Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 16 Jun 2012

Fatwa terbaru PAS mengenai haji.


Sekarang neh bloggers umno, medias mainstream and pemimpin2 umno sibuk mencanangkan kepada rakyat bahawa PAS mengeluarkan fatwa terbaru. Boleh lihat cara mereka mempersendakan pas melalui kartun dan sebagainya.

Aku rasa aku dah penat explain benda neh banyak banyak banyak banyak banyak banyak banyak banyak banyak

KALI !

PENAT!

Tahu tak penat? 

Faham tak apa itu fatwa? Orang PAS, ahli PAS mahupun president PAS tak boleh keluarkan fatwa sebab mereka bukan ahli majlis fatwa. Yang boleh keluarkan fatwa ialah ahli majlis fatwa kebangsaan. Itupun setelah mencapai kata sepakat selepas berbincang sesama mereka.

Apa yang PAS sedang buat sekarang neh ialah keluarkan pandangan. Itu jek. Pas tak suruh pun tangguh haji. Tapi suruh najib jangan buat PRU di musim haji. Itu jek. Tapi kalau najib tegar buat PRU-13 di musim haji, maka pas keluarkan kenyataan bahawa tanggungjawab memilih pemerintah lima tahun sekali itu penting. Ahli pas boleh menangguhkan haji. Kalau taknak tangguh ko punya pasal larh kan.

Rujuk sini.

Tapi umno boleh pula meroyan cakap PAS keluarkan fatwa. Kalau ye pun tak bersetuju dengan tindakan PAS, tak payah lah canang orang tue keluarkan FATWA. Cakap je larh terus terang KENYATAAN.

Korang tukar KETERANGAN kepada FATWA di media arus perdana seolah-olah macam ye ye jek PAS boleh keluarkan FATWA. Then bila ada yang terpengaruh mula larh depa membenci PAS. Then bila dah disematkan benih kebencian, macam mana larh umat islam tak berbalah?

Ko suruh orang bersatu depan2 tapi belakang2 ko tikam, hasut dan cucuk suruh orang benci membenci. Ko tak sedar diri pula ek UMNO? 

Lepas tue mula larh mufti2 seme sakan keluarkan pandangan. Bila bab politik jek mula larh nampak muka sana sini. Tapi bab lain, nak nampak bayang pun susah.


Sejujurnya aku memang bersetuju bahawa bagi mereka yang pertama kali menunaikan haji, tak payah lah sibuk membatalkan haji untuk PRU. Sebab apa? Kita tatau mati kita bila. Kalau kita tahu bila, maka boleh lah kita plan siap2.

Tapi sayangnya kita tatau. Jadi walaupun tanggungjawab memilih pemerintah itu penting, tapi rasa kecintaan untuk menjejakkan diri ke tanah suci kota mekah juga bukan kurang penting. Bagi mereka yang sudah pergi banyak kali pun, sentiasa rasa nak pergi lagi dan lagi. Bayangkan pula perasan mereka yang tak pernah pergi? Lagilah membuak-buak.

Jadi, jika mereka berhadapan dengan situasi seperti neh, aku sendiri menyokong bahawa pergi lah ko tunaikan haji. Jangan ko mati menyesal sudah. Tapi setiap masalah sudah tentu ada penyelesaiannya.

Bagi pandangan aku, UMNO akan buat PRU bulan 9. Kalau tiada bulan 9 maka tahun depan dia akan buat terus pada bulan 3. Bagi mereka yang terlibat dengan haji sepanjang tempoh itu boleh lah diberikan pengecualian untuk melakukan UNDI terlebih dahulu. Jika proses UNDI terlebih dahulu digunapakai maka PR akan sedia tahu bila tarikh PRU akan berlangsung.

Ini bukan sesuatu yang UMNO suka. Maka bagi mengelakkan konflik dan perbalahan umat islam di malaysia, adalah amat wajar jika UMNO jangan langsungkan PRU pada musim haji. Mufti patut keluarkan hukum punca kepada permasalahan umat islam. Bukan keluarkan hukum atas permasalahan umat islam.

Dalam kes neh yang menyebabkan ia jadi punca ialah tarikh PRU, bukan haji dan bukan pula PAS. Jadi, apa kata HARAMKAN dulu PRU dilakukan dalam musim haji? 

Walaupun tanggungjawab menunaikan haji sangat penting, tetapi tanggungjawab memilih pemerintah juga tidak kurang penting. Oleh kerana ia sama2 penting, maka ia harus dilakukan secara bersama2. Berikan mereka peluang menunaikan haji, dan kemudian buatlah PRU. Kalau umno boleh bagi jaminan tiada PRU pada musim haji, maka selesai segala isu. Simple.

Ameno : Umno nak buat pru bulan 9 bukan omong kosong der. Itu plan awal dorang. Namun sekarang dorang teragak2 nak teruskan atau tidak plan tersebut.. kalau sungguh juga bulan 9 mungkin dibuat awal minggu.. time orang sedang sibuk bersiap2 nak p haji.

Jumaat, 15 Jun 2012

Gambar TGNA mengketedarah tersebar.

Owh.

Orang umno dah marah TGNA. Kata dorang TGNA tak berserdahana pun


Bukti TGNA sangat2 tidak berserdahana boleh dirujuk melalui gambar di atas. Kata orang umno, kalau korang makan macam di sebelah kanan tue maksudnya nafsu korang besar.

Peh.

Yeke? Gambar sebelum makan kaw amek. Napa tak amek gambar selepas makan? Kalau habis so apa masalahnya pun kalau nafsu makan besar? Janji tak merompak dan mencuri oke larh tue.

Agaknya gambar kat bawah neh gambar nafsu kecik pemimpin2 bien kot. Tahniah ek. Syabas diucapkan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengiringi Perdana Menteri, berkata, kunjungan Najib ke premis itu adalah untuk menikmati dan menilai sendiri kualiti makanan yang dijual kepada rakyat pada harga RM4 untuk makanan tengah hari dan RM2 untuk sarapan.

"Perdana Menteri datang semata-mata untuk makan. Beliau nak rasa sendiri makanan yang dimakan oleh rakyat," katanya kepada pemberita.

Rakyat biasa jek makan nasi. Najib biasa makan apa aku tatau larh pula. Orang nafsu makan kecik neh kan berbeza dengan orang nafsu makan besar neh beb.

kah kah kah


Bukti nafsu makan perdana menteri "KECIK".

Ameno : Suka ahti jek panggil ulama tue malaon..

Borang Bantuan Tayar 1malaysia tersebar.

Nak mohon tayar percuma dari SPAD? Kini kita ada tayar percuma satu malaysia. Khusus untuk pemilik2 teksi. 

Lihat borang kat bawah neh oke ;


Kita percaya borang neh tulen. Kalau tak benar mohon nafikan ia. Apa pun kita takmo complain apa2. Kalau sungguh nak bagi kebajikan kepada rakyat kita ucapkan baguslah. Sebab memang itu tanggungjawab kerajaan pun selama neh. Baik kerajaan negeri or kerajaan pusat.

Cuma tak sangka pula. Nama bantuan pun sibuk sangat nak letak satu malaysia.

kah kah kah

Errr neh bukan pasal nak pilihanraya kan? Memang tiap2 tahun akan jalankan tanggungjawab sebagai pemimpin kan? Baguslah kalau betul.

kah kah kah

Ameno : Jangan buat kerja bermusim beb.

Kos lawatan peribadi Najib ke luar negara RM3juta.


Menurut satu jawapan bertulis kepada MP DAP Seputeh Teresa Kok, Najib membelanjakan RM849,175.33 ketika berada di London antara 13 hingga 15 Mei untuk menghadiri satu majlis anjuran Putera Charles.

Lawatan itu diikuti dengan mesyuarat perdana menteri di Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global di New York antara 16 hingga 18 Mei, dengan kos RM1,606,402.75.


Najib seterusnya, bersama para pegawai, berkunjung ke Washington untuk "kunjungan peribadi" antara 19 hingga 24 Mei dengan kos RM452,985.75. -MKINI-




 RM849,175.33 + RM1,606,402.75 + RM452,985.75 

= RM2, 908, 563.83

Kat london 13 sampai 15 mei. Itu termasuk pergi balik. Dari malaysia ke london ke New York. 3 hari = 800k. Dia buat apa kat sana? Hadiri majlis putera charles. Ada kena mengena ka dengan kita kalau dia nak pergi tengok putera charles pun? Takdak. Tapi dia guna wang pembayar cukai untuk perkara macam neh. Nak pergi tengok sapa pun lantak lah tapi gunalah duit kao sendiri.

Kat New York 3 hari gak. Kos dekat sejuta lebih. Aku tatau larh apa hasil yang najib bawa kembali kepada malaysia setelah membelanjakan jutaan ringgit dalam masa 3 hari. 

Kat Washington pula Najib lama sikit. 6 hari. Kos 400k. Yang neh lawatan peribadi. Terang2 mengaku lawatan peribadi. Tapi sekali lagi aku tertanya2. Ada kena mengena ka dengan kita dia nak pergi melawat sesiapa pun kat sana? Sekali lagi jawapan dia takdak. Jadi, apahal pula dia menggunakan wang pembayar cukai disini?

Fedap.

Duit negara dia buat macam duit dia sendiri. Sepatutnya duit2 tersebut dibelanjakan ke atas kita. Kebajikan untuk rakyat malaysia. Pemimpin juga akan dapat kebajikan kalau mereka membelanjakan duit tersebut kepada rakyat malaysia. 

Tapi macam biasalah, kata menteri kalau dia bagi subsidi kita kena tepuk tangan. Di malaysia neh belum lagi ada yang mati tak makan kata tipiem, tapi mati akibat menentang pemerintah ada. Mati sebab sakit ahti melihat cara korang mentadbir negara. Bai.

Ameno : 3juta dia labur, apa yang malaysia dapat sebagai pulangan?

Khamis, 14 Jun 2012

Kos sewaan PANDA RM3.2 Juta setahun.



Sekarang neh ramai orang dah mula bercakap2 mengenai kos penjagaan panda pinjaman yang dibawa dari CHINA ke MALAYSIA atas nama diplomatik. Sebenarnya aku tak sangka juga yang panda pinjaman neh berbayar. Fikir aku untuk tanggung kos makan minum dan kemudahan asas serta penjaga dia jek. Aku tatau larh pula hubungan diplomatik macam neh pun perlukan guna sejumlah wang.

Tambahan pula namanya kontrak - sewaan penjagaan. Dah sewa yang najib pongpang2 cakap pinjam buat apa? Sepatutnya dia sebut je larh jelas2 panda neh malaysia sewa jek dari china. Tak lama, cuma 10 tahun. Setelah habiskan masa, wang, tenaga dan usaha selepas 10 tahun kita bagi larh kat china balik. Itupun setelah dipercayai kita akan membayar cukai kepada china sebanyak rm3.2juta setahun.

Kata mereka, kita akan dapat balik segala pengorbanan atas nama pelancongan. Akan ada yang melawat malaysia semata2 kerana nak tengok panda. Apakah kita boleh mendapat rm3.2juta setahun kos cukai yang dibayar kepada china? Apakah kita juga akan mampu mendapat semula pulangan kos modal yang diperlukan setiap hari ketika menjaga dua ekor panda neh?

Takpelah najib. Kalau rakyat malaysia neh seme nya kaya raya, takde yang susah, takde yang berhutang nak belajar, takde yang muflis muda akibat tak mampu bayar harga kereta akibat cukai dan riba yang mahal, takde yang miskin akibat barang naik sentiasa,  rasanya tiada sesiapa pun nak kesah ko nak sewa panda 10 juta setahun sekalipun. No hal. 

Tapi itulah najib, baru2 neh kita ada dedahkan keadaan sekolah yang daif. Rasanya kalau buat ikut saluran yang betul, sekolah daif tue tak memerlukan pun satu juta untuk memperbaiki keadaan mereka. Sebab murid pun tak banyak mana.

Dan, sebenarnya 3 atau 4 tahun yang lepas aku ada melawat zoo negara. Siyes aku cakap. Sedih. Tak sangka zoo kita macam tue. Ketika melawat zoo taiping pun aku rasa sedih. Dengan tandas yang menyedihkan. Dengan papan tanda yang buruk, uzur dan kotor. Takan nak berganti dan memperbetulkan benda tue pun takde duit? Tak cukup ke income yang digenerate dari pengunjung zoo untuk tampung apa2 yang rosak?

Kalau tak cukup kenapa tak terai apply peruntukkan dari kerajaan negeri or pusat? Bayangkan ajek kalau pelancong yang tengok keadaan zoo macam tue? Takde ke rasa alahaiii dari aku melawat zoo macam neh baik aku pergi tempat lain? Tahun melawat perak 2012? Yeke? Buat aku rasa nak menangis jek ada menteri macam neh.

Aku ingat lagi. Kali terakhir aku melawat zoo negara, time nak balik tue pekerja zoo minta derma. Kata mereka untuk tampung keperluan makanan haiwan2 kat sini. Minta derma? Tak paksa pun. Katanya poskad neh jualan nya di anggap derma untuk haiwan2 dalam tue.  Nak beli makanan. Tolong lah bantu kami kalau sudi. Hahaha.. sedih aku. Benar2 sedih.

Nak bagi makan untuk binatang dalam zoo sendiri pun takde peruntukkan ek? Hina sangat ke binatang yang kita sendiri ada neh dibandingkan dengan panda luar negara tue? Sorry aku bukan pembenci panda oke. Aku pencinta haiwan. Ular pun aku dah boleh berani nak pegang. 

Baru2 neh time pergi zoo taiping aku face to face lagi dengan ular. Aku nak pegang tapi rasa geli sikit. Ingat nak bergambar gak tapi sorang pun takmo teman. Maleh larh aku. Tapi kepala ular tue memang seram sikit kalau korang tengok depan2. Bagi yang dah biasa tue memang tak rasa apa kot. Tapi ular sawa tue jinak jek aku tengok. Maybe dia rimas orang pegang2 kepala dia. Cam kucing larh.



Korang google larh sendiri. Baca apa yang rakyat negara lain komen bila dapat tahu pemimpin mereka kemaruk nak jalin hubungan diplomatik dengan CHINA guna panda. Macam dah takde cara lain. CHINA gak yang untung sebab buat duit akibat memberikan panda pinjaman bercukai.

Untuk 10 tahun jika RM3.2 juta setahun maka ;

RM32juta untuk kos sewaan = cukai = yang dibayar kepada CHINA sahaja. Untuk rekod korang, dia guna nilai USD. Boleh turun, boleh naik. Kalau turun takde hal. Kalau naik sakit jiwa juga dibuat bila dok fikir2 keputusan bahlol kabinet najib.

Canada sewa USD3million setahun. Tempoh 10 tahun. Sama macam malaysia. Maybe menteri kita boleh cakap harga sewaan panda kita lebih rendah berbanding negara lain andai benar2 terbukti sewaan kita cuma USD1million. 

Itu satu alasan yang bagus juga untuk memujuk rakyat malaysia macam aku yang memerlukan sokongan dan bantuan dari bien. Tapi rate USD1million itu rate paling rendah aku bagi. Aku tak jamin kalau malaysia memperuntukkan kos yang lebih tinggi dari jumlah itu.

Nampaknya, benarlah aku selama neh telah berharap pada kerajaan yang salah. Tak sia2 lagi kenapa aku berpaling secara total sejak 3 tahun yang lepas. Panda itu lebih dikasihi oleh bn dari rakyat macam aku. Bahkan lebih dikasihi dari murid2 yang bersekolah daif di sabah. Juga lebih dikasihi dari rakyat malaysia yang tak mampu beli rumah.

Juga lebih dikasihi dari rakyat malaysia yang mengharapkan pendidikan percuma. Juga lebih dikasihi dari rakyat malaysia yang memerlukan jalan tar di sesetengah tempat. Tak lupa juga, mereka lebih mengasihi panda itu dari mereka yang memerlukan lebuhraya di kelantan. Terima kasih bien. 

Anda mungkin mengasihi benda yang betul tapi kami mengasihi kerajaan yang salah. Jangan ditanya pada rakyat kenapa kami berpaling tadah. Alangkah baiknya jika anda berupaya membaca isi ahti rakyat. Nescayalah, akan ada rakyat yang menangis kalau tahu anda sebenarnya membayar panda yang dipinjam berbanding membantu rakyat yang lebih memerlukan. Bai.

Nota : Untuk rekod panda binatang yang dikasihi dan disayangi di CHINA tue. Tanpa kita pun, dia akan terjaga dengan baik kat sana.

Ameno : Jika kemiskinan di malaysia sudah pupus, maka najib nak bela mana2 haiwan yang diancam bahaya sapa pun tak heran.

Dua gambar panas tersebar.


Lokasi?

Marina Island Ferry Terminal, Lumut, Perak

Besar + jelas + terang.

Harussani tak pernah lalu sini so dia takan perasan. Dont worry geng. Rahsiakan dari harussani dan geng2 umno oke?

kah kah kah

Gambar kedua.


Tengok anak panah. 

Pekerja neh dah disahkan berwarganegara bangla. 

Takde masalah apa pun pun warganegara bangla nak kerja di restoran sekinchan ikan bakar yang mendapat tender pengendali makanan di vale yang mana vale cakap kalau vale beroperasi di perak mereka akan mengutamakan peluang pekerjaan untuk orang tempatan tapi setelah member kita dok tanya2 pekerja sana dia bagitau dia mai dari kl yang lain plak mai dari bangladesh.

Panjang siot aku taip tanpa noktah. Neh kalau sedang bercakap, nafas pun tak sempat nak lalu. Err jap. Kan ke pemilik restoran ikan bakar sekinchan pejuang rasmi bagi peniaga2 melayu tapi napa dorang tak utamakan orang melayu untuk bekerja di restoran milik mereka?

kah kah kah

Sambung pasal VALE. Maiii aiii. 

TEMPATAN larh sangat.

Jap. 

Apasal sekinchan ikan bakar gak yang VALE pilih sebagai caterer rasmi?

No komen. Wa tatau apa2. Wa no comment jek memanjang walaupun dah komen panjang2 kat atas neh.

kah kah kah

Ameno : Sorang mengaku pejuang agama, sorang mengaku pejuang melayu tapi kalau tengok bukti.. ekekeke.. HARAM.

Banner sound bendera umno - fitnah kata perbadanan putrajaya.

Ini update dari bernama. Kata mereka banner tersebut fitnah beb. Banner yang dimaksudkan kat bawah neh ;


Citer dia macam neh. Semalam di wall facebook ada orang upload gambar neh. Aku tak ingat sapa tah. Aku click share sekali tak boleh. Dia cakap this message can't posted on your wall. Demm. Sekali aku save and sebarkan. Memang aku sebarkan kat seme page. Kalau korang nak tahu, yang update pasal gambar neh kat seme page, aku larh dalangnya.

kah kah kah

Dan terbaru sekali aku sebarkan di KBSB. Dan selepas tue agaknya PPJ dapat berita kot mengenai hal neh jadi dorang menafikan hal tersebut melalui bernama. Yang aku tahu, ada saksi nampak banner tersebut waktu pagi tapi bila melalui jalan sama pada waktu petang banner tersebut dah tiada.

Kalau sungguh PPJ buat pun no hal. Betul apa dorang cakapkan tue. Tapi kalau sungguh fitnah memang bermasalah. Mohon elakkan berlawan guna cara macam neh. Nak cetak banner duit lagi. Nak pergi gantung, masa lagi. Lepas tue kena cabut dan mendapat persepsi buruk.

Yang rugi si pemfitnah. Dosa dapat nama buruk pun dapat. Sapa yang fitnah tue aku tatau larh kan tapi siyes benda neh tak boleh dibuat tak kira lah mana2 pihak pun. Adehh.. aku baru jek rasa seronok dengan banner sound bendera. Alih2 kata mereka fitnah. 

kah kah kah

Kenyataan PPJ menerusi bernama ;



Ameno : Jangan sendiri buat sendiri tak mengaku sudey. Ekekeke..

Bangunan umno bakal disita hari ini ? - UPDATED!

Berita panas baru masuk. Bangunan umno di bukit gantang diberitakan telah menerima perintah mahkamah. Khabarnya bangunan yang bakal disita tue tidak melunaskan pembayaran bermula tahun 2002. Agaknya urusan umno dengan pihak bank kot. 

Dan pihak bank memohon kebenaran mahkamah untuk menyita bangunan tersebut. Aku rasa macam tue larh kot jalan citer dia. Yang sahih tak pasti lagi. 

Lihat kat bawah neh jap ;


Sesiapa yang berhampiran di lokasi tersebut boleh larh jadi saksi kejadian. Ce korang tengok betul ka ada bangunan umno di sita dan selidik sket napa kena sita. Kalau betul, mohon rakam sket muka orang2 umno time bangunan depa kena sita. Oke tak?

kah kah kah

Sumber lain : rujuk sini.


UPDATED. 15/6/2012


Bangunan UMNO sah disita sebab gagal melunaskan pembayaran bermula tahun 2002. Perkara ini ada kaitan dengan tanah seluas 5 ekar di terong. Tanah neh sepatutnya digunakan untuk tujuan pendidikan bagi umat islam. Tatau apa yang silap tapi ia membabitkan satu yayasan yang dipercayai tidak wujud iaitu yayasan darul taklim.


Info lanjut disini.


Bukti ia telah disita sini.

Ameno :  Umno kan banyak duit!

Sultan Johor sound Nizar Jamaluddin.

Sultan johor mengaku dia marah beb. Dia marah kat Nizar berhubung isu no plat WWW1 tue. Pengakuan di petik dari paper online versi english the star. 

Lihat kat bawah neh ;



Aku setuju gak bahawa tak semestinya apa seme yang sultan buat untuk rakyatnya perlu ditayangkan or diwar2kan. Aku tak nafikan bab tue. Baguslah kalau sungguh2 sultan johor mengunakan saluran yang betul untuk buat apa2 pun. Tahniah ek. Hehehe..

Aku tak kisah larh kalau sultan nak beli apa2 pun guna wang sendiri atau wang elaun. Benda dah memang termaktub dalam perlembagaan so nak complain pemender pun tak guna. Kalau tak suka, jadi jek ahli parlimen then tukar perlembagaan habis citer. Selagi benda tue masih tertakluk dalam undang2 selagi itulah suka tak suka ko kena follow.

So harap2 sultan johor marah kat kosmo gak. Sebab kosmo lagi terang2 tegur sultan. Nizar pun bukan hina apa seme. Kalau ikut akal aku, logik sangat apa yang nizar cakap. Dia buat perbandingan bahawa rm520k boleh dibuat macam2 woo.. 

Ekekeke.. 

Cuma satu jek aku nak tanya, betul ke peranan Sultan di malaysia ialah sebagai ketua agama islam? Aku confuse bab tue jek. Kalau ada sesiapa boleh explain pun bagus gak. Teringin gak nak faham bab tue. Tenkiu ek.

kah kah kah

Ameno : Pfttttt....

Rabu, 13 Jun 2012

Senjata untuk gulingkan kerajaan oleh peserta bersih didedahkan oleh Nazri Aziz !

Pftttttt..

Aku tatau nak cakap apa dah.

Ya Allah swt yang Tuhanku. Ampunilah dosa2 aku kerana terpaksa mempersendakan pemimpin aku. Nak buat macam mana dah dia bodoh piang sangat.

kah kah kah



Korang nampak tak dua gambar kat atas neh apa? Gambar pertama tue air botol. Dan gambar kedua pula garam. Korang nak tahu tak apa kaitan air mineral dan garam neh dengan apa yang didedahkan oleh nazri aziz ? Boleh. Tengok kat bawah. Tapi sebelum tue korang kena baca amaran dulu

ONLY FOR 21and above LK-ICU

Maksudnya sesiapa yang berumur 21 jek boleh tengok sebab lambang 21 LK-ICU merujuk kepada sesiapa yang bawah dari 21 tahun akan dimasukkan ke ICU kalau terus mengikuti lawak kritikal kat bawah neh. 

So please, pastikan anda berusia 21 tahun ke atas. Yang 21 tahun ke atas pun belum tentu selamat perut depa tapi ada larh sedikit ketahanan sebab dah hidup lama kan.

kah kah kah

Garam dan botol air mineral yang menjadi 'perisai' peserta perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu tidak harus dipandang remeh kerana ia mungkin boleh menjadi instrumen berkuasa untuk menjatuhkan kerajaan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ni.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kuasa garam dan botol air mineral mungkin boleh menjadi seperti kuasa telefon bimbit yang menyebabkan jatuhnya regim berpengaruh di Mesir dan Tunisia.
"Jadi jangan remehkan kuasa garam dan botol...kerajaan yang berpengaruh di Mesir dan Tunisia jatuh hanya dengan telefon bimbit sahaja Yang Berhormat, jadi jangan diremehkan," katanya.
Mohamed Nazri berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang bertanya sama ada kerajaan bersedia meminta maaf kerana mendakwa perhimpunan Bersih 3.0 sebagai cubaan rampasan kuasa oleh pembangkang.
"Adakah perdana menteri sedia minta maaf dan tarik balik dakwaan cubaan rampasan kuasa...bolehkah garam dan botol air mineral gulingkan kerajaan," soal Lim. -SH-


kah kah kah

Kerajaan dah cuak. Dengan botol pun takut. Patutlah pun. Ada ka dia kata kita nak gulingkan kerajaan berbekalkan botol? Logik arh sket. BERSIH perhimpunan aman. Kita nak membalon SPR yang lemau. Yang BN menyibuk tak tentu hala dah kenapa?

Kita takan gunakan keganasan dan kekerasan di saat kita sendiri berjuang menreformasikan sistem SPR. Itu bermaksud kalau pun kita ada niat nak gulingkan kerajaan, kita akan gulingkan mereka guna sistem pilihanraya.

Statement nazri aziz sebenarnya ada pro dan cons. Pro nya ialah, ini membuktikan kerajaan sedar bahawa mereka telah kehilangan sokongan yang amat2 besar sehinggakan dengan perhimpunan aman yang berbekalkan air mineral dan garam pun mereka takut. Rasa ketakutan itulah akhirnya memaksa mereka buat pelbagai tindakan bodoh bagi mencemarkan reputasi bersih.

Cons nya ialah, nazri seolah2 cuba menghalalkan tindakan PDRM ke atas peserta2 bersih hanya semata2 mereka berhimpun, bawa garam dan air itu tak bermaksud mereka mahu menggulingkan kerajaan melalui jalan demotransi.

Memang tak dapat dinafikan kerajaan yang zalim boleh tumbang pada bila2 masa. Memang tak dapat dinafikan juga bahawa bn boleh tumbang berbekalkan air mineral. Tetapi apa yang pasti, setelah 3 kali bersih berlalu, air mineral belum lagi berfungsi sebagai ikon penumbang barisan nasional. Akan datang mungkin, jika itu hasrat nazri, akan kami tunaikan.

kah kah kah

Ameno : Kerajaan memang lemah dengan air mineral pun depa cuak sey.

Ini baru gambar sebenar Nik Aziz ketika masih muda.

Selama neh aku dok perhatikan jek bloggers dan cybertroopers umno sebarkan satu gambar. Gambar tersebut ialah gambar perkahwinan TGNA ketika di zaman muda. Usah kata gambar tue, dorang juga ada sebarkan satu gambar konon nya TGNA ketika muda ialah penyokong kuat umno.

Tah betul tah tidak aku tatau larh kan. Tapi kalau korang nak ikut nasihat aku, aku cadangkan jangan percaya langsung posting2 dorang sebab ikut pengalaman aku 10 yang dorang citer, sejuta kali ko tak boleh percaya. Lepas sejuta ko nak percaya, percayalah. Tapi kalau belum cukup sejuta kali, toksahlah percaya. Buang masa ko jek. Siyes.

Memang ada bloggers umno yang berilmiah sket dalam melontarkan hujah tetapi mostly yang tak berilmiah lebih menguasai platform. Kalau nak cari yang ilmiah korang buka lah blog english yang sokong umno. Kebanyakkan nya mereka neh stock2 pro m. Taksub pula kat batang tubuh dr mahathir. Itu yang buat slacknya pula.

Lihat jap gambar kat bawah neh ;

 
Mungkin ada yang dah tahu, mungkin ada yang taktahu, tapi posting neh khusus untuk yang tatau jek macam aku. Tapi sekarang aku dah tahu. Gambar perkahwinan yang konon nya ialah TGNA sebenarnya bukanlah TGNA langsung.

Tah mana2 tah depa cilok dan2 terus kaitkan dengan TGNA. Tak agak2 nak fitnah ulama. Lepas tue tengok kat bawah neh sat ;



Pakaian ala yahudi konon.

Bukan kah itu pakaian rasmi dalam sidang parlimen ? Tak silap aku pakaian tue lah antara pakaian kegemaran najib. Dah tukar ka ?

kah kah kah

Lepas tue korang tengok gambar kecik kat sebelah kanan tue. Itulah baru wajah sebenar TGNA ketika muda. Kat bawah neh pun ada beb ;


Rupanya TGNA memang suka perpaduan sesama umat islam. Tak pula dia galakkan perpecahan. Walaupun itulah yang dilaung2kan oleh umno sekarang neh.

Masalah yang kita hadapi sekarang neh ialah dalam PAS sememangnya orang islam dan memperjuangkan islam tetapi dalam umno belum tentu. Jadi nak berkerjasama atas nama islam memang takde masalah tapi masalahnya betul ke yang nak berkerjasama tue benar2 kerana islam. Faham tak?

So, aku rasa neh larh juga yang TGNA perjelaskan setiap kali bila umno asyik2 sebut dia antara tokoh yang menyebabkan perpecahan di kalangan umat islam. Siapa sebenarnya yang menimbulkan perpecahan kalau bukan parti merah yang terlebih dahulu main tikam belakang? Dulu dia begitu dan kini dia juga tiada beza. Kalau dulu tikam belakang sekarang depan2 dia tikam lepas tue tak mengaku. Dasat kan? Heh.

Ameno : Berhentilah sebarkan fitnah..

Dalam HUTAN tak boleh berpolitik - AMARAN KERAS dari PAHANG!

KAH KAH KAH

Adoii lah adoiiii

Sapa plak keluarkan arahan bongek macam neh? Sorry jangan marah naaa sebab siyes arahan neh teramatlah bongek sebongek bongeknya.

kah kah kah


Tak boleh berpolitik di kawasan sekolah? Oke ada rasionalnya.

Tak boleh berpolitik di kawasan tempat kerja? Ada juga rasionalnya cikit2.

Tapi tak boleh berpolitik dalam hutan? Fikir macam mana pun aku tak boleh nak adopt kerasionalan nya weh..

kah kah kah

Sengal siottt

Jangan marah naaa pengarah perhutanan pahang. Hang dah buat satu tindakan yang mendorong aku untuk mengejek hang so redha je larh oke.

kah kah kah

Sumber : sini


Ameno : Pokok marah kot kalau berpolitik.. ekekekek

Bersih haram bukan fatwa tetapi nasihat - Mashitah




Selepas hampir sebulan dimainkan media Umno kononnya Bersih 3.0 difatwakan haram, tiba-tiba hari ini Parlimen diberitahu kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan tempoh hari bukan fatwa, sebaliknya adalah nasihat.

Penjelasan itu dinyatakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim di Dewan Rakyat petang ini.

Beliau berkata demikian sebagai jawapan balas kepada ucapan penangguhan oleh Ahli Parlimen Kuala Kedah Ahmad Kassim yang mendakwa fatwa tersebut membawa kekeliruan kepada rakyat. -HD-

Owhh oke.

Bukan difatwakan HARAM tapi NASIHAT jek ek?

Kat bawah neh apa sey ?


Nampak tak bagaimana majlis fatwa kebangsaan mengaitkan ia dengan insiden BERSIH sebab tue dorang keluarkan fatwa? Selama neh ada banyak jek perhimpunan yang mencetuskan huru hara termasuklah perhimpunan umno yang baling2 kerusi apa seme tak pernah sibuk pun nak keluarkan fatwa apasal?

Tapi selepas bersih kemain sibuk nak fatwa tue neh. Dan lihat kat bawah neh pula ;


Apsal bloggers umno kemain marah TGNA sebab dia mempertikaikan keputusan majlis fatwa kebangsaan? Napa time tue ustazah tak muncul dan cakap hello, mana ada fatwa yang mengatakan bersih haram tetapi kita nasihat aje oke. Napa tak buat begitu time utusan dan bh meroyan pasal bersih di media2 mereka?


Alamak aiii.

Kalau ikut pandangan aku, bukan perhimpunan itu yang haram sepatutnya yang haram itu perbuatan. Perhimpunan yang berakhir dengan huru hara tak semestinya bermaksud keganasan der. Contohnya lepas pergi jalan2 di karnival jom heboh ajak pergi romen2. Itu haram larh. Bukan perhimpunan tapi perbuatan.

Tak kira lah kalau nak buat perhimpunan atau demo apa pun kalau seseorang tue ada niat nak menyeleweng dari matlamat asal,  maka seseorang itulah yang dipersalahkan. Apa sebab ko heret perhimpunan pula? Hanya sebilangan kecil jek yang buat masalah apa sebab seluruh peserta yang terlibat perhimpunan di anggap perosak? Tak boleh blah betul pemikiran seperti tue.

Lepas tue tak habis2 nak tanam persepsi konon nya keganasan dan lawan pemerintah itu huru hara. Hello, para ilmuan yang mengaku arif agama, huru hara itu tak semestinya ganas. Dan yang ganas tak semestinya huru hara. Ada sesetengah keganasan yang bila kita buat ia sebenarnya tak salah pun kalau ikut situasi. Contohnya apa yang berlaku di syria. Rakyat terpaksa bertindak ganas pada mereka yang zalim demi menyelamatkan diri.

Dan tak semestinya yang tak ganas tue bukan huru hara pula. Contoh beruk2 maknyeh yang melompat2 dan terkinja2 masa tengok konsert. Itu huru hara larh tue. Tapi apsal taknak sound pula mereka2 yang berhimpun dalam konsert ?

Itulah aku cakap dah banyak kali. Akal kat atas tue bukanlah perhiasan. Gunakan ia. Jangan jadi macam mufti kat bawah neh. 


Boleh pula dia meroyan mengatakan bahawa dosa menyertai perhimpunan sebaris dengan dosa besar syirik dan seangkatan nya? Bukan kah syirik tue dosa besar? Kalau ikut statement dia tue, dia seolah2 sedang mengaitkan bahawa menyertai perarakan termasuk dalam 7 dosa besar. Ini apa yang aku faham melalui kenyataan dia kat atas oke.

Bodoh ke apa? Aku tanya jek neh. Takut juga kalau2 ada sedara mara dia yang kecik ahti. Tapi tengok larh cara dia bagi ulasan. Kalau utusan fitnah dia cepat2 tampil ke depan.

Kat malaysia neh memang pelik der. Maksud aku stail pemerintahan dorang. Benda yang takde apa pun depa sibuk2 cakap haram. Benda yang terang2 haram depa amalkan lepas tue spin kata kita yang amalkan ia. Tak ke pelik namanya tue?

Salah satu contoh pelik ada kat bawah neh ;



Ameno : Bukan kutuk tapi nasihat oke. Ekekeke..

Selasa, 12 Jun 2012

Boleh komplain Sultan - Paper dulu-dulu.


Kerajaan negeri perak boleh pecat sultan. Ada kuasa yang diperuntukkan kepada kerajaan negeri melalui dewan negara perak untuk memecat mana2 sultan yang melakukan kesalahan besar yang menyalahi undang2 negara.

Dalam artikel yang sama juga ada tertera bahawa rakyat boleh mengemukakan aduan kepada dewan rakyat berhubung salah laku sultan. Kalau ia masih diamalkan sekarang, aku berharap sangat diberikan pencerahan bagaimana nak mengadu pasal sultan. 

Pasal aku nak buat beberapa aduan. Pasal penjualan tanah kepada warga asing itu yang terutamanya. Kalau takde dah abaikan je larh.

KAH KAH KAH

Dan dalam artikel yang sama juga ada jelas tertera statement neh ;

"Pada dasarnya pertelingkahan di antara raja-raja melayu dan kerajaan pusat diselesaikan secara rundingan"

Maksudnya disini ialah kerajaan pusat pernah bertelingkah dengan raja2 melayu. Aku rasa asas kepada pertelingkahan tersebut ialah untuk mengurangkan kuasa raja2 di malaysia pada ketika itu. Dan aku juga dapat tahu bahawa umno sendiri pernah menyokong gagasan  republik. Rujuk video neh.

Kalau sungguh nampaknya sistem pentadbiran negara pilihan aku dan umno takde beza. Ataupun lebih tepat sistem yang aku mahu diamalkan di malaysia adalah sistem yang mahathir juga PERNAH inginkan. Jika umno PERNAH ada keinginan dan mahathir juga PERNAH ada keinginan, maka apa sebab aku tak boleh hah?

kah kah kah

Ameno : UMNO mudah lupa.. bukan melayu mudah lupa oke. Ekekeke

Ustazah Mashitah Sound Ustaz Azhar Idrus.



Kat atas neh penulisan Ustazah Mashitah yang dipetik dari sinar harian. Klik sini untuk bacaan penuh oke. Yang dimarahkan mashitah kerana ustaz bermain alat muzik ka? Bukan kot. Tapi penulisan ustazah mashitah seolah2 nak memberikan gambaran bahawa kalau berceramah sambil melawak dan main muzik itu bukan ceramah tapi itu maharaja lawak.

Petikan tersebut ;

Apabila ada pula ustaz bermain alat muzik dan menyanyi sepanjang berceramah tanpa isi yang jitu atau berseloroh hampir sepanjang ceramah bagaikan Maharaja Lawak. Ini juga mewujudkan suasana keliru. Masyarakat lebih celaru jika penceramah yang tidak layak tetapi mempertikai keputusan Majlis Fatwa atau mengeluarkan fatwa songsang, misalnya menghalalkan perkara yang haram dan menyeru pengikut berbuat kerosakan. -SH-


Ustaz menghalalkan yang haram? 

Menyeru pengikut berbuat kerosakkan?

Takpelah. Kali neh aku takan tulis apa2. Sebaliknya aku bagi gambar dan persoalan jek. Kalau kita jadi orang yang ada akal, yang boleh berfikir, kita mesti rasa malu nak kata orang menghalalkan yang haram di saat kita sendiri sedang mabok arak. Siyes.

Lihatlah sendiri gambar2 kat bawah neh wahai ustazah mashitah ;


Ustazah kening bercukur. Ini halal ke? Nak tanya coz saya tak mahir bab hukum.


Jamil khir pernah gunakan wang zakat untuk bayar kos guaman sebelum bertindak menganti semula guna wang kerajaan. Ini ke etika seorang menteri agama ustazah mashitah? Kenapa lantik peguam swasta sedangkan peguam kerajaan bersepah? Ini ke amalan jimat cermat yang rakyat kena contohi ustazah mashitah? Mohon perjelaskan.




Ustazah, Najib kan sebagai seorang muslim dan piem di malaysia neh pernah meluluskan projek pembinaan kelab malam. Dia nak bina banyak kelab malam dan jadikan malaysia sebagai hub hiburan malam. Yang neh apa hukum dia ek? 

Projek neh pun dirahsiakan dari pengetahuan umum. Kita taktau perkembangan dia dan yang paling penting wang kerajaan juga terlibat. Boleh tak tahu apa hukum kerajaan membina pusat maksiat? Harap ustazah boleh menjawab persoalan neh.


Ini program apa ek? Tengok kat banner tue ada lambang apa ek? Mohon ustazah mashitah memperjelaskan apa hukum nya jika kerajaan islam melayu malaysia terlibat dalam program2 seperti di atas.


Nak tanya apa hukum jika kerajaan membenarkan judi di malaysia atas alasan menyediakan hiburan kepada bukan islam. Apakah hukum nya orang islam menyediakan hiburan yang haram kepada bukan islam tetapi membawa impak negatif kepada keseluruhan masyarakat tanpa kira agama dan bangsa?

Kerajaan juga mengutip cukai judi dan jadikan ia seperti sumber pendapatan. Menurut ustazah, adakah ini dibolehkan dalam islam?


Nak tanya apa hukum nya utusan dan bh menyiarkan keputusan judi? Kan paper tue paper umat islam melayu sejati teralim di dunia jek baca, so takpe ke kalau pemilik paper yang juga dimiliki oleh umat islam melayu teralim dan teranggung di dunia siarkan keputusan no ekor? Mohon ustazah perjelaskan.


Aduiii.. baru beberapa persoalan aku dah penat. Takpelah ustazah, mohon ustazah jawab dulu persoalan2 kat atas neh. Lainkali kalau ustazah merepek lagi aku bagi soklan berbeza pulak. Banyak tawww.. don't worry oke.

kah kah kah

Ameno : Sapa sebenarnya yang menghalalkan yang HARAM neh der?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...