Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 3 Mei 2019

Kantoi Pancitkan Tayar EXCO Terengganu, 2 Lelaki Dituduh 'Cina DAP..'

POLITIK | Viral di sosial media rakaman CCTV yang menunjukkan aksi dua lelaki pertengahan umur memancitkan tayar kereta yang dimiliki Exco Terengganu, Dr. Azman Ibrahim.

Rakaman itu dikesan mula tersebar sejak ahad oleh Facebooker yang menggunakan akaun Azmi Hj. Aziz.

"Kereta YB Dr Azman Ibrahim Exco Kerajaan Negeri Terengganu dipancitkan oleh dua ekor spesis Bangsa D4P di Hotel World Youth Ayer Keroh pagi tadi.


Kemudian diletak batu kecil dalam penutup tayar agar angin dalam tayar akan terus keluar selepas dipam. #PDRM," kata kenyataan itu.


Kejadian itu juga disahkan oleh Dr. Azman.
"Rombongan Dun Jabi berada di Melaka dalam program jaulah tarbiyah selama 2 hari. Ambo sempat mengisi slot kuliah dan ceramah perpaduan semalam.

Pagi ni bila nak keluar dari penginapan di Ayer Keroh, tengok tayar depan sebelah kanan kereta ambo pancit terus. Mula-mula memang ambo ingat ia kes tayar pancit biasa. Call kawan-kawan minta tolong hantar pomen tayar.

Tapi bila diteliti lebih dekat, baru perasan penutup angin tak tertutup kemas. Tengok dalam penutup angin ada batu kecil.

Pergi kat kaunter hotel, petugas memberikan kerjasama yang baik untuk merujuk kepada CCTV. Memang clear terang benderang, ia angkara pemandu bas yang parking bersebelahan kereta ambo malam tadi. Bangsa pemandu bas itu pun clear dalam CCTV. Pagi ini bila bas nak keluar, ada nampak bas dia kena reverse sikit. Tapi tak lah sampai tak boleh keluar. Ambo pun tak tahu apa motif dia pancitkan tayar kereta kita. Buka penutup angin tayar depan sebelah kiri pun rupanya ada batu kecil. Tapi tak sempat keluar habis angin. Kereta peribadi ambo, bukan kereta kerajaan. Cuma ada lencana ahli dewan undangan negeri.

Alhamdulillah, sahabat Melaka dah tolong settle hal tayar pancit. Urusan selanjutnya ambo dah call balai polis dan serahkan kepada management hotel untuk buat report. Semua bukti CCTV ada.

Terima kasih semua yang membantu,"
katanya dalam kenyataan itu.


Tetapi apa yang menjadi persoalannya, apabila DAP dikaitkan dalam insiden itu.

Beberapa pihak mula mempertikaikan keperluan berbuat perkara sedemikian. 

 

Terdapat satu sikap ataupun sentimen yang cuba membayangkan asal cina = DAP.


Sentimen itu semakin berkembang sejak kebelakangan ini apabila DAP ditulis sebagai D4P dan A digantikan kepada 4 untuk menyindir dan membangkitkan emosi kaum cina.


Kedua-dua suspek dalam rakaman CCTV juga tidak terlepas dari sentimen melayu pembangkang, apabila dibayangkan sebagai cina DAP, cina KOMUNIS.

Adakah ini betul?
Adakah kebencian kita pada parti tertentu membolehkan kita menfitnah?

Adakah kerana dia cina maka dia DAP?
Adakah jika dia mengundi DAP maka perbuatan itu disokong DAP?

Rakaman CCTV menunjukkan kedua-dua suspek itu berbangsa cina tetapi tak pula mengatakan mereka ahli DAP ataupun diarahkan oleh DAP.

Mari kembali menjadi rasional, waras dan berfikiran secara matang.

Menolak penyokong taksub adalah perkara yang baik. Dan ia perlu diseiringkan dengan menolak kebencian taksub - melulu. Kedua-dua entiti neh, sama teruk dan sama bahayanya. - 3 Mei 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...