Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 15 Jun 2012

Kos lawatan peribadi Najib ke luar negara RM3juta.


Menurut satu jawapan bertulis kepada MP DAP Seputeh Teresa Kok, Najib membelanjakan RM849,175.33 ketika berada di London antara 13 hingga 15 Mei untuk menghadiri satu majlis anjuran Putera Charles.

Lawatan itu diikuti dengan mesyuarat perdana menteri di Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global di New York antara 16 hingga 18 Mei, dengan kos RM1,606,402.75.


Najib seterusnya, bersama para pegawai, berkunjung ke Washington untuk "kunjungan peribadi" antara 19 hingga 24 Mei dengan kos RM452,985.75. -MKINI-




 RM849,175.33 + RM1,606,402.75 + RM452,985.75 

= RM2, 908, 563.83

Kat london 13 sampai 15 mei. Itu termasuk pergi balik. Dari malaysia ke london ke New York. 3 hari = 800k. Dia buat apa kat sana? Hadiri majlis putera charles. Ada kena mengena ka dengan kita kalau dia nak pergi tengok putera charles pun? Takdak. Tapi dia guna wang pembayar cukai untuk perkara macam neh. Nak pergi tengok sapa pun lantak lah tapi gunalah duit kao sendiri.

Kat New York 3 hari gak. Kos dekat sejuta lebih. Aku tatau larh apa hasil yang najib bawa kembali kepada malaysia setelah membelanjakan jutaan ringgit dalam masa 3 hari. 

Kat Washington pula Najib lama sikit. 6 hari. Kos 400k. Yang neh lawatan peribadi. Terang2 mengaku lawatan peribadi. Tapi sekali lagi aku tertanya2. Ada kena mengena ka dengan kita dia nak pergi melawat sesiapa pun kat sana? Sekali lagi jawapan dia takdak. Jadi, apahal pula dia menggunakan wang pembayar cukai disini?

Fedap.

Duit negara dia buat macam duit dia sendiri. Sepatutnya duit2 tersebut dibelanjakan ke atas kita. Kebajikan untuk rakyat malaysia. Pemimpin juga akan dapat kebajikan kalau mereka membelanjakan duit tersebut kepada rakyat malaysia. 

Tapi macam biasalah, kata menteri kalau dia bagi subsidi kita kena tepuk tangan. Di malaysia neh belum lagi ada yang mati tak makan kata tipiem, tapi mati akibat menentang pemerintah ada. Mati sebab sakit ahti melihat cara korang mentadbir negara. Bai.

Ameno : 3juta dia labur, apa yang malaysia dapat sebagai pulangan?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...