Kalau berdasarkan sentimen kepartian, PAS pasti menang. Mereka punya penyokong yang bukan saja ramai bahkan setia. 

Calon DUN Sungai Acheh ialah ;

Datuk Mahmud Zakaria (BN), 

Badrul Hisham Shaharin (PKR) 

dan 

Mohd Yusni Mat Piah (Pas). 

Rujukan : sini dan sini.

Ini tidak baik. Ia memecahkan sokongan dan memberikan kemenangan yang mudah kepada BN tak pasal2. Bayangkan, siapa yang penyokong2 PR nak undi? PAS pun sebahagian dari PR. PKR pun sebahagian dari PR. Boleh jadi mereka tak jadi nak undi. Boleh jadi mereka akan undi salah satu. Tak kira la apa tindakan mereka ia tetap akan merugikan PR tak pasal2.

Berbeza dengan BN. Konsisten dah penyokong2 BN hanya akan undi BN.

Hish.

Terima kasih la kepada PKR dan PAS. Sebab menghuru harakan pilihan penyokong2 pakatan rakyat. Langkah korang memang terbaek. Bila aku kritik taksubers korang akan meroyan. Kemain lagi marah2 aku. Bersangka baik la. Dorang akan selesaikan juga sebelum penamaan calon. 

Pfttt. 

Ini sebab aku tak minat masuk mana2 parti be it PR BN atau apa parti pun la. Lone ranger lebih baik. Jika itu ditakrif gila ia lebih baik sebab aku merdeka keluarkan apa saja pendapat menurut diri aku, bukan kemahuan orang. Ini syurga. Di kawal orang, bukan syurga. Ia hanya akan membuatkan aku jadi kotak macam ahli2 parti yang lain. Komen mesti senada. Pendapat mesti sama. Pemikiran mesti serupa. Kalau berbeza, ko macai.

KAH KAH KAH

Apa pun tak boleh. 

Jumaat, 19 April 2013

Papa Gomo Tarik Diri Dari Bertanding Di Permatang Pauh.

Cam gampang.

Cakap belit2. Mula2 nak bertanding. Siap cabar blogger pr suruh lawan najib kat pekan. Then siap minta derma. Konon untuk lawan dsai di permatang pauh. Last2 batal. Apa pun takde. Dah tu pulangkan la balik seme duit2 derma tu.

Mesti tak punya la. Baik songlap je duit derma tue kan. Tah alasan apa di beri untuk cover kekantoian dia. Yelah.. Mungkin yang derma tu bodoh2 alang macam papa gomo juga. So takde la aku nak rasa simpati ke apa. Just nak cakap sesama korang memang bingai pun. Hidup2 di tipu papa gomo. Dari blog sampai ke duit kena sapu.

Padan muka.

Kah kah kah

Pemilik blog Papagomo hari ini menarik balik hasratnya untuk menentang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Papagomo dalam blognya itu berkata, keputusannya itu bagi memberi laluan kepada calon Barisan Nasional (BN), Dr Mazlan Ismail untuk mencipta kemenangan di kubu kuat Ketua Pembangkang itu.

Katanya, walaupun menarik diri sebagai calon Bebas di Permatang Pauh, dia akan tetap meneruskan usaha membongkar tindak-tanduk dan penipuan serta kegiatan-kegiatan tidak bermoral Anwar demi agama, bangsa dan tanah air.

"Saya mengambil keputusan untuk menyokong dan menjadi sebahagian daripada jentera kempen calon BN, Dr Mazlan bagi mentalkinkan Anwar di PRU-13 ini.

"Keputusan saya tidak bertanding bukan bermakna saya bimbang wajah sebenar saya dikenali umum malah seperti yang saya tegaskan sebelum ini saya berani berdepan dengan mana-mana sahaja mahkamah dalam dunia ini bagi membuktikan bahawa saya tidak memfitnah Anwar.

"Sehingga ke hari ini dan hingga ke akhir hayat saya tetap yakin dan percaya bahawa Anwar sama sekali tidak layak untuk diberikan mandat memerintah negara ini dan pakatan pembangkang juga jauh panggang dari api sekiranya mereka merasakan mereka adalah yang terbaik memimpin negara ini," katanya dalam blognya, papagomo.com hari ini.

Papagomo sebelum ini telah disaman oleh penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh itu kerana menyiarkan gambar yang menunjukkan seorang lelaki yang menyerupai Anwar sedang bercumbuan dengan seorang lelaki lain.

Pemilik blog itu berkata, hasratnya untuk bertanding di Permatang Pauh sebelum ini samata-mata untuk menumbangkang Anwar sekali gus membersihkan diri daripada bersubahat dengan perbuatan tidak bermoral pemimpin itu sebelum ini.

Saya berjanji sepanjang kempen PRU-13 yang bermula 20 April sehingga 5 Mei nanti, saya akan bersama-sama dengan rakyat Permatang Pauh untuk berkempen bagi memenangkan calon BN dan untuk kali ini, saya yakin Anwar boleh ditumbangkan," katanya.

Gambar Lim Kit Siang Menangis Kerana Tak Dapat Guna Logo DAP.

Puak2 sana mana tahu sentimental. Kita jiwang pada benda yang perlu. Kita menangis pada perkara yang penting. Kita sedih bukan pada benda yang sia2.

Masa yang DAP peruntukkan kepada ROS iaitu sehingga jam 3 petang nampaknya tidak mendatangkan hasil. ROS tidak menarik balik keputusan sebelumnya. 

Maka dengan ini DAP akan akur menggunakan logo PAS dan PKR bagi membolehkan mereka bertanding pada pru kali neh. Sudah semestinya LKS sebak. Pertama kali keluar dari kubu kuat. Ingatkan nak cipta sejarah bersama dap tapi tak dapat.

Keyakinan LKS juga drop. Daripada 50 - 50 menjadi 40 - 60. 60 ialah peratusan kemenangan yang LKS sasarkan kepada calon bn.

Pertama angkara calon. Ghani Othman. Kedua angkara logo. Mungkin ada kelompok cina dan india yang takutkan PAS berikutan isu hudud dan islam. Interpresi salah yang disebarkan oleh bn selama neh. Sedikit sebanyak mungkin mempengaruhi.

Apa pun mohon air mata LKS jadi semangat juang kepada aktivis2 DAP agar lebih tabah dan sabar menghadapi pru kali neh. LKS dalam dap ialah legend. Rata2 orang dap menganggap LKS hero mereka. 

Jadi semoga tangisan dia tidak sia2. Pastikan calon dap menang besar tak kira logo apa yang mereka gunakan oke. Bukan hanya calon dap je bahkan calon pr kebanyakkan nya. 

Hehe. 

Ada calon2 pr yang aku tak gemar juga. Sebab tu gunakan word kebanyakkan nya. Bukan keseluruhan nya. Jangan marah oke.

Apa pun jom rapatkan saf. Tumbang bn. Babai.

Aktivis2 DAP, jangan menangis, terus mara!

Aduh.

Hancur luluh kecewa seme cukup.

Bendera dah siap. Logo dah cetak. Risalah kempen dah complete. Tinggal lagi pasang dan sebar jek.

Ketika ini ramai rakan2 dari dap rasa sebak. Sedih. Menangis. Geram pun ada. Sakit ahti lebih2 lagi. Semua neh berpunca dari ROS.

Siasatan dah lama bermula. The report has been filed to ROS dah lama. Bukan baru. But only yesterday ROS giving the result. Kenapa?

Sabotage.

Tu je yang aku bleh baca. And ROS togather with SPR buat kenyataan yang DAP boleh proceed to pru using their own logo. Seriously. There isn't wrong using your own logo. Says Chief of ROS.

Betul ke?

1. ROS cakap ketidaksahihan CEC DAP berpunca dari ketidaktelusan dalam pengundian. Jadi jawatankuasa tertinggi pusat itu telah digantung. Surat arahan telah dikeluarkan.

2. Bukanla bermaksud pendaftaran DAP tidak sahih.

3. Itu dua kes yang berbeza. Kita faham oke.

4. DAP sekarang hanya menghadapi masalah jawatankuasa dalaman je. Yang digantung operasinya buat sementara waktu akibat aduan salah laku yang di terima oleh ROS.

5. Jawatankuasa neh berkelayakkan mengeluarkan surat watikah pencalonan. Ia sama pada seme parti. Pkr begitu. Psm begitu. Pas begitu. Bn begitu dan sudah tentu dap tidak terkecuali.

6. Let say jawatankuasa yang digantung ini keluarkan surat watikah juga. And pilihanraya berlangsung. And dap menang. And secara tiba2 ROS keluarkan keputusan yang jawatankuasa dap tidak sah. Ia terbatal secara automatik. Sebarang keputusan yang dibuat sebelum ini di anggap tidak sah, batal, tidak mematuhi undang2. Maka surat2 watikah perlantikkan juga di anggap tidak sah. Gagal mematuhi peraturan SPR. Kemenangan calon tidak sah. Kerana guna surat watikah tidak sah.

Macam mana?

Memang boleh guna logo. Tapi kalau jawatankuasa di gantung ada ke kuasa untuk keluarkan surat watikah?

Kalau pas dan pkr yang keluarkan surat watikah maka kena bertanding atas logo parti tersebutla. Ini peraturan nya.

Dap tak boleh bersangka baik kepada SPR dan ROS. Sehingga ROS dan SPR keluarkan surat hitam putih bahawa surat watikah yang dikeluarkan DAP sah walau apa jua keputusan ROS selepas neh tue lain citer. Kita boleh fight di court guna surat rasmi sebagai bukti. Jika mereka cuba mengenakan kita di kemudian hari.

Apa pun kita faham rakan2 kita dari dap sebak. Rasanya mereka seperti sedang cipta sejarah. Seperti yang kita ketahui DAP berada di kemuncak kegemilangan. Belum pernah lagi DAP meraih sokongan dan kepercayaan terbanyak dari masyarakat sepanjang mereka berjuang bertahun2 selama neh.

Inila paling banyak mereka raih. Inila kepercayaan paling padat pernah mereka dapat selama neh. Tetapi tiba2 bertanding guna logo parti lain sedikit sebanyak mereka pasti sedih. Ia seperti jatidiri mereka dicabut. Benda yang sama kalau kena kat pas, pkr, psm, umno atau mana2 parti sekalipun mereka akan rasai perkara yang sama.

Tapi apa boleh buat. Nak cabar kat mahkamah boleh. Tapi esok penamaan calon. Masa dah suntuk.

Hopefully DAP fikir masak2 dalam buat sebarang keputusan. Kita percaya walau apa pun logo yang dap pkr pas psm dan lain2 parti bawa, asal lawan bn confirm dorang pangkah.

Bak kata dsai. Lawan tetap lawan.

Bai.

Juanda Jaya Tidak Bertanding PRU13


Confirm tak bertanding. Hari tue tak confirm juga. Tapi beria2 bagitau pihak media. Apahal tah perangai orang2 PKR neh. Slumber gile tanpa rasa bersalah main cakap melulu jek.

Kita mengesahkan yang Juanda Jaya akan mewakili PKR di Kangar..

Then tetiba cakap sebenarnya itu kawasan PAS.. dah diperuntukkan kepada PAS. Kalau kepada PKR yelah memang Juanda Jaya akan blablaa..

Kita juga mengesahkan yang Juanda Jaya masih ahli PKR dan blablabla..  <-- Tah betul tah tidak yang neh.

Hehe.

Rujuk sini.

MACAM GAMPANG PUNYA PERANGAI.

Aku baca tweet Dr. Juanda Jaya. Aku tak rasa dia refuse sebab kerusi tue PAS punya ke PKR punya ke apa ke. Ia just dia takmo bertanding jadi wakil rakyat kot. Walaupun penafian dia ringkas dan agak 'KEJAM' kerana mengatakan SYAITAN kepada si ' penghebah' berita.. ia boleh difahami oleh aku, dengan baik. Ada sesuatu yang si PKR Perlis kena faham.

JANGAN PANDAI2 MEREPEK tanpa mendapatkan PERSETUJUAN dari TUAN PUNYA BADAN. Takde sesiapa di sekitar ko membantu atau menasihatkan ko cara baik ke?

Ataupun dorang ialah pembodek2 ko?

Ya ya..betul tuan saya setuju.

Ya ya salah tuan saya setuju..

Ya Ya tuan sentiasa betul sampai kiamat.. saya sokong

Pui.

Jika nasihat takde, maka dapatlah ko hentaman. TERBAEK punya dari rakyat marhaen. Yang sebenarnya elokla ko mengakui je ko main cakap merepek depan media sebab nak bagi tekanan kepada pihak tertentu.. ataupun kerana apa2 je la.

Itu sebenarnya kan. Tak payah nak cover2 sebab dah termalu habis sebarkan citer pasal Dr. Juanda Jaya tue kan.. baru sebarkan tak sampai sejam dah dikantoikan oleh Malaysiakini dan tweet Dr. Juanda Jaya.

Lepas tue cover2 guna nama PAS pula. Dasar taktau malu ini PKR PERLIS. 

Pui. 

KAH KAH KAH 

Khamis, 18 April 2013

TERKINI : DAP Mungkin Tanding guna logo PAS dan PKR.


Di semenanjung logo PAS.

Di sabah dan sarawak gunakan logo PKR.

Dan inila keputusan yang aku rasa DAP kena buat. Bagi mengelakkan diri dari di ambil kesempatan oleh pihak lawan. Jikalau DAP berkeras gunakan lambang sendiri sebenarnya takde hal. SPR dah cakap boleh. Tiada masalah. Tetapi dengan SYARAT SPR buat dokumen hitam putih bagi membenarkan kenyataan mereka.

Kalau tidak nanti depa ubah kenyataan tiba2 macam mana?

Err masa tue saya tak faham soalan yang wartawan MKINI tanya.. 

Err masa tue saya tak rujuk peraturan dalam SPR..

Err masa tue saya tak menilai undang2 yang sedia ada..

Ah sudah. Ini lagi bahaya bhai. Better mengelak dari terkena. Kalau dah terkena mampuih kita. DAP ada kerusi parlimen dan adun yang bukan kecik jumlahnya. Kena fikir tue.

Statement dari LGE  berhubung isu di atas ;

LGE: "Mungkin kita akan tanding guna logo PAS di Semenanjung, dan PKR di Sabah dan Sarawak."

Rujukan :  http://www.ubah.tv/




Reaksi menarik dari penyokong DAP berkenaan isu tersebut.  Jangan jeles la BN. Especially UMNO tau.

KAH KAH KAH

TERBAEK.  
 

Najib Perli Husam Musa.


Najib perli husam. Oi Najib cuak juga ko dengan kedatangan HUSAM kat Putrajaya ek? Terbaek ah.

Mahathir + Najib = cuak dengan kedatangan Husam di Putrajaya.

Mula2 Mahathir memperlihatkan tidak senang nya melihat Husam bertanding di putrajaya. Then Ku Nan pula nak tarik diri tetapi last2 minit tak jadi. Mungkin bengang sebab diperkotak-katikkan Husam. 

Yela, kalau tarik diri dikatakan gentar kalah besar dengan Husam.

Kalau tak tarik diri pun rasa gentar juga mungkin kalah besar dengan Husam.

Husam, kalah ke menang ke takde hal sebab tak pernah menang kat situ. Takde isu besar. BN kalau kalah memang malu habis. Kalau menang tipis pun malu habis. Hanya kemenangan besar je boleh menyelamatkan maruah BN di Putrajaya. Ye tak?

KAH KAH KAH

Ini kata2 Najib yang dipetik dari laman TMI ;

The Barisan Nasional (BN) chairman also took a dig at Datuk Husam Musa as the PAS candidate for Putrajaya seeks to canvass votes from civil servants since his candidacy was announced last week.
“I have never forgotten the deeds of civil servants ... If you love me, help me soon,” Najib told a packed auditorium in The Everly hotel here as the crowd held up “I love PM” signs.
“If in these last few days someone asks to have tea with us in the canteen, please be careful,” Najib said, referring to Husam who has been approaching civil servants in Putrajaya recently.
“This is not the issue of him being from ‘negeri ambo’ ... It’s about our country’s future,” he said, referring to “my state” in the Kelantan dialect.
  
Baru2 ini Husam kan ada buat perjumpaan dengan facebooker, bloggers, blablabla di putrajaya kan. Then tah camne Najib tahu pula benda tue. Dasat gak. Nak kata perjumpaan tue besar-besaran tak juga. Tue perjumpaan skala kecik je tue. Camne ah Najib boleh amek berat. Mesti dia dapat hidu yang kakitangan kerajaan dah fack2 kan dia kot. Terkesan juga Najib rupanya ek.

Hehe

Itu pasal dia menyeru agar kakitangan kerajaan undi dia. Yelah, kalau sayangkan dia, undi [tolong] dia.  Tapi seruan Najib neh boleh dilihat positif. Sebab apa?

Kalau sayang Najib = undi bn.

Kalau tak sayang najib = jangan undi bn.   

Pilihan yang cukup senang. Antara sayang dengan tak sayang jek. Tak payah fikir panjang2. Kalau korang sayang najib undi bn, tak sayang najib, jangan undi bn. Terbaek ah. Mesti ramai yang tak undi bn, sebab ramai tak sayang Najib.

KAH KAH KAH  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...