Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 20 Februari 2020

"Isu Tabung Haji, Baiklah, Saya Mengaku Kalah" - UZAR.

POLITIK | Pengakuan anak syarikat milik Tabung Haji, Tabung Haji Hotel & Residence Sdn Bhd yang melepaskan hak pengurusan 4 cawangan hotel dibawah kumpulan itu mencetuskan polemik di sosial media.


Tabung Haji mengesahkan dakwaan itu dalam satu kenyataan media bertarikh 18 Februari. Dalam kenyataan itu TH berkata 4 hotel yang dipindahmilik kepada SPV pada akhir tahun 2018 akan mendapat pengurusan baru.

Pengurusan baru dibawah UJSB itu akan melakukan branding menyeluruh terhadap 4 hotel tersebut namun masih mengekalkan konsep patuh syariah. Penjenamaan semula dibuat bagi mengembalikan keuntungan kepada 4 rangkaian hotel itu, jelas TH lagi.

TH juga mengesahkan kesemua kakitangan 4 hotel yang terlibat akan dikekalkan, ini berbeza dengan kenyataan awal dari TH Hotel & Residence, yang berkata kakitangan yang berlebihan akan ditawarkan skim SSS (VSS). Perbezaan kenyataan itu juga menyebabkan Tabung Haji menjadi mangsa kritikan orang awam.

Sebagai rekod, UJSB ialah anak syarikat dibawah Kementerian Kewangan.

UZAR yang dipetik-petik namanya, akhirnya membuka mulut, tetapi hanya menjawab di platform Telegram rasminya.

Berikut adalah respon UZAR;

"ISU TABUNG HAJI TERBARU

1. Baiklah saya kalah, saya memang tidak larat lagi menjawab bagi pihak Tabung Haji secara rasmi atau tidak. Malah tidak larat juga tulisan saya dibaca secara ‘politik’ oleh cybertroopers politik kepartian. Mereka juga gembira mencaci maki dengan hebatnya, bencinya kepada saya kelihatan sangat tinggi, menjadikan saya rasa hairan dan pelik. Akhirat itu mungkin ‘belakang kira’. Menurut mereka YANG PENTING ‘TIBAI & BIAR ORANG PERCAYA DIA’. Baiklah saya, anda menang, saya kalah, sekarang pergilah .. 

2. Hakikatnya saya memang bukan orang politik yang inginkan undi anda atau mempengaruhi pengundi. Kalau saya sangat taksub untuk mendapat undi anda dan pembaca saya untuk kepentingan politik, tentulah saya akan banyak sekali memuji dan bodekan terhadap kerajaan sekarang dan mengeji pembangkang serta tokohnya dalam banyak isu, tapi TIADA, malah beberapa kali saya menegur pemimpin kerajaan sedia ada di media sosial saya, sebagaimana sejak dahulu juga saya mengkritik pimpinan kerajaan lama. Sejak dulu saya menegur sehingga saya diblacklist dari media. Kini, hanya satu isu TH saya menulis perinci, kelihatan tulisan saya seolah sangat ditakuti sehingga berpusu orang politik menyerang saya. Sebenarnya saya bukan peduli, sama ada pembaca ingin menyokong kerajaan atau pembangkang, itu terpulang kepada anda. Hak anda, tiada perlu untuk maki. 

3. Sebelum ini, saya banyak menulis kerana fakta yang saya dapati benar maka ‘sharing is caring’, apa yang pada hemat & penilaian saya benar perlu dikongsi atau kesesatan dan salah faham akan melata. BENAR, adakalanya saya juga tersalah, maka saya padam terus status yang ternyata saya tersilap faham. Tiada masalah. Namun kini berkenaan isu terkini Tabung Haji, walaupun masih ada sebahagian fakta yang diperolehi, saya rasa tiada keperluan lagi untuk mengulas isu Tabung Haji. 



4. Kini, jika anda ingin penjelasan sama ada untuk benar-benar mengetahui kebenaran atau sekadar menyindir, sila tujukan kepada pihak Tabung Haji sendiri, ahli lembaga Pengarahnya, Ahli Majlis Shariahnya & pengurusan tertingginya serta media sosial mereka, bukan ditanya kepada saya, saya tiada kaitan dengannya dan tiada masa untuknya, itu bukan tugas saya lagi kerana tulisan fakta & ilmu yang dibaca secara prejudis kepartian tiada gunanya lagi untuk dikongsi, jadinya saya tidak lagi relevan. 

5. Dahulu saya menulis berkenaan isu Tabung Haji disebabkan ada hubungan baik dengan CEO Tabung Haji ketika itu dan beliau memberikan saya banyak informasi fakta jelas lengkap dan berintergiti berkenaan hal sebenar dalaman Tabung Haji, maka atas dasar akademik dan mendedah fakta sebenar, saya menulis. Bukan untuk ‘backing’ kerajaan atas dasar politik, tetapi rasa bertanggungjawab untuk pelan menyelamatkan institusi Tabung Haji yang kita sayangi, pelan itu dibina oleh pihak pengurusan baru Tabung Haji, bukan mana-mana parti atau kementerian, semua adalah hasil cadangan Lembaga Pengarah Tabung Haji dan pengurusan barunya ketika itu. 

6. Kini CEO tersebut sudah bersara, dan saya tiada lagi hubungan akrab dengan TH, malah saya juga sangat sibuk dengan urusan bisnes sambil dakwah, berusaha bina ekonomi Islam dan mencipta kerja untuk muslim serta membantu usahawan muda dalam syarikat ‘startup’ mereka. Tidak pernah juga mendapat kontrak kerajaan, semua mengunakan wang usaha sendiri dan pelabur swasta. 

7. Saya tidak berminat dengan politik kepartian dan bukan pula ahli mana-mana parti politik malah saya telah ambil keputusan untuk ‘itizal’(jauhkan diri) dari politik kepartian sejak lama dahulu. Juga tidak pernah pula menghadiri mana-mana mesyuarat agung atau persidangan utama mana-mana parti. 

Bertemu sekali sekala orang politik itu pernah, sama ada di pejabat kerajaan, rumah mereka khususnya ketika ulama antarabangsa yang hadir & persidangan ilmu, itu pernah namun bukan sama sekali tanda saya menyokong parti politik. Tidak. 

Cukup-cukuplah mencaci maki dan jika ingin berpolitik, pergilah kepada ahli politi dan bukan saya atau mana-mana media sosial saya. 

Oklah saya menyerah kalah. Anda menang.. Let’s Move on. Jika masih ingin kekal di sini, alhamdulillah, ia medan saya sampaikan ilmu dan pandangan, jika ingin keluar, pun tiada masalah. 

Tiada memaksa dan tidak perlu memujuk. Jika masih ingin tahu berkenaan hotel TH tu, boleh mendapatkan penjelasan rasmi di facebook TH. Saya tiada kaitan dengannya," katanya dalam kenyataan itu. 


Pihak kami telah mengesahkan penyebaran tulisan di atas benar-benar dipetik dari group Telegram rasmi milik UZAR. 



Ketika membuat semakan, pihak kami juga mendapati halaman Facebook Zaharuddin.net telah hilang dari radar. - 20 Februari 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...