Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 22 Januari 2011

Orang islam suka menipu.

Cuba kita perhatikan keadaan sekeliling kita. Cuba kita tumpukan pemerhatian kita khusus kepada orang islam semata2. Ya, hanya orang islam. Tidak kah anda merasakan apa yang saya rasakan?Apa yang saya rasa ialah orang islam ialah spesis yang suka menipu, kuat menipu dan sering menipu. Betul. Saya jujur. Dan saya tidak menipu meskipun saya suka menipu. Heh

Saya tahu pembaca tidak akan mempercayai saya. Malahan pembaca akan mengatakan saya sedang menipu. Masalahnya bila menulis saya tidak tipu. Saya hanya tipu bila tidak menulis. Faham tak? Heh


Orang islam suka menipu. Ini fakta. Mari saya tunjukkan bukti.


Di atas ini adalah rancangan yang menyesatkan umat islam. Tetapi orang islam yang paling ramai masuk. Orang islam yang paling ramai sokong. Dan orang islam juga
yang paling ramai tonton.

Emccceeehzz.. saya tak tipu. Kan saya dah cakap banyak kali tadi. Ketika menulis, saya suka tulis dengan betul. Kalau saya menipu, saya buat ketika saya tidak menulis. Heh


Orang islam suka menipu mengenai arak. Mereka kata arak haram, tetapi mereka minum juga.


Orang islam suka menipu mengenai aurat. Mereka kata buka aurat berdosa besar. Tapi mereka buka juga.


Orang islam suka menipu mengenai maksiat. Mereka kata maksiat haram, tapi mereka buat juga.

Orang islam suka menipu mengenai hiburan. Mereka kata hiburan melalaikan, tetapi mereka yang anjurkan juga.


Orang islam suka menipu mengenai israel. Mereka kata israel jahat, tapi jahat2 israel mereka kawan juga.


Orang islam suka menipu mengenai agama mereka sendiri. Mereka kata mereka islam tapi solat tak pernah nampak.


Orang islam suka menipu mengenai keislaman mereka, mereka kata jadi orang islam lebih baik dari orang kafir tapi perangai mereka yang paling teruk juga berbanding dengan orang kafir.

Tak percaya? Takpe..


Sapa paling banyak buang anak kat malaysia?
orang islam!

Sapa paling banyak rogol/liwat anak orang?
orang islam!

Sapa paling banyak hisap dadah?
orang islam!

Sapa paling banyak berzina?
orang islam!

Sapa paling banyak merempit?
orang islam!

Sapa paling banyak hina islam?
orang islam!

Sapa paling banyak menjahanamkan akidah umat islam?
orang islam juga!!

Saya penipu bila saya kata saya orang islam tapi dalam masa yang sama saya buat perkara2 yang Allah swt tegah. Saya tak tipu saya suka maksiat cuma saya tipu saya orang islam. Heh


Saya penipu bila saya kata saya orang islam tapi dalam masa yang sama saya minum arak dan berzina. Saya tak tipu saya jahil cuma tipu bila saya kata saya orang islam. Heh


Saya penipu bila saya kata saya orang islam tapi dalam masa yang sama saya tayang aurat. Saya tak tipu saya suka seksi cuma tipu bila saya kata saya orang islam. Heh

Saya penipu bila saya kata saya orang islam tapi dalam masa yang sama saya meragui/menghina undang2 Allah swt. Saya mengaku saya tak suka hudud cuma tipu bila saya kata saya kata saya orang islam. Heh


Saya penipu bila saya kata saya orang islam tapi dalam masa yang sama saya membiarkan kawan2 saya buat maksiat depan mata. Saya mengaku saya sayangkan kawan2 saya dan rela mereka buat maksiat cuma saya tipu ble saya kata saya orang islam. Heh


So tak betul ke ble aku kata orang islam suka menipu? Hiduplah korang dengan penipuan korang. Neh aku pinjam kata2 linggam "correct,correct,correct"


Nama macam nama orang islam.

Muka macam muka orang islam.

Agama dalam ic macam agama islam.

Tapi mereka bukan orang islam.


Ameno : Yang menipu, yang tertipu dan yang ditipu.

Penyokong Rosmah Mansur buat hal.

Kisah nya begini. Saya, selaku penyokong rosmah mansur sebenarnya agak geram dengan rosmah mansur. So boleh lah di anggap sayalah penyokong rosmah mansur yang buat hal tue. Heh

Lagi satu saya terpaksa gelar wanita pertama di malaysia neh sebagai rosmah mansur je. Saya harap rosmah mansur tak kesah sangatlah. Sebab apa, kalau nak saya gelarkan dia pun.. saya tak tahu gelaran apa yang patut saya tulis kat sini. Yelah dek terlalu banyak gelaran yang dia dapat sejak dua tahun kebelakangan neh. Selangor ada, melaka ada, sarawak ada, johor ada.. arhhh sudahlahh!! Nak sebut2 pula seme gelaran dia ape ke hel nya pulak!!! Heh


Cuba tengok paparan printscreen kat bawah neh. Ada dua paparan je. Tak banyak kan, so jangan lazy2 nak tengok..

Okey dah tengok? Pheeiwww..

Rosmah cakap dia tak kesah kena kritik der.. so pe lagi selaku penyokong setia totok rosmah [hanya penyokong je tahu kesah2 rosmah neh, kalau benci biasa tak amek tahu kan? heh] aku nak buka silat kritikan aku.. harap2 dia yang tak amek kisah tue, betul2 tak kesahlah lepas baca neh. Heh [huissshh korang.. dia baca lah.. kalau tak mana dia tahu dia kena kritik, lagi satu page rosmah mansur, sila minta maaf kepada umat islam adalah page yang dia mesti 'tonton'.. auwww..]


Kalau korang baca betul2 keratan di atas rosmah ada mention cakap dia di jemputlah, untuk diberikan ucapanlah.. apalah.. owh pls lah rosmah mansur, awak tue isteri piem. Bukan piem. Apsal lah dorang beria2 nak jemput mem mengalahkan piem pula? Dah tue sekali pergi bawa dekat 20 org sertai rombongan. Kos tue kos yang penting. Siapa tanggung? Kalau betul di jemput, mereka [yg menjemput] tanggung ke 'self-pay'? Heh.


Dengar citer seme kos2 rosmah ke luar negara bersama rombongan nya di tanggung/dibiayai oleh kerajaan, tetapi mereka [parlimen/kerajaan] tidak mahu dedahkan kos sebenarnya. Adoiiii mana boleh macam neh mem. Mem pergi sana, guna duit rakyat mem. Mem suruh rakyat jimat cermat tapi mem hebat merosmahmansurkan duit rakyat mem. Adoiilahhh mem neh.. cakap lain bikin lain. Heh


Dah tue mem siap cakap lawatan mem tue demi rakyat. Mem owhh mem.. apa benefits yg rakyat gain dari lawatan mem neh mem oii? Apa dia? Rakyat tak duduk pun kat hotel mewah. Rakyat tak berjalan2 sambil bershopping2 pun kat luar negara. Asap kapal terbang pun rakyat tak hidu. So apakah benefit nya wahai mem rosmah mansur? Apa?


Saya neh mem, tak pernah soh mem pergi luar negara sana taw. Tak pernah waima sekalipun. So apa wakil2 plak? Taktahu lah kalau ada penyokong mem yang len suruh wakil mereka pula. Heh. Bagi sayalah kan, kalau mem nak bantu rakyat malaysia kan, mem kena kurangkan pergi luar negara. Siyes mem. Lagi kerap mem duduk dalam malaysia, lagi kurang wang rakyat di belanjakan ke jalan yang tidak sepatutnya, lagi seronok rakyat rasa, walaupun mem duduk sini tanpa buat apa2. Neh mem buat itu buat ini, bukan rakyat rasa seronok. Lagi menyampah dok ada mem. Heh


Bila saya baca mem cakap kerajaan arab saudi jemput mem sebab nak kaji sumbangan mem kepada kanak2 empat tahun kan mem, saya rasa nak tergelak besar mem. Betul mem. Saya ikhlas mengaku mem. Anak2 mem dah lepas 4 tahun mem. Dah berkurun lamanya mem menjadi isteri najib, tak pernah sekalipun saya baca kat paper pasal sumbangan mem terhadap kanak2 bawah 4 tahun. Neh tuptup kerajaan arab saudi nak selidik sumbangan mem kepada budak2 bawah 4 tahun. Apa result yang kerajaan arab saudi dapat mem? Berani mau kongsi ka mem? Heh


Kalau setakat PERMATA mem tue, failed lah mem. Failed. Guru2 yg mengajar kat KEMAS dan PASTI pun lagi layak jadi tetamu kerajaan arab saudi mem. Buat gelak orang je mem neh. Heh.


Semua orang tahu pendidikan awal memang penting untuk budak2. Malahan sejak dari perut ibu lagi. Tengok iklan ammun sudey. Mungkin kerajaan arab saudi takde tv kot. Mungkin kerajaan arab saudi tak tengok iklan ammun kot. Tue pasal dorang mengiktirafkan kata2 mem pasal pendidikan awal kanak2 kan mem. Walhal benda neh satu dunia dah tahu. Agaknya satelit informasi terputus kat arab saudi kot. Heh.

Lagi satu statement mem yang lawak ble mem kata mem takde kena mengena dengan politik dan kerajaan. Mem, saya hormat mem. Walaupun mem menipu saya tetap hormat. Tapi mem, walaupun hormat saya tetap nak kantoikan penipuan mem so mem jangan terguris ahti plak dengan saya. Cuba mem baca sini.


Dah baca mem? Mem sedar tak satu malaysia dah tahu mem ada pejabat sendiri kat putrajaya. Plak tue dalam bangunan kerajaan. Kalau betul mem takde kaitan dengan kerajaan ape ke hel nya mem ada pejabat sendiri. Kalau boleh suke2 saya pun nak ada satu mem. Bleh saya berlagak kat orang kampung. Heh


Yelah2 saya tahu mem tak hirau seme sungutan2 saya neh mem. Tapi saya nak bersunggut juga. Lantaklah saya peduli apa. Yang saya tahu mem tetap baca seme sungutan2 rakyat kan mem kan? Eley, cakap depan2 konon tak hirau tapi dalam ahti mem kecik ahti kan mem kan? Mengaku je lah mem. Apa pun saya minta maaf lah mem sebab direct dengan mem neh. Saya kan penyokong tegar mem. Kalau bukan saya yang tegur sapa lagi nak tegur mem. Nak harapkan pembangkang tegur? Hah mampus mem kena kutuk. So sebelum mem kena kutuk better saya kritik dulu. Heh


Ingat mem pesanan blog saya, jangan merosmahmansurkan duit rakyat dan sila segera pulang ke malaysia. Dah 3,4 hari berita2 kat tv3 kurang siar pasal mem walaupun ada. Sapa lah buletin utama tanpa mem. So segera pulang ya mem. Jangan lama2 sangat tabur duit rakyat kat luar negara mem. Rakyat malaysia masih ramai yang miskin neh mem. Heh


Jangan lupa baca sini, tak sangka si rais yatim neh pun bela lawatan mem keliling dunia.
Heh

Ameno : Berapa banyaklah duit dah mem tabur kat luar negara sekarang... hizhh

Jumaat, 21 Januari 2011

Yahudi serang Masjid.di palestine.


Baca petikan di bawah ini ;

Selasa , 18/01/2011 - Penduduk Yahudi menodai sebuah masjid Yaffa pada malam Ahad ketika perbarisan agresif yang tampaknya diaturkan oleh polis.

Penduduk Yahudi itu mengepung dan membaling batu ke arah masjid Nuzha setelah berkeliaran di sekitar jalan-jalan kota yang diduduki secara haram oleh Israel sambil mengibarkan bendera dan berteriak “Matilah Arab”, menurut sumber-sumber dari rakyat Palestin.

Polis Israel tidak bergerak sehingga jemaah di dalam masjid mulai melawan para penyerang, tambah sumber itu. Kehadiran polis sepatutnya adalah untuk mencegah pertengkaran, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.


Rasanya sudah tidak perlu saya jelaskan lagi tujuan mereka [yahudi israel] berbuat demikian terhadap rakyat palestine. Ini bukan perkara baru kawan2. Bukan.

Adakah kita marah mereka ganggu jemaah yang bersolat atau marahkan mereka ganggu masjid? Tak kisahlah apa sebab nya ia tidak penting untuk kita tafsirkan amarah kita disini.

Tapi apa penting nya kita baca berita ini? Sebenarnya saya tertarik dengan laungan yahudi israel ketika membaling batu kepada jemaah masjid Nuzha di palestine. Mereka melaungkan perkataan
'matilah arab'. Adakah mereka membenci orang arab? Kenapa agaknya mereka membenci orang arab? Adakah mereka racist?

Sebenarnya perkara yang sama juga berlaku kepada kita disini. Adakah kita racist? Adakah saya racist? Adakah pembaca2 sekalian racist? Bebeberapa bulan yang lepas, menerusi twitter seorang pro pr [dap] mengatakan pas juga parti yang racist kerana berasaskan perjuangan agama. Dia cakap begitu kepada ahli parlimen dap iaitu Tony Pua. Heh.

Petikan twitter itu kemudian nya dicopy-paste oleh azeeza abdullah dan dia sebarkan menerusi fb untuk melakukan provokasi politik. Mengapa dia cakap begitu? Saya boleh faham.

Sejauh mana kita faham apa itu racist di malaysia? Adakah mempertahankan islam itu racist? Kenapa ada salah faham seperti ini? Pernah kita amek peduli? Adakah kepada mereka [non-muslim] harus kita letakkan kesalahan?

Sebenarnya kawan2, kita mungkin telah salah-faham maksud racist di malaysia. Dek kerana itulah ramai orang menganggap memperjuangkan sesuatu bangsa/agama di anggap racist.

Racist = ialah kebencian kepada bangsa/agama lain.

orang yang memperjuangkan bangsa bukan racist.
orang yang memperjuangkan islam bukan racist.

Ianya menjadi racist kalau mereka benci satu2 bangsa/agama.

Salah ke orang macam kita [muslim dan non-muslim] memperjuangkan bangsa kita sendiri?Sebenarnya tidak salah.

Siapa yang kata salah?

Salah, kalau kita meletakkan kepentingan bangsa di hadapan berbanding Allah swt.

Tetapi manusia macam kita, kalau pun kita tak letakkan perjuangan bangsa di depan Allah swt, kita kadangkala meletakkan perjuangan maksiat di depan Allah swt. Ini pun salah juga. Heh


Orang yang memperjuangkan semangat bangsa/kaum semata2 ialah orang yang assobiyah.

Orang yang memperjuangkan islam sekaligus mengangkat bangsa sendiri bukan assobiyah atau ektremis.


Islam tidak mengajar penganutnya membenci orang lain, bangsa lain ataupun agama lain. Islam cuma mengajar penganutnya membenci perkara2 yg mungkar, jahil dan kejam. Itupun dengan beberapa syarat tertentu.

PAS bukan parti yang racist apabila mereka memperjuangkan islam.
Islam ialah satu cara hidup yang di anjurkan oleh Allah swt.

Oleh itu dapatlah kita simpulkan apabila PAS memperjuangkan islam, itu bermaksud PAS memperjuangkan
'satu cara hidup yang aman, damai dan SELAMAT' sepertimana yang dianjurkan oleh Allah swt yang ter-kandung dalam setiap kalimah2 Alquran.

Cara hidup yang aman dan selamat ini sebenarnya disukai oleh kelompok majoriti manusia di seluruh dunia. Dan ini menjadi tanggungjawab kita umat islam untuk terangkan kepada rakan2 kita [non-muslims] yang tidak faham dan tidak tahu. Bukan menakut2kan mereka demi survivol politik. Baca sini. Tapi bagaimana mahu menolong mereka [non-muslims] agar memilih islam sebagai
'cara hidup'?

Bagi orang islam, cara yang paling senang untuk dihormati ialah melaksanakan apa yang termaktub dalam Alquran. Cukup ini kita buat. Jangan fikir banyak. Jangan fikir susah. Jangan fikir jauh. Insya-Allah kehormatan untuk kita [khususnya orang melayu yg beragama islam] akan datang jua dari mereka [orang cina, india dan lain2 bangsa di malaysia].

Islam meletakkan keadilan. Dan keadilan dalam islam tiada paksi kepada bangsa, kaum waima agama sekalipun. Terangkan ini kepada mereka [non-muslims].

Semua kita disini sayangkan bangsa kita sendiri. Mahu melihat bangsa kita maju ke depan. Kita sebenarnya tak boleh pilih untuk menjadi bangsa apa. Kadangkala kita cemburu melihat ada bangsa yang lebih maju dari kita. Tetapi jangan disebabkan itu kita hina bangsa orang lain. Ini tidak baik kawan2.

Sikap racist [benci bangsa lain] inilah yang terjadi di malaysia sekarang ini. Dan sikap seperti ini haruslah di bersihkan segera sebelum merebak sehingga menganggu keharmonian negara kita.

Ameno : banding masjid kita dengan masjid mereka [palestine].. jemaah kita masih kurang ke masjid.. ada masjid yg tak boleh laungkan azan ble bilal sakit.. kenapa jadi begini? adakah hanya yang berjawatan bilal je boleh melaungkan azan?


Sumber : sini

Hebat! Kini JPJ boleh saman di mana-mana.


Ini berita BAGUS untuk rakyat malaysia..

Lihat petikan di bawah ini ;


PJ kini berkuasa di semua jalan

ALOR GAJAH 9 Jan. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan termasuk jalan kampung dan kawasan perumahan.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad berkata, ia berikutan pindaan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang telah diluluskan oleh Dewan Negara, 22 Disember lalu.

Katanya, penguatkuasaan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

Menurutnya, sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan Persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran.

"Namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan.

"Malah semua jenis kawasan letak kereta dan bahu jalan, kita boleh ambil tindakan jika pemandu kenderaan terbabit melakukan kesalahan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian penutup program Satu Komuniti Satu JPJ kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna negeri, Datuk R. Perumal yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam merasmikan majlis itu.

Program itu disertai seramai 494 orang yang berjaya memperoleh lesen menunggang motosikal.

Ismail memberitahu, di bawah pindaan sama, pemilik kenderaan yang gagal memaklumkan pertukaran alamat kepada jabatan itu dalam tempoh dua bulan akan dikompaun RM300.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi mengelakkan pemilik kenderaan menggunakan alasan bertukar alamat sebagai helah tidak menerima saman daripada JPJ.

"Melalui peraturan baru ini, pemilik kenderaan tidak lagi boleh menggunakan helah bertukar alamat sebagai punca surat saman tidak sampai ke tangan mereka.

"Jika lewat (pertukaran alamat) dimaklumkan kepada JPJ, pemilik kenderaan akan dikompaun RM300," katanya.

Okey, mari sini aku nak ulas guna akal positif aku. Ingat kalau kita fikir positif kita akan sentiasa di kelilingi oleh perkara2 yg positif2 belaka.

1. kalau ada pakcik/makcik yg ada motor buruk sila simpan dalam bangsal. i sure punya motor u tak 'relevan' dengan spesifikasi keselamatan jalan2 kebun. Kalau tak nanti kena saman.. auww.

kesan positif : memastikan setiap pengguna membeli motor baru ataupun upgrade motor mereka dari semasa ke semasa. kalau yang takde duit boleh exercise jalankaki atau naik basikal [err guna basikal tak kena saman kan?]

2. kalau nak pergi kedai yg tak sampai 100 meter kena guna helmet you.. kalau tak kena saman.. walaupun ikut jalan dalam [kampung2].

kesan positif : memastikan helmet korang sentiasa terguna dan mengelakkan rambut2 korang dimasuki oleh habuk2 jalanraya.

3. motor2 yg takde roadtax [takde duit nak bayar], motor2 yg tak berapa elok lepas accident [malas/takde duit repair] bolehlah dijual terus kalau tak nanti kena saman kang kalau korang guna motor2 tue even kat jalan2 kampung.

kesan positif : memastikan rakyat yg miskin hina pokai takde duit nak bayar roadtax tidak berangan yg bukan2 [sebab tak mampu bayar roadtax/insurans sibuk pakai motor plak] dan motor2 yg hancur kapak dek accident boleh dijual ke besi buruk terus bagi memastikan peniaga2 besi buruk meraih sumber pendapatan yg gemilang.

Hah.. positif kan pemikiran aku? Sapa ketuk aku dalam posting neh jaga dia. Lebih2 si shah tue. Aku dah puas bodek umno neh. Agak2lah nak ketuk aku pun. Heh.

Ameno : Jika ko fikir ko boleh melakukan.. engkau boleh.. erkk apa kena mengena lagu neh dengan tajuk citer kat atas hah?

Oi mahfuz, YB dah kena SPOT lah!


Oi mahfuz, ahli parlimen pokok sena,
ko sedar tak ko dah kena spot?
org umno dah mula cari ditdot
untuk kasi suasana ribot2.

Oi mahfuz, ahli parlimen pokok sena
ko sedar tak ko dah screenshot?
bloggers umno kan jenis 'copot'
pasni mesti keliling fb dan belog.

Oi mahfuz, ahli parlimen pokok sena
ko sedar tak ko dah kena komplot?
kejap lagi confirm tercipta plot
kalau menarik mesti tv3 kasi hot

Hahahahhahahaha..

buat pantun pun salah.
bukan hina org meninggal dunia
habislah.. mahfuz japgi.. confirmlah kena spin..

Sumber : sini

ameno : aku pun buat pantun je.. bukan dok hina2 neh..

Singaporean tarah minyak ron 95 malaysia..


Menurut satu info kita dapat tahu ;

1. org2 singapore bebas beli ron 95 tanpa had kawalan.

2. pemilik station minyak wat bebal je plak tue. hampeh!

3. ron 95 ada subsidi [ikut cakap kerajaan lah kan].

4. dan subsidi neh sepatutnya utk org malaysia je.

5. singapore neh sebahagian dari malaysia ke sekarang? tak kan? so apsal dorang sibuk2 beli ron 95 kat malaysia plak?

6. kes neh aku tak salahkan kerajaan sepenuhnya, sebab pemilik station minyak pun akai letak kat lutut. kalau fikir untung guna akal tak ekonomik aku, rasa lagi untung kalau dorang paksa org singapore beli minyak ron 97 tue. Heh

7. Kerajaan kena kasi warning sama ini pemilik2 station minyak.

8. mereka dah melampau sangat. tah2 yg pegang station minyak tue pun bukan org malaysia.. aiyarkk.. patutlah dok tikam2 org malaysia.

9. dah pekerja seme bangla2 dan nepal2 belaka. Sedangkan ikut laws dorang mana boleh masuk dalam industri macam neh. tak caya selidik kat kementerian sumber manusia. ingat aku mau tipu ka?

10. satu lagi perkara yg menyakitkan ahti ialah peniaga2 kat johor gemar kenakan rakyat sendiri. ya, siyes.

11. kos sara hidup kat jb tinggi sebab dekat dengan singapore. aku rasa takde masalah. gaji2 kat jb pun standard gaji2 kat kl per.

12. tapi sekarang ada peniaga dok jual barang2 ikut market price singapore. hak eley.. singapore gaji mahal. kl pun kalah beb. so peniaga tak boleh lah serakus itu. bukan singapore je beli belah kat johor. rakyat johor pun beli belah kat sana. ikut lah harga pasaran malaysia, bukan harga pasaran singapore. fikir nak untung dan cepat kaya je peniaga2 neh. hampeh.

13. tanah2 kat johor pun sama beb. siyes. org2 johor dah mula berkeluh kesah hal neh. yelah.. tanah2 makin lama makin melambung harga disebabkan permintaan tinggi terhadap pasaran hartanah di johor. yg mintak2 tanah dan beli2 rumah kat sana org2 singapore plak tue.

14. org2 johor siap berspekulasi dan mengumpat pasal neh. dorang cakap ble org2 singapore beli tanah kat johor, lama2 dorang claim johor tue singapore. hah mampos. tanah, tanah dorang.. so kalau nak claim tempat dorang tinggal tue sebahagian dari singapore cam mane?

akal geografi aku ada berkata ; beli tanah kat satu2 negara tak semesti tanah tersebut menjadi hak milik negara tersebut.

Tapi akal org johor menafikan, mereka cakap.. org singapore beli tanah ibarat kerajaan singapore beli tanah.

Yang pasti perkara yg dah terjual dah menjadi hak milik pembeli bukan hak milik penjual.. jika dulu singapore sebahagian dari malaysia tapi disebabkan kesilapan umno..[ini di akui oleh melayu singapore sendiri, baca sini] singapore keluar dari malaysia, tak mustahil di johor pun boleh berlaku perkara yang sama..

apatah lagi banyak tanah2 di johor dah dimiliki oleh org2 singapore.

15.
So kesimpulan nya kena ada penguatkuasaan lah. Kita pun dah tahu tiada had/kawalan undang2 utk warga asing beli tanah di malaysia. Ada keluar dalam utusan/bh ari tue aku tak ingat, sapa2 yg ada link bleh share sini. Kita pun tahu 40% tak silap aku, hartanah di malaysia dimiliki oleh warga asing. Kerajaan kena cepat bertindaklah. Ini penganiaya kepada rakyat malaysia. Kot ye pun nak mempertahankan kuasa, pertahankan dengan cara buat kerja. faham? buat kerja bukan buat fitnah. adoiiiyaiii..

Ameno : Johor .. johor.. haizhhh..

Sumber : sini

Khamis, 20 Januari 2011

Terkini : Petrol turun harga, bukti BN jaga kebajikan rakyat!


WOW. Ini berita hebat. Saya sangat seronok. Terima kasih kerajaan BN kerana turunkan harga petrol pada saat ini. Ini perkara yang saya sangka tidak akan berlaku langsung tetapi akhirnya prasangka buruk saya memakan diri saya semula.

Sememangnya sia2 sahaja saya berprasangka buruk pada kerajaan selama neh. Rupanya kerajaan benar2 mengambil berat hal ewhal rakyat. Kerajaan benar2 prihatin terhadap masalah2 yang dihadapi oleh rakyat.

Selain dari turunkan harga petrol, kerajaan juga telah berjanji akan

1. memberikan pendidikan percuma kepada seluruh warga malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

2. membatalkan faedah ke atas peminjam ptptn

3. menambahkan jumlah biasiswa kepada pelajar2 yg memerlukan yang belajar dalam dan luar negara.

4.menghapuskan cukai kepada pembayar2 zakat di malaysia.

5. membantu org2 miskin yang memerlukan dengan memberikan mereka latihan dan insentif agar mereka boleh keluar dari kelompok kemiskinan tegar dan kemiskinan bandar.

6. mengurangkan harga kereta nasional dengan menghapuskan cukai2 yang membebankan rakyat di samping menyediakan kualiti kereta nasional pada kualiti yang terbaik.

7. menghapuskan cukai2 pada kereta import agar rakyat boleh bebas memilih untuk membeli kereta nasional atau kereta import.

8. menetapkan harga siling rumah agar syarikat hartanah dan pemaju tidak mengambil kesempatan untuk mengenakan harga yang membebankan rakyat jelata.

9. menghapuskan sistem kroni dan proxi dalam kerajaan dalam setiap tender2 kerajaan.

10. melongarkan syarat peniaga kecil untuk meminjam. [seperti tekun, mara, etc]

tiba2.. ada suara dari belakang..

Woit bangang..neh seme fitnah bhai.. fitnah.. jangan percaya cakap blogger amenoworld neh dia neh penipu, pemfitnah. Inilah dia ajaran pr yang hanya tahu suruh blogger dia menfitnah jer.. bila masa pula bn nak turunkan harga petrol? bila masa pula bn nak buat seme2 perkara di atas? mimpi kot dia neh. Elok isa kan aje si amenoworld pasal asyik dok fitnah bn je. Heh

hahahahhhaa.. yeke aku fitnah? at least aku fitnah benda yang baik2 beb. Dalam aku fitnah, aku fitnah benda yang ber-roh baik.

Bukan dok fitnah org berzina, org meliwat, org merogol, org kena tangkap khalwat, org gila seks, org pijak islam, org tikam melayu, org racist, superimpose, video sekerat2, org keluar parti. Ataupun dok cercacerci peribadi orang. Heh

Fitnah pun ada beza beb.
Orang baik2 fitnah pun baik2. Heh

Ameno : Kah kah kah.. sabar pembaca2 seme.. sabar.. saja je melawak.. kah kah kah..

Remy Ishak kena fitnah?


Hah.. ada sesiapa tak kat sini yang minat remy ishak? Kepada peminat2 remy ishak korang kena sabar dulu ble baca berita neh. Berita neh sebenarnya memburuk2kan imej remy ishak. Aku taktahu lah nak cakap berita neh benar ataupun palsu tapi senang citer korang baca jelah kat bawah neh ;

1. Ada satu blogger umno dedahkan satu kisah.

2. aku dah printscreen antara isi citer, korang leh tengok bawah ;



3. Alkisah intipati citer neh sebenarnya nak serang peribadi pkr as always lah kan.

4. padahal kalau yang membuang ibu-bapa neh tak kira level politik pun.

5. Kalau dok taksub politik mmg macam tue pemikiran dia.

6. Tak pepasal dok kutuk2 ibu remy ishak dan berniat jahat memburuk2an nama remy ishak. Lihat apa yang aku copy-paste dari blog tersebut ;

Untuk makluman semua anak anak kepada Ibu tua bernama Rahmah ini yang berumur 73 tahun tidak lagi menjaga Ibu mereka sendiri dan meletakkan Ibu Tua ini merempat di pusat Jagaan orang orang Tua. Sudahlah tidak menjaga Ibu nya ini malah habis di canang sana sini yang Ibunya sudah Nyanyok. Ibu tua ini tidaklah Nyanyok sepertimana yang di katakan oleh Anak Anak Durhaka ini, malah menurut penduduk sekitar Nenek Rahmah ini faham apa yang kita cakapkan dan tidak lah membuang najis merata rata. Nenek Rahmah juga akui beliau pernah di kasari oleh anak anaknya dan pernah di kurung di rumah yang tiada Elektrik dan air. Itu lah keangkuhan Timbalan Penegrusi PKR Cabang Masjid Tanah serta anak anak yang lain. Malah Sunar Misran anak kepada Nenek Rahmah juga pernah dengan angkuh berkata tidak mahu menjaga Ibunya dan mahu Ibunya di hantarkan ke rumah kebajikan kerana menyusahkaN kehidupan adik beradik yang lain.
7. Sapa remy ishak neh? aku minat ke? Owh plurrrzeee.. tak minat pun cuma tak suka paparan blogger tersebut yang agak bias. Lagipun blogger tersebut terbukti banyak kali suka sebar citer fitnah. Citer kalau fitnah, aku tetap tak suka sekalipun dia fitnah artis 'febret' aku si fasha sandha. Heh.

8. Namun kalau benarlah nenek tersebut dibuang oleh ahli keluarga mmg lah tak patut.

9. Sepatutnya blogger tersebut direct ke fb/twitter remy ishak. hah macam aku [plan nak cari satgi] untuk bantu nenek tersebut. Bukan buat posting kemudian dok melalut2 buat persepsi sendiri. Ayat plak tue tak cover2 langsung.

10. Semoga kita seme dijauhkan dari sikap yang suka membuang ibu-bapa sendiri.

11. Apa pun kalau perkara neh tak benar aku harap ada pihak yg boleh jelaskan kekeliruan tersebut.

12. Fitnah makin menjadi2. Kini sesiapa pun boleh menulis. Kebenaran? Hanya Allah swt yang tahu. Aku ternampak ari tue gambar nenek neh ada di mainkan kat dalam fb pro umno.. isu nya aku tak baca.. tapi rasanya jalan citer dia lebey kurang gak kot.

13. Buat peminat2 remy ishak, kalau korang leh contact direct remy ishak lagi bagus. Sila inform kat dia apa yang aku cakap kan neh okey.

14. Aku pun nak tahu gak kebenaran citer neh.

15. Kalau gambar nenek neh pun palsu, korang inform kat aku. Heh

Ameno : Apsal mesti nak attack peribadi org dalam berpolitik yerk? Aku rasa makin muak lah.. cuba tengok peribadi diri sendiri dulu.. perfect ke? tak kan? so apsal nak expect peribadi org lain perfect pula? Hizhh.. Satu lagi perkara yang aku menyampah ialah bila mereka depan2 org [rakyat] mereka akan berlagak alim, bagus dan sopan yang amat tetapi anak2 sendiri, hanya Allah swt je yang tahu. Konon nak ajar org lain islam cara 'betul' tapi betul kah islam mereka jika meneliti anak2 mereka? Heh. Sudahlah neh seme hipokrit semata2 utk raih kuasa politik je.

Mahu kenal siapa pengkhianat dalam kumpulan kami?

p/s : Gambar di atas bukan gambar hiasan. Ia mengandungi makna tersirat dan tersurat. Heh

Saya percaya ramai yang mahu kenal pengkhianat yang saya dah mentioned awal2 kat KBSB tiga hari yang lepas. Ramai yang mahu melihat dari dekat muka pengkhianat ini. Pengkhianat ini adalah pengkhianat yang pandai berlakon. HEBAT.

Pakai baju oren, sokong kumpulan oren dan duduk bersama oren belum tentu dia sokong perjuangan oren.


Rupanya secara zahir dia memang sangat OREN. Tetapi dari segi batin, dia adalah BIRU. Heh


Baiklah saya akan dedahkan kronologi bagaimana si pengkhianat neh mengenakan BB dan saya dari dalam.


1. Dia akan buat satu inbox yang mesti ada nama saya dan nama BB.


2. Dalam inbox tersebut dia bukan berseorangan, nampak macam ramai tapi satu nama ada 2,3 org dipegang oleh org yang sama.


3. Kesudahan nya nanti mereka akan saling jamin menjamin. Aku kenal dia, dia kenal dia, dia dan dia saling kenal mengenal lama2 aku dan BB pun akan terperangkap dalam tak sedar.


4. So ble aku dah terperangkap sudah tentulah aku dah hilang rasa syak pada mereka2 neh.


5. Ble aku dah hilang rasa syak sudah tentulah aku percayakan mereka dan tidak syak lagi lah aku akan berikan no hp aku tanpa ragu2.


6. Namun aku rasa sedikit lega sebab aku tak bongkarkan siapa aku sebenarnya sepenuhnya kepada sang pengkhianat neh.


7. Namun tujuan utama pengkhianat neh bukan aku sebenarnya, dia just gunakan aku sebagai pengalas untuk mendekati BB.


8. Dia tahu aku dan BB saling percaya mempercayai.


9. So tujuan dia tandakan aku dalam setiap inbox dan posting dia adalah untuk meraih kepercayaan dari BB.


10. BB = bumiputera berjaya adalah individu yang ditikam dari belakang dalam kes neh.


11. Mereka sebenarnya telah berjaya hijack sementara acc BB, sebelum BB berjaya amek semula acc dia.


12. Dalam acc fb BB, ada beberapa perkara yang sepatutnya mereka [umno] tidak perlu tahu [taktik perang saraf]


13. Kami tidak menggunakan strategi kotor untuk memenangi PRU-13. So aku tak rasa risau. Cuma memang mengakui aku ada melakukan penyamaran.

14. Penyamaran berbeza dengan pembelot.


15. Pembelot ialah orang yang duduk depan kita, jumpa kita selalu tetapi tikam kita dari belakang demi sesuatu kepentingan.


16. Penyamaran [macam yang aku buat] ialah aku menyamar sebagai satu2 individu untuk membongkarkan taktik2 kotor umno bagi mengumpul bukti bahawa mereka neh mmg jahat luar dalam.


17. Dalam penyamaran aku, seboleh2nya aku tidak suka attack hal org lain atas isu peribadi. Aku hanya mahu menentang dengan fakta dan keadilan.


18. Dalam kes pembelot neh, dia bertindak kejam dengan menyerang peribadi orang lain dan bersetongkol bersama2 cybertroopers umno untuk membuat group dan menjatuhkan seseorang [BB] bagi melingkupkan perang saraf PR.


19. Pembelot tersebut berjuang untuk meranapkan sebuah impian rakyat yang bercita2 mahukan keadilan.


20. Penyamaran aku pula bertujuan untuk mengumpul bukti2 kegiatan dan maklumat2 sulit mereka agar aku tahu apakah rancangan2 dan plan2 fitnah mereka terhadap PR.


21. Aku cukup jelas dengan tujuan aku.
Tidak mendedahkan aktiviti 'tidak bermoral' mereka [admin2 group UMNO] bukan bermaksud aku takut, tetapi aku merasakan ianya tidak perlu. Menyerang peribadi orang lain sepertimana peribadi aku diserang bukanlah cara yang aku mahu buat dalam perjuangan aku.

22. Tetapi pembelot ini hanya tahu serang peribadi apabila dia gagal mendapatkan bukti untuk menyerang dengan fakta. Ini sangat 'sakit'. Sakit jiwa namanya.


23. Pembelot ini mempunyai perancangan untuk menjatuhkan BB.


24. Pembelot ini adalah orang yang bersama2 jessy koh memburuk2kan BB suatu ketika dulu. Tujuan nya ialah melemahkan perang saraf PR.


25. Pembelot ini bersetongkol dengan azmy awang gila meroyan, jas salleh hotak senget dan suara -neraka- terjah bumi.


26. Mereka membuat satu plot dan pembelot ini akan muncul sebagai hero, secara tidak sedar kita akan mempercayai pembelot ini adalah orang yang boleh kita sandarkan kepercayaan.


27. ketika acc bb di hijack sementara, saya percaya dia telah baca kesemua mesej2 dalam inbox fb bb. Dalam hal ini, saya percaya kesemua admin KBSB telah terdedah.


28. Samada dia ada printscreen ataupun tidak, saya tidak pasti. Saya juga tidak tahu apakah rancangan mereka seterusnya.

29. Akan tetapi seperti yang saya katakan tadi, kalau pun dia printscreen semua perbualan2 kami, dia hanya akan mendedahkan kebodohan total UMNO. Saya ulang, kebodohan TOTAL umno. Heh

30. Ada beberapa individu yang telah call saya, atas beberapa tujuan dan ada yang sibuk2 tanya siapakah saya. Saya tidak tahu kalau2 ini ada kaitan dengan si pembelot tersebut, tapi kalau dah berani main tikam dari belakang, jangan tak berani mengaku pula.


31. Saya baru lepas menjegah
ID pembelot tersebut, konon nya sekarang mereka bikin PLOT baru. Armand perkasa sedang ATTACK id kedua sang pembelot tersebut. Heh [plot terbaru untuk menyelamatkan diri sendiri lah tue]

32. Untuk pembelot saya nak bagitau kamu identiti kamu telah terdedah.


33. Kepada sesiapa yang nak kenal watak pembelot tersebut boleh klik
sini.

34. Satu soklan saya nak tanya kepada pembelot tersebut ialah :


Kalau berani membelot, kenapa tak berani mengaku?


35. Nasihat saya kepada pembelot ialah
adalah sia2 kamu hijack acc BB ataupun acc saya, kerana walaupun kamu berjaya hijack acc2 kami, kamu tidak akan jumpa perbuatan2 / perbualan sulit seperti papa gomo dan saiful bukhari azlan. Mahu tahu kenapa?

Kerana org yang berjuang utk kebenaran hanya akan melakukan perkara2 yg benar sahaja.
Sedih bukan? Hahahahaha.. tetapi ada banyak faedahnya kalau pihak kami pula yang berjaya hijack acc2 fb korang pasal di dalam nya penuh dengan penipuan dan pelbagai kepalsuan demi untuk meraih kuasa.

Ya, ya saya tahu mereka juga mahu HIJACK acc saya. Kerana saya menjadi ADMIN kepada beberapa group PR yang mereka ANTI. Akan tetapi saya mahu ucapkan terima kasih banyak2 kerana apa? Kerana ini akan membuatkan langkah saya semakin berhati2...

Satu penyamaran terlingkup, boleh buat baru.

Ameno : Pembelot ini berkerja secara kumpulan, selain dia ada beberapa lagi nama yang berpadu dengan gerakan dia. Heh. Korang seme jenis tak sabar2 nak menang kan? Baru tahu sedikit hal terus kecoh sana sini. Tak syak lagi, itulah budaya umno. Heh

Rabu, 19 Januari 2011

Kerajaan : Kenapa tipu pengawal keselamatan?



Saya bukan pengawal keselamatan. Saya tiada teman akrab yang berkerja sebagai pengawal keselamatan pada saat ini. Tetapi tidak menjadikan saya tidak boleh mengomen apa yang berlaku kepada mereka baru2 ini. Ini adalah kisah penipuan yang secara terang2 di jaja oleh kerajaan kepada rakyat malaysia tanpa rasa malu. Heh

Lihat printscreen di atas ini ;

Sudah lihat. Baiklah saya percaya apa yang saya rasa adalah sama apa yang pengawal keselamatan rasai kini meskipun saya bukan mereka dan mereka bukan saya. Heh

1. Pada tahun lepas, mereka kata mereka nak semak gaji pengawal keselamatan.

2. Kalau ikut info dari member fb aku, dia cakap 80% pengawal keselamatan ialah org melayu.

3. Kalau ikut info goverment, mereka cakap melayu dan india masih kekal menerajui kelompok yang mempunyai pendapatan yang rendah/kecil.

4. Ini bukan posting untuk membela kaum melayu. Bagi aku, aku suka meletakkan adil pada tempatnya. Kebetulan melayu paling ramai berkerja sebagai pengawal keselamatan.

5. Berbalik pada tajuk asal, aku nak korang lihat paparan printscreen ini ;


Ini adalah link search aku, kot2 kalau korang nak baca satu persatu entry mengenai isu ini.

6. Kalau ikut berita tahun lepas, gaji mereka sepatutnya dah naik pada bulan julai. Ini bukan tuduhan aku. Bukan kawan2. Bukan mmg bukan. Sepertimana dalam entry2 sebelumnya, aku sudah menegaskan banyak kali, kalau aku buat spekulasi, aku tulis aku berspekulasi, kalau ianya andaian, aku tulis aku mengandaikan, dan kalau ianya benar aku tulis ianya kebenaran. Heh.


7. Nampak apa yang aku nampak? Baca apa yang aku baca? Faham apa yang aku faham? Kalau dah nampak, dah baca dan dah faham mesti tahu apa yang aku cuba sampaikan kan? Heh

8. Kerajaan sebenarnya tak faham apa yang rakyat faham. Mereka [rakyat] masih dibayar gaji yang sama. Tetapi harga barang terus meningkat. Kos sara hidup kian naik. Kerajaan yang sama naikkan harga barang. Bukan orang lain, tetapi kerajaan [umno] itu. Tetapi kerajaan yang sama suruh rakyat berjimat cermat. Kerajaan yang sama, bercakap mahu membela rakyat tetapi kerajaan yang sama juga akhirnya menindas rakyat. Ini cuma sedikit perkara yang kita nampak. Kita nampak sebab Allah swt benarkan kita untuk melihat seme ini. Bagaimana pula dengan perkara2 yang kita tidak/belum nampak? Bagaimana pula dengan perkara2 yang kita kena tipu? Bagaimana?

9. Kalau masih ada yang menegaskan bahawa kerajaan tidak mampu mengawal semua ini, takpelah sila baca petikan yang terakhir ini terlebih dahulu ;


10. Formulanya mudah sahaja. Jika kerajaan tidak mampu, maka sudah sepatutnya mereka tidak membuat kenyataan yang baik2 untuk mengangkat diri mereka sendiri. Mereka tidak patut bagi gula2 dalam setiap statement demi statement. Sudah nya bila tiba detik yang dijanjikan habuk pun tarak. Rakyat yang termakan janji sudah pasti kecewa. Rakyat yang mengangap kerajaan akan membantu mereka pasti terkilan. Ini berita yang menyakitkan ahti mereka. Ini berita yang kerajaan kena jawab. Kenapa buat janji kalau tidak menunaikan?

Saya tahu nanti ada yang berprasangka begini ;

eleh pembangkang pun tabur janji.. blablabla..

jawapan saya ialah : biarlah pembangkang tabur janji, dah nama nya mereka pembangkang mereka bukan kerajaan, kerajaan ini siapa yang rule? yang perintah tue kena lah amek peduli. Pembangkang mmg tugasnya membangkang. Kalau tidak, usah gelar mereka pembangkang. Yang pegang duit ialah BN, yang pegang kawalan ialah BN, tapi ble ditempelak soal janji, mereka boleh tunding jari ke PR pula.. adakah ini jawapan/penyelesaian kepada masalah pokok? Heh

Isu nya mudah. Cukup mudah sekali. Rakyat tidak peduli siapa yang tidak tunaikan janji. Yang rakyat peduli ialah siapa yang boleh tunaikan janji. Rakyat tidak pandang siapa yang membuat janji, apa yang rakyat mahu ketahui, ialah janji terlaksana.

Ameno : Dengan kos yang semakin meningkat.. gaji mereka ditakuk lama... Siapakah yang mahu membela nasib mereka tanpa ada niat terselindung?

WOW! Warning hebat dari PERKASA!


Alamak perkasa sudah kasi warning. Saya banyak takutt woooo..!! Ingat.. memberikan statement yang menyokong umno belum tentu sokong umno. Saya tak tipu. Boleh baca sini sendiri. Statement dari Ibrahim Ali. Heh

So, saya percaya surat di atas bukan bererti perkasa sokong BN, ianya cuma bererti perkasa menyokong umno. Faham? Nak saya ulang semula?

Surat ini atas bukan bererti perkasa menyokong BN tetapi cuma bererti perkasa menyokong umno. Kalau tak faham, bacalah 1oox ataupun baca sampai faham. Heh

Perkasa bukan parti politik. Perkasa bukan pro kepada mana2 parti politik. Perkasa cuma mahu menolong org melayu je. Cara perkasa menolong orang melayu ialah dengan cara tak menyokong BN tetapi menyokong umno. Heh

Bagus amalan ini. Saya harus belajar dari perkasa. Mereka memang hebat. Superspin. Gelaran terbaru buat mereka. Heh

Pssstttt : Orang cina kat johor.. takut ke tak takut? Kah kah kah..

Ameno : Tak sokong tapi sokong.. heh. Orang gila pun confuse aku rasa.

Kini tiada alasan buat kerja haram di selangor!

Yes! Saya percaya ini berita yang gembira buat pekerja2 islam yang terlibat secara langsung dengan aktiviti2

1. Pub
2. Disko
3. Kelab malam
4. Kelab dangdut
5. Kedai jackpot
6. Arak
7. Pelacur

Dan sebagainya untuk menukar sumber pendapatan mereka. Memang kerja haram gaji lumayan. Mungkin sesetengah dari mereka liat nak bertukar. Tapi ada juga yang salahkan kerajaan kerana tidak membantu golongan seperti ini sehingga mereka terjebak. Namun itu bukan alasan lagi kerana kerajaan selangor sudah bekalkan bantuan yang sepatutnya kepada mereka2 yang terlibat dalam aktiviti haram.

Jangan tolak tuah. Dan jangan persia2kan peluang ini. Pada mereka yang terlibat dalam kerja2 haram, silalah grab peluang yang ada di depan mata ini. Kini tiada alasan untuk penduduk islam selangor buat kerja haram.

Segala informasi boleh rujuk printscreen di atas. Amek no dan terus call. Jangan berlengah lagi.

Ameno : Bagus sekiranya konsep neh diperluaskan ke seluruh negeri. Pramugari MAS pun jgn hidangkan arak. Kalau kapal terbang arab [sowey lupa nama syarikat tue] boleh tidak menghidangkan arak, kenapa tidak kita? Jangan gadai2kan segala2nya atas nama duit, duit, duit. Allah swt pemberi rahmat, kalau tak hidang arak atas plane boleh hidang benda len, jangan takut soal rezeki sebab itu seme kerja Allah swt.

Sumber : sini

Hot : Spy Umno terkantoi.


PRK di Dun Tenang nampaknya tak berapa tenang. Tak sepadan langsung dengan nama nya dun Tenang. Heh

Sebenarnya telah berlaku sesuatu kejadian di sana. Papa gomo aka blogger's umno didapati telah menyamar sebagai petugas2 Pas. Selain dari itu, dia juga didapati merapati dan mendekati petugas2 PAS, untuk tujuan mencungkil maklumat / rahsia / aib calon Pas di dun Tenang iaitu Normala sudirman untuk disebarkan bagi memastikan Puan Normala kalah teruk di Dun tenang. Baca sini untuk info.

Kalau ditanya kepada saya, saya mengakui memang PAS sukar menang di Tenang. Tak kiralah samada calon PAS mempunyai rekod buruk ataupun tidak. Bukan nak rendah diri ataupun lemah semangat tetapi kita bersikap realistik. Realistiknya ialah negeri Johor ialah negeri kelahiran umno. Negeri Johor ialah proksi umno yang terkuat dan terkukuh. Negeri Johor diperintah oleh umno dengan tekun meskipun masih berlaku beberapa penyelewengan. Umno di Johor tidak sama sikap seperti umno di negeri2 lain. SAR di johor, umno pelihara meskipun Mahathir marah.

Pembangunan rakyat di Johor, umno jaga meskipun masih ada yang ketinggalan dan terabai, tapi kemungkinan itu kecil dan kurang jika dibandingkan kerja2 umno di negeri2 lain. Sekutu terkuat PAS, ialah UMNO di johor. Di negeri2 lain, PAS memang hebat berbanding Umno. Hebat dari segi pengetahuan agama, akhlak dan sikap. Tetapi tidak di Johor. Untuk mencari orang Johor yang menyokong PAS, memang ramai. Tetapi untuk mencari orang Johor yang benci umno memang sukar. Ia ibarat seperti Pas di Kelantan. Sebagaimana kuat kubu Pas di Kelantan seperti itulah kuatnya umno bertapak di Johor.

Saya sendiri tidak suka menipu dalam penulisan demi membodek pemimpin2 saya. Saya bukan mahu melemahkan semangat juang PAS. Tetapi, kehebatan, kekuatan, kebaikan umno memang terserlah di Johor, tempat kelahiran umno sendiri.

Oleh itu, untuk menang, PAS kena tukar format perjuangannya. Kena pancing strategi baru. Mahu jaja isu pembangunan? Itu tidak bagus. Mahu jaja isu agama? Itu juga tidak cerdik. Adalah lebih baik jaja isu penyelewengan setempat. Isu rasuah, isu ketidakadilan, isu teraniaya, isu2 yang relevan dengan kawasan dun Tenang. Ingat, kalaupun PAS sukar menang di Tenang, pastikan PAS berjaya mengurangkan jurang undi kemenangan [majoriti] sekurang2nya.

Harapan mesti kena pasang. Cita2 mesti kena ada. UMNO di johor adalah lawan sebenar PAS. Seteruk2 UMNO di negeri lain, umno di Johor adalah UMNO yang paling terbaik pernah saya jumpa, sebab itu bila org johor sokong umno, saya sudah faham kenapa dia berbuat demikian. Ibu saya sendiri berasal dari johor, dan ibu saya sendiri tidak suka mahathir, tetapi itu tidak bermaksud dia benci umno. Benci pemimpin2 umno tidak bermaksud benci umno. Benci najib tidak bermaksud benci umno.

Namun, jika petugas PAS dapat mencungkil pemberontakan dalaman orang2 SETEMPAT dun tenang terhadap umno, maka gunakanlah ia untuk meraih undi tambahan. Ingat, jangan buat janji melulu. Rekod PR yang lepas, banyak janji tidak tertunai. Alasan memang senang diberikan. Tetapi rakyat bukan mahu dengar alasan. Yang rakyat mahu tahu ialah hasil kerja. Ingat, pemimpin yang tidak baik, tetapi boleh buat kerja dengan baik, itu mendapat kepercayaan rakyat berbanding dengan pemimpin yang baik tetapi tidak boleh buat kerja dengan baik.

Ameno : PAS sukar menang di tenang, tetapi jgn lemah semangat. Lagi satu elakkan bawa isu2 peribadi. Saya percaya penduduk tidak suka jika di jaja isu peribadi calon bagi kedua2 belah pihak.

Selasa, 18 Januari 2011

Israel bunuh 26 nyawa kanak2 hanyalah angka kecil.


Pada tahun lepas iaitu 2010, sebanyak 26 nyawa kanak2 palestine di bunuh oleh israel. Angka ini adalah angka yang difaktakan. Angka yang bukan fakta saya tidak tahu. Heh.

Kita tidak boleh menolak kemungkinan ada kematian yang tidak dilaporkan. Kita juga tidak boleh menolak kemungkinan ada kematian yang tidak ketahui [kes kanak2 hilang]. Sebab itu saya cakap 26 kanak2 palestine yang dibunuh oleh israel ini adalah angka yang sangat kecil. Ikut kepada kezaliman israel, angka ini sepatutnya lebih besar lagi. Heh


Sabar dulu, jangan nak marah saya melulu kerana saya cukup suka berprasangka buruk terhadap israel. Yang hakikatnya, saya sudah tiada cara untuk melihat israel dengan pandangan yang positif. Jika anda ada, saya ucapkan tahniah dan syabas, kerana anda orangnya cukup kuat, cukup tabah dan cukup sabar dalam menjalani ujian Allah swt. Sayangnya saya tidak setabah anda, saya tidak sesabar anda sebab itu bila lihat israel saya lihat kekejaman.


Saya tidak tahu jika kanak2 palestine ini sempat masuk rancangan realiti seperti kamilah bintang, idola kecil ataupun tom-tom bak tetapi apa yang pasti kesemua mereka telah mati ditembak tanpa mengenaltahu atas kesalahan apa mereka dibunuh. Ini jika bukan zalim, saya sudah tidak tahu nak namakan ia sebagai apa. Walaupun pada hakikatnya, israel menamakan ia sebagai keadilan undang2, tetapi minda negatif saya tetap memandangnya ia sebagai suatu penindasan, bagi saya seteruk mana pun kesalahan kanak2 neh, nyawa mereka masih berharga, dan tidak sepatutnya ditembak membuta tuli.


Mungkin bagi sesetengah dari anda ada yang berjiwa kebal, keras dan kuat tidak akan terasa sedih melihat kanak2 palestine yang terpaksa tinggalkan sekolah dan berkerja bagi membantu keluarga mereka sebelum akhirnya ditembak mati tanpa belas kasihan oleh askar israel atas nama pertahankan undang2, tetapi bagi saya yang sangat lemah, saya melihat ini suatu kenangan yang pahit untuk ditelan oleh orang islam.

Cuba kita lihat wajah anak2 palestine ini.. cuba kita hayati penderitaan mereka.. cuba kita meletakkan diri kita kat tempat mereka.. cuba kita.. fahamkan satu perkara.. betapa nikmatnya negara kita.. adakah kerana terlalu nikmat.. maka kita beria2 melakukan maksiat di bumi malaysia???


Dan jangan salah faham. Bukan saya nak kanak2 di malaysia merasai penderitaan kanak2 palestine, bukan mmg bukan. Tetapi, saya mahu kanak2 di malaysia menghargai keamanan yang Allah swt berikan kepada kita. Bukan dengan cara berjoget syukur ataupun menari syukur. Jauh sekali melalak syukur. Sebaliknya, cuma janganlah beria2 memuja rancangan2 yang menyesatkan minda dan batin umat islam. Kita kini sudah jauh tersimpang. Ibu-bapa patut sedar, meletakkan anak di dunia seni, ibarat mengadaikan anak2 sendiri ke dunia neraka.. renungkanlah.

Ameno : Tak reti nak menangis daa..

Sumber : sini

Untuk lihat gambar2 palestine sila ke sini

PANAS!! Pendedahan KBSB pasal Najib tak hirau jenazah UMNO di tenang!



Adoiiiilah.. najib neh saja cari pasal taw. Aku dah lah pening kepala nak bodek2 umno dengan macam2 cara neh dia tambah runsing masalah aku lagi. Kasi up aku punya sewel ke tahap maksima apsal. Hish.

Apsal lah si najib neh boleh kasi modal free kat pembangkang hah? Hampeh lue najib. Penat taw blogger cam aku spin sana spin sini untuk bela ko. Twist sana twist sini untuk selamatkan karier politik umno tp kalau umno sendiri tak reti2 nak berubah. Heh


Tengok bawah neh ;


Live dari PRK N.05 Tenang : Hangat! PM Najib tidak menjenguk Jenazah S/U UMNO Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia akibat Sakit Jantung dan Darah Tinggi melampau akibat sibuk berkempen di Majlis Sambutan PM di DUN Tenang. Walaupun PM melintasi Masjid Felda Tenang, pihak menguruskan jenazah yang menanti Najib sejak jam 10 pagi tidak langsung di peduli. Jauh untuk disolatkan, dijenguk pun tidak. Najib sibuk dengan ghazal dan zapin di tanah lapang yang meraikannya.

Fakta : Yang lebih jelek, urusan menguruskan jenazah, kurang 50 meter dari tempat Najib diraikan. Allahyarham Abdul Latif Subri Bin Mohd Din merupakan bekas tentera darat MP dan pegawai pertahanan Awam beralamat 21A Jalan Balanraya Felda Tenang meninggalkan seorang balu, Puan Maimunah Hindun, 4 orang anak dan seorang cucu.

Suasana pilu dan terkilan bilamana IMAM bertugas ada bersama-sama dalam Majlis Najib. Akhirnya, jenazah disolatkan oleh SUKARELAWAN PAS daripada Pahang selepas Solat Zuhur.

Inilah AKHLAK KEMPIMPINAN UMNO! - angah


Berita di petik dari sini

Baca lagi sambungan yang dipetik dari sini


Previously on Najib tak jenguk jenazah s/u UMNO cawangan Felda Tenang (http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150121048262189&set=a.345091282188.188366.345034017188) : Puan Normala Sudirman yang menjadi calon PAS mewakili Pakatan Rakyat menziarahi jenazah Allahyarham Abdul Latif Subri Bin Mohd Din. Najib pula sibuk layan ghazal dan zapin. Apa punya pemimpin la macam ni. Celaka betul! Al-fatihah untuk Allahyarham- angah

Pendedahan oleh angah KBSB ini memang agak mencabar.. tapi saya percaya andai benar najib ada majlis di tempat yang berdekatan mesti masuk tv3 punyalah malam karang. Heh. Tengoklah promosi nya di buletin utama nanti taw. Heh.

Ameno : Politik.. itulah dia, seme benda mesti ada kaitan dengan kepentingan kuasa barulah.. nak buat.

Apa Isa Samad buat kat majlis BIR neh?






Alamak.. kejap2. Aku tengah blur neh. Okey wait2. kasi aku refreshkan diri aku sat. Almaklumlah internet aku problem hampir 2 hari menyebabkan aku susah nak online. Nak2 je problem time PRK ye, Heh

Gambar kat atas neh gambar isa samad. Isa samad neh ada orang panggil dia pendek aka ketot. Tak baik you kutuk2 fizikal dia. Fizikal dia kurniaan Allah swt, kalau tak suka dia pun, just mention je perbuatan buruk dia bukan dok hina2 kependekan dia. Hish.

Kisahnya begini, semalam kat dun tenang ada satu majlis. Nama majlis ialah majlis 1malaysia sempena tahun baru cina. Tak kesahlah kalau isa nak pergi pun kan, atas nama perpaduan ukhwah kalau ikut hukum agama tue len citer lah, neh ikut hukum akal logik je. So, akal logik aku cakap tak kesah, kalau akal agama aku, mungkin ada keraguan sket.

Dalam majlis tersebut, bukan apa, biasalah bagi mereka untuk menghidang bir. Aku tak kata isa samad minum bir, so takyahlah nak salah faham okeyh, aku cuma bagitau dalam majlis tue ada bir je. Kalau korang pernah ingat dulu, zaid ibrahim pernah kempen pergi kedai cina yang ada bir tapi ditempelak oleh umno sebagai tidak prihatin ketika kempen prk hulu selangor. Kes yang sama turut dimainkan oleh umno bilamana terdapat kelab penyokong pas yang beragama hindu dan buddha minum bir tapi pakai baju yang ada logo pas. Umno fitnah pas support arak masa tue. Heh

Sabar dulu, aku bukan nak buat apa2 conclusion kat sini. Cuma nak bagitau je, pergi kat tempat yang ada bir dan ada perempuan seksi tak semestinya mesti minum bir ataupun mesti ada affair dengan perempuan2 seksi tersebut. Takde masalah aku rasa. Just pergi untuk bagi ucapan je. No hal lah, benda kecik je pun. Tapi cuba korang perhatikan ucapan2 dia kat bawah neh.

"Saya kenal Anwar, kami belajar di universiti yang sama dan kami sama-sama dalam Umno. Jika beliau ikhlas mahu menolong Melayu, Cina dan India, dia sepatutnya lakukan ketika menjadi timbalan perdana menteri dulu.

"Parti pembangkang cekap memutar-belit. Mereka boleh memutar dari 180 darjah kepada 360 darjah.
Tuan-tuan dan puan-puan, jangan percaya Anwar,” kata Isa sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin.

"(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan,” kata Isa.


Hah, kalau nak full link just direct ke sini je. Isa samad mengakui org islam pun tak faham islam. Aku tak cakap, tapi dia sendiri yang mengaku. So dia mengaku lah tue dia tak berapa faham islam. Heh. Kalau dia tak faham itu memang bukan perkara yang pelik aku rasa. Sama macam MCA yang bantah laungan azan dan bacaan ayat suci Alquran baru2 neh. Aku tak tipu. Baca sini juga kalau nak tahu lanjut.

Isa samad yang tak berapa faham islam juga cakap tgna gila. Heh. Gila beb. Dia cakap gila. Aku takmo hurai lanjut perihal isa samad neh, pasal takde apa yang aku boleh huraikan pun. Masing2 terletak pada pemikiran pembaca sendiri. Pandai2 lah korang fikir, apa sebab dia pergi sambut perayaan 1malaysia, apa sebab dia dok melepak kat tempat yang ada bir dan perempuan seksi dan apa sebab dia pergi mengutuk2 tgna kat org2 cina. Heh

Nota :

Isa samad bantu melayu, cina dan india dengan cara memerintah N9 dengan mengumpul kekayaan. Heh

Isa samad ikhlas memutarbelit time prk bagan pinang, tapi janji demi janji tidak ditunaikan. Isa samad juga cekap putar-belit hingga bebas tuduhan politik wang dalam parti. Heh

Isa samad manusia normal. Manusia normal je pergi kat parti org cina dan mengutuk2 org islam dalam tue. Heh

Ameno : Isa.. politik wang ataupun rasuah? Hahahahaha..

Azwan Ali attack Ummi hafilda.


Ayoooyoooo... apa sudah jadi. Ini dunia malaysia makin sensasi. Ali punya ali adek beradik kini suka berkelahi. Saman menyaman menjadi satu budaya kini. Heh

Umno worr umno. Tolonglah jangan putuskan silaturrahim di antara adik beradik ali neh. Kesian mereka, kerana umno mereka bertengkar. Dulu, fitnah liwat episod I, azwan ali nekad membela kakak dia, tapi kalau sungguh kakak dia berada di landasan yang benar ketika itu kenapa azwan ali kini berpatah arang dengan kakak dia selepas 1o tahun berlalu? Heh

Khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa arwah ayah ummi hafilda tidak mengakui ummi anak dia. Entah betul entah tidak. Saya tidak mahu menuduh melulu. Andai betul, saya harap ummi amek iktibar ummi. Beruntunglah org yang ada abah. Ada abah yang sayang2 ko. Lainlah aku ummi oiii. Sampainya ahti ko membiarkan arwah ayah ko pergi dalam keadaan yang amat2 terguris ahti dengan sikap ko ummi.. hish.

Azwan ali neh bukanlah lelaki yang aku suka sebagai celebrity pun. Pening juga aku dengan gelagat adik beradik ali kat malaysia neh. Masing2 ada peel masing2. Ummi peel saman nya. Azwan peel mulut lasernya. Azmin peel politiknya. Pendek kata satu malaysia kalau sebut ali, mesti org teringat kat tiga beradik sensasi ==> azmin, azwan, dan ummi. Heh

Walau bagaimanapun saya nak nasihatkan si azwan sket. Saya faham dia marah. Saya faham dia geram dengan kakak dia, tapi eloklah pergaduhan adik beradik neh di lakukan secara tertutup. Bukan apa, semakin besar perselisihan ini terbuka semakin terluka org2 yg ada kaitan dengan 'ali'. Emak, adek-beradik, saudara-mara, suku-sakat pasti akan ada yang terluka. Mulut manusia neh lazim spot yang buruk dari yang baik. Contoh terdekat ialah saya sendiri. Saya sendiri pun spot statement di atas sebagai satu statement yang buruk dan teruk terhadap ummi hafilda berbanding menilai dari sudut positif. Heh

Kalau dikira dari sudut politik, kenyatan azwan neh adalah amat baik untuk PR berbanding UMNO. Dan kenyataan azwan neh sebenarnya akan membuatkan umno kena kritik dan kena herdik oleh rakyat. Yelah daripada menyatu-padukan adik-beradik, mereka [umno] memecahkan belahkan pula perhubungan tersebut demi kuasa. Ini kan tidak bagus sama sekali. Heh.

Khalid samad dan Isa samad juga adik-beradik. Mereka juga berbeza politik. Tetapi mereka faham benar, mereka berpolitik untuk mencari jalan terbaik bagi membantu rakyat, bukan bergaduh di medium media massa. Tetapi tengok politik menyatukan mereka, untuk membantu rakyat, bukan bertengkar mencari salah sesama sendiri.

Ikut kenyataan dari sanubari aku lah, aku pun ada adik beradik juga, aku pun ada emak juga tapi kalau kerana politik aku terpaksa bergaduh depan public rasanya bek aku tak yah ceburi dunia politik. Heh

So ummi, fikirlah dengan mata ahti sesekali. Ingat tak dulu, ketika korang kecil2, korang sering makan sama2, main sama2, tidur sama2, pergi sekolah sama2, tapi kenapa setelah besar, semua kasih sayang terhadap adek beradik ko hilang akibat dendam kesumat dan harta kekayaan?

Ummi, ingatlah adik beradik tak boleh dibeli. Ibu-ayah tak boleh diganti, keluarga tak boleh dipajak-gadai. Ummi, untuk sekian kalinya, saya minta awak berfikir dengan teliti, lupakanlah segala kekayaan di dunia neh, kembalilah semula ke pangkuan keluarga yang saya percaya mereka akan memaafkan semua perbuatan ummi tak kira cepat atau lambat.

Ameno : Cari jalan menyatukan kembali jalinan yang terpisah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...