Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 4 Mei 2019

Penjelasan Kenapa EPU Tolak Permohonan Pinjaman RM3.95b Kepada SRC International.

BICARA NAJIB | Saksi ke 28, bekas Timbalan Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Dr Kamariah Noruddin mendedahkan;


๐Ÿ‘‰
SRC International pernah memohon pinjaman berjumlah RM3b pada Ogos 2010.

๐Ÿ‘‰ Ketika itu SRC International belum lagi ditubuhkan.

๐Ÿ‘‰ Hanya menggunakan kertas cadangan 3 helai, permohonan dihantarkan kepada EPU dengan jumlah pinjaman sebanyak RM3b.

๐Ÿ‘‰ Dr Kamariah Noruddin tidak meluluskan pinjaman tersebut kerana ia 7% dari jumlah keseluruhan peruntukan untuk EPU - Unit Perancangan Ekonomi. 

๐Ÿ‘‰ "Di EPU, kami ketika itu tidak boleh memberikan dana (RM3 bilion) kerana permohonannya (dimuatkan) dalam kertas cadangan setebal tiga halaman saja.

"Peruntukan untuk pembangunan seluruh negara setahun ialah sebanyak RM42 bilion.

"(Kalau) ambil RM3 bilion daripadanya, ia merupakan 7 peratus daripada keseluruhan peruntukan pembangunan negara.

"Kalau permohonan RM3 bilion itu diluluskan untuk diberi kepada sebuah syarikat yang belum ditubuhkan, ia akan menjadi satu kecuaian di pihak EPU,"
katanya.

๐Ÿ‘‰ Menteri di JPM Nor Mohamed Yackop -> mengarahkan Noriah Ahmad -> pegawai atasan kepada

Dr Kamariah Noruddin untuk memproses permohonan RM3b untuk SRC International.

๐Ÿ‘‰ Hanya RM20 juta sahaja diluluskan untuk geran permulaan 1MDB manakala RM3b ditolak kerana permohonan yang tidak masuk akal (kertas cadangan 3 helai, syarikat belum ditubuhkan).


Saksi ke 29, Amirul Imran Ahmat mendedahkan;

๐Ÿ‘‰ SRC International Sdn Bhd (SRC International) hanya mengemukakan dua muka surat permohonan bagi meminjam RM3.95 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) pada 2011.

๐Ÿ‘‰ Surat itu pula ditandatangani oleh Pengarah SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil itu bertarikh 3 Jun dan di alamatkan kepada Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

๐Ÿ‘‰ “Kebiasaannya, sebarang permohonan untuk pinjaman wang memerlukan banyak lagi dokumen tambahan.

“Dalam perkara ini, tiada dokumen yang diterima KWAP namun Panel Pelaburan KWAP membuat keputusan sama ada untuk meluluskan atau tidak pinjaman RM1 bilion kepada SRC bagi tujuan modal pusingan dan pelaburan am,”
katanya.

KWAP bagaimanapun meluluskan pinjaman sebanyak RM4b kepada SRC International yang dibayar sebanyak 2 kali. - 4 Mei 2019.

Kronologi Duit KWAP Masuk Ke SRC International.

BICARA NAJIB | Pada 24 April 2019, Pengurus Cawangan AmBank Jalan Raja Chulan, R Uma Devi mengesahkan terdapat kemasukan RM4b ke dalam akaun SRC International.

๐Ÿ‘‰ Akaun semasa SRC International bernombor :
2112022009736 telah menerima RM4 billon di antara Ogos 2011 hingga Mac 2012.

๐Ÿ‘‰
RM2b dimasukkan ke akaun SRC pada 29 Ogos 2011 dalam empat kali transaksi iaitu RM500 juta setiap satu transaksi. 

RM500j
RM500j
RM500j
RM500j

๐Ÿ‘‰ Pada 28 Mac 2012, RM2b sekali lagi dimasukkan ke dalam akaun semasa SRC International dalam sekali transaksi. 

๐Ÿ‘‰ Kemudiannya SRC International Sdn Bhd memasukkan wang berjumlah RM50 juta ke dalam akaun Gandingan Mentari Sdn Bhd pada 2014 dan 2015.

๐Ÿ‘‰ Terdapat surat arahan untuk tiga transaksi membabitkan wang;

๐Ÿ“Œ RM40 juta pada 24 Disember 2014
๐Ÿ“Œ RM5 juta pada 5 Februari 2015  
๐Ÿ“Œ RM5 juta pada 6 Februari 2015
 
๐Ÿ‘‰ Saksi ke-24, Pengurus Bank bahagian Pusat Kiriman Wang Ambank, Wedani Senen, 45 mengesahkan RM4b yang masuk ke dalam akaun SRC International bernombor : 2112022009736 adalah datang dari dana KWAP = Kumpulan Wang Persaraaan. 


๐Ÿ‘‰ Saksi ke-24 turut ditanyakan kenapakah 4 pemindahan dilakukan dari akaun KWAP kepada SRC pada 29 Ogos 2011.

SULAIMAN: Mengapa terdapat empat resit untuk pemindahan RM2 bilion bagi transaksi 29 Ogos 2011?

WEDANI: Had transaksi kami adalah RM500 juta dan hanya boleh diluluskan oleh peringkat pengurus dan ke bawah.

SULAIMAN: Jadi untuk memindahkan RM2 bilion ini memerlukan empat transaksi?

WEDANI: Ya betul.

SULAIMAN: Setiap satu adalah RM500 juta?

WEDANI: Ya betul.

SULAIMAN: (merujuk kepada dokumen RENTAS).

WEDANI: Saya sahkan terdapat transaksi keluar sebanyak RM2 bilion daripada KWAP kepada SRC International pada 28 Mac 2012.

SULAIMAN: Boleh Puan rujuk kepada dokumen ini. Kenapa terdapat satu resit sahaja?

WEDANI: Ini adalah kerana ia dikreditkan secara terus melalui satu transaksi melalui RENTAS. Kami menerima wang daripada KWAP pada jam 5.40 petang manakala Bank Negara Malaysia tutup pada jam 6 petang, oleh itu perlu masukkan wang itu segera.

SULAIMAN: Siapa yang meluluskan pemindahan ini?

WEDANI: Bagi had pemindahan RM500 juta ia boleh diluluskan oleh pegawai bank iaitu pengurus dan ke bawah. Bagaimanapun bagi yang melebihi RM500 juta ia hanya boleh dilakukan oleh pegawai bank berpangkat Pengurus Kanan dan ke atas.


๐Ÿ‘‰ Pada 8 Julai 2014, syarikat Permai Binaraya Sdn Bhd telah memasukkan RM27j ke dalam akaun Najib. Dan ini disahkan oleh saksi ke 24.

๐Ÿ‘‰ Saksi ke 24 turut mengesahkan kemasukan wang berjumlah RM27j, RM10j dan RM5j dari Ihsan Perdana Sdn Bhd ke akaun bank Najib Razak.
 

Ini adalah bahagian kedua. Selepas wang dari KWAP dimasukkan ke dalam akaun SRC International, wang itu kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib menerusi beberapa transaksi. Sila ke sini untuk butiran lanjut. - 4 Mei 2019.

Najib Dan Kronologi 64 Juta.

BICARA NAJIB | Pada 24 April 2019, saksi pendakwaan ke 21 -R Uma Devi, Pengurus Cawangan AmBank Jalan Raja Chulan memberitahu mahkamah seperti berikut;

๐Ÿ‘‰ Sebanyak RM64j dimasukkan ke dalam 3 akaun peribadi Najib Razak dalam tempoh 2014 dan 2015.


๐Ÿ‘‰ Pada 8 Julai 2014, sebanyak RM27j dimasukkan ke dalam akaun Najib bernombor : 2112022011880. Saksi tidak menamakan siapakah yang memasukkan (memindahkan) wang ini ke dalam akaun Najib.

๐Ÿ‘‰ Pada 26 Disember 2014, sebanyak RM27j (kali kedua) dimasukkan ke dalam akaun Najib bernombor : 2112022011880. Wang ini daripada Ihsan Perdana Sdn. Bhd.

๐Ÿ‘‰ Pada 10 Februari 2015, sebanyak RM10 juta dimasukkan ke dalam akaun Najib bernombor : 2112022011880.
Wang ini daripada Ihsan Perdana Sdn. Bhd.

๐Ÿ‘‰ Ini menjadikan di akaun bernombor 2112022011880 milik Najib Razak telah menerima RM64j keseluruhan dalam tempoh tersebut.

๐Ÿ‘‰ Ihsan Perdana adalah syarikat yang menjalankan tanggungjawab sosial korporat bagi SRC International.

๐Ÿ‘‰ Dan di SRC International, lima orang yang diberi kuasa untuk tandatangan adalah;

- Datuk Ismee Ismail
- Datuk Che Abdullah@Rashidi Che Omar
- Shahrol Azral Ibrahim Halmi
- Nik Faisal Ariff Kamil (Bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd)
- Datuk Suboh Md Yasin

Berdasarkan resolusi syarikat, mereka berpecah kepada dua kumpulan iaitu ;

๐Ÿ“Œ Ismee, Che Abdullah dan Shahrol Azral di dalam satu kumpulan pada awalnya.

๐Ÿ“Œ Nik Faisal dan Suboh dalam satu kumpulan yang lain.

๐Ÿ“Œ Kemudiannya Suboh lari ke kumpulan pertama iaitu bersama-sama Ismee, Che Abdullah dan Shahrol Azral di dalam satu kumpulan.

๐Ÿ‘‰ Pada 8 Julai 2014, Najib telah memindahkan RM10 juta daripada akaun banknya (akaun semasa) : 2112022011880
ke akaun Ambank (akaun semasa) miliknya yang bernombor :  2112022011898

๐Ÿ‘‰ Selepas itu pada 23 Julai 2014, RM3 juta dari akaun Najib : 2112022011880 dipindahkan ke akaun Najib yang bernombor : 2112022011898 sebanyak RM1 juta dan akaun Najib yang bernombor : 2112022011906 sebanyak RM2 juta.

๐Ÿ‘‰ Pada 11 Februari 2015, RM3.5 juta dimasukkan ke dalam akaun Najib bernombor : 2112022011898. Wang ini datang dari akaun Najib yang bernombor : 2112022011906.

๐Ÿ‘‰ Ini bermakna jumlah keseluruhan wang yang diterima di akaun Ambank Najib bernombor : 2112022011898 ialah sebanyak RM14.5 juta.

๐Ÿ‘‰ Pada 8 Julai 2014, Najib telah memindahkan wang sebanyak RM20 juta dari akaun bernombor : 2112022011880 ke dalam akaun Ambanknya yang lain iaitu bernombor : 2112022011906

๐Ÿ‘‰ Ini bermakna jumlah keseluruhan wang yang diterima di akaun Ambank Najib bernombor : 2112022011906 ialah sebanyak RM22 juta.


๐Ÿ‘‰ Pada November 2014, Nik Faisal Ariff Kamil telah mengarahkan wang sebanyak RM449,586.95 dari akaun Ambank Najib dikreditkan kepada kad kredit Visa Platinum.
 

๐Ÿ‘‰ Dan RM2,833,147.21 dikreditkan kepada kad kredit Master Card Platinum.

๐Ÿ‘‰ Najib memiliki 5 akaun di Ambank, 3 akaun semasa dan dua akaun akaun simpanan.

๐Ÿ“Œ 2110020090481 (tutup 30 Ogos 2013)

๐Ÿ“Œ 2112022009694 (tutup 30 Ogos 2013)

๐Ÿ“Œ 2112022011880 (buka 31 Julai 2013, tutup 9 Mei 2015)

๐Ÿ“Œ 2112022011906
(buka 31 Julai 2013, tutup 9 Mei 2015)
 
๐Ÿ“Œ 2112022011898
(buka 31 Julai 2013, tutup 9 Mei 2015)

Jumaat, 3 Mei 2019

Tun Mahathir VS Polisi VS Menteri Pengangkutan.

ULASAN | i) Nampaknya saranan Perdana Menteri, Tun Mahathir yang mahu memperkenalkan pekerjaan waktu malam telah menjadi bahan ejekan netizens.

Menurut netizens cadangan itu bodoh, karut, tak masuk akal dan merepek.

Eh, betul ke?

Mari kita hayati apa sebenarnya yang Tun Mahathir maksudkan melalui cadangan kerja waktu malam terlebih dahulu;

๐Ÿ‘‰ Terlalu banyak pekerja asing di Malaysia.

๐Ÿ‘‰ Pekerja asing neh selalunya terlibat dalam kerja 3D - (dirty, difficult, dangerous = kotor, sukar dan berbahaya).

๐Ÿ‘‰ Pekerja asing ini telah membawa RM60b setiap tahun keluar dari negara, jumlah mereka adalah sebanyak 7 juta orang ketika ini.

๐Ÿ‘‰ Perdana Menteri mahu warga tempatan terlibat dalam kerja 3D bagi mengantikan warga asing sekaligus mengurangkan aliran wang ke luar negara.

๐Ÿ‘‰ Tetapi warga tempatan tidak mahu kepada pekerjaan seperti ini atas faktor cuaca PANAS. KOTOR. BERBAHAYA.
negar

๐Ÿ‘‰ Maka Perdana Menteri kata kerajaan mahu mengkaji dengan mempermudahkan kerja-kerja 3D itu supaya rakyat tidak lagi melihat kerja 3D sebagai PANAS. KOTOR. BERBAHAYA.

๐Ÿ‘‰ Antara cadangannya ialah bekerja waktu malam - mengatasi faktor cuaca panas, antara pekerjaan yang diberikan contoh ialah bertani. Iaitu padi.

๐Ÿ‘‰ PM juga berkata ada negara yang waktu siangnya tidur dan waktu malamnya bekerja, ya ada negara yang melakukan perkara itu ketika di bulan puasa. 

๐Ÿ‘‰ Ada negara yang membina rumah dalam bangunan, bagi mengelak bekerja dalam cuaca terik, dengan bantuan tren dan waktu malam juga boleh membina rumah. 

Tujuannya;

๐Ÿ‘‰ Supaya rakyat tak lagi memandang pekerjaan 3D adalah pekerjaan yang merumitkan, leceh dan memalukan.

๐Ÿ‘‰ Supaya negara tak lagi bergantung kepada warga asing.

๐Ÿ‘‰ Menambahkan peluang pekerjaan kepada rakyat.
 
๐Ÿ‘‰ Supaya graduan melihat ia sebagai pilihan sementara menunggu kerja yang lebih sesuai dengan kelayakan.

Ini adalah faktor kenapa Perdana Menteri mengeluarkan saranan seperti di atas. 

Mempermudahkan sektor pekerjaan 3D adalah cadangan yang bagus tetapi perlu diseiringkan dengan polisi yang menjaga hak pekerja.

Apakah benar rakyat menolak kerja 3D kerana susahnya, kotornya, dan bahayanya?

YA. Tetapi selain itu;

๐Ÿ‘‰ Gaji yang tak setimpal dengan tenaga yang dikeluarkan.

๐Ÿ‘‰ Tiadanya polisi rawatan kesihatan, naik gaji, cuti tahunan, elaun yang menjaga kebajikan para pekerja.

๐Ÿ‘‰ Hutang pendidikan yang perlu dibayar menyebabkan graduan tidak boleh tidak untuk TIDAK memilih kerja. Mereka perlu PILIH kerja yang boleh cover kos sara hidup + sewa + pengangkutan + hutang pendidikan + bil. Tak boleh cari kerja gaji rendah untuk lepas makan sahaja. 

Ini bermakna, dalam memudahkan sektor kerja 3D ia perlu diseiringkan dengan langkah menjaga kebajikan para pekerja.

ii) Baru-baru ini kerajaan telah merendahkan levi pekerja warga asing.



Impak pengurangan LEVI ini ialah;

๐Ÿ‘‰ Majikan boleh import lebih banyak warga asing.

๐Ÿ‘‰ Kenapa majikan suka warga asing? Kerana majikan boleh buli mereka.

๐Ÿ‘‰ Warga tempatan mahukan pekerjaan yang menjaga hak dan kebajikan mereka - dengan tak menafikan memang ada warga tempatan yang pemalas dan memilih kerja, tetapi bukan semuanya seperti itu.

๐Ÿ‘‰  Di Malaysia, kerajaan terlalu memandang nyawa pekerja asing seperti sampah. Kebajikan warga asing tidak terjaga dengan majikan boleh sewenang-wenangnya melakukan penindasan dan pembulian. Hak mereka terabai, bila ditindas mereka terpaksa berpakat sesama sendiri membela diri dari negara yang gila ini.

๐Ÿ‘‰ Berbeza dengan rakyat tempatan, mereka tak akur dan tunduk pada pembulian dengan mudah. Paling teruk pun mereka akan angkat kaki dan cari peluang lain. 

iii) Dan, Anthony pula berkata kerajaan perlu buka ruang pada pekerja asing sebagai PEMANDU TRELER.



๐Ÿ‘‰ Ada 1,000 kekosongan pemandu treler kontena di Pelabuhan Klang & Tanjong Pelepas.

๐Ÿ‘‰ Rakyat beralih ke negara lain.

๐Ÿ‘‰ Alasan rakyat bertukar kerana GAJI TINGGI.

๐Ÿ‘‰ Anthony mahu KDN buka jawatan pemandu treler kepada warga asing.

๐Ÿ‘‰ Sekurang-kurangnya untuk tempoh 3 hingga 5 tahun sebelum industri ini berubah ke arah era digital.

๐Ÿ‘‰ Kata kerajaan dengan era digital ia akan mengurangkan kos, menjimatkan sumber tenaga dan masa. 

Fuhh..

Kat sinilah kerajaan kontradiks sesama mereka. 

Apa yang Tun Mahathir mahu?


Apa yang polisi Pakatan Harapan buat?


Apa yang Menteri lakukan?


Nampak?

Mereka tak senada, mereka tak selari, mereka tak sepakat.

Apa yang mereka cakap tak sama macam apa yang mereka buat.

Permudahkan kerja 3D, cadang kerja waktu malam bukan benda bodoh. 


Rujukan : https://aghealth.ucdavis.edu/news/night-work-growing-trend-western-agriculture

๐Ÿ‘‰ Tetapi cadangan yang baik ini tidak pula diselarikan dengan polisi yang menyokong agenda kerajaan, ini kan pelik?

๐Ÿ‘‰ Menyokong PM memudahkan kerja 3D. Menyokong idea kerja waktu malam.

๐Ÿ‘‰ Tetapi tak sokong kurangkan levi. Apatah lagi dalam keadaan membiarkan pembulian berskala besar-besaran terhadap warga asing.

๐Ÿ‘‰ Tak sokong nyahbekukan sektor yang KDN bekukan. Jika gaji masalah, maka naikkanlah gaji. Kenapa majikan lebih sanggup bayar levi dan import warga asing dari bagi gaji tinggi kat rakyat tempatan? Adakah majikan warga asing?

๐Ÿ‘‰ Bukankah kerajaan patut kaji pemikiran majikan sebegini dan mencari solusi terbaik untuk semua pihak? 7 juta warga asing kat negara neh tak cukup lagi, Anthony? - 3 Mei 2019.

Bon Kerajaan Diturunkan Penarafan.

NAJIB RAZAK |Bank DBS yang merupakan bank terbesar di Singapura telah menurunkan penarafan bon pinjaman Kerajaan Malaysia semalam.

Bank DBS dengan aset US$404 bilion (RM1.7 trilion) kata risiko untuk Malaysia telah meningkat.

Sebelum PRU14, negara kita sering diberi "upgrade".

Selepas PRU14 bertukar menjadi cerita-cerita "downgrade" berterusan pula.

https://www.thestar.com.my/…/…/05/01/govt-bonds-downgraded/…

EDIT : Saya baca komen yang tanya apakah kesan kepada Malaysia. Ok, saya jelaskan.

Bila bon kita diturunkan penarafan, bon akan kurang diminat oleh pelabur asing.

Mereka yang masih pegang bon kita akan jual.

Apabila jual, kadar faedah untuk bon akan meningkat dan bon baru yang diterbitkan oleh kerajaan perlu membayar kadar faedah yang lebih tinggi.

Ini bermaksud kerajaan perlu membayar lebih banyak untuk meminjam dan mengurangkan bajet untuk kegunaan lain.

Selepas pelabur asing jual bon kita, mereka akan mengeluarkan dana mereka dari Malaysia untuk membeli bon kerajaan negara lain.

Ini akan melemahkan lagi Ringgit Malaysia.

'Pasukan De Facto DAP' Nak Ubah Sejarah? Ini Penjelasan KPM.

Kenyataan Media | KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TOLAK FITNAH MENGENAI PINDAAN KANDUNGAN SUBJEK SEJARAH

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius tulisan di media sosial yang mendakwa ada 'pasukan de facto DAP' dalam KPM yang mahu 'hijack' atau mengubah subjek Sejarah sekolah rendah dan sekolah menengah.



Ini merupakan satu tuduhan liar yang dikitar semula dan berunsur fitnah meskipun pernah diperjelaskan dan disangkal oleh YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan pada 23 Disember 2018.

Kurikulum Kebangsaan termasuk subjek Sejarah akan terus kekal, melainkan jika ada cadangan atau saranan yang baharu daripada Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) dan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD).

MPPK dan JKD sedang dalam proses menjalankan kajian dan mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan berhubung cadangan dan syor penambahbaikan menyeluruh ke atas sistem pendidikan Malaysia, termasuk dari aspek sistem dan dasar pendidikan kebangsaan.

Untuk rekod, semakan semula bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah bermula pada tahun 2017, sebelum Plihan Raya Umum ke-14, di mana KPM mengambil usaha berterusan untuk menambah baik kurikulum sedia ada untuk semua mata pelajaran.

Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah (Panel Pakar Rujuk) telah dibentuk pada tahun 2017.

Kurikulum Sejarah bagi KSSR (Semakan 2017) Tahun 4 hingga Tahun 6 dan KSSM Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 telah selesai disemak oleh Panel Pakar Rujuk.

Buku teks Sejarah KSSR Tahun 4 hingga Tahun 6 dan KSSM Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 telah selesai disemak dari segi pengesahan fakta pada 2018, manakala buku teks KSSR (Semakan 2017) Tahun 4 dan KSSM Tingkatan 4 masih dalam proses penerbitan.

KPM yakin dan percaya dengan kebijaksanaan dan kewibawaan Pengerusi Panel Pakar Rujuk dan ahli-ahli panelnya yang profesional dalam membuat keputusan sewajarnya berkenaan dengan penggubalan dan penambahbaikan kurikulum Sejarah tanpa pengaruh mana-mana pihak.

Sehubungan itu, dapatan jawatankuasa, kurikulum dan buku teks termasuk Sejarah akan diteliti semula berdasarkan pandangan dan laporan akhir daripada MPPK dan JKD.

Berhubung dengan dakwaan pegawai-pegawai yang sedia ada di Unit Sejarah, KPM telah digantikan dengan pegawai baharu yang tidak berlatarbelakangkan sejarah, Kementerian ingin menegaskan bahawa dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana tiada sebarang pertukaran pegawai dilaksanakan sejak 2017.

Oleh itu, KPM menegaskan bahawa sehingga kini sistem dan dasar pendidikan sedia ada masih kekal.

Tulisan yang sedang tular di media sosial merupakan satu tuduhan tidak berasas dan tidak bertanggungjawab dengan niat memburukkan imej KPM.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
3 MEI 2019

10 Soalan Ini Akan Buat Mujahid Koyak Kata Najib.

NAJIB RAZAK | Ini jawapan Menteri Jaga Agama kenapa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan salah laku dalam pengurusan Tabung Haji (TH) tidak perlu.

"Kerana kerajaan telah berjaya memulihkannya. Oleh itu tak perlu RCI."

BN dan pengurusan TH dituduh oleh PH telah merompak dan menyorok kerugian puluhan bilion sehingga suntikan dana (bail-out) RM17.8 bilion dari kerajaan diperlukan.

 
RM17.8 bilion tak cukup besar untuk RCI ke?

Peluang untuk memalukan dan mengkuburkan BN melalui RCI tak mahu diambil ke?

Amat pelik.

Selepas itu, dia kata pulak bahawa misi selamatkan TH adalah kejayaan terbesar kerajaan PH.

Jika ada RCI, kita cuma perlu tujukan beberapa soalan kepada Menteri ini dia akan terus koyak.

1. Ketua audit negara telah meluluskan akaun TH untuk tahun 2017 dan akaun ini tidak ada sebarang defisit. Betul atau tidak?

(Jawapan : Betul)

2. Audit yang dibuat oleh firma luar PWC menunjukkan defisit RM4.1 bilion dan menunjukkan akaun dan audit TH sebelum itu adalah palsu. Betul atau tidak?

(Mujahid akan cakap betul.)

3. Jika begitu, kenapa tidak ada sebarang tindakan diambil ke atas akauntan dan juruaudit yang memalsukan akaun itu?

(Dia akan sukar untuk menjawab ini)

4. Adakah defisit RM4.1 bilion dirompak atau dicuri oleh BN?

(Tidak. Semua dibayar kepada pendeposit sebagai Hibah)

5. Adakah ianya benar bahawa aset bersih TH telah meningkat 3.3 kali ganda dari RM21.1 bilion pada akhir 2008 kepada RM69.4 bilion pada akhir tahun 2017 semasa Najib PM dan pada tempoh itu purata Hibah tahunan adalah 6.75%?

(Dia akan terpaksa jawab ya)

6. Kenapa pula TH tak perlukan suntikan dana atau bail-out sejak ditubuhkan puluhan tahun dahulu?

(Dia akan sukar untuk menjawab ini tetapi jawapan ialah tidak pernah)

7. Adakah TH menerima kesan yang serius apabila pasaran saham menjunam dan ekonomi merosot selepas PRU14 dan kita diberi gelaran pasaran saham paling corot dalam dunia?

(Dia akan terpaksa jawab ya)

8. Nilai Khazanah juga jatuh RM25 bilion. Nilai pasaran saham jatuh RM270 bilion pada tahun 2018. Oleh itu, adakah TH turut mengalami kejatuhan nilai aset yang serius akibat ini?

(Dia akan terpaksa jawab ya)

9. Kenapa pula defisit yang didakwa RM4.1 bilion masa BN lepaskan TH tiba-tiba menjadi RM17.8 bilion sehingga ianya perlu diselamatkan? Adakah ini disebabkan oleh kejatuhan nilai aset TH selepas PRU14?

(Dia takkan tahu bagaimana menjawab ini.)

10. Jika punca kejatuhan prestasi TH ialah pasaran saham dan ekonomi yang teruk selepas PRU14, adakah kejayaan terbesar kerajaan PH sebenarnya ialah menjahanamkan TH sehingga perlu diselamatkan lalu menipu rakyat dengan propaganda bahawa ini salah BN lalu nak claim sendiri adalah hero?

(Saya nak tunggu dia jawab soalan ini)

Masalah Air Di Pekan, Ini Jawapan ADUN #Chini.

Abu Bakar Harun | Permainan propaganda PH amat menakutkan.

Dahulu sebelum PRU14, pelbagai fitnah, permainan emosi serta taktik psikologi dimainkan PH.

Baru-baru ini, tular di media sosial gambar penduduk mengerumuni jentera milik bomba bagi mengambil bekalan air.



Katanya, penduduk Gugusan Felda Chini mengalami masalah air sudah dua bulan tidak selesai lagi.

Ada yang ambil kesempatan menghentam bekas PM Datuk Seri Najib Razak juga seolah-olah kerajaan Pahang dan BN tidak prihatin.

Faktanya jelas.

Gangguan air berlaku awal bulan Mac lalu akibat cuaca panas melampau dan menyebabkan paras air Loji Rawatan Air Chini susut.

Keadaan telah pulih bulan berikutan peningkatan paras air ke normal tetapi berulang disebabkan cuaca panas dan kekurangan hujan.

Bagi memastikan rakyat mendapat bekalan air bersih, kerajaan negeri

- menghantar 7 lori tangki termasuk 2 lori untuk menghantar bekalan air ke kawasan terjejas.

- menempatkan 43 tangki statik di beberapa lokasi sesuai, antaranya 9 tangki di Kampung Paloh Hinai, Felda Chini 1 hingga Felda Chini 5 (21 tangki), Felda Chini Timur 1 hingga 3 (13 tangki).


Pihak-pihak berkaitan sentiasa mengambil langkah-langkah membantu membekalkan air kepada penduduk terlibat.

Mungkin ada lokasi tertentu mengalami kesukaran menghantar bekalan air, namun usaha berterusan untuk memastikan semua penduduk memperoleh bekalan keperluan air, sentiasa diberi keutamaan.

Kita perlu berhati-hati dengan fitnah dan permainan persepsi seolah-olah kerajaan negeri dan BN membiarkan rakyat hidup sengsara.

BN susah senang tetap bersama rakyat.

Jika masih ingat, tidak lama dahulu Dato’ Sri Najib telah meluluskan peruntukan RM12 juta membantu pembinaan sebuah sebuah kolam takungan baharu di Loji Rawatan Air Chini.

Bagaimanapun ia kemudian ditangguhkan ekoran perubahan Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-14, dan kemudian diteruskan semula baru-baru ini.

Sekiranya ia tidak ditangguhkan PH dahulu, tidak akan berlaku perkara hari ini juga.

Saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Chini, telah berbincang dengan YAB MB Pahang dan Pengerusi PAIP Pahang untuk terus membantu penduduk di Chini secara berterusan.

Kantoi Pancitkan Tayar EXCO Terengganu, 2 Lelaki Dituduh 'Cina DAP..'

POLITIK | Viral di sosial media rakaman CCTV yang menunjukkan aksi dua lelaki pertengahan umur memancitkan tayar kereta yang dimiliki Exco Terengganu, Dr. Azman Ibrahim.

Rakaman itu dikesan mula tersebar sejak ahad oleh Facebooker yang menggunakan akaun Azmi Hj. Aziz.

"Kereta YB Dr Azman Ibrahim Exco Kerajaan Negeri Terengganu dipancitkan oleh dua ekor spesis Bangsa D4P di Hotel World Youth Ayer Keroh pagi tadi.


Kemudian diletak batu kecil dalam penutup tayar agar angin dalam tayar akan terus keluar selepas dipam. #PDRM," kata kenyataan itu.


Kejadian itu juga disahkan oleh Dr. Azman.
"Rombongan Dun Jabi berada di Melaka dalam program jaulah tarbiyah selama 2 hari. Ambo sempat mengisi slot kuliah dan ceramah perpaduan semalam.

Pagi ni bila nak keluar dari penginapan di Ayer Keroh, tengok tayar depan sebelah kanan kereta ambo pancit terus. Mula-mula memang ambo ingat ia kes tayar pancit biasa. Call kawan-kawan minta tolong hantar pomen tayar.

Tapi bila diteliti lebih dekat, baru perasan penutup angin tak tertutup kemas. Tengok dalam penutup angin ada batu kecil.

Pergi kat kaunter hotel, petugas memberikan kerjasama yang baik untuk merujuk kepada CCTV. Memang clear terang benderang, ia angkara pemandu bas yang parking bersebelahan kereta ambo malam tadi. Bangsa pemandu bas itu pun clear dalam CCTV. Pagi ini bila bas nak keluar, ada nampak bas dia kena reverse sikit. Tapi tak lah sampai tak boleh keluar. Ambo pun tak tahu apa motif dia pancitkan tayar kereta kita. Buka penutup angin tayar depan sebelah kiri pun rupanya ada batu kecil. Tapi tak sempat keluar habis angin. Kereta peribadi ambo, bukan kereta kerajaan. Cuma ada lencana ahli dewan undangan negeri.

Alhamdulillah, sahabat Melaka dah tolong settle hal tayar pancit. Urusan selanjutnya ambo dah call balai polis dan serahkan kepada management hotel untuk buat report. Semua bukti CCTV ada.

Terima kasih semua yang membantu,"
katanya dalam kenyataan itu.


Tetapi apa yang menjadi persoalannya, apabila DAP dikaitkan dalam insiden itu.

Beberapa pihak mula mempertikaikan keperluan berbuat perkara sedemikian. 

 

Terdapat satu sikap ataupun sentimen yang cuba membayangkan asal cina = DAP.


Sentimen itu semakin berkembang sejak kebelakangan ini apabila DAP ditulis sebagai D4P dan A digantikan kepada 4 untuk menyindir dan membangkitkan emosi kaum cina.


Kedua-dua suspek dalam rakaman CCTV juga tidak terlepas dari sentimen melayu pembangkang, apabila dibayangkan sebagai cina DAP, cina KOMUNIS.

Adakah ini betul?
Adakah kebencian kita pada parti tertentu membolehkan kita menfitnah?

Adakah kerana dia cina maka dia DAP?
Adakah jika dia mengundi DAP maka perbuatan itu disokong DAP?

Rakaman CCTV menunjukkan kedua-dua suspek itu berbangsa cina tetapi tak pula mengatakan mereka ahli DAP ataupun diarahkan oleh DAP.

Mari kembali menjadi rasional, waras dan berfikiran secara matang.

Menolak penyokong taksub adalah perkara yang baik. Dan ia perlu diseiringkan dengan menolak kebencian taksub - melulu. Kedua-dua entiti neh, sama teruk dan sama bahayanya. - 3 Mei 2019.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...