👉 Sebanyak RM64j dimasukkan ke dalam 3 akaun peribadi Najib Razak dalam tempoh 2014 dan 2015.
👉 Pada 8 Julai 2014, sebanyak RM27j dimasukkan ke dalam akaun Najib bernombor : 2112022011880. Saksi tidak menamakan siapakah yang memasukkan (memindahkan) wang ini ke dalam akaun Najib.
👉 Pada 26 Disember 2014, sebanyak RM27j (kali kedua) dimasukkan ke dalam akaun Najib bernombor : 2112022011880. Wang ini daripada Ihsan Perdana Sdn. Bhd.
👉 Pada 10 Februari 2015, sebanyak RM10 juta dimasukkan ke dalam akaun Najib bernombor : 2112022011880.
Wang ini daripada Ihsan Perdana Sdn. Bhd.
👉 Ini menjadikan di akaun bernombor 2112022011880 milik Najib Razak telah menerima RM64j keseluruhan dalam tempoh tersebut.
👉 Ihsan Perdana adalah syarikat yang menjalankan tanggungjawab sosial korporat bagi SRC International.
👉 Dan di SRC International, lima orang yang diberi kuasa untuk tandatangan adalah;
- Datuk Ismee Ismail
- Datuk Che Abdullah@Rashidi Che Omar
- Shahrol Azral Ibrahim Halmi
- Nik Faisal Ariff Kamil (Bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd)
- Datuk Suboh Md Yasin
Berdasarkan resolusi syarikat, mereka berpecah kepada dua kumpulan iaitu ;
📌 Ismee, Che Abdullah dan Shahrol Azral di dalam satu kumpulan pada awalnya.
📌 Nik Faisal dan Suboh dalam satu kumpulan yang lain.
📌 Kemudiannya Suboh lari ke kumpulan pertama iaitu bersama-sama Ismee, Che Abdullah dan Shahrol Azral di dalam satu kumpulan.
👉 Pada 8 Julai 2014, Najib telah memindahkan RM10 juta daripada akaun banknya (akaun semasa) : 2112022011880
ke akaun Ambank (akaun semasa) miliknya yang bernombor : 2112022011898
👉 Selepas itu pada 23 Julai 2014, RM3 juta dari akaun Najib : 2112022011880 dipindahkan ke akaun Najib yang bernombor : 2112022011898 sebanyak RM1 juta dan akaun Najib yang bernombor : 2112022011906 sebanyak RM2 juta.
👉 Pada 11 Februari 2015, RM3.5 juta dimasukkan ke dalam akaun Najib bernombor : 2112022011898. Wang ini datang dari akaun Najib yang bernombor : 2112022011906.
👉 Ini bermakna jumlah keseluruhan wang yang diterima di akaun Ambank Najib bernombor : 2112022011898 ialah sebanyak RM14.5 juta.
👉 Pada 8 Julai 2014, Najib telah memindahkan wang sebanyak RM20 juta dari akaun bernombor : 2112022011880 ke dalam akaun Ambanknya yang lain iaitu bernombor : 2112022011906
👉 Ini bermakna jumlah keseluruhan wang yang diterima di akaun Ambank Najib bernombor : 2112022011906 ialah sebanyak RM22 juta.
👉 Pada November 2014, Nik Faisal Ariff Kamil telah mengarahkan wang sebanyak RM449,586.95 dari akaun Ambank Najib dikreditkan kepada kad kredit Visa Platinum.
👉 Dan RM2,833,147.21 dikreditkan kepada kad kredit Master Card Platinum.
👉 Najib memiliki 5 akaun di Ambank, 3 akaun semasa dan dua akaun akaun simpanan.
📌 2110020090481 (tutup 30 Ogos 2013)
📌 2112022009694 (tutup 30 Ogos 2013)
📌 2112022011880 (buka 31 Julai 2013, tutup 9 Mei 2015)
📌 2112022011906 (buka 31 Julai 2013, tutup 9 Mei 2015)
📌 2112022011898 (buka 31 Julai 2013, tutup 9 Mei 2015)