Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 30 November 2013

Ustaz Kazim Jawab Kritikan Orang Ramai Isu Lantikkan Ke MT UMNO.

Ustaz Kazim disayangi agaknya. Tue yang sejak semalam kena maki hamun, kena kutuk, kena perli, kena serang, kena sound dan sebagainya. 

KAH KAH KAH

Siyes. Kalau ko tak suka atau sayang orang tue apa ada hal dia masuk UMNO bakal rebah tue sekalipun? Lantak dia la. Yang beria2 concern bagai dah kenapa? Sampai hebohkan data dia pernah jadi PAS bagai la. Awat? Kecewa ka ahli PAS sorang masuk UMNO dah?

Muahaha..

Cuma pelik gak la aku. Sebab Ustaz kata tak minat politik2. Tapi ceramah2 yang berbaur politik semua balon PR. Tapi tak minat politik2. Tapi kutuk PR minat pula.

KAH KAH KAH

Well aku selalu dengar ceramah UKE. Ada benda yang dia ceramah aku suka dengar. Tapi start dia merepek bab politik, aku memang tak dengar. Selain dari bab politik, semua ceramah dia aku layan. Dia kalau bab politik, bukan setakat politik semata2, dia racist habis. Sapa dengar ceramah dia mesti tahu punya la. Seseorang tak perlu menggunakan kata2 kasar dan biadap untuk zahirkan samada dia racist atau tidak, cukup dengan menggunakan perkataan2 tertentu untuk gambarkan dia racist. Dan sebenarnya UKE juga perlu belajar untuk akur tentang kesilapan diri sendiri.

Kes neh adalah refleksi terhadap apa yang UKE pernah buat terhadap pembangkang dulu. Sebelum2 neh, bila UKE menuduh dan menfitnah PR, pernah bagi ruang dan peluang untuk mendengar dulu hujah2 dari PR?

Takde kan.

Nak cakap, main cakap.

Nak sembur, main sembur.

Ingatkan awak tue ustaz, awak amek sikap berlapang dada. Dengar hujah dari kesemua pihak. Awak teliti dulu jika2 berita itu fitnah atau tokok tambah atau memang benar. Lepas tue awak usulkan solusi supaya benda tue diselesaikan cara elok. Ini apa yang awak buat ialah hentam hentam hentam hentam. Lepas tue sambung kutuk. Lepas tue perli. Kesahihan citer tatau lagi. Kadang2 benda fitnah aje pun. Di jaja ke sana ke mari.

UKE, ubahla.

PEMBANGKANG tak perfect pun. Boleh bidas kalau mereka betul2 buat salah. Tapi tolongla bidas tentang benda yang memang mereka betul2 buat salah. Bukan bidas selepas mempercayai fitnah yang disiarkan di kaca tv atau yang disampaikan oleh rakan2 BN anda..

Oke Ustaz?

Nah, ini penjelasan dari UKE berhubung dia menjadi ahli MT. Nampak tak aku bagi ruang dan peluang kepada UKE untuk menyatakan pendapat dia? Cuba kalau aku tiru perangai UKE neh.. main hentam kromo aje.. langsung la taknak bagi ruang.... ada patut ka?

Lue fikir sendiri la kawan. 


Subhanallah.. Saya pun terkejut saya dilantik, belum apa2 dah kena maki.. Alhamdulillah, salah ke kalau orang lain minta nasihat? Saya ni sentiasa berlapang dada,jgnlah tuduh tanpa melihat secara halus..Apa yg kita sangka ttg orang lain kadang2 itulah dlm jiwa kita.Berhati2 la dlm berbicara.Apa tuan2 ingat saya kemaruk wang, kuasa pangkat?Apa salahnya doakan yg terbaik, bila takde org agama dikata teruk bila org agama dijemput pun dikata teruk, sy tak faham.Kalau tak tau apa2 alangkah baik kalau diam..Esok saya akan adakan sidang akhbar khas di PPR Setapak, dgr penjelasan saya..Dlm hal ini sepatutnya bg pandangan atau nasihat bukan maki hamun fitnah n cacian..Bab bersara dr ceramah, berkali2 sy cakap bila masa saya nak berhenti berdakwah, dakwah sgt luas cuma saya kata sy nak tumpu pd sekolah dan berdakwah dgn media spt tv radio dll.. Salah ke sy nak berdakwah di sekolah?Bc la sampai habis apa sy ckp dlm cd, ceramah dn fb saya..Terlalu banyak yg jemput ceramah malah ada yg booking bertahun, semua kena kira termasuk kesihatan saya.Bab lantikan MT UMNO ni baru sgt sy dijemput, diminta bantu apa yg patut utk Islam..tu pun jadi masalah., jd isu?Saya ada prinsip saya, tak pernah dgr ceramah saya tp nak komen lebih2,,Esok saya akan dapatkan apa bentuk lantikan yg diberi pd saya n saya jugak kena jaga byk perkara dr keluarga, sekolah, kuliah2 saya, anak murid saya, pengikut kuliah sy dll.Bagi anda yg betul ikhlas dlm memperjuangkan Islam boleh dengar apa saya cakap selepas saya berbincang spt yg saya sebutkan tadi.. 30hb jam 9mlm di PPR Setapak.Semoga Allah merahmati kita semua,terima kasih atas kata2 yg sgt manis dlm komen anda sebelum ini.Jgn lah menilai hati org,kita tak tahu apa dlm hati org, Allah yg menilai bukan kita. Wassalam.

Jumaat, 29 November 2013

Harga Kereta Mahal Kerana Nak Kawal Penggunaan Minyak - Mahathir.

Mengaku juga. Mengaku juga harga kereta di negara ini MAHAL. Bagusla sebab mengaku yang harga kereta di negara ini MAHAL. Sebab kebanyakkan menteri2 BN bahkan Mahathir sendiri enggan nak mengaku harga kereta kat negara ini MAHAL. Sebaliknya depa asyik cakap harga nya munasabah, dalam kemampuan rakyat.

Mahathir menulis ;


4. Actually the price of cars is high because we want to limit the consumption of fossil fuel. The big-engined luxury models are taxed 300%. Otherwise the rich owners would enjoy the subsidy more than the owners of small cars.

Alasan pasal subsidi neh tak valid. Kelam kabut. RON 97 mana ada subsidi lagi la. Bukan kah kereta CC besar menggunakan minyak mahal? Itu alasan yang disediakan oleh menteri. Aku petik balik, aku ingatkan semula.

Dan di akhir penulisan dia ada menyebut tentang AP. Jadi ini mungkin berkaitan dengan cadangan Rafizi yang mahu AP gula dimahsuhkan.  

Penulisan penuh boleh klik sini.

Aku meneliti penulisan Mahathir neh dan aku rasakan yang Mahathir juga mempunyai sikap yang sama macam kebanyakkan orang2 kaya yang lain. Sikap pentingkan diri, sikap suka tengok masalah dari sudut pandang orang kaya, orang berduit dan berharta. Jika semua perjuangan2 korang adalah untuk orang2 yang berduit, kenapa tidak bunuh saja kesemua mereka2 yang tidak berduit, betul tak? Jika dunia ini hanya memberikan keadilan untuk orang2 berduit, maka patut ke lagi yang orang2 yang tidak berduit ini terus hidup?

Mahathir ;

1. Traffic jam berlaku disebabkan kegagalan kerajaan menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang effisen. Aku ulang, effisen. Aku ulang. Effisen. Effisen di sini maksudnya cekap, tepati waktu, murah, meliputi semua destinasi, dan sentiasa dalam keadaan baik dan bersedia. Ini kita takde.

2. Jadi rakyat perlu ada kenderaan sendiri. Bagi sesetengah yang tak mampu beli motor. Time hujan basah, lepas tu kena hadap dengan pemandu2 kenderaan berat. Ramai penunggang2 motorsikal maut disebabkan kecuaian kenderaan2 besar. Maka bagi yang rasa mampu sedikit, mereka beli kereta. Yang benar2 tidak mampu gila ah, baru la beli motor.

3. Jika Mahathir mahu menjimatkan penggunaan minyak oleh kenderaan2 di negara ini sepatutnya jaringan sistem pengangkutan awam dibaiki, diseragamkan, disusun dan diperluaskan ke seluruh Malaysia. Ini baru cara yang betul. Maka kebergantungan kepada kenderaan sendiri akan susut, berkurangan sebab orang ada alternatif lain nak rely on, untuk pergi kerja, untuk bergerak.

4. Masalah pada proton ialah mereka jual mahal pada rakyat sendiri dan jual murah pada orang luar. Apa la salahnya mereka jual dengan harga yang setimpal dengan kualiti yang ditawarkan. Lepas tue mereka juga sentiasa lakukan RnD dan juga sentiasa memastikan anak2 muda, melayu terutamanya diberikan latihan2 supaya mereka menjadi pakar dalam bidang automotif, apa salahnya kerajaan bantu mereka dari segi kewangan untuk kembangkan bakat anak2 muda ini daripada Mahathir asyik2 sebut melayu takde modal, takde pengalaman macam mana nak bersaing maka perlindungan itu perlu, tapi sampai bila? Bila kita nak melindungi anak sendiri adakah sampai perlu menganiaya anak orang lain?

5. Cara pemikiran neh tak betul. Walaupun aku nampak the determination of Mahathir neh bab PROTON tapi sayang matlamat dia salah sasaran.

6. Jika ko nak melindungi PROTON cara dia ko pastikan PROTON mampu bersaing dengan pihak luar. Buat apa2 saja supaya PROTON diterajui dengan orang2 yang PAKAR dalam bidang ini. Jika pengalaman jadi isu, maka penuhkan mereka dengan pengalaman2 tersebut. Jika modal jadi alasan, maka kerajaan mainkan peranan nya disitu.

7. Dengan mengatakan mengawal PENGGUNAAN MINYAK dan mahu MELINDUNGI PROTON sebagai alasan kenapa HARGA KERETA MAHAL di negara ini bukan kah itu melampaui batas?

8. Jika Mahathir ialah seseorang yang bergaji rendah dan ada anak ramai tapi tak mampu nak beli kenderaan yang selesa untuk keluarga sendiri, apakah Mahathir akan terbeli dengan alasan seperti ini?

9. Yang rakyat sebut2kan banyak banyak banyak kali. Sampai menangis2. Sampai ramai yang dah mati pun. Sampai menjerit2. Meraung. Cakap cara elok, cakap cara kasar pun ada. Semua cara yang mampu rakyat suarakan, sudah rakyat suarakan tapi kerajaan masih masih masih masih lagi tak faham apa puncanya disini.

Isunya bukan PROTON. Isu nya bukan duit. Isu nya bukan rakyat malas atau nak semua nya percuma jauh sekali sebab rakyat malas belajar rajin2 bila tak dapat kerja bagus maka meroyan sebab tak mampu beli kereta.

Cuba lihat benda neh dari kaca mata Islam. Kalau perkataan Islam tue terlalu berat dan hanya orang2 yang alim aje orang boleh ulas, maka lihat benda neh dari sudut keadilan.

1. Bila kita meniaga, kita letak harga.

2. Harga perlu ditentukan menggunapakai konsep sesuai dengan kualiti yang kita tawarkan.

3. Bila kita letak penawaran harga yang melampau mahal, maka orang akan berkata2 ia mahal.

4. Maka sudah tentulah rakyat akan beralih kepada product yang serupa tetapi dengan harga yang lebih berbaloi.

5. Tetapi apa yang kerajaan kita buat ialah mereka mahu PAKSA RAKYAT BELI PROTON JUGA.

6. Caranya mereka kenakan cukai yang melampau mahal kepada kereta2 import. Lepas tue kereta2 nasional. 

7. Peluang untuk memilih terjejas bagi mereka yang berpendapatan rendah. Yang kaya tak payah cakap. Mereka ada banyak pilihan berdasarkan range harga disebabkan pendapatan mereka tinggi.

8. So disini lah, keadaan ini la caranya kerajaan menekan mereka2 yang berpendapatan rendah. Jika mereka salah kerana tidak belajar rajin2, kerana bukan sebahagian dari orang2 kaya, apakah mereka juga salah kerana dilayani secara tidak adil melalui polisi berat sebelah yang hanya mengutamakan sesetengah pihak sehingga ada pihak2 yang tertindas?

9. Bila kita buat satu2 polisi, bukan kah seharusnya tidak boleh menindas mana2 pihak?

10. Orang kaya, orang miskin, pemimpin, rakyat, peniaga, pengguna, peguam ke orang biasa bukan kah mana2 pihak yang duduk dalam mana2 kumpulan sekalipun tidak patut dijejaskan dengan apa2 polisi yang ditetapkan?

11. Itu tak masuk bab lagi yang PROTON memang MEMAKSA rakyat Malaysia beli kereta bila mana kerajaan juga tidak menyediakan sistem jaringan pengangkutan yang EFFISEN. Apakah semua orang MAMPU MENAIKI JET MEWAH SEPERTI ROSMAH MANSUR? 

Ini la masalah utama nya. Polisi yang disangka baik bagi melindungi PROTON sebenarnya telah menganiaya orang lain secara langsung dan tidak langsung. Malas nak sebut perincian kat sini nanti thread jadi terlalu panjang.

Seperti yang dah disebutkan di atas, cara terbaik nak melindungi PROTON ialah bukan dengan mengenakan cukai yang terlalu tinggi sehingga mempengaruhi harga kereta dan riba dari BANK sebaliknya ialah bantu mereka dari segi meraih pengalaman, mengumpul modal, hantar mereka belajar ke sana ke mari, upah jurutera2 yang hebat, pereka2 kereta yang terbaik, belajar sesuatu dari syarikat2 yang berjaya dan aplikasikan perkara2 tersebut dalam syarikat PROTON. Insya-Allah kereta yang berkualiti dengan harga yang menarik orang pasti beli.

Ini baru cara yang betul untuk melindungi PROTON bagi memastikan mereka mampu berdaya saing dan terus hidup di dunia ini. Dengan menyeksa rakyat melalui mencuri wang titik peluh mereka, apabila kenakan cukai yang terlampau tinggi, itu bukan untuk melindungi PROTON tetapi menindas orang. Tiada apa2 alasan yang MAHATHIR boleh sebut depan Allah, clear and loud pasal PROTON ini. KIta selesaikan saja masalah kita neh depan Allah nanti, Mahathir.

Salah, Jika Melarang Umat Islam Berjudi Di Negara Ini - Zaid Ibrahim.


Kenapa salah? Sebab merujuk kepada perlembagaan. So kalau ianya salah, maka mana2 tangkapan yang melibatkan umat Islam yang berjudi selama neh boleh dicabar melalui kuasa undang2 la kan? So perlu kita membantu penjudi2 muslim di negara neh agar mereka melantik peguam dan menyaman kerajaan kerana menahan mereka daripada berjudi sedangkan perlembagaan kata tak salah pun.

Macam tue ke ek?

Haha..

Langkah menghalang umat Islam daripada berjudi bertentangan dengan perlembagaan negara ini, kata bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim.
"Melarang orang Islam daripada berjudi bertentangan dengan perlembagaan. Tanggungjawab kerajaan bukan menjadikan orang Melayu lebih alim atau lebih beragama," katanya Menulis di Twitter semalam, Zaid (kiri) juga berkata, larangan itu, sekali gus menunjukkan sikap pemimpin Islam yang hipokrit.


Mereka berpura-pura alim dengan mencegah khalwat atau pembelian (nombor ekor) 4 digit. Saya suka membeli Sports Toto apabila hasilnya digunakan membantu sukan dan kebajikan. 

"Kemudian pemimpin-pemimpin Islam memutuskan bermurah hati kepada Vincent," sindirnya.

Beliau dipercayai merujuk kepada Vincent Tan, ketua eksekutif Berjaya Corporation Berhad, yang antaranya terkenal dengan perniagaan perjudian.

Kerajaan Melaka semalam dilaporkan bercadang mewujudkan pos kawalan dan menempatkan seorang pegawai agama 24 jam di premis perjudian di negeri itu sebagai usaha mengelak umat Islam terlibat dalam kegiatan perjudian.
Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron (kanan) berkata pegawai agama bertaraf pegawai syarak itu akan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan, lapor Bernama.

Kerajaan Melaka juga dilaporkan tidak menolak kemungkinan memberikan kuasa lebih besar kepada pihak berkuasa tempatan bagi membanteras kegiatan perjudian.

Ekoran itu, Zaid menyindir, sekiranya Melaka serius ingin memeriksa orang Islam yang berjudi, mereka harus pergi ke kasino-kasino terkenal seperti di Melbourne, Vegas atau London.

"Jangan hukum pembeli 4 digit seperti saya," katanya lagi.

Aku sokong kerajaan Melaka dalam bab neh. Maaf cakapla hujah Zaid neh terlalu merepek bagi seseorang yang pandai dan hebat macam dia. Mungkin kah dia menyindir pihak2 tertentu? Jika ya, yang tue aku tatau la pula. Tapi kalau niatnya bukan menyindir maka aku anggap je la dia sedang merepek sebab memang merepek pun.

Nak cakap tanggungjawab kerajaan bukan menjadi lebih alim atau lebih beragama, yela kalau ko tengok dari sudut keagamaan memang itu je la yang ko nampak. Cuba tengok dari konteks kehidupan sosial pula. Berjudi neh membawa elemen2 negatif dalam kehidupan. ALONG, pinjaman cekik darah, kegiatan gangsterism, bunuh diri, tahan anak2 mereka yang tidak mampu bayar hutang judi, ini apa?

Kerajaan cegah dari segi ini. Jangan asyik dok pandang negatif je Zaid. Berjudi neh effect dia lebih besar terhadap non muslim berbanding muslim di negara neh. Berapa banyak dah MCA bawa masuk dalam paper, keluarga2 cina yang dikejar dan diburu ALONG akibat hutang perjudian? Bab neh MCA memang peka. Dorang membantu. 

Tapi apa yang kerajaan negeri buat sekarang focus kat muslim aje. Sikit pun tak larang hak non muslim untuk berjudi. Tapi ko melatah semacam. Siyes, ko betul2 berjudi ke Zaid? Dan ko betul2 bangga melakukan perkara itu ke? Perlu ke hebahkan dan mengaku kat satu dunia? OooOoo.. bijak gile weh.

Sebab tue jika ada mana2 pihak yang mahu menghalang mana2 orang Islam dari berjudi sampai buat pondok depan premis perjudian, aku sokong sangat. Nak batalkan lesen tak boleh. Tapi nak halang boleh. Mungkin lepas neh depa guna taktik upah kawan2 untuk beli no ekor atau beli online ** err ada ke? tapi janji kerajaan negeri mampu cegah yang nak beli depan2 tue. Bagusla.

Lagipun apa je sangat dengan perlembagaan negara neh Zaid? Benda boleh ubah kot. Kalau salah, maka ubah la perlembagaan tue supaya jadi betul. Sebagai umat Islam kalau kita bersama2 bersatu menambahbaikkan moral kita, akidah kita lagi bagus dari kerja nak kondem BN aje 24 jam. 

Yelah, mungkin Zaid rasa berjudi tue hak kebebasan individu tetapi jangan lupa, once ko berjudi ko sebenarnya dah menjejaskan keselamatan rakyat sebab apa? Sebab bila ko menyuburkan perniagaan judi, automatik ko bantu geng2 gangsterism neh. So semakin kukuh dana yang gangsterism neh dapat, maka semakin berani la depa ketuk rakyat dengan cara2 depa. Ini masalah sosial gak neh. Takan la Zaid yang pandai dan bijak tak reti nak faham benda2 gini?

Tolong la weh.. 

Ali Tinju Mahu Buat Tarian Tonggeng Depan Rumah Azmin Ali Jika Rosmah Terus Di Pertikai! - [Cepat Sikit]

Kenapa hanya rumah Azmin Ali? Buat la kat rumah semua orang yang mempertikai isu Rosmah Mansur neh. Bukan Azmin Ali aje yang dok pertikaikan. Ramai bhai. Berbaris neh. Apa kata Ali tinju buat siri serangan tarian tonggeng kepada semua rumah2 yang didiami oleh mereka2 yang mempertikaikan Rosmah Mansur. Dari ahli parlimen kepada rakyat Malaysia..

Mesti gempak punya la. Gempak dalam buat lawak bangang.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Lihat bawah ;


Siapa Rosmah Mansur pada Ali tinju? Kenapa beria2 pertahankan bini orang? Najib pun relax aje kot. Yang lain2 aje lebih sudu dari kuah. Dari menteri sampai ke ahli2 bawahan UMNO.. masing2 pakat buat lawak bangang dok membekap mama Rosmah kita.

Kenapa?

KAH KAH KAH

Gila ah.

Aura Rosmah Mansur begitu hebat. Apa pun sebelum Ali Tinju beria2 nak mencabar orang, kami dulu mencabar Ali tinju buat tarian tonggeng depan rumah semua pihak2 yang mempertikaikan mama Rosmah naik jet. Cepat sikit. Jangan main gertak dan ugut guna media je. Mesti buat terus. Ada faham?

KAH KAH KAH

Khamis, 28 November 2013

Ini Ke Senarai Kenaikan [Kadar] Baru Tol?

Seperti yang kita sedia maklum, menteri kita sudah mula mengeluarkan statement meminta agar rakyat bersedia dengan kenaikan kadar baru tol yang di jangka akan bermula seawal bulan Jan 2014. Bagi yang terlepas episode pertama boleh rujuk sini ;

http://amenoworld.blogspot.com/2013/11/kerajaan-bercadang-mahu-naikkan-kadar.html

Seperti mana yang aku dah tuliskan di artikel sebelumnya. Kerajaan bukan dalam rangka cadangan atau kajian. Tetapi mereka dalam proses pelaksanaan. Ini dikuatkan lagi dengan dakwaan bahawa kerajaan memang akan revise kadar baru tol pada tahun 2014 sepertimana yang telah dimeterai dalam perjanjian2 mereka bersama syarikat konsesi tol di negara ini.

Kerajaan sekarang dalam proses nak fahamkan rakyat kenapa kenaikan ini wajar dan perlu pada masa sekarang. Berikut email yang aku terima. Kalau tak salah, ini kadar baru yang dicadangkan setakat ini ;


 

Ada tol yang dicadangkan naik sehingga rm1. Ada yang dicadangkan naik sebanyak 50sen. Ada yang dicadangkan naik 10 sen ataupun 20 sen. Tak pasti la samada kerajaan menerima cadangan kenaikan ini atau tidak, tetapi jika ya, mohon kerajaan jangan naikkan sampai rm1. Kenaikan rm1 tue sebenarnya tinggi dan membebankan. Betul aku cakap neh. Pun begitu, kesahihan dokumen ini perlu dipastikan oleh kementerian terbabit. Mohon berikan respon adakah dokumen di atas ini ialah merujuk kepada dokumen yang sebenar. Dan adakah dokumen di atas ini ialah dokumen dalam peringkat cadangan ataupun dalam rangka pelaksanaan?

Maaf cakapla, terus terang nak bagitau neh. Rasanya dah tak larat nak marah2 aje sentiasa. Kalau betul ini kadar baru yang akan kerajaan tetapkan, mohon tarik balik la. Kalau ye pun nak naikkan juga, jangan naik mendadak sangat sampai rm1 dan ke atas pula.. fikir sama kat orang2 yang tak mampu tue. Ke nak suruh semua orang naik motor apa bagai pula? Tak fikir ka bab family yang ada anak kecik, orang tua, OKU, sakit dan sebagainya tue?

Dan lagi satu, bila kerajaan dah nekad nak naikkan kadar tol, elok la pengumuman mengenai kenaikan itu dibuat sebulan dari tarikh kenaikan sebenar. At least rakyat boleh bersedia masa tue. Jangan buat pengumuman mengejut. Lagi dua tiga hari nak naik, baru nak umum. Ingat rakyat boleh terima ke benda2 macam tue?

Mungkin alasan tangga gaji minimum akan menjadi salah satu hujah yang akan digunapakai kelak. Tak kisah la kerajaan nak gunakan alasan apa pun bagi wajarkan kenaikan kadar tol tetapi tolong pastikan ia bukan alasan2 yang memperbodohkan rakyat Malaysia. Jangan pula korang bandingkan kadar tol negara neh dengan tol luar negara pula.. lepas tue convert2 matawang lagi.. tolongla tamatkan kebodohan macam tu.. please.

Oke bai. 

Rabu, 27 November 2013

Kerajaan Bercadang Mahu Naikkan Kadar Tol Bermula Januari 2014.

Tidak mampu lagi menanggung bayaran pampasan yang tinggi jika kerajaan masih lagi mengekalkan kadar tol sedia ada. Itula alasan yang dikemukakan oleh menteri kita. Disamping itu, menteri kita juga berkata bahawa dengan penjimatan bayaran pampasan tersebut, wang tersebut boleh digunakan untuk menambahbaik jalan luar bandar yang teruk dan tidak teratur selama neh.

Korang tak rasa ke yang kita semua neh sedang menonton skrip drama ulang tayang? 

Setiap kali kadar tol dinaikkan atau apa saja benda yang perlu kerajaan kita naikkan maka mereka akan bagi alasan yang sama.

Ya, kami nak perbaiki keadaan jalanraya luar bandar yang teruk.

Tapi setiap kali itulah jalanraya di luar bandar tak pernah nya nak elok.

Dan tol dinaikkan lagi. Dan benda2 lain pun turut dinaikkan harga atau kadar lagi. Dan alasan nak repair jalanraya diberikan kepada rakyat sekali lagi. Dan kita tengok eh jalanraya luar bandar masih teruk lagi? Bahkan jalanraya di sesetengah bandar pun bukan la cantik mana yang sampai boleh dipuji kemain pun.

Seriously. Kita buta2 kena tipu dengan kerajaan depan2 muka bhai. Ibarat dia macam neh. Kita nampak dia makan ayam depan mata kita sendiri. Then kita cakap la eh ko makan ayam eh, then dia cakap tak pun. Aku puasa hari neh. Tapi kita nampak tue dia makan ayam. Tapi mampos2 dia taknak mengaku. Macam tue la BN melayan rakyat sekarang neh beb.

Lihat bawah neh hah ;


Perhalusi kata2 menteri kita ;


Menteri kita minta kita bersedia untuk menghadapi sebarang perubahan kadar tol dalam masa terdekat. Kadar baru itu sekurang2nya akan bermula seawal Januari 2014. Dari ayat yang ditulis dalam artikel di atas seolah2 menteri kita sudah selesai semua peringkat kajian dan cadangan. Yang mereka buat sekarang ialah bagaimana nak fahamkan rakyat bahawa kadar baru ini benar2 perlu untuk memastikan kerajaan tidak lagi perlu menanggung beban bayaran pampasan yang tinggi.

Bab pampasan tol tue aku dah pernah ulas. Sungguh2 aku tak faham. Dan aku malas nak ulas lagi. Cukupla aku bagi ayat penerangan yang ringkas.

Buat tol = guna modal kerajaan + swasta.

Rakyat bayar tol = syarikat tol untung juta2. Keluar news apa seme.

Bila syarikat konsesi nak naikkan kadar, then kerajaan tak bersetuju, kerajaan kena bayar pampasan walaupun syarikat konsesi tol bukan la rugi, sebaliknya untung juta2 nak mampos.

Nampak tak disitu?

So dengan melihat cara BN menguruskan dengan negara neh, aku percaya ramai rakyat berasa seperti sedang menghunus pedang kat leher sendiri. Saat neh nak gelakkan kebodohan pengundi2 BN pun rasa macam serba tak kena. Nak padan muka kan dorang dengan aku2 sekali terbabit sama sebab terjejas dengan pelbagai kenaikan. Cukupla aku nasihatkan dorang kalau reti malu, kalau la korang ada sedikit pun rasa malu, rasa segan selepas menyusahkan orang, pergi la kat mana2 tempat dan muhasabah la diri masing2. Tolong la ek..

Oke bai..

Lagi Skandal IC Palsu Terdedah.. - BN Kantoi?

Mula2 korang tengok dulu gambar kat bawah. Tengok betul2. Dan baca satu persatu yang terpapar dalam gambar kat bawah neh oke ;


Tengok part tarikh. Tarikh tue clue dan keyword kita kat sini. Dah tengok kan? Oke good. Sekarang tengok pula berita yang baru dikeluarkan oleh SH baru2 ini ;


Faham tak jalan cerita dia macam mana kat sini? Ini huraian dia ;

1. Mula2 pada tahun 2011 member aku dapat info mengenai penjualan IC palsu. Bermodalkan rm1,000. Dan warga asing ini akan diberikan ic apa seme.

2. Dalam dalam gambar pertama diceritakan mereka yang beli IC akan turut menjadi pengundi. Part pengundi tue tak dapat disahihkan betul ke tidak lagi setakat ini. Tapi part beli ic bermodalkan rm1,000 dah sahih pasal dah ada tangkapan pada tahun 2013. 

3. Berita SH neh berita baru beb. Korang lihat tarikh dan baca sendiri berita tue kat sini hah ==> http://www.sinarharian.com.my/semasa/hanya-rm1-000-dan-gambar-untuk-buat-ic-1.224870

4. Setelah hampir 2 tahun baru la ada tangkapan dan baru la kata2 yang diluahkan dalam inbox tue dapat dibuktikan dengan fakta.

5. Masa tue kalau kita main sebar aje mesti orang tuduh2 kata kita fitnah. Aku pun tak boleh nak salahkan persepsi dorang. Dorang tak salah bila kata nak tuduh sesuatu mesti present bukti. Setakat cakap sesiapa pun boleh beb. Aku setuju part tue. Tapi dengan kuasa yang terhad, source yang limited, memang menyukarkan orang2 biasa macam aku neh untuk siasat beb. Silap2 siasat punya siasat tahu2 aje jumpa Ameno World kat mana2 longkang lepas kena bunuh. Lagi haru. Aku pun reti gak takut beb. Dosa dah la berlambak. OoOoo..

6. Untuk rekod, rakaman perbualan di atas ialah dari rakan fb aku kepada rakan dia yang lain. Bukan antara aku dengan mana2 orang. Then bila dia terbaca berita kat SH tadi, dia teringat plak eh dulu rasanya ada member pernah citer macam tue. Tak sangka la pula. Memang lahanat la sapa2 yang jual IC neh beb. Dalang nya tak lain tak bukan. Geng2 kita juga beb. Rakyat Malaysia tue. Dasar barua duit. Celake betul.

Sekarang korang fikir2la sama. Berapa ramai la orang2 di luar sana yang bukan warga negara tapi pegang IC Malaysia yang mana IC tue mereka beli dari warga Malaysia. Dalang kepada penjualan IC palsu neh patut dibuang kewarganegaraan terus. Siyes. Hidup menyusahkan orang. Tahu fikir duit aje. Tak fikir berapa ramai nyawa dan keselamatan rakyat sendiri tergadai. Moga2 cepat la penguatkuasa dapat tangkap dan hukum pesalah2 terbabit. Kalau boleh la kan, jangan la buat siasatan terpilih. Ini mesti ada big boss punya neh..

Oke bai.

Cadangan Kaji Semula Kewujudan Kedai 24 Jam Untuk Bendung Jenayah - Kementerian Komunikasi.

Ikut kedai la beb. Kalau restoran tue biar la depa nak 24 jam pun. Pasal bukan semua orang kerja waktu siang beb. Ada yang kerja waktu malam. Ada yang kerja tengah malam. Buatnya tetiba perut rasa lapar. Nak cekau makanan kat mana. 

Aduhai.

Sama juga kalau ia melibatkan kedai serbaneka. Kadang2 urgent nak beli ubat demam ke, apa ke, so ada la kedai yang nak dituju. Takan panadol punya pasal nak serbu hospital kot. So kalau ia melibatkan kedai2 seperti restoran dan kedai2 serbaneka neh aku rasa biar aje mereka terus wujud dan wujud sebab kewujudan mereka memudahkan masyarakat bukan memberikan ancaman dan bahaya.

Tapi kalau kedai2 game judi ke, kedai2 kasino ke, kelab malam ke apa ke walaupun bukan 24 jam, kerajaan boleh pertimbangkan untuk tutup atau kurangkan waktu operasi mereka sebab kat kedai2 macam neh la port2 penjenayah suka melepak. Lepas buat jenayah kadang2 mereka mabok2 satu lagi. Kadang2 sebab mabok la mereka buat jenayah. 

Yang berjudi la apa bagai lagi. Kedai2 macam neh la yang sebenarnya menyusahkan. Itu pasal aku heran macam mana kerajaan yang akalnya waras, minda nya stabil boleh membiarkan magnum dan sport toto membiak dengan mekarnya di negara ini? 

Helo kawan, judi is judi. Judi is buang duit. Kalau ko didik rakyat dengan no judi2, maka no judi2 la jadinya mereka tue nanti. Ini didik sudah la tak berani, penuhi pula keperluan mereka agar sesiapa yang ingin berjudi boleh melepaskan nafsu berjudi mereka di port yang disediakan dengan kerajaan kutip duit lesen plus cukai, nampak sangat bangangnya pemikiran kerajaan disitu.

BTW, lihat cadangan oleh kerajaan terlebih dahulu ;


Tengok tue.. sebenarnya generasi muda melepak2 ialah benda biasa. Jangan la asyik nak pandang negatif sangat pada benda2 yang anak2 muda selalu buat. Ini kes anak sendiri tak balik rumah ke apa sampai bagi idea macam neh.. haha..

Melepak2 tak kacau orang biasa la. Macam depa melepak kat kedai makan. Macam orang dewasa melepak depan tv. Melepak dekat rumah kawan. Melepak aje pun. Budaya melepak neh tak lah negatif. Kalau depa buat benda negatif seperti kacau orang sambil melepak tue baru la salah. Lagi satu, bayangkan la, kedai2 tue beroperasi 24 jam sebab nak mencari rezeki, tawarkan peluang pekerjaan, adalah amat tidak adil disebabkan ada orang lain yang melepak, depa pula yang kena tanggung akibat.

Kes2 macam neh la yang buat orang suka salah faham. Patut pegawai kerajaan kena bagi alasan cerdik sikit la. Taknak terlibat dalam mana2 insiden jenayah, kedai 24 jam kena tutup. Tak boleh beroperasi. Betul ke cara tue beb?

Sepatutnya pegawai kerajaan kena dorong kepada keadaan andaikata seorang wanita yang keluar rumah jam 3 pagi pun takde sapa akan kacau mereka punya. Takan ada mana2 pihak berani buat jenayah punya. Kenapa?

1. Sistem keadilan dan kehakiman yang tegas, adil, tersusun dan semua pihak2 yang menjadi mangsa jenayah 100% terbela sampaikan orang takut nak buat jenayah waima dalam keadaan sorok2 sekalipun.

2. Masyarakat rasa selamat, bahkan tak payah kunci rumah sebab takan ada yang berani masuk mencuri disebabkan tahap keselamatan dalam negara, tip top. Sama rata samada kaya atau miskin semua rasa terlindung beb.

Ini kaedah yang tepat. Ada pula suruh tutup kedai 24 jam. Lepas neh apa pula cadangan nya andai kata jenayah masih berlaku? Semua orang tak payah keluar rumah dan duduk dalam rumah 24 jam aje bagi membendung jenayah ke apa? 

Haha..

Idea neh bukan la aku nak kondem tak betul langsung. Tapi kena selective la pada kedai2 tertentu. Bukan kira 24 jam ke apa. Tapi ikut jenis perniagaan. Kalau ia perniagaan yang tidak baik selalunya memang mendorong orang2 tak baik melepak kat kedai2 macam tue. Kalau ia kedai makan ke kedai serbaneka ke apa ke.. tak payah la kacau operasi mereka. Mereka berniaga secara halal. Orang nak singgah makan jam 2 pagi ke 3 pagi ke lantak la. Janji tak kacau orang sudah la. Biar la depa nak gemuk ke boroi ke janji tak sebat duit rakyat biar je la.. oke?

KAH KAH KAH

Gambar Polis Serbu Rumah Ke Rumah Yang Ada Saman Tersebar..

Kalau korang hanya ada satu saman traffic, cepat2lah bersyukur dan jangan sesekali jadikan ia kepada dua. Saat2 ini korang akan sedar betapa gila nya kerajaan sedang mencari duit beb.

Hahaha.. ayat tak boleh blah.. 

Tengok gambar kat bawah neh hah ;


Operasi di Ipoh beb. Gila ah. 

Sanggup depa terjah rumah ke rumah. Duit punya pasal. Terdesak sangat nak penuhkan kantung ke. Ingat rakyat tak terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi ka? Ada la alasan2 depa kenapa gagal bayar saman traffic. Mesti duit takde tue.

Apa yang POLIS akan buat beb?

1. Dorang akan sasarkan untuk buru pesalah2 jalanraya yang kerapkali kena saman. Maksudnya lagi banyak saman yang ko kumpul, lagi tinggi peluang untuk ko diburu. Sebab apa? Sebab ko ada saman yang banyak dan ianya semua tertunggak la weh. Kalau ko kena saman banyak2 dan ko asyik bayar dan bayar selepas disaman, polis tak la buru ko. Yang polis buru ialah pengumpul waran saman tapi taknak bayar saman. Haha.

2. Polis juga jaja ayat2 manis. Katanya pesalah2 jalanraya relax sudah la. Polis takan buat apa2 tindakan keras terhadap mereka. Just nak suruh depa bayar saman aje. Akan tetapi jika mereka enggan bayar saman maka mereka boleh mencabar perkara tersebut melalui mahkamah. Samada mencabar saman yang dikenakan ke atas mereka ataupun mohon agar jumlah saman tertunggak dikurangkan. Ah sudah. Nak naik turun mahkamah? Tak sanggup kot der rakyat marhaen nak buang masa macam tue.. ingat orang takde kerja ke apa..

3. Matlamat polis bukan apa. Mereka cuma nak pesalah2 jalanraya neh bayar saman aje. Dah kena saman, bayar la weh. 

Memang la. Kadang2 kena saman walaupun tak berniat nak buat salah. Kadang2 kena saman walaupun memang berniat buat salah. Tapi saman tue mahal sangat. Duit lagi. Kos sara hidup dah la tinggi. Itu pasal orang tak boleh nak bayar. Apa kata daripada collect duit baik kerajaan suruh pesalah2 traffic neh buat kerja2 khidmat masyarakat. Sudah2la tue asyik tetapkan denda menggunakan nilai duit. Apa kata kita tukar sikit kaedah denda. Khidmat masyarakat ka, apa ka. Baru la depa reti serik sket nak buat salah. Aku yakin BN takan berani punya la. Depa bukan focus nak disiplinkan rakyat pun. Just depa nak duit aje. Sapa yang tak kenal perangai BN kita neh. Satu Malaysia kenal you.

KAH KAH KAH

Selasa, 26 November 2013

Masalah Defisit Boleh Di Selesaikan Jika Hapus Semua Subsidi - Ahmad Maslan.

Laa..

Ada masalah ke?

Aku ingatkan takde masalah langsung negara neh. Buka tv kemain pongpang2 kerajaan cakap ekonomi ada bagus. Ekonomi ada baik. Ini semua jasa BN. Apa defisit2? Itu PR tipu saja. Suka bohong punya orang. Ini negara banyak bagus wooo.. semua pun bagusss.. semua pun terbaek. Semua pun paling top. Semua pun orang luar negara puji2.. kita mesti bersyukur dan berterima kasih pada BN sebab menjadikan negara ini bagus dan terbaek. Betul tak?

Macam HARAM.

Kejap terbaik bagai.
Kang kejap ada masalah.
Kejap kang kata pembangkang fitnah.
Kejap kang kata masalah boleh settle kalau buat gini gini.

Pemimpin2 kat negara ini adalah masalah memahami isu dan tumpu perhatian ke? Kenapa statement2 dorang berbelit belit setiap hari? Kenapa dorang tak suka bagi statement yang jelas, terang dan padu supaya semua orang boleh faham apa yang dorang ingin sampaikan? Kenapa perlu berbolak balik dan berdolak dalik lepas tue kantoi menipu? Dorang neh memang ada bakat yang suka menipu dan memperdayakan rakyat ke apa?


Cuba lihat bawah. Satu lagi statement berbelit2 dari menteri2 Malaysia yang memang terkenal sebagai pakar pembelit ;


Ingat tak lagi tak? Masa mula2 pembangkang suarakan isu defisit neh. Apa yang pemimpin2 negara balas? Mereka kata pembangkang fitnah. Menipu. Memberikan maklumat yang salah kepada orang awam. Masuk tv, masuk berita. Pongpang2 sembang kencang kutuk PR. Then bloggers2 depa pun sebarkan isu tersebut. Then penyokong2 BN kemain bangga lagi konon nya dapat tepis hujah2 dari PR. Perghhhhhh.. macam bagus ajer.. macam hujah betul ajer.. sial. Santau syasya meresap dalam badan aku plak tak pasal2.

Then selepas beberapa bulan berlalu. Eh tetiba dorang punya buat pusingan maut. Mengaku kau ada masalah defisit. Mengaku kau ekonomi akan bermasalah jika tak laksanakan gst. Mengaku la pula kenaikan minyak itu perlu untuk mengimbangi masalah defisit negara. Kena kurangkan subsidi atas nasihat agensi kewangan luar yang melihat rating hutang Malaysia semakin tinggi dari hari ke hari.

Ah sudah.

Bila orang bagi hujah baik2. Orang tunjuk bukti baik2. Orang minta kita bincang supaya sama2 dapat selesaikan masalah baik2 dalam parlimen. Korang taknak mengaku. Kata PR fitnah. Last2 mengaku pula yang negara mengalami masalah defisit. 

Yang paling melampau tue masih lagi enggan mengakui masalah defisit berpunca dari perbelanjaan tidak berhemah oleh kakitangan kerajaan. Agensi2 kerajaan cuai, lalai dan boros. Nak salahkan rakyat bab subsidi. Hey Ahmad Maslan, setahun aje BN turun sebagai kerajaan, negara ini boleh settle macam2 masalah yang korang buat. Ini bukan cakap kosong. Korang hanya perlu turun dari kedudukan sekarang. Aku cabar neh. Aku cabar. Ikhlas aku cakap. Tolongla turun dan tengok bagaimana rakyat melantik orang yang bijak dan betul mentadbir negara.. korang tue bukan lantikkan rakyat. Korang lantik diri sendiri dan rakyat terpaksa terima walaupun tak rela.. kalau tidak kerana pilihan nya antara mati kena naya atau hidup kena tindas, korang dah lama kami beramboskan.. fikir2kanla ek.. 

BTW, aku nak bagitau sikit kat Ahmad Maslan, untuk semua kemudahan yang menteri2 terima hari neh, elaun la tol la, minyak dan sebagainya. Itu juga merupakan salah satu bentuk subsidi tau. Tolong hapuskan tue dulu. Aku rasa elok korang pergi kerja naik bas, bayar tol sendiri, minyak sendiri lepas tue aku nak tengok sejauh mana korang berani lagi berlagak sembang kencang depan rakyat. Aku nak tengok berapa lama lagi korang berani bersikap angkuh.

Oke bai.

Hot : Bil Elektrik Atas RM70.00 Akan Dikenakan GST!!!!

Levi ada. GST pun ada. So elektrik pun ada cukai. Telefon pun ada cukai. Internet pun ada cukai. Prepaid pun ada cukai. Semua benda pun ada cukai. Apa lagi kerajaan yang mahu kenakan cukai? Bagaimana dengan udara? 

Setakat neh kerajaan belum pula berniat nak mencukaikan udara, kenapa? Kalau di fikirkan2 setiap manusia yang bernyawa di dunia neh perlu menghirup udara untuk terus bernafas kan? Apa kata kerajaan kenakan cukai terhadap udara pula. Insya-Allah kerajaan pasti dapat buat collection cukai yang amat2 tinggi jika menswastakan udara di negara ini. Cuba la. Aku ikhlas bagi idea neh.

Rujuk gambar ;


Bil elektrik bawah rm70 takde cukai katanya. Buat ayat macam la kebanyakkan orang guna bil elektrik bawah rm70. Cuba fikir permainan dorang kat sini. Plan pertama dorang naikkan tarif. Bila tarif dinaikkan ini bermaksud apa? Ini bermaksud lebih banyak orang akan terpaksa membayar lebih dari rm70 setiap bulan. Sebab apa? Sebab plan pertama tadi, naikkan tarif.

Dalam hotak dorang ;

Plan A naikkan tarif.

Plan B lebih banyak pengguna akan masuk dalam kategori kena bayar rm70 ke atas

Plan C lebih banyak kutipan cukai akan diraih

Plan D lebih banyak duit yang kerajaan dapat, lebih enjoy kita sebagai pemimpin negara. Yeahhh..

Nampak tak disitu?

Belum apa2 lagi dah buat hal nak kenakan orang. Belum lagi GST dilaksanakan secara total. Plan2 nak menganiaya orang depa dah mula fikirkan satu persatu. Plan2 memperbodohkan dan menyusahkan orang depa dah mula buat satu persatu.

Jangan ingat orang yang guna elektrik banyak itu bermaksud dia orang kaya beb. Kadang2 dalam satu family tue anak dia ramai. Bila anak dia ramai, kena masak air yang lebih banyak kalau guna cerek elektrik. Kena guna seterika dengan kerap untuk gosok baju anak2. Kena guna kipas yang lebih banyak sebab anak2 semua nak berkipas.. tak masuk tv, tak masuk bab cas hp, tak masuk bab lampu, tak masuk bab komputer bila anak2 nak buat kerja sekolah ke apa. So nampak tak betapa bodohnya konsep sesiapa yang bawah rm20.00 tue dapat percuma? Aku dah kondem idea tue di thread yang lepas2. Dah malas nak repeat kenapa aku kondem idea bodoh tue. 

Sekarang neh kita tak perlu bergaji besar untuk bayar cukai. Walaupun semakin ramai dari kita sudah terlepas dari keperluan untuk membayar cukai pendapatan, kita tidak terlepas untuk membayar pelbagai cukai2 lain yang sedia ada dan yang sedia menanti untuk ada. Di negara ini kita tidak perlu menjadi kaya untuk menbayar cukai. Cukup kita perlu membeli barang, melanggan perkhidmatan waima beli prepaid sekalipun, dan bayar bil elektrik maka kita sudah pun memainkan peranan kita disitu untuk membantu kerajaan bagi memajukan negara ini.  Dan dengan semua yang telah kita beri, dengan semua bentuk kerjasama yang telah kita tunjukkan, apakah kita masih lagi layak digelar rakyat yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih? Apa lagi yang kerajaan mahukan? Tidak cukup2 lagi ke saluran kutipan cukai yang sedia ada?

Isnin, 25 November 2013

Najib Beri Kata Dua Kepada Rakyat - Pilih GST Atau Negara Bankrup..

GST atau kita akan bankrupt? 

Saat2 ini kalau Najib cakap depan2 aku memang sah2 kena maki kaw2 punya. Masa tue dia piem ka aku kena penjara ke lempang ke kena pijak ke kena sound ke apa ke dah tak rasa sakit dah. Janji dapat maki depan2. Nak cakap apa pun cakap la. Janji dapat maki sekali jadi ah.

Bukan nak kutuk tapi nak mengungkit balik. Kisah lama. Dulu2 kemain lagi korang kan. Kalau PR perintah negara ini kita akan bankrupt. Tapi sekarang sapa yang meroyan cakap negara akan bankrupt kat bawah neh der?

Sapaa?

 
BN juga.

Tapi sejak bila PR tadbir negara neh? Eh tak pernah la pula. Tapi eh kenapa negara nak bankrupt hah?

Saat2 neh tak terasa ke korang sebagai penyokong2 BN tetiba rasa eh memang sah la aku neh bodoh kan. Senang aje kena tipu dengan pemimpin2 BN. Eh bodohnya aku. Kebodohan aku akhirnya menyusahkan orang. Hahaha..

Tak terasa ka korang macam tue?

Kalau tak terasa tabik ah aku. Sebab bukan senang nak hidup dengan aman selepas menyusahkan orang lain. Apatah lagi ia babitkan hampir 51% rakyat di negara ini. Peratusan tinggi tue. Dah berapa ramai la yang korang susahkan tue ek. Tue pasal aku respect gile dengan orang2 macam neh.

Yang buat hutang tue BN. Nanti penyokong2 BN akan bagi alasan. Alah negara berhutang sebab nak majukan negara neh beb. Memang la ayat korang cantik nak mampos. Hakikatnya BN berhutang nak majukan negara neh sikit aje. Yang selebihnya songlap masuk poket sendiri. Cuba tengok pembangunan yang berlaku ketika zaman Mahathir dengan zaman Pak Lah dan Najib. Dan tengok pula jumlah hutang yang dikumpulkan oleh ketiga2 mereka. Buat perbandingan. Masa neh nanti penyokong2 BN akan bagi jawapan pula. Alah dulu harga barang macam mana.. sekarang harga barang macam mana.. memang betul semua tue memainkan peranan serba sedikit tetapi agak2 korang kalau korang ada akal yang waras, minda yang sihat dan pemikiran yang betul, benda2 kat bawah neh ke ataupun bab harga barang tue does effect ek? Cuba fikir?

1. Penyeleweng demi penyeleweng dana awam yang didedahkan oleh audit. Ketidaktelusan dalam membelanjakan wang rakyat oleh agensi2 kerajaan. Dalam erti kata lain perbelanjaan tidak berhemah seperti membeli teropong paling mahal di dunia dengan specs yang biasa2 saja. Malu kat negara luar kalau tahu neh beb.

2. Projek2 gajah putih, hitam, kelabu, semua warna cukup wujud kat negara neh dan bertambah dari tahun ke tahun. Kat situ menyebabkan dana wang terbazir begitu saja tanpa ada sesiapa pun dipertanggungjawabkan untuk membayar semula kerugian2 tersebut. Contohnya skandal PKFZ yang menyebabkan berbillion2 wang negara hangus begitu saja.

3. Kakitangan kerajaan yang banyak namun skop tugas yang tidak jelas. Agensi kerajaan yang bertindih tugas antara satu sama lain. Gaji nak kena bayar neh. Dalam bahasa mudahnya ialah tenaga kerja ramai tetapi bidang tugas sikit. So kat sini mewujudkan pembaziran dari segi tenaga kerja. Contoh macam Najib. Penasihat wanita ada, penasihat kebudayaan ada, penasihat kewangan pun ada. Berapa banyak penasihat yang Najib mahu? Sedangkan kita sudah ada kementerian2 yang khusus seperti kementerian kewangan, wanita dan etc2. Lantik lagi orang buat kerja yang serupa. Lepas tue lantik lagi duta2 khas ke sana ke mari. Macam Samy Vellu, Jamaluddin Jarjis. Tapi kerja apa? Kita pun taktau. Gaji jalan, kerja tak jalan, duit terbuang, rakyat tanggung. Tiap2 bulan. Kalau setahun dah berapa? Kalau 5 tahun dah berapa? Tak ke ini menyebabkan perbelanjaan negara meningkat? Ini la namanya meningkatkan perbelanjaan dan menambah beban hutang negara. Ada pernah fikir?

4. Kempen demi kempen yang 100% di bawah kerajaan. Contohnya ko nak kempen pasal merokok. Then ko akan lantik syarikat kroni. Projek2 neh bukan projek gajah putih atau gajah mampos. Projek2 neh jalan. Ada hasil. Tapi wang yang dibelanjakan terlalu mahal dan tidak setimpal dengan hasil yang ditunjukkan. Contoh kes macam portal / website harga barang tue. Dengan isu email 1Malaysia. Sudah2la tue. Jangan ditanya tentang perkembangan tue lagi. Agak2 kalau penyokong2 BN ada rasa malu, tolong la.. pandai2 la sorok muka sendiri kat mana2 tempat yang patut. 

5. Projek demi projek untuk kroni2 sendiri. Projek jalan juga. Bukan gajah putih atau warna warni atau gajah mati. Projek jalan cuma mislead sikit dari matlamat asal. Contoh kes macam NFC. Projek jalan tapi untuk Shahrizat dan anak beranak dia je la. Kita neh dok tunggu2 la macam orang bangang nak beli lembu murah konon. Lembu tempatan konon. Nak dapatkan harga lembu dengan lebih rendah konon. Lebih berkualiti dengan harga mampu milik konon. Macam HARAM.

6. Projek2 rasuah. Ye, buat bumbung, runtuh. Pasal rasuah. Oke kerajaan dah bagi sekian2 peruntukkan untuk projek neh. Dana yang disalurkan mencukupi. Pe kata kita makan sikit. Alah rilex la, kita kan kawan2. Bak kata Zahrain setiausaha UMNO Bandar Tun Razak. Rasuah dalam agensi kerajaan bukan setakat bawah meja, atau atas meja, sekarang dengan meja2 sekali lebur. Punyalah dasat nak mampos. Itulah hakikatnya.

Kesemua benda di atas, kalau dikumpul2 dan digabung2 rasanya lebih memberikan kesan yang mendalam atas apa yang kita alami hari neh berbanding faktor harga barang2 kot der..? Ye tak penyokong2 BN? Jangan tipu diri sendiri la..

Mungkin 3,5 atau 10% dari jumlah hutang yang kita alami hari neh datangnya dari faktor perubahan harga2 barang dan perkhidmatan dulu berbanding sekarang. Tetapi 90% jumlah hutang terkumpul adalah disebabkan ketidakpandaian BN dalam mentadbir negara neh akibat amalan rasuah dan ketirisan dalam agensi kerajaan.

Terima la hakikatnya. Lebih cepat korang terima hakikat, lebih cepat kita dapat ubah sesuatu sebelum keadaan benar2 terlewat untuk kita berpatah balik dan membetulkan keadaan. Dan Najib, jawapan untuk ko, kata dua atau tiga, samada GST atau negara bankrupt, kedua2nya bukan opsyen yang bagus untuk rakyat. Dan rakyat tak berminat nak pilih salah satu darinya. Yang rakyat nampak di depan dorang ialah macam mana nak beramboskan BN dari negara ini.. itu yang dok terfikir2kan oleh rakyat .. macam mana macam mana.. sekarang tengah cari kaedah yang sesuai.. ko tunggu la Najib. Hanya bila rakyat segenap lapisan bersatu, tak payah cakap banyak, ko jatuhla nanti. Just wait and see. 

Isu Bil Elektrik Mahal : Takan Nak Guna Lilin? - Najib Bidas Rakyat.

Tahu pula ko ek piem. Pandai ko menjawab kan. Takan nak guna lilin. Takan makan nak guna lilin. Perkara tue normal pada ko sebab ia kediaman tersebut menganjurkan pelbagai majlis rasmi [dan mungkin tak rasmi juga] yang melibatkan penglibatan ko selaku perdana menteri of Malaysia.

Macam tue juga la yang rakyat rasa bila mana korang semua asyik bagi hujah2 bodoh menasihatkan rakyat agar berjimat cermat setiap kali selepas naikkan macam2 harga barang dan perkhidmatan di negara ini.

Bila krisis harga ayam naik, menteri ko suruh boikot ayam. Ayam tue keperluan. Bahkan antara ayam, ikan dan daging, harga ayam la dalam kategori mampu milik dan lebih berbaloi dibeli sebab ikan isi sedikit dengan harga yang mahal, daging memang la semua isi tapi harga dia mahal dan dapat sikit jek [dari segi gram] dan satu2nya yang mampu rakyat makan ialah AYAM.

Tapi harga ayam pun dinaikkan. Harga barang2 dapur pun makin mahal. So rakyat nak makan apa lagi? Yang dipersoalkan disini ialah kualiti hidup rakyat semakin merosot. Apa itu? Maksudnya jika dulu mampu makan ayam sekarang nak makan ayam pun rasa takut. Bila kita mula berkira2 nak makan benda yang elok, kita makan benda2 yang kurang elok dan jejaskan tubuh badan sendiri. Bila sakit, dan tak mampu nak bayar bil perubatan, akhirnya kita tunggu masa untuk mati.

Jika di negara barat, beras perang lebih murah sebab nak galakkan rakyat makan benda2 yang menyihatkan. Di negara ini beras perang mahal tetapi nak galakkan rakyat makan makanan yang berzat tapi makanan berzat semua mahal nak mampos sedangkan proses penyediaan makanan berzat tak la serumit makanan yang tak berapa nak berzat. 

Di negara ini, konsep yang diamalkan sangat mudah sekali kalau ko faham keadah asas nya. Bab kereta as contoh.

Kereta sudah la mahal, cukai pun mahal, minyak pun mahal, sekali ada tol lagi, jalan pun haprak, kereta mahal pun kualiti biasa, nak kualiti tip top, lebih mahal lagi, hutang la pula, riba, bayar tiap2 bulan pun mahal, bila dah habis bayar hutang, kereta start meragam ah sudah. Konsep rumah pun sama macam neh. Konsep kerja pun sama macam neh. Konsep perubatan pun sama macam neh. Konsep pendidikan pun sama. Semua konsep yang kerajaan tekankan ialah konsep kapitalism yang menekankan ciri2 duit adalah penting untuk segala2nya. Jika nak rasa lebih selamat, lebih sihat, lebih terjamin dari segi kualiti hidup, pastikan ko ada lebih wang. Dalam erti kata lain, jika kita takde duit, kita dipersilakan pergi kat mana2 tanah lapang, korek lubang dan tanam diri sendiri. 

Mungkin untuk penyokong2 BN yang malas nak berfikir takan dapat faham jika aku ulas secara tulisan panjang2. Ini aku bagi keterangan yang simple. Agak2 kalau yang neh pun tak boleh faham juga, pergi la ke mana2 tempat yang tersorok ke, terlindung ke dan duduk diam2 disitu sambil berfikir, kenapa aku dilahirkan dengan begitu bodoh sekali di dunia neh sedangkan ramai kawan2 sentiasa membantu aku agar aku keluar dari kebodohan ini. Fikir sampai ko temui jawapan nya oke.

Untuk family yang dah berkahwin dan ada anak2.

Gaji tahun 2012 : 1,500 sebulan
Perbelanjaan : kereta = 450, rumah = 500, minyak+tol = 300, duit dapur = rm500

RM1,750.

Gaji sebulan RM1,500 jer. 

Sekali tak cukup la pula. So bini pun kena kerja sekali. Kat sini masa untuk menjaga dan bersama anak2 dah hilang/susut disebabkan bini kena kerja untuk sama2 membantu suami yang terjejas akibat kos sara hidup yang tinggi. Ini tak masuk lagi bab beli belah macam baju, seluar dan perabot dan sebagainya. Takan rumah nak kosong? Takan anak2 tak perlukan baju? Takan tak payah beli ubat gigi? Takan kereta tak perlu maintainance? Takan rumah tak perlu diselanggara seperti kadang2 lampu rosak la, kena bayar bil api la, elektrik la. Tak masuk lagi bab internet. Tak masuk lagi bab topup hp. Kalau guna line kena bayar tiap2 bulan. Ada banyak lagi perbelanjaan2 sampingan yang mana kalau kita perincikan setiap satunya, dengan gaji rm1,500 sebulan kita takan boleh hidup dengan baik di negara ini. Kalau anak2 bersekolah macam mana? Duit buku? Duit tambang bas? Duit perbelanjaan? Duit kelas tambahan? Apa lagi agak2nya yang rakyat kena boikot atau potong? Atau mungkin rakyat perlu boikot perkahwinan? Jangan ada isteri, jangan ada anak dan jangan ada seks? 

Gaji tahun 2013 : 1,600 sebulan [dapatla kenaikan gaji rm100 berbanding tahun lepas, ingatkan dapat save apa2 yang perlu]

Perbelanjaan : kereta = 450, rumah = 500, minyak+tol = 400 [naik seratus disebabkan kenaikan harga minyak menambahkan perbelanjaan], duit dapur = rm700 [naik rm200 disebabkan kenaikan minyak tadinya].

RM2,050

Gaji RM1,600 - 450 kurang. Nasib baik bini bekerja. Ingatkan nak suruh isteri berhenti, sekali kenaikan gaji tak membantu untuk mengimbangi perbelanjaan tadinya disebabkan kenaikan2 minyak dan harga barang2 dapur.Gaji naik rm100, tetapi kos perbelanjaan bulanan naik 300.00. Masyarakat mula jadi kedekut dan berkira. Takut nak menderma. Aku pun tak cukup neh. Macam mana aku nak bantu orang?

Nampak tak bagaimana faktor ekonomi mempengaruhi sikap dan pemikiran masyarakat. Kualiti hidup rakyat semakin merosot kerana mereka diseru untuk berjimat cermat sentiasa. Sedangkan selama ini bukan la mereka bermula dengan boros untuk di akhiri dengan jimat-cermat. Mereka bermula dengan ikat perut, kini perlu lupakan yang diri mereka sebenarnya eh aku ada perut ke? Kerana mereka perlu utamakan perut2 lain seperti perut isteri, dan perut anak2.

Berapa ramai sebenarnya rakyat macam neh kat negara neh? Ramai. Sebab tue JKM sendiri tak tertanggung nak bantu satu persatu disebabkan ramainya orang miskin di negara ini. Sebab tue 80% yang bekerja di negara ini tak bayar cukai pendapatan individu disebabkan gaji yang rendah dengan masa bekerja yang lama. Walaupun tak bayar cukai pendapatan, mereka terpaksa pula bayar cukai2 lain. Yang mana nak sebutkan satu persatu disini nanti thread neh jadi panjang la pula. 

Itu tak masuk lagi kos sara hidup selepas GST. Ini kita citer kos sara hidup sebelum GST. Selepas GST macam mana pula kisahnya.. adakah manusia2 terpaksa operate untuk buang terus perut dari badan mereka agar mereka boleh terus hapuskan rasa lapar? Tak payah makan terus nampaknya lebih baik dari suruh boikot, kan? Itu lebih menjimatkan, betul tak? 

Kualiti hidup rakyat semakin merosot disebabkan mereka sudah tak terdaya lagi nak mengejar semua benda2 yang semakin lama dilihat semakin mahal dan jauh dari mereka. Jika dulu mampu beli telur sekarang nak makan maggie dengan telur pun rasanya mahal. Bila ekonomi rakyat teruk, faktor jenayah pun naik mendadak. Sudah la kos sara hidup tinggi, rasa selamat semakin kurang, bahkan untuk rasa selamat, kita kena beli pula rasa selamat ini. Inilah konsep capitalism. Jika hanya dengan lilin, baru PM nak memahami apa yang rakyat rasa, maka tolong gunakan lilin di setiap kediaman rasmi piem selepas ini. Orang kata selagi tak rasa selagi itu tak faham. Maka memang aku nak piem guna lilin. Gunakan saja lilin. Bahkan tolong mandi guna air hujan. Dan jika nak buat apa2 event, tadah air hujan, suling sendiri dan selepas bersih boleh gunakan untuk memasak. Buat la apa saja untuk memaksa diri ko memahami apa yang rakyat rasa, Najib. 

Nota : Najib kata kalau nak buat seminar kat sana percuma. Ye ke? Aku nak buat seminar juga, percuma juga ke? Kalau free memang aku nak buat. Seminar pasal bagaimana kenaikan harga barang, kos sara hidup yang tinggi mempengaruhi kualiti hidup rakyat. Aku harap yang boleh jadi peserta2 dia ialah menteri2. Senang sket nak berbual secara live. Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...