Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 21 Februari 2020

Analisis Pembebasan 12 Suspek LTTE & Pelan Peralihan Kuasa.

POLITIK | Hari ini kecoh dengan tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas yang menggunakan kuasa budi bicaranya bagi menghentikan prosiding mahkamah terhadap 12 individu yang bersabit kesalahan dengan LTTE.


Dan ini adalah analisis. 

Penjelasan Tommy yang diringkaskan seperti berikut;

1. 6 tertuduh yang didakwa telah melakukan kesalahan diantara Mac hingga Disember 2014 (tahun yang sama).

2. Hujah Tommy ialah, kesalahan itu adalah kesalahan lampau, dan tidak sesuai untuk didakwa segera. Tommy menggunakan hujah : Peredaran masa adalah tidak boleh diterima bagi kes seumpama ini.

3. Manakala 6 tertuduh yang lain telah didakwa bagi kesalahan yang dilakukan pada Januari hingga Oktober 2019.
4.  Hujah Tommy disini ialah : Namun pada masa ini, walaupun LTTE masih lagi digazet di bawah undang-undang kita sebagai kumpulan pengganas, pihak pembelaan akan mencabar bahawa LTTE tidak bertanggungjawab terhadap keganasan waima dalam negara asalnya, Sri Lanka pada 2019, inikan pula mempunyai impak ke atas urusan seharian orang-orang awam di Malaysia.

Kaitannya adalah jauh, tidak betul dan lemah. Mudarat kepada warga Malaysia tidak boleh dibuktikan oleh pendakwaan
.
5. Ringkasan 34 pertuduhan kepada 12 individu itu ialah seperti berikut;
(i) 6 pertuduhan untuk “memberi sokongan” kepada LTTE dalam suatu majlis;

(ii) 13 pertuduhan untuk “memberi sokongan” kepada LTTE dalam media sosial;

(iii) 13 pertuduhan untuk “memiliki” bahan-bahan berkaitan dengan LTTE;

(iv) 1 pertuduhan untuk “mengedar” bahan-bahan berkaitan dengan LTTE;

dan

(v) 1 pertuduhan untuk “memaparkan” bahan berkaitan dengan LTTE.

Terma-terma “memberi sokongan”, “memiliki”, “mengedar” dan “memaparkan” ditakrifkan di dalam Kanun Keseksaan.

Seksyen 130J(1) Kanun Keseksaan menjadikan ianya satu kesalahan sekiranya seseorang “memberi sokongan” kepada:

a) mana-mana kumpulan pengganas;

atau

b) berlakunya perbuatan pengganas.

Seksyen 130J(2) menyenaraikan banyak contoh “memberi sokongan” termasuklah: “menggunakan media sosial atau apa-apa cara lain untuk–

(i) menyokong atau mempromosikan suatu kumpulan pengganas, sokongan untuk suatu kumpulan pengganas atau pelakuan suatu perbuatan pengganas;

atau

(ii) menjalankan atau memudahkan aktiviti suatu kumpulan pengganas.”

Seksyen 130JB(1) Kanun Keseksaan menjadikan ianya satu kesalahan bagi seseorang yang:

a) mempunyai milik, jagaan atau kawalan;

atau

b) menyediakan, memaparkan, mengedar atau menjual apa-apa bahan yang berkaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas atau pelakuan suatu perbuatan pengganas.



6. MUDARAT bagi maksud Tommy Thomas merujuk kepada pertuduhan di i, ii, iii, iv dan v yang tidak menjejaskan orang awam di Malaysia. Tommy menggunakan hujah berikut : 
Seksyen 95 memberi penekanan kepada “kemudaratan”: oleh itu, kesalahan yang tiada mangsa atau yang tidak “memudaratkan” sesiapa seharusnya dipertimbangkan dengan berhati-hati oleh pendakwaan.


7. Dari pecahan itu, Tommy menghujahkan;


- Salah satu suspek telah didakwa bagi kesalahan yang belum ditakrifkan kesalahan pada ketika itu. Suspek ini memberikan sokongan dan mengedarkan bahan berkaitan LTTE pada Mac dan Jun 2014 sedangkan LTTE ditakrifkan sebagai pengganas pada 12 November 2014. (dengan pertimbangan suspek akan mengelak melakukan itu selepas ditakrifkan sebagai kesalahan). 

- Tommy juga berkata, : Perisytiharan bahawa LTTE adalah kumpulan pengganas pada 12 November 2014 berkemungkinan tidak sah atau setidak-tidaknya patut dibatalkan selaras dengan kajian semula Perintah di bawah Seksyen 66B(9).

- Seksyen 66B(9) : * Suatu entiti adalah kumpulan pengganas tidak dimaksudkan untuk kekal dan bertahan selama-lamanya

** Parlimen mengiktiraf bahawa, dengan peredaran masa, satu kumpulan yang menggunakan keganasan untuk mencapai matlamatnya mungkin bertukar atau menyesuaikan pendekatan dengan menolak keganasan dan menerima kaedah-kaedah yang aman sebagai ganti

***
Menteri tersebut hendaklah mengkaji semula perintah yang dibuatnya “tiap-tiap 6 bulan untuk menentukan sama ada masih terdapat alasan yang munasabah bagi perintah tersebut untuk terus terpakai bagi sesuatu entiti tertentu.

- Yang bermakna, menurut faham Tommy, LTTE tidak lagi terpakai untuk ditakrifkan sebagai KUMPULAN PENGGANAS.

- Yang bermakna, menurut faham Tommy, seseorang yang melakukan apa-apa perbuatan berupa sokongan dan pengedaran, berdasarkan IDELOGI tanpa ada mana-mana pihak menjadi MANGSA, untuk LTTE yang perlu kepada takrifan baru (kerana ketiadaan mudarat pada orang awam di Malaysia), maka, kes bagi mereka haruslah tidak diteruskan.



Implikasi dari tindakan Tommy Thomas.



1. Hari ini 21 Februari 2020, iaitu juga hari penentuan kedudukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 8. Majlis Presiden PH bermesyuarat bagi membincangkan tarikh dan pelan peralihan kuasa.



2. Bukanlah perkara baru untuk Tommy mengetahui dan memahami fakta-fakta hujah pendakwaan dalam kes LTTE - SOSMA di atas, memandangkan kes telah memasuki ke peringkat PENDAKWAAN.


3. Tiada mangsa, tiada mudarat kepada pihak ketiga, berdasarkan idelogi, adalah fakta yang telah diketahui sebelum 21 Februari 2020, tetapi kenapa hanya memutuskan untuk menggunakan dan mengumumkan kuasa budi bicara pada hari ini? Ini adalah persoalan yang timbul.

4. PH juga akan terkait. Samada positif atau negatif. Masyarakat kita ada 30 juta dengan 30 juta akal. (dengan penegasan, kita meraikan hujah, persoalan dan kritikan, tetapi bukannya fitnah).

5. Persoalan baru : Kenapa memutuskan untuk mendakwa kes yang dah 6 tahun berlalu? Motif, politik, mungkin? Tekanan, barangkali? Rundingan - ada kemungkinan?

6. Bagi 6 suspek yang melakukan kesalahan pada tahun 2019, kerana ideologi dan kepercayaannya, tanpa memangsakan mana-mana pihak, perbandingan akan dilakukan dengan tahanan SOSMA-ISIS.

7. Secara positifnya, desakan boleh dilakukan kepada AG bagi tahanan SOSMA-ISIS (berdasarkan per kes) yang melakukan kesalahan berdasarkan idelogi dan kepercayaan, kerana tiada pihak yang menjadi mangsa. Atas budi bicara jugalah tahanan seperti ini perlu dibebaskan.

Sekian. - 21 Februari 2020.

Khamis, 20 Februari 2020

Kerana Pemilihan, PPBM Bergaduh Sesama Sendiri, Londeh Melondeh Di Sosial Media.

PEMILIHAN PPBM | Ahli PPBM, terutamanya kem calon yang bertanding sedang merosakkan nama parti dan merosakkan imej masing-masing di sosial media.

Satu ketika dulu, mereka ini juga yang menghina pemilihan UMNO, PKR dan AMANAH, kononnya huru hara tetapi rupanya mereka juga adalah parti 'melayu' yang serupa.

Ironi bukan?

Parti. Melayu. 

Masihkah ingat insiden keganasan dalam program Nothing To Hide 2 yang berlaku pada 13 Ogos 2017?



Akhirnya. Selepas dua tahun berlalu, mereka pun mengakui, provokasi dan dalang program itu adalah dari team mereka sendiri yang berpecah dan bercakaran (atas sebab yang tak dapat kita pastikan).

Samada dibayar atau tidak, itu cerita lain. Ceritanya, mereka mengakui provokasi itu datang dari orang dalam.

Itu. Kelakar. Kan?

Semua ini bermula apabila Muzzamil Ismail mengisytiharkan dirinya akan melawan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai Ketua Pemuda Armada yang baru. 

Sesetengah kem dilihat tidak dapat menerima perebutan jawatan tertinggi dikalangan ARMADA itu. 

Tetapi ada juga yang meraikan pertandingan itu dari sudut yang positif.

Muzammil didakwa membayar TTKM bagi memerangkap WAF;


Muzzamil mendakwa telah difitnah;
Isu Majlis Makan Malam Amal dan Ucapan

1. Saya sangat faham dan ambil maklum implikasi kehadiran saya di majlis makan malam yang menjadi isu sehari dua ini. Kritikan bahkan fitnah disulam bersama tanpa rasa bersalah. Kes Nothing to Hide 2.0 (N2H) itu sememangnya luka yang dalam.

2. BERSATU pada masa itu ditekan, diugut dan cuba diharamkan. Memang perkara ini sangat sensitif dan diingati oleh semua terutama ARMADA. Tambahan pula ia melibatkan keselamatan YAB Ayahanda Tun.

3. Tidak adil dan sangat jahat bila ada yang menangguk di air yang keruh dengan menggambarkan saya seolah-olah dalang atau individu yang merusuh pada waktu N2H hanya kerana saya memenuhi jemputan di majlis NGO bersama anak sekolah tahfiz di PWTC beberapa hari lalu. ‘Peluang keemasan’ itu telah digunakan oleh sesetengah pihak untuk menyerang dan melabel saya sebagai anti-Tun.

4. Apapun, hal ini bukanlah kali pertama pertama berlaku kepada saya dalam arena politik ini. Sanggup bayar blogger, page-page seperti Si Rashid, Friends of BN dan pelbagai. Fitnah London, Dana Anwar Ibrahim dan RM16j semua telah keluar. Walaupun sudah mangli dan masak dengan suasana ini, sebuah penjelasan perlu saya berikan.

5. Bila timbul kes tangkapan dadah yang terbukti dengan terang-terangan, alasan yang digunapakai adalah ‘setia kawan’, ‘jaga aib kawan’ dan tunggu siasatan selesai. Namun, bila menyangkut diri saya, lain pula laras bahasanya. Saya terima dan redha akan harga menongkah arus.

6. Saya akui terdapat ruang penambahbaikan dalam penyampaian atau penerangan kenyataan yang saya coretkan semalam di media sosial berhubung jawapan balas serangan terhadap kehadiran saya itu.

7. Saya juga amat maklum akan hasil siasatan kes serangan dalam program Nothing to Hide 2.0 yang kekal misteri. Saya ingin tegaskan bahawa pelaku dan dalang pencatur huru hara dalam majlis itu tidak boleh dilepaskan dan mesti diperoleh kepastiannya. Pendakwaan mesti dijalankan.

8. Sekembalinya saya dari urusan di Pantai Timur, saya akan berhubung dengan pakar perundangan sama ada perlu melakukan laporan polis ulangan terhadap laporan polis yang telah dibuat pada tahun 2017 bagi mendapatkan keadilan yang tertangguh itu. Pelaku dan dalangnya perlu diketahui dan dibongkar kepada awam.

9. Kehadiran saya dalam majlis itu tidak akan ‘mensucikan’ mana-mana pihak yang pernah menzalimi BERSATU atau ahlinya. Tidak menjadikan mereka ‘political asylum’ tetapi mereka semua perlu akur dan tunduk kepada undang-undang negara.

10. Sungguhpun majlis yang saya hadiri itu adalah majlis NGO bukan politik, tetapi saya ingatkan dalam ucapan saya agar sokongan terus diberikan kepada YAB Ayahanda Tun sebagai Perdana Menteri bagi mentadbir dan mengangkat martabat Islam dihadapan ribuan hadirin. Video di bawah.

11. Saya, Muzzammil Ismail, yang berhasrat untuk menawarkan diri sebagai calon Ketua ARMADA Nasional, dengan rendah diri ingin memohon seribu kemaafan kepada pejuang-pejuang ARMADA yang mungkin terguris dengan kehadiran saya di majlis itu sungguhpun saya tidak dimaklumkan akan jemputan lain yang hadir.

12. Sifat setiakawan, rasa hormat dan menjaga perasaan sahabat seperjuangan saya adalah perkara yang tiada kompromi dalam kamus ARMADA saya. Terima kasih kepada semua yang tidak putus menelefon dan mesej.

Haq dan batil sentiasa bertembung. Rapatkan saf. Hidup bermaruah.
Dalam perkembangan berkaitan, kiraan undi berlaku di rumah sendiri, lokasi kejadian dikatakan berlaku di Lipis.

"Parti PPBM yang setahun jagung, lagak pandai tapi banggang. Tak pernah berlaku dalam mana - mana parti kertas undi kira dirumah, mujur ada yang cerdik seekor dua dapat juga membongkar kebodohan pemimpin PPBM. Untuk rekod mesyuarat ini berlaku di Lipis.... buat malu orang Lipis je," tulis Jubaidi Chamkari Jubaidi Chamkari



Berdasarkan semakan, Jubaidi adalah anti PH. Dan sudah tentulah aksi yang memalukan di atas ini telah mencemarkan imej PH secara tidak langsungnya di mata rakyat.

Satu lagi kejadian dikatakan berlaku di Perak.
 

Perkara itu didedahkan Boodak Sri Kinta di Facebooknya pada Selasa.

Menurut individu itu 5 kotak undi berkaitan pemilihan PPBM telah dibawa ke dalam rumah.

Parti-parti ini kalau kita perhatikan mereka suka bercakap soal intergriti dan ketelusan. Tetapi bila berlaku pemilihan, intergriti dan ketelusan kelaut.

Sudah sampai masanya, untuk buat satu badan seperti SPR, bagi mengawalselia pemilihan setiap parti-parti politik di Malaysia. Mereka tak boleh uruskan pemilihan mereka dengan telus dan harmoni. Mereka kacau bilau dan huru hara. Bergaduh, berebut, saling melondeh dan bergaduh di sosial media - mereka halalkan tindakan bodoh ini atas nama parti-parti lain pun buat, bukannya nak cermin diri atas kelakuan bodoh mereka tu.

Kalau la agensi bebas seperti SPR diberikan ruang untuk kendalikan semua pemilihan parti di Malaysia, paling tidak, politik wang akan berkurangan. Anak muda, baton ini untuk korang. Buat ini pada masa akan datang. - 20 Februari 2020.

"Isu Tabung Haji, Baiklah, Saya Mengaku Kalah" - UZAR.

POLITIK | Pengakuan anak syarikat milik Tabung Haji, Tabung Haji Hotel & Residence Sdn Bhd yang melepaskan hak pengurusan 4 cawangan hotel dibawah kumpulan itu mencetuskan polemik di sosial media.


Tabung Haji mengesahkan dakwaan itu dalam satu kenyataan media bertarikh 18 Februari. Dalam kenyataan itu TH berkata 4 hotel yang dipindahmilik kepada SPV pada akhir tahun 2018 akan mendapat pengurusan baru.

Pengurusan baru dibawah UJSB itu akan melakukan branding menyeluruh terhadap 4 hotel tersebut namun masih mengekalkan konsep patuh syariah. Penjenamaan semula dibuat bagi mengembalikan keuntungan kepada 4 rangkaian hotel itu, jelas TH lagi.

TH juga mengesahkan kesemua kakitangan 4 hotel yang terlibat akan dikekalkan, ini berbeza dengan kenyataan awal dari TH Hotel & Residence, yang berkata kakitangan yang berlebihan akan ditawarkan skim SSS (VSS). Perbezaan kenyataan itu juga menyebabkan Tabung Haji menjadi mangsa kritikan orang awam.

Sebagai rekod, UJSB ialah anak syarikat dibawah Kementerian Kewangan.

UZAR yang dipetik-petik namanya, akhirnya membuka mulut, tetapi hanya menjawab di platform Telegram rasminya.

Berikut adalah respon UZAR;

"ISU TABUNG HAJI TERBARU

1. Baiklah saya kalah, saya memang tidak larat lagi menjawab bagi pihak Tabung Haji secara rasmi atau tidak. Malah tidak larat juga tulisan saya dibaca secara ‘politik’ oleh cybertroopers politik kepartian. Mereka juga gembira mencaci maki dengan hebatnya, bencinya kepada saya kelihatan sangat tinggi, menjadikan saya rasa hairan dan pelik. Akhirat itu mungkin ‘belakang kira’. Menurut mereka YANG PENTING ‘TIBAI & BIAR ORANG PERCAYA DIA’. Baiklah saya, anda menang, saya kalah, sekarang pergilah .. 

2. Hakikatnya saya memang bukan orang politik yang inginkan undi anda atau mempengaruhi pengundi. Kalau saya sangat taksub untuk mendapat undi anda dan pembaca saya untuk kepentingan politik, tentulah saya akan banyak sekali memuji dan bodekan terhadap kerajaan sekarang dan mengeji pembangkang serta tokohnya dalam banyak isu, tapi TIADA, malah beberapa kali saya menegur pemimpin kerajaan sedia ada di media sosial saya, sebagaimana sejak dahulu juga saya mengkritik pimpinan kerajaan lama. Sejak dulu saya menegur sehingga saya diblacklist dari media. Kini, hanya satu isu TH saya menulis perinci, kelihatan tulisan saya seolah sangat ditakuti sehingga berpusu orang politik menyerang saya. Sebenarnya saya bukan peduli, sama ada pembaca ingin menyokong kerajaan atau pembangkang, itu terpulang kepada anda. Hak anda, tiada perlu untuk maki. 

3. Sebelum ini, saya banyak menulis kerana fakta yang saya dapati benar maka ‘sharing is caring’, apa yang pada hemat & penilaian saya benar perlu dikongsi atau kesesatan dan salah faham akan melata. BENAR, adakalanya saya juga tersalah, maka saya padam terus status yang ternyata saya tersilap faham. Tiada masalah. Namun kini berkenaan isu terkini Tabung Haji, walaupun masih ada sebahagian fakta yang diperolehi, saya rasa tiada keperluan lagi untuk mengulas isu Tabung Haji. 



4. Kini, jika anda ingin penjelasan sama ada untuk benar-benar mengetahui kebenaran atau sekadar menyindir, sila tujukan kepada pihak Tabung Haji sendiri, ahli lembaga Pengarahnya, Ahli Majlis Shariahnya & pengurusan tertingginya serta media sosial mereka, bukan ditanya kepada saya, saya tiada kaitan dengannya dan tiada masa untuknya, itu bukan tugas saya lagi kerana tulisan fakta & ilmu yang dibaca secara prejudis kepartian tiada gunanya lagi untuk dikongsi, jadinya saya tidak lagi relevan. 

5. Dahulu saya menulis berkenaan isu Tabung Haji disebabkan ada hubungan baik dengan CEO Tabung Haji ketika itu dan beliau memberikan saya banyak informasi fakta jelas lengkap dan berintergiti berkenaan hal sebenar dalaman Tabung Haji, maka atas dasar akademik dan mendedah fakta sebenar, saya menulis. Bukan untuk ‘backing’ kerajaan atas dasar politik, tetapi rasa bertanggungjawab untuk pelan menyelamatkan institusi Tabung Haji yang kita sayangi, pelan itu dibina oleh pihak pengurusan baru Tabung Haji, bukan mana-mana parti atau kementerian, semua adalah hasil cadangan Lembaga Pengarah Tabung Haji dan pengurusan barunya ketika itu. 

6. Kini CEO tersebut sudah bersara, dan saya tiada lagi hubungan akrab dengan TH, malah saya juga sangat sibuk dengan urusan bisnes sambil dakwah, berusaha bina ekonomi Islam dan mencipta kerja untuk muslim serta membantu usahawan muda dalam syarikat ‘startup’ mereka. Tidak pernah juga mendapat kontrak kerajaan, semua mengunakan wang usaha sendiri dan pelabur swasta. 

7. Saya tidak berminat dengan politik kepartian dan bukan pula ahli mana-mana parti politik malah saya telah ambil keputusan untuk ‘itizal’(jauhkan diri) dari politik kepartian sejak lama dahulu. Juga tidak pernah pula menghadiri mana-mana mesyuarat agung atau persidangan utama mana-mana parti. 

Bertemu sekali sekala orang politik itu pernah, sama ada di pejabat kerajaan, rumah mereka khususnya ketika ulama antarabangsa yang hadir & persidangan ilmu, itu pernah namun bukan sama sekali tanda saya menyokong parti politik. Tidak. 

Cukup-cukuplah mencaci maki dan jika ingin berpolitik, pergilah kepada ahli politi dan bukan saya atau mana-mana media sosial saya. 

Oklah saya menyerah kalah. Anda menang.. Let’s Move on. Jika masih ingin kekal di sini, alhamdulillah, ia medan saya sampaikan ilmu dan pandangan, jika ingin keluar, pun tiada masalah. 

Tiada memaksa dan tidak perlu memujuk. Jika masih ingin tahu berkenaan hotel TH tu, boleh mendapatkan penjelasan rasmi di facebook TH. Saya tiada kaitan dengannya," katanya dalam kenyataan itu. 


Pihak kami telah mengesahkan penyebaran tulisan di atas benar-benar dipetik dari group Telegram rasmi milik UZAR. 



Ketika membuat semakan, pihak kami juga mendapati halaman Facebook Zaharuddin.net telah hilang dari radar. - 20 Februari 2020.

Rabu, 19 Februari 2020

PH Mungkir Janji, Tak Baiki Sekolah Daif Dengan Wang RM1b Dakwa Sarawak.

The Malaysian Insight | KERAJAAN negeri Sarawak mendakwa Kerajaan Persekutuan mungkir janji untuk membaik pulih dan membina semula sekolah usang di negeri itu.

Ketua menterinya Abang Johari Openg hari ini berkata, kerajaan negeri telah membayar semula RM700 juta daripada RM1 bilion pinjaman daripada Putrajaya untuk membaik pulih sekolah, namun hingga kini tiada sebarang tindakan dibuat terhadap 1,454 sekolah yang memerlukan pembaikan.


Pinjaman sebanyak RM1 bilion dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan yang menuntut Sarawak untuk membayar semula lebih awal.

Abang Johari berkata, Sarawak telah membayar RM350 juta pada Ogos tahun lalu dan bayaran kedua dibuat pada 7 Februari lalu.

Bayaran terakhir sebanyak RM300 juta, yang sepatutnya dibayar dalam tempoh tiga bulan akan datang, mungkin akan ditangguhkan memandangkan tiada pembaikan yang dibuat terhadap sekolah terlibat, katanya.

“Sekiranya mereka tidak melakukannya, mengapa nak buat bayaran?”
katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kolokium Keagungan al-Quran Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Kompleks Islam Sarawak, di Kuching hari ini.

Abang Johari berkata, kerajaan negeri bimbang dan aberkenaan disalurkan untuk kegunaan lain. Bagi menarik balik perjanjian pinjaman untuk pembaikan sekolah, beliau berkata Sarawak mahu wang itu disalurkan terus ke sekolah terlibat.

Kerajaan Sarawak juga mahu Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dilantik sebagai agensi pelaksana dan semua tender akan dilakukan melalui Lembaga Tender Persekutuan di Sarawak.

Namun katanya, pada 18 September tahun lalu, Kementerian Kewangan berkata JKR persekutuan akan bertanggungjawab untuk kerja baik pulih, manakala JKR Sarawak hanya dilantik sebagai penolong pengurus projek.

“Mereka langgar perjanjian. Kita mengharapkan kerja baik puih itu bermula selepas bayaran sebanyak RM350 juta dibuat,” kata ketua menteri.

Bayaran pertama telah digunakan untuk membina semula atau menaik taraf 37 sekolah yang usang.

Abang Johari berkata walaupun jelas perjanjian itu tidak dihormati, kerajaan Sarawak tetap membuat bayaran kedua bagi menghormati perjanjian berkenaan.

Beliau berkata bayaran balik akhir bergantung kepada perbincangan antara Menteri Penyelidikan, Sains dan Teknologi, Michael Manyin dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada 12 Mac.

Menurut Abang Johari, Manyin telah diarahkan untuk bertemu Dr Mahathir, yang juga pemangku menteri pendidikan bagi menyelesaikan masalah itu.

Minggu lalu, Manyin mendedahkan bahawa Kementerian Kewangan telah mengubah pendirian terhadap beberapa perkara yang dipersetujui dalam perjanjian itu, seperti melantik JKR persekutuan sebagai agensi pelaksana.

Kementerian Kewangan juga dilaporkan menuntut untuk menyemak semula skop kerja dan senarai sekolah yang perlu dibaik pulih.

Manyin berkata, semakan semula itu akan menangguhkan proses pemberian tender.

Selasa, 18 Februari 2020

Ini Penjelasan Kenapa 4 Hotel Milik Tabung Haji Diambilalih UJ Property.

Kenyataan Media | Lembaga Tabung Haji (TH) bersama Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJ) ingin memaklumkan bahawa operasi di hotel-hotel yang telah dipindah milik daripada TH kepada UJ:

TH Hotel Kota Kinabalu;

TH Hotel Bayan Lepas;

TH Hotel & Convention Centre Alor Setar;

dan TH Hotel & Convention Centre Kuala Terengganu

akan diteruskan dibawah anak syarikat milikan penuh UJ, UJ Property Management Sdn Bhd (UJPM).


UJPM akan mengambil alih operasi keempat-empat hotel tersebut yang sebelum ini di bawah seliaan TH Hotel and Residence Sdn Bhd (THHR) bermula 1 April 2020.

Kesemua hotel ini adalah sebahagian daripada pemindahan aset yang terdiri daripada 29 aset hartanah, satu (1) syarikat tidak tersenarai dan pegangan ekuiti yang mempunyai nilai semasa sebanyak RM9.63 billion pada hari pemindahan.

UJ telah menerbitkan sukuk sejumlah RM19.6 billion dan membayar RM300 juta tunai bagi melengkapkan transaksi ini. Penubuhan UJPM ini merupakan salah satu langkah untuk memastikan kesinambungan pekerjaan serta operasi hotel memandangkan aset-aset hotel di bawah milikan TH telah berpindah milik kepada UJ pada Disember 2018 tanpa berlakunya perpindahan pengurusan dan kakitangan hotel.

Operasi hotel di bawah pengurusan baharu ini akan beroperasi seperti sedia kala dan kekal sebagai hotel patuh syariah dengan nama baharu iaitu Raia Hotel mulai 1 April 2020. 

UJ juga telah menyediakan dana bagi menambahbaik kemudahan dan fasiliti hotel untuk memberi manfaat kepada pengunjung. UJ juga ingin meyakinkan orang ramai bahawa hotel-hotel ini boleh digunakan seperti mana yang telah dipraktikkan dulu semasa musim operasi haji.

Untuk makluman, tiada kakitangan THHR akan diberhentikan. Seramai 90% daripada kakitangan THHR akan terus bekerja di rangkaian Raia Hotel, manakala 10% kakitangan hotel akan diserap oleh THHR Kelana Jaya.

Selain itu, 90% kakitangan yang terlibat juga akan menerima saguhati berdasarkan sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan di THHR. TH akan sentiasa menjaga kebajikan kakitangan yang terlibat demi kelangsungan karier mereka di masa hadapan.

Pengambilalihan operasi dan perkhidmatan rangkaian hotel oleh UJPM merupakan sebahagian daripada Pelan Pemulihan Semula dan Penstrukturan TH. 

Langkah pengambilalihan operasi hotel-hotel ini daripada THHR adalah langkah-langkah yang perlu diambil oleh UJ bagi memenuhi mandat yang telah diberikan oleh kerajaan bagi mengurangkan komitmen kerajaan. 

UJ memainkan peranan penting untuk memastikan objektif ini tercapai dan akan sentiasa giat berusaha untuk mengembangkan nilai aset-aset di bawah portfolio UJ.

TH dan UJ berharap rakyat Malaysia akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada pihak pengurusan baharu yang akan menjadi operator di empat hotel tersebut. 

Ini kerana, dari segi asasnya, pihak UJ akan meningkatkan imej hotel-hotel tersebut dari segi penjenamaan semula, menaik-taraf fasiliti dan mengoptimumkan tahap kecekapan.

UJPM akan diterajui oleh Encik Muhammad Solleh Ramli. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan perhotelan. 

Beliau pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Proasset Management Sdn Bhd yang merupakan syarikat pengurusan Hotel MS Garden Kuantan, Pahang dan pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Hotel Seri Malaysia. Encik Muhammad Solleh telah memainkan peranan penting di mana beliau telah berjaya meningkatkan prestasi kewangan dan imej syarikat tersebut. - 18 Februari 2020.

Ahad, 16 Februari 2020

Tun Mahathir Pakai Kasut Masuk Rumah Orang, Ini Penjelasan Saksi.

Sosmed | Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dikritik netizens kerana memakai kasut ketika masuk ke rumah yang dipercayai rakan lamanya.


"Alah, Atuk ni masuk rumah orang tak buka kasut ni kurang asam garam tau," tulis Rita Sarbanon Ismail.

Rita turut berkongsikan gambar Tun Mahathir yang memakai kasut ketika berada di bahagian ruang tamu rumah sahabat lamanya itu.

Kritikan Rita itu kemudiannya dijelaskan oleh Nasir Zakaria, yang turut bersama-sama Perdana Menteri itu semasa menziarahi rumah sahabat Tun Mahathir.

Jelas Nasir ramai yang salah faham kerana tidak tahu cerita sebenar. Bahkan ia menjurus kepada fitnah kerana netizens membuat andaian yang bukan-bukan.

Berikut adalah penjelasan dari Nasir;

"Tun mai Kampung Kuala Pai, rumah kawan dia Pak Su Mid dan Rumah Abang Saad kawan dia. Dia mai ziarah spontan ja. Sampai di rumah Abang Saad, keluarga abang Saad dok tunggu dah.

Masa saya dok sebelah Tun iring dia nak masuk rumah, Tun nak buka kasut. Abang Saad kata tak payah buka, masuk terus, Anak dia pon suruh terus masuk, tak payah buka. Tun masuk la.. Dah tuan rumah cakap macam tu.. Rumah depa. Baiklah cuba kita tengok dari segi hukum.

1. Berdosa ka Tun pakai kasut tu. Jawabnya tak berdosa aih. Kalau ada najis, basuh ja karpet tu.. Kalau kering kasut dia, tak perlu pon basuh. Nak solat pon takpa. Sebab antara keistimewaan Umat Nabi Muhammad SAW ialah bumi ini di mana sahaja umatnya boleh solat dan sujud. Bila nak solat terus solat.

2. Berdosa ka Tun tak ikut cakap tuan rumah supaya buka kasut. Tak berdosa aih. Dah depa tuan rumah. Bukan netizen tuan rumah.

3. Berdosa ka Tun tak ikut adat orang Melayu masuk rumah tak buka kasut. Tak berdosa aih. Adat bukan ibadat.

4. Berdosa dak netizen dok buat andaian dan buat spekulasi yang bukan-bukan. Sedangkan depa tak dok situ. Manakala saya pulak ada di situ dan dengar kata-kata tuan rumah. Maka hukumnya adalah HAROM. Sebab boleh timbulkan fitnah.

Apa la... Sekali dengan saya pening. Pakat tepon mai tanya.. Tengah solat maghrib pon tepon tanya pasai kasut. Ingatkan apa-apa yang penting sangat call kita waktu maghrib. Call call balik tanya pasai kasut.. Adosssss
," jelasnya dalam kenyataan itu. - 16 Februari 2020.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...