Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 20 Jun 2019

Presiden PAS Sindir PKR Kerana 'Simpan' Pemimpin Terlibat Skandal Sekks.

THE MALAYSIAN INSIGHT | PRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang menyindir PKR kerana masih tidak bertindak ke atas individu yang mengaku terlibat dalam skandal seks terbaharu melibatkan parti reformasi itu.
 

 
Kata Abdul Hadi, sekiranya kes itu melibatkan PAS, beliau bukan sahaja akan meletak jawatan tetapi turut membubarkan parti andai terdapat anggota yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.

“PAS tolak pemimpin parti politik yang amalkan aktiviti tak bermoral. Kita tak mahu sebut nama. Siapa makan cili dia rasa pedas. Kalau sayalah anak buah saya macam ini, saya akan letak jawatan.

“Bubar sahaja parti… Pada kita, moral teras dalam parti dan jemaah. Ini yang memelihara jati diri kita, boleh rebah bangun dalam pilihan raya, tapi tidak rebah dalam perjuangan,”
katanya.

Dalam ucapan di Muktamar PAS di Gambang Kuantan, Hadi berkata PAS juga akan memecat mana-mana pimpinan yang mengamalkan aktiviti tidak bermoral.

“PAS tidak teragak-agak pecat mana-mana pimpinan tidak bermoral, bukan macam parti yang anggap moral perkara enteng dan ringan, apatah lagi terlibat aktivitinya begitu,” katanya.

Walau tidak menyebut nama, kenyataan itu jelas ditujukan kepada PKR yang kini dibelit kontroversi ekoran skandal seks yang didakwa melibatkan timbalan presiden parti itu, Azmin Ali.

Dua kem dalam parti tersebut kini berbeza pandangan kerana PKR masih belum memecat individu yang mendakwa melakukan seks dengan Azmin, Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Azmin menafikan tuduhan skandal seks tersebut dan menyifatkannya sebagai usaha untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

PKR bagaimanapun masih tidak memecat Haziq atas tuduhan yang mencemar imej Azmin dan juga parti, dan hanya memberi tempoh 14 hari kepada pemuda tersebut untuk menjelaskan tindakannya.

Keputusan itu ditolak oleh kalangan penyokong Azmin yang mendesak agar Haziq segera dipecat atas tindakan itu.

Tuduhan skandal seks itu bermula pada Selasa minggu lalu apabila tiga video seks disebarkan melalui WhatsApp.

Haziq tampil pada keesokan harinya dan mengaku dirinya sebagai pelaku dalam rakaman tersebut. Beliau juga mendakwa Azmin merupakan individu dalam rakaman itu.

Azmin yang menafikan perkara itu juga mendakwa, tuduhan skandal seks tersebut dirancang oleh pihak tertentu dalam PKR. - 20 Jun 2019.

Isnin, 17 Jun 2019

Ini Cerita Kawan Saya Haziq Yang Dirosakkan Oleh Ahli Politik..

KHALID ISMATH | Haziq adalah kawan lama saya. Sahabat lama yang akrab bermula tahun 2011. Selepas saya keluar daripada GAMIS, sebuah gerakan mahasiswa Islam, saya dan haziq direkrut bersama oleh Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).

Ketika itu, saudara Hilman (kini seorang ADUN) merupakan Pegawai Khas kepada Azmin Ali. Beliau merupakan pemimpin KAMI sebelum itu.

Ketika saya bertugas dengan Hilman dibawah pejabat Azmin Ali untuk seketika, Haziq sedang intern di Lawyers For Liberty(LFL). 

Beliau seorang yang idealis. Kami dididik dengan semangat politik yang garang dan pemimpin yang menasihati dan melatih KAMI ini antaranya ialah Hishamudin Rais, Anwar Ibrahim dan pada zaman saya, saya suka membawa tokoh-tokoh baru yang bukan berunsur politik antaranya dari Iran dan juga aktivis rakyat seperti Mat Saman Kati dan reformis dari Indonesia. Sesekali saya menyelitkan fahaman sosialis kerana KAMI lebih condong kepada fahaman neoliberal sebelum saya menyertainya.

KAMI memang rapat dengan Parti Keadilan.  Hubungan mesra antara KAMI dan pemimpin PKR tidak boleh dinafikan. Program Anwar, Rafizi, dan peminpin muda seperti Dr Afif dan Hilman pasti KAMI akan turut serta. 

Haziq adalah seorang anak muda yang berani, garang dan liar.  Tidak mudah dikawal pemikirannya.  Sangat progresif dan radikal.  Begitulah juga semua yang berada didalam KAMI. 

Setiap kali Haziq ingin pulang ke kampung halaman di Sarawak, keretanya akan ditinggal di rumah saya. Jadi, keluarga saya memang mengenali Haziq. Saya merupakan timbalannya.  Hubungan kami baik sehinggalah pada satu ketika, Haziq dipengaruhi semangat kebendaan. Beliau menyertai Mahasiswa Keadilan dan meninggalkan gerakan mahasiswa yang tulen. 

Pemikiran Haziq ketika itu sudah ibarat lembu dicucuk hidung. Kami renggang. Ramai didalam KAMI pergi meninggalkan kami dan menyertai Mahasiswa Keadilan yang menjanjikan posisi politik  dan kerjaya politik. 

Lepas pada itu Haziq tidak macam dahulu lagi. Beliau melompat-lompat dari satu team ke satu team.  Dari team Rafizi ke team Azmin. Kemudian kami mendapat tahu dia menyertai BN. Menjadi orang kanan bergaji kepada seorang menteri di Sarawak.

Kehidupannya ketika itu mewah. Dan itulah yang dia inginkan. Ketamakan kuasa, haloba menjadikan maruahnya murah. Tidak berani lagi mengkritik, hilang sifat radikal dan melawan. Rela menjadi orang suruhan sesiapa.

Belum sempat menjamah kemewahan didalam BN, kerajaan bertukar. Haziq segera kembali ke pangkuan PKR. Dibawah kem Azmin. Kartel. Parti dan kem asal yang menenggelamkan radikalisme anak muda seperti Haziq.

Haziq yang tiada apa jawatan penting dalam parti, baru sahaja melompat kembali, secara tiba-tiba dilantik menjadi Setiausaha Sulit Kanan seorang menteri dengan gaji asas sekurang-kurangnya RM 7000. Ini pasti sesuatu yang mencurigakan. Orang yang tiada apa-apa pengaruh dan jawatan dalam PKR dilantik sebagai SETIAUSAHA KANAN oleh kem Azmin. mengapa?

Sebagai rakan karib lama, yang pernah tidur sekali, sama ada di hostel mahupun lokap,  didalam kereta atau ditepi jalan, apa yang saya lihat ialah kes Haziq ini tidak boleh diletakkan kesalahannya kepada Haziq semata-mata.

Didalam PKR, segelintir pemimpin yang menggunakan staff untuk kepuasan nafsu tidak boleh dinafikan lagi. Sebelum zaman Saiful Buhari lagi, beliau seorang staff di PKR, menjadi alat pemuasan nafsu pemimpin, dan kini Haziq, maka pemimpin parti itu juga wajib dipertanggungjawabkan! 

Staff tidak boleh dijadikan hamba politik termasuk nafsu serakah pemimpin. Ini bukan kali pertama atau kedua,  tetapi banyak lagi kes staff parti dalam PKR dan lantikan kerajaan oleh pemimpin PKR yang menjadi mangsa sebegini. 

Parti politik yang memansuhkan idealisme anak muda. Menanam barah politik berasas harta. Mengajar menjadi tunduk, mengejar mewah, dan berkata dusta, seterusnya menjadi hamba yang sanggup berbuat apa sahaja untuk kemewahan dan posisi.

Nah akibatnya. Kini tidak boleh dibendung lagi. 

Semoga Haziq segera kembali ke pangkuan keluarga. Saya dimaklumkan orang tuanya masih mencari dimana Haziq. Walaupun kemarahan saya masih belum hilang memikirkan bagaimana Haziq meninggalkan KAMI, saya berharap beliau tidak dipergunakan lagi. 

Ahli-ahli Pakatan Harapan yang tidak henti-henti mereka cerita dan penerangan bagi pertahankan pemimpin mereka yang tampak suci walhal jijik, akan menjadikan mangsa seks dalam kalangan staff parti dan kerajaan oleh pemimpin PKR berleluasa. Akan mematikan jiwa idealis anak muda.

Segera hukum boss-boss ini supaya tidak menjadikan anak muda bertindak bangang dimasa hadapan. Henti mendidik anak muda dgn politik kebendaan.

Ketika pertemuan dengan mahasiswa Patani Thailand.

Paling kiri. Ketika sesi bersama seorang pemimpin Iran

Paling kanan. Ketika isu mahasiswa KUIN dibuang pengajian.

Ketika protes di UIA, demontrasi membantah pemecatan Prof Aziz Bari

Duduk di kerusi berbaju putih ketika di Kelab 50B. Bangsar. Menjadi moderator program KAMI

Isu kebebasan akademik

aktivis2 KAMI ketika protes bantah akta perhimpunan aman

Ketika Hishamudin Rais merasmikan pelancaran dana KAMI

Ketika kami berdua ditahan di KL Sentral secara tiba-tiba. Zaman ini aktivis mahasiswa diburu kerana lantang melawan kerajaan Najib.

Semasa di UPSI

Protes berkhemah tawan Dataran Merdeka tuntut pendidikan percuma

Kenapa Persoalkan Bagaimana Video Tersebar, Bukankah Paling Penting Apakah Ia Tulen?

SHAHBUDIN HUSIN | KENAPA AZMIN TIBA2 PERSOAL BAGAIMANA VIDEO ITU TERSEBAR? ADAKAH INI BERMAKNA BELIAU MENGAKUI IA TULEN?
 
Rasanya sementara dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis, adalah lebih baik Azmin Ali banyak berdiam diri daripada mempersoalkan itu dan ini mengenai video yang dikaitkan dengannya itu.

 

Ini kerana lagi banyak beliau bercakap, ia seakan-akan makin menjurus kepada menjerat dirinya sendiri.

Pada peringkat awal, di sebalik Haziq Abdullah Abdul Aziz mengakui beliau yang bersama Azmin dalam video tersebut, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu dengan tegas menafikan kaitan dirinya dalam perkara itu.

Katanya, video tersebut adalah fitnah jijik yang bertujuan merosakkan reputasi dan menjatuhkan kedudukannya sebagai pemimpin.

Dalam masa yang sama Azmin juga mendapat sokongan daripada Tun Mahathir Mohamad yang turut tidak mempercayainya sebagai lelaki dalam video tersebut.

Kata Tun Mahathir, beliau tidak rasa video itu tulen kerana banyak perkara boleh dilakukan dengan gambar dan video jika seseorang itu ada kepandaian.

“Mungkin suatu hari nanti kamu akan melihat gambar saya dalam video seperti itu,” tambah beliau.

Selain itu, laporan polis oleh Setiausaha Politiknya, Hilman Idham turut dibuat kemudiannya sebagai mengukuhkan lagi dirinya tiada kaitan dalam video yang didakwa Haziq sebagai adegan mereka bersama itu.

Tetapi, setelah Haziq ditahan polis, diambil keterangannya serta dibawa menjalani pemeriksaan doktor dan seterusnya pihak polis menyatakan akan memanggil Azmin pula, nada Timbalan Presiden PKR jadi lain bunyinya.

Beliau hari ini mempersoalkan bagaimana video itu boleh tersebar dengan mendakwa seolah-olah wujud dalang dalam PKR sendiri.

Beliau hairan bagaimana pihak yang menyebarkan video seks itu boleh memiliki nombor telefon semua pemimpin cabang dalam PKR.

Katanya, beliau sendiri sebagai pemimpin nombor dua dalam PKR tidak memiliki akses terhadap maklumat sedemikian.

Selain itu, Azmin juga mempersoalkan kenapa ada pemimpin tertentu dalam PKR yang menyambut pembebasan Haziq daripada tahanan polis, semalam.

Dengan itu, beliau tidak menolak wujudnya tangan ghaib dalam PKR sendiri yang berusaha merosakkan reputasi serta menjatuhkannya.

Kenapakah, daripada menafikan dirinya dalam video tersebut, Azmin kini mempersoalkan pula bagaimana video itu tersebar?

Apakah ini bermakna Azmin secara tidak langsung mengakui video tersebut adalah tulen sebelum pun ia disahkan oleh pihak polis?

Jika Azmin kekal dengan pendirian menafikan dirinya bukan lelaki dalam video itu, untuk apa beliau tiba-tiba risau bagaimana dan kenapa video itu disebarkan?

Bukankah jika bukan dirinya lelaki yang sedang melakukan seks sejenis dalam video itu, soal bagaimana tersebarnya video itu tidak lagi menjadi penting untuk diketahui?

Adakah ini bermakna Azmin kini telah terkantoi? - 17 Jun 2019.

Simen Naik 40-50%, Kos Pembinaan Meningkat, Rumah Kian Mahal..

Wee Ka Siong | Pakatan Harapan perlu dipertanggungjawabkan sekiranya tidak mampu berbuat apa-apa mengenai kenaikan 40% - 50% harga simen.
 

 
Kenaikan mendadak ini bukan sahaja akan membuatkan syarikat-syarikat kontraktor awam dan swasta yang terikat dengan harga tetap kontrak berdepan risiko muflis serta kerugian besar, tetapi juga akan menyebabkan kenaikan kos sara hidup rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Bukan itu sahaja, ia juga akan menjejaskan projek-projek kediaman mampu milik yang dilaksanakan oleh kerajaan ketika ini. Adakah harga rumah ini akan dinaikkan? Atau ianya akan diserap oleh kerajaan seterusnya menambahkan lagi hutang negara yang kini sudahpun meningkat RM100 bilion sejak PH mengambil alih Putrajaya.

Kebanyakan pengamal media turut melaporkan bahawa pemain-pemain dalam industri dan pembekal simen telah mengesahkan mengenai kenaikan harga yang ketara ini.

Sesetengah daripadanya turut mempersoalkan sama ada kenaikan mendadak ini adalah disebabkan faktor pengambil-alihan La Farge oleh pengeluar simen yang lain serta pengumuman mengenai hasrat pembelian pengeluar simen iaitu Tasek Cement oleh sebuah konglomerat menjadikannya sebagai entiti swasta, seterusnya mengurangkan ruang saingan serta membangkitkan persoalan berhubung ketelusan dalam penetapan harga.

Sekiranya kenaikan ini berpunca daripada tangan-tangan ghaib untuk mendapatkan kuasa monopoli, maka kerajaan PH seharusnya menggunakan Akta Persaingan 2010 yang diperkenalkan oleh kerajaan BN terdahulu untuk menghentikan atau mengurangkan kenaikan harga yang tidak munasabah ini.

Anak Musa Aman Kini Ahli PPBM..

POLITIK | Ahli Parlimen Sipitang, Hafez Yamani Musa yang juga anak bekas ketua menteri Sabah Musa Aman sudah menjadi ahli Bersatu sejak Januari tahun ini lapor portal The Malaysian Insight semalam. 



Laporan itu menyebut, perkara itu disahkan oleh ketua parti negeri Hajiji Mohd Noor.

“Ya, beliau sudah menyertai Bersatu. Tidak silap saya, beliau menyertai parti sejak Januari, sebelum beliau mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen pada 7 Januari tahun ini,” katanya kepada wakil portal TMI.

Hajiji juga dilaporkan enggan mengulas mengapa keanggotaan Hafez dirahsiakan.

Untuk rekod, Hafez yang mengikut ayahnya ke London lewat mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Sipitang.

Beliau memenangi kerusi Parlimen Sipitang di bawah tiket Umno semasa Pilihan Raya Umum ke-14.

Nama beliau termasuk dalam senarai ahli Parlimen Sabah dan Adun yang keluar daripada Umno pada 9 Disember tahun lepas, tetapi tidak pernah menjadi ahli Parlimen bebas seperti dilaporkan.

Hajiji yang merupakan Adun Sulaman dan Adun Karanaan Masidi Manjun, bersama Ahli Parlimen Dr Ronald Kiandee (Beluran), Rahim Bakri (Kudat), Azizah Mohd Dun (Beafort), serta Senator John Ambrose dan Abdul Ghani Mohamed Yassin merupakan antara bekas pemimpin Umno yang menyertai Bersatu pada 15 Mac.

Mereka menerima kad keahlian daripada Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad.

Dalam perkembangan yang sama, Hajiji enggan mengulas sama ada bekas ketua Perhubungan Umno Sabah Musa Aman akan menyertai Bersatu tidak lama lagi.

“Saya fikir anda perlu bertanya perkara itu dengannya,” katanya.

Sumber rapat dengan pemimpin itu berkata, Musa tidak lagi berminat untuk terus bersama Umno, dan memberi perhatian kepada Bersatu sebagai platform untuk membuat kemunculan semula dalam politik.

Bagaimanapun, sumber itu berkata dakwaan mahkamah terhadapnya mungkin menyaksikan Musa berdepan kesulitan untuk menyertai Bersatu.

Musa kini menghadapi 51 pertuduhan pengubahan wang haram dan rasuah semasa beliau menjadi ketua menteri Sabah. - 17 Jun 2019.

Akibat Membodek Azmin Kaw-Kaw & Mengubah Fakta, Pimpinan PPBM Sekolahkan Syed Saddiq.

POLITIK |Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman 'disekolahkan' pimpinan tertinggi PPBM, Rais Husin berikutan membodek Azmin secara keterlaluan baru-baru ini.

Syed Saddiq yang menulis surat terbuka kepada Azmin itu dilihat mengubah beberapa naratif asal penubuhan Pakatan Harapan sehingga ditegur Rais Husin.


"Syed Saddiq, ini ialah naratif yang baru. Naratif yang asal dan sebenar-benarnya ialah; Azmin mahukan Pakatan Rakyat melebihi Pakatan Harapan. Azmin juga tidak pernah menyokong Tun Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan ataupun pencalonannya sebagai Perdana Menteri sebelum PRU ke 14. Kebenaran perlu dinyatakan sebagaimana ia berlaku. Tolonglah," katanya dalam kenyataan itu. 


Syed Saddiq dilihat mendiamkan diri dan tidak membalas kenyataan itu.

Untuk rekod, Syed Saddiq menulis surat bagi memuji kepimpinan Azmin Ali dan pengorbanan Menteri Ekonomi itu bagi merealisasikan kewujudan Malaysia Baru.

Syed Saddiq juga mendakwa kemungkinan besar video skandal yang membabitkan Azmin Ali itu sebagai palsu dan satu percubaan bagi membunuh karier politik Azmin Ali dan perkara itu hanyalah dilakukan oleh seseorang yang bersikap pengecut. - 17 Jun 2019.

Tiada Manipulasi Dan Kesan Edit Pada Video Haziq - Pakar Australia.

MALAYSIAKINI | Pertubuhan media Australia, SBS News, telah meminta pandangan beberapa pakar mengenai klip seks yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali.
 

 
Laporan itu menyatakan bahawa walaupun tidak dapat mengesahkan jika orang dalam video tersebut ialah Azmin, namun para pakar bersetuju bahawa kelihatan tidak ada sebarang pengubahan digital telah dibuat.

"Sekiranya ini (hasil kepintaran buatan AI) Deepfake, ia sangat baik," kata salah seorang daripada mereka, Kevin Nguyen.

Menurut SBS, Nguyen ialah pakar forensik digital yang sebelum ini berunding dan menyediakan pengesahan kandungan untuk BBC dan New York Times serta kini bekerja untuk Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).

Berikutan analisisnya terhadap ketiga-tiga klip itu, Nguyen berkata : "Pada tahap imej, secara forensik ia telah diperiksa.

"Saya menjalankan beberapa analisis forensik... terhadap tiga video itu dan pada enam perkara yang saya periksa tiada bukti terdapat manipulasi foto atau imej,"
jelasnya.

Profesor Siwei Lyu dari Kolej Kejuruteraan dan Sains Gunaan di University of Albany di Amerika Syarikat juga memberikan gambaran yang sama.

"Dengan menghalang artifak mampatan (compression artifacts), tidak ada jejak algoritma (AI) Deepfake yang pasti, seperti orientasi muka yang tidak konsisten, atau wajah yang terapung," katanya.

Tak boleh sahkan Azmin

SBS, yang merupakan organisasi berita yang dibiayai oleh kerajaan, memetik Siwei sebagai pakar dalam bidang kepintaran buatan dan forensik media.

Walau bagaimanapun, pakar lain yang dipetik SBS, Giorgio Patrini, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Deeptrace dari Australia, berkata kualiti video itu terlalu rendah untuk membolehkan mendapat suatu analisis muktamad.

Firma Patrini mengendalikan pengesahan video yang diubah dengan teknologi Deepkfake.

"Tiada seorang pun daripada penganalisis yang boleh mengesahkan bahawa Azmin ialah lelaki dalam video itu, mereka hanya membuat kesimpulan bahawa video itu tidak pernah diubah secara digital," kata laporan itu lagi.

Sementara itu, pakar lain, Denby Weller dari Universiti Teknologi Sydney, berkata terdapat beberapa tertentu yang perlu diberikan perhatian.

"Dengan melihat (imej itu, boleh dikatakan) ia telah dirakam dengan mod potret dari telefon walaupun rupa itu boleh dibuat secara buatan pada tahap pasca produksi.

"Ia juga dirakam dari kedudukan yang sedikit tinggi (ketinggian kamera sangat sukar untuk dipalsukan), yang menunjukkan bahawa telefon itu mengarah sedikit ke bawah pada lelaki terbabit,"
katanya.

Weller dilatih dalam bidang verifikasi video bersama Google News Initiative.

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR menyifatkan video itu, yang dibocorkan oleh individu yang tidak diketahui melalui Whatsapp, sebagai suatu komplot jahat untuk merosakkan kerjaya politiknya.

Ini selepas Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz mengesahkan dirinya ialah lelaki lain dalam video itu yang dilihat memaparkan perlakuan lucah dengan orang yang dikatakan menyerupai Azmin itu.

Haziq yang sedang disiasat atas pelbagai kesalahan, termasuk hubungan seksual luar tabii, juga mendakwa Azmin ialah lelaki yang bersamanya di dalam video itu.

Haziq juga mendakwa kejadian itu berlaku di sebuah bilik hotel di Sandakan pada bulan lepas.

Pihak polis sedang menyiasat bagi menentukan sama ada klip video itu palsu atau tidak.

Malaysiakini sedang menghubungi Azmin dan para pegawainya bagi mendapatkan ulasan mengenai laporan SBS ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Hilman Idham, setiausaha politik Azmin berkata menteri itu telah mengarahkan pejabatnya untuk memberikan keutamaan terhadap permintaan polis untuk merekodkan kenyataannya.

Hilman berkata polis memaklumkan kepada pejabat menteri pada Ahad untuk membuat temu janji bagi menyoal Azmin mengenai dakwaan skandal seks itu.

"Kami sedang membincangkan dengan pejabat kerana Azmin telah mengarahkan supaya hal ini menjadi keutamaan.

"Jadualnya untuk hari ini dan esok telah penuh dan kami sedang melihat waktu yang bersesuaian (bagi menteri memberi keterangan kepada polis).

"Tetapi (bagaimanapun Azmin tetap akan diambil kenyataan) sama ada hari ini atau esok,"
katanya kepada pemberita di Sepang, lapor The Star. - 17 Jun 2019.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...