Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 16 Jun 2012

Fatwa terbaru PAS mengenai haji.


Sekarang neh bloggers umno, medias mainstream and pemimpin2 umno sibuk mencanangkan kepada rakyat bahawa PAS mengeluarkan fatwa terbaru. Boleh lihat cara mereka mempersendakan pas melalui kartun dan sebagainya.

Aku rasa aku dah penat explain benda neh banyak banyak banyak banyak banyak banyak banyak banyak banyak

KALI !

PENAT!

Tahu tak penat? 

Faham tak apa itu fatwa? Orang PAS, ahli PAS mahupun president PAS tak boleh keluarkan fatwa sebab mereka bukan ahli majlis fatwa. Yang boleh keluarkan fatwa ialah ahli majlis fatwa kebangsaan. Itupun setelah mencapai kata sepakat selepas berbincang sesama mereka.

Apa yang PAS sedang buat sekarang neh ialah keluarkan pandangan. Itu jek. Pas tak suruh pun tangguh haji. Tapi suruh najib jangan buat PRU di musim haji. Itu jek. Tapi kalau najib tegar buat PRU-13 di musim haji, maka pas keluarkan kenyataan bahawa tanggungjawab memilih pemerintah lima tahun sekali itu penting. Ahli pas boleh menangguhkan haji. Kalau taknak tangguh ko punya pasal larh kan.

Rujuk sini.

Tapi umno boleh pula meroyan cakap PAS keluarkan fatwa. Kalau ye pun tak bersetuju dengan tindakan PAS, tak payah lah canang orang tue keluarkan FATWA. Cakap je larh terus terang KENYATAAN.

Korang tukar KETERANGAN kepada FATWA di media arus perdana seolah-olah macam ye ye jek PAS boleh keluarkan FATWA. Then bila ada yang terpengaruh mula larh depa membenci PAS. Then bila dah disematkan benih kebencian, macam mana larh umat islam tak berbalah?

Ko suruh orang bersatu depan2 tapi belakang2 ko tikam, hasut dan cucuk suruh orang benci membenci. Ko tak sedar diri pula ek UMNO? 

Lepas tue mula larh mufti2 seme sakan keluarkan pandangan. Bila bab politik jek mula larh nampak muka sana sini. Tapi bab lain, nak nampak bayang pun susah.


Sejujurnya aku memang bersetuju bahawa bagi mereka yang pertama kali menunaikan haji, tak payah lah sibuk membatalkan haji untuk PRU. Sebab apa? Kita tatau mati kita bila. Kalau kita tahu bila, maka boleh lah kita plan siap2.

Tapi sayangnya kita tatau. Jadi walaupun tanggungjawab memilih pemerintah itu penting, tapi rasa kecintaan untuk menjejakkan diri ke tanah suci kota mekah juga bukan kurang penting. Bagi mereka yang sudah pergi banyak kali pun, sentiasa rasa nak pergi lagi dan lagi. Bayangkan pula perasan mereka yang tak pernah pergi? Lagilah membuak-buak.

Jadi, jika mereka berhadapan dengan situasi seperti neh, aku sendiri menyokong bahawa pergi lah ko tunaikan haji. Jangan ko mati menyesal sudah. Tapi setiap masalah sudah tentu ada penyelesaiannya.

Bagi pandangan aku, UMNO akan buat PRU bulan 9. Kalau tiada bulan 9 maka tahun depan dia akan buat terus pada bulan 3. Bagi mereka yang terlibat dengan haji sepanjang tempoh itu boleh lah diberikan pengecualian untuk melakukan UNDI terlebih dahulu. Jika proses UNDI terlebih dahulu digunapakai maka PR akan sedia tahu bila tarikh PRU akan berlangsung.

Ini bukan sesuatu yang UMNO suka. Maka bagi mengelakkan konflik dan perbalahan umat islam di malaysia, adalah amat wajar jika UMNO jangan langsungkan PRU pada musim haji. Mufti patut keluarkan hukum punca kepada permasalahan umat islam. Bukan keluarkan hukum atas permasalahan umat islam.

Dalam kes neh yang menyebabkan ia jadi punca ialah tarikh PRU, bukan haji dan bukan pula PAS. Jadi, apa kata HARAMKAN dulu PRU dilakukan dalam musim haji? 

Walaupun tanggungjawab menunaikan haji sangat penting, tetapi tanggungjawab memilih pemerintah juga tidak kurang penting. Oleh kerana ia sama2 penting, maka ia harus dilakukan secara bersama2. Berikan mereka peluang menunaikan haji, dan kemudian buatlah PRU. Kalau umno boleh bagi jaminan tiada PRU pada musim haji, maka selesai segala isu. Simple.

Ameno : Umno nak buat pru bulan 9 bukan omong kosong der. Itu plan awal dorang. Namun sekarang dorang teragak2 nak teruskan atau tidak plan tersebut.. kalau sungguh juga bulan 9 mungkin dibuat awal minggu.. time orang sedang sibuk bersiap2 nak p haji.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...