Dalam serbuan itu, SKMM mengesahkan telah merakam percakapan suspek dan telah merampas;
👉 Komputer riba
👉 Modem
👉 Telefon bimbit
👉 Kad sim
👉 Kad memori
suspek bagi membantu siasatan.
Menurut SKMM, suspek yang menggunakan akaun 'Abu Leman', merupakan pentadbir kepada halaman Abu Leman dan blog Abu Leman.
Kes akan disiasat dibawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dipercayai artikel yang bertajuk, "TMJ ni babi anak ramai, kata Mahathir," yang disiarkan di blog itu menjadi punca kepada siasatan yang dilakukan oleh pihak SKMM kerana berita palsu itu telah mendatangkan fitnah kepada dua-dua pihak yang terlibat. - 3 Mei 2019.