Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 20 April 2013

Jawapan Dr. Juanda Jaya Berhubung Isu Jadi Calon PKR.


Aku dah agak dah. Pengalaman terkena dengan PKR menjadikan aku sangat tahu bahawa mereka memang pandai dalam teknik menjaja nama. Bahkan ada juga dalam beberapa teknik yang mereka pandai. Teknik2 yang mereka selalu tuduh kat umno tue, peh dorang pun buat. Apa bergaduh pasal pemilihan? Bila ia melibatkan PKR jadi normal. Kalau ia melibatkan BN ia err tak normal. Heh. 

Terbaek. 

Inila stail orang2 politik. Kita boleh akur dengan cara mereka. Tetapi itu tak bermaksud kita kena menyebelahi mereka. Akur dan menyebelahi ialah dua perkara yang berbeza. Akur saja, lepas tue nak kritik ke nak setuju ke nak bodek ke jilat ke ampu ke tantang dan etc2, itu ko punya pasal. Penulisan aku free, penulisan ko juga free. Lakukan apa saja yang ko sukai.

Jawapan Dr.Juanda Jaya berhubung isu pencalonan di Perlis. 

BEBERAPA soalan:

1. Apakah Dr akan bertanding dalam PRU13 dan di mana kawasannya?


Kenyataan saya kepada Straits Times Singapore sebelum ini ialah saya kena buat penilaian. Saya dapati PRU13 tidak sesuai untuk saya keran fitnah terlalu banyak dan penerimaan terhadap sarjana belum mantap. Pilihan tempat memang banyak tetapi tiada yang sesuai. Politik bukanlah perkara mudah untuk orang macam saya. Sebab itu agak hairan ramai yang lobi tanpa fikirkan kesannya dunia dan akhirat. 

2. Mengenai pencalonan di kerusi Parlimen Kangar, pada mulanya Dr dicalon tetapi akhir Pas yang akan letak calon, sebenarnya apa yang terjadi?


Perbincangan membabitkan banyak pihak bukan hanya PR. Kawan-kawan BN pun tanya ajak bincang. Banyak tempat dicadang. Isu Kangar hanya tahap perbincangan dan ziarah kawan-kawan daripada kedua belah pihak. Ini normal bagi orang politik yang mencari sokongan. Saya kurang minat sebab bukan penduduk tempatan. Kalau BN tawar pun tetap akan timbul isu orang luar. Politik Malaysia belum matang untuk terima kepelbagaian. Sentimen sentiasa menjuarai isu. 

Apa yang berlaku di antara PKR, Pas, saya tidak ambil tahu dan tidak berminat untuk tahu kerana saya bukan ahli parti mereka. Sebenarnya tidak wujud tawaran rasmi. Meraka hanya tanya. Saya tidak pernah bagi kata putus. Banyak pihak buat spekulasi tanpa berusaha memahami apa sebenarnya yang berlaku. Apa yang disebut oleh PKR Perlis langsung tidak dirujuk kepada saya. Saya agak terkilan sebab jual nama saya tanpa izin saya. Saya tidak pernah jumpa pimpinan PKR Perlis. Isytihar secara unilateral suatu sikap tidak beradab kepada orang lain. Apatah lagi kedudukan saya yang agak sensitif pada banyak pihak. Ini perlu difahami terutama meraka mahu jadi ahli politik. Saya ambil sikap diam diri kerana tidak mahu sakiti hati mana-mana pihak. Semuanya saudara seagama. Pelajaran daripada isu ini ialah orang politik kita masih belum matang seperti negara lain.
 

3. Mengapa Dr pilih PKR dan tidak Pas atau Umno? Apakah akan tetap dengan PKR selepas apa berlaku?


Soalan ini kurang relevan kerana saya menyokong apa sahaja usaha yang baik untuk negara ini.

 
4. Adakah boleh katakan secara rasmi Dr tidak bertanding? Atau mungkin ada kejutan berlaku esok? 


Kejutan?  Ya. Setiap hari kita pasti terkejut dengan perkara baru yang ALLAH tentukan untuk kita. Serahkan saja kepada-Nya. Pasti semua akan baik belaka.
 
Dr Juanda Jaya, Mufti Perlis


Rujukan : http://www.sinarharian.com.my/isu-calon-jawapan-dr-juanda-1.151951

PKR Perlis, sapa yang keluarkan statement tue. Sebelum kita berani merompak, kita mencuri kecil-kecilan dulu. Sebelum kita berani berbohong depan media, kita menipu rakan2 dahulu. Terbaek. Ada sesiapa nak jilat PKR Perlis kat sini. Silakan. Ia tak aneh be it BN mahupun PR pada aku. Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...