Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 17 Jun 2019

Kenapa Persoalkan Bagaimana Video Tersebar, Bukankah Paling Penting Apakah Ia Tulen?

SHAHBUDIN HUSIN | KENAPA AZMIN TIBA2 PERSOAL BAGAIMANA VIDEO ITU TERSEBAR? ADAKAH INI BERMAKNA BELIAU MENGAKUI IA TULEN?
 
Rasanya sementara dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis, adalah lebih baik Azmin Ali banyak berdiam diri daripada mempersoalkan itu dan ini mengenai video yang dikaitkan dengannya itu.

 

Ini kerana lagi banyak beliau bercakap, ia seakan-akan makin menjurus kepada menjerat dirinya sendiri.

Pada peringkat awal, di sebalik Haziq Abdullah Abdul Aziz mengakui beliau yang bersama Azmin dalam video tersebut, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu dengan tegas menafikan kaitan dirinya dalam perkara itu.

Katanya, video tersebut adalah fitnah jijik yang bertujuan merosakkan reputasi dan menjatuhkan kedudukannya sebagai pemimpin.

Dalam masa yang sama Azmin juga mendapat sokongan daripada Tun Mahathir Mohamad yang turut tidak mempercayainya sebagai lelaki dalam video tersebut.

Kata Tun Mahathir, beliau tidak rasa video itu tulen kerana banyak perkara boleh dilakukan dengan gambar dan video jika seseorang itu ada kepandaian.

“Mungkin suatu hari nanti kamu akan melihat gambar saya dalam video seperti itu,” tambah beliau.

Selain itu, laporan polis oleh Setiausaha Politiknya, Hilman Idham turut dibuat kemudiannya sebagai mengukuhkan lagi dirinya tiada kaitan dalam video yang didakwa Haziq sebagai adegan mereka bersama itu.

Tetapi, setelah Haziq ditahan polis, diambil keterangannya serta dibawa menjalani pemeriksaan doktor dan seterusnya pihak polis menyatakan akan memanggil Azmin pula, nada Timbalan Presiden PKR jadi lain bunyinya.

Beliau hari ini mempersoalkan bagaimana video itu boleh tersebar dengan mendakwa seolah-olah wujud dalang dalam PKR sendiri.

Beliau hairan bagaimana pihak yang menyebarkan video seks itu boleh memiliki nombor telefon semua pemimpin cabang dalam PKR.

Katanya, beliau sendiri sebagai pemimpin nombor dua dalam PKR tidak memiliki akses terhadap maklumat sedemikian.

Selain itu, Azmin juga mempersoalkan kenapa ada pemimpin tertentu dalam PKR yang menyambut pembebasan Haziq daripada tahanan polis, semalam.

Dengan itu, beliau tidak menolak wujudnya tangan ghaib dalam PKR sendiri yang berusaha merosakkan reputasi serta menjatuhkannya.

Kenapakah, daripada menafikan dirinya dalam video tersebut, Azmin kini mempersoalkan pula bagaimana video itu tersebar?

Apakah ini bermakna Azmin secara tidak langsung mengakui video tersebut adalah tulen sebelum pun ia disahkan oleh pihak polis?

Jika Azmin kekal dengan pendirian menafikan dirinya bukan lelaki dalam video itu, untuk apa beliau tiba-tiba risau bagaimana dan kenapa video itu disebarkan?

Bukankah jika bukan dirinya lelaki yang sedang melakukan seks sejenis dalam video itu, soal bagaimana tersebarnya video itu tidak lagi menjadi penting untuk diketahui?

Adakah ini bermakna Azmin kini telah terkantoi? - 17 Jun 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...