Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 3 Mei 2019

Hanipa, Jangan Jadi Batu Api Lah..

POLITIK | Nampaknya perseteruan antara Mufti Perlis dan Tun Mahathir disemarakkan oleh Ahli Parlimen Sepang apabila Hanipa menyebarkan gambar MAZA dan Najib yang dilihat makan bersama.


"Tak tahu bila? Jika dulu hebat.. Jika sekarang lagi hebat!!!. Kleptokrat dan agamawan berpisah tiada!," katanya dalam satu kenyataan.

Gambar di FB Hanipa Maidin

Sebelum ini Dr. Asri mendakwa Islam diancam dibawah pentadbiran Pakatan Harapan. Bagi menjawab kenyataan itu, Tun Mahathir berkata Dr. Asri pekak kerana tidak nampak kebaikan yang kerajaan buat demi menjaga komuniti Islam.

Dr. Asri kemudiannya membalas balik serangan itu dengan mengatakan beliau tidak pasti siapakah sebenarnya yang pekak sambil bernekad akan terus bersuara tanpa rasa takut meskipun yang dikritiknya itu adalah Tun Mahathir.

Hanipa Maidin pula, disisi lain, dilihat cuba masuk campur pergaduhan itu dengan membela Tun Mahathir.

Pada awalnya Hanipa berkata, lebih baik Asri berdiam dari membuat kenyataan retorik.

"Rasanya diam lebih baik kot!

1. Ada agamawan yang dilapor mendakwa kedudukan Islam makin tak selamat di bawah Kerajaan PH.

2. Maaf , bagi saya, kenyataan tersebut dipanggil retorik. Titik. Maaf, patut pun YAB PM memberikan reaksi agak keras.

3. Bagi saya, kenyataan itu juga " contradiction in terms" sebab Islam ini kita yakin Agama Allah maka keselamatan Islam insyaAllah akan sentiasa terjaga.

4. Dalam konteks Malaysia, kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekuuan tiada satu pun yang PH usik. Saya tak pasti bagaimana agamawan itu memandang kerosakan teruk dan systemic yang dilakukan rejim BN terhadap ekonomi negara termasuk ke atas institusi Islam seperti LTH ? Adakah itu semua dikira kecermelangan dalam menjaga Islam? Tak lihat dan tak dengar kah beliau bagaimana YAB PM begitu lantang bersuara di pentas antarabangsa menentang kezaliman global?

5. Adakah beliau juga rasa para anggota pentadbiran yang beragama Islam dalam PH tak pandai nak jaga Islam? Please lah... don't be too naive!!!,"
katanya.


Selepas itu, Hanipa menyatakan sokongan padu buat Perdana Menteri yang mengatakan Asri pekak.

Dan kemudiannya menyebarkan gambar Dr. Asri makan semeja bersama Najib dan Rosmah. 

Tindakan berterusan Timbalan Menteri itu menyerang Dr. Asri kemudiannya menimbulkan beberapa spekulasi di sosial media, terutamanya di ruangan komen Ahli Parlimen Sepang itu.

👉 Sekali pandang nampak macam Hanipa bodek Tun Mahathir, dua kali pandang nampak macam dendam peribadi kerana MAZA dan gengnya lawan Syiah, kan?

👉 Kenapa nak serang MAZA? Nak tutup isu gambar Mat Sabu??

Selain itu, Hanipa juga diserang dengan komen seperti;

👉 Khadam DAP arahkan ke?

👉 Sepang dah hilang kelayakan MP, kerana hilang kewarasan..

👉 Dah sihat balik masih tak insaf, tak cukup lagi ke pembalasan tu?

Gambar ketika Timbalan Menteri itu sakit dan jatuh rebah juga disebarkan bagi tujuan mengejek.



Apa yang menjadi perhatian juga apabila ramainya golongan atas pagar menolak tindakan Hanipa yang dilihat menyerang MAZA secara emosi.

Bahkan penyokong Pakatan Harapan juga nampaknya tidak menyokong tindakan itu.

Ia memberikan persepsi negatif. Awas, jika mengkritik Pakatan Harapan, ada akibatnya - anda, akan diserang balas. Inikah yang kita panggil kebebasan bersuara? Pemimpin kita perlu banyak belajar.



Sebenarnya tindakan Hanipa itu sememangnya kurang cerdik dari segi strategi politik.

Seperti yang diketahui, MAZA, Ustaz Firdaus dan RORA adalah tokoh yang selalu diikuti oleh melayu non partisan - atas pagar. Orang atas pagar tak suka ikut agamawan taksub dari kalangan PAS dan Amanah, ini hakikatnya.

Memusuhi agamawan seumpamanya, seperti menolak sokongan dari atas pagar.

Mengambil pendekatan Mujahid Rawa yang memberikan hujah dan penerangan Islam tidak terancam dibawah pentadbiran Pakatan Harapan adalah perkara yang harus dilakukan oleh Hanipa, dan bukannya menyerang secara emosi seterusnya dilihat seperti 'batu api'. 

Seterusnya penerangan boleh diberikan bagaimana undang-undang berperanan dalam kes pendakwah Zamri Vinoth. Hanipa sepatutnya menerangkan mengapa PDRM menahan dan menyiasat Zamri memandangkan perkara itulah yang menjadi punca kenapa ketiga-tiga agamawan itu mengkritik kerajaan secara lantang sejak mutakhir ini.

Tolong berhenti jadi batu api.
Jika seseorang perlu diam, maka Hanipa adalah orangnya.
Jika tak boleh memainkan peranan menerangkan dan membetulkan keadaan, janganlah sampai buat melayu meluat sehingga menghilangkan undi. - 3 Mei 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...