Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 11 Jun 2012

Pengalaman melawat ISA.






Aku rasa ramai kot yang dah tahu kes tahanan ISA mogok lapar. Tapi mogok lapar tersebut dah dihentikan tak berapa lama dulu. Dan kemudian nya dengan citer sambung balik. Dan status terbaru tahanan tue aku taktau. Samada masih mogok lapar lagi ataupun sebaliknya.

Baru2 neh aku ada pergi taiping. Saja jalan2. Aku tak pernah pergi taiping pun. Depa cakap bandar taiping redup dan sejuk jarang panas. Tapi time aku pergi hari tue demm panas siot.

Muahaha.

Dan selepas melawat zoo taiping, penjara isa di kamunting telah menjadi destinasi kedua pilihan aku. Saja aku nak tengok penjara neh. Apa yang special sangat sampaikan pembinaan dia mengalahkan penjara biasa? Sekuriti dia pun alamak aiii.. seolah2 macam penjenayah hebat duduk dalam neh walhal tahanan politik jek pun.

Antara info yang aku berjaya collect time melawat penjara tue ialah dorang cakap memang akta ISA sedang dalam peringkat pemahsuhan. Maksudnya apa yang najib sebut hari tue memang sedang dalam peringkat pelaksanaan. Bukan tipu2. 

Sebab tue larh pengawai2 yang bertugas di penjara ISA ada yang dah dipindahkan. Mengenai tahanan pula aku tak sure. Aku suspect dorang tak boleh leak info pasal tahanan. Aku ada gak bagi2 soalan perangkap tapi demm dorang taknak dedahkan satu apa pun.

Yang aku tahu dorang cakap tahanan dalam ISA memang tahanan politik. Aku ada gak argue bukan seme pasal politik kena tahan tapi dorang cakap memang pasal politik jek sebab tue seme kena tahan. Tah betul tah tidak, tahanan2 dalam ISA ibarat macam duduk di rumah sendiri. Aku diberitahu macam tue tapi aku tak pasti samada ia benar ataupun sekadar dipermain2kan.

Bagi aku, kalau pun duduk macam di rumah sendiri tapi terasing dari dunia luar buat apa? Dah larh bukan buat jenayah berat tapi hukuman kemain berat lagi. Korang tengok antara gambar2 yang aku berjaya tangkap time pergi kamunting ari tue.

Penjara ISA neh kukuh dengan 3 lapisan halangan bagi menghalang orang pecah masuk or pecah keluar. Karena ada di mana2. Bila aku membandingkan dengan penjara taiping aku dapati penjara ISA lebih kukuh dan ketat sekuritinya sedangkan dalam penjara ISA cuma tahanan politik bukan tahanan penjenayah.

Sebenarnya ikut plan aku, aku nak masuk dalam penjara ISA tue. Bukan sebagai tahanan oke tapi sebagai pelawat tapi takley. Ekekeke.

So dapat tangkap gambar luaran je larh. Harap2 lepas neh selepas akta ISA benar2 dimahsuhkan, penjara tersebut boleh dibuka untuk lawatan. Saja je nak tengok bagaimana kah keadaan banduan kat sana ketika berada dalam tahanan. Betul ke mereka dilayan macam tahanan rumah?

Tapi memang siyes cakap, besar siot tempat tue. Nak merayau satu hari memang tak lepas der. Silap2 boleh sesat.

kah kah kah

Nak sambung belajar di taylor university? Klik sini untuk info lanjut.

Nak belajar english percuma? Klik sini.

Ameno : Siap ada yang ternak lembu lagi tue.. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...