Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 28 November 2013

Ini Ke Senarai Kenaikan [Kadar] Baru Tol?

Seperti yang kita sedia maklum, menteri kita sudah mula mengeluarkan statement meminta agar rakyat bersedia dengan kenaikan kadar baru tol yang di jangka akan bermula seawal bulan Jan 2014. Bagi yang terlepas episode pertama boleh rujuk sini ;

http://amenoworld.blogspot.com/2013/11/kerajaan-bercadang-mahu-naikkan-kadar.html

Seperti mana yang aku dah tuliskan di artikel sebelumnya. Kerajaan bukan dalam rangka cadangan atau kajian. Tetapi mereka dalam proses pelaksanaan. Ini dikuatkan lagi dengan dakwaan bahawa kerajaan memang akan revise kadar baru tol pada tahun 2014 sepertimana yang telah dimeterai dalam perjanjian2 mereka bersama syarikat konsesi tol di negara ini.

Kerajaan sekarang dalam proses nak fahamkan rakyat kenapa kenaikan ini wajar dan perlu pada masa sekarang. Berikut email yang aku terima. Kalau tak salah, ini kadar baru yang dicadangkan setakat ini ;


 

Ada tol yang dicadangkan naik sehingga rm1. Ada yang dicadangkan naik sebanyak 50sen. Ada yang dicadangkan naik 10 sen ataupun 20 sen. Tak pasti la samada kerajaan menerima cadangan kenaikan ini atau tidak, tetapi jika ya, mohon kerajaan jangan naikkan sampai rm1. Kenaikan rm1 tue sebenarnya tinggi dan membebankan. Betul aku cakap neh. Pun begitu, kesahihan dokumen ini perlu dipastikan oleh kementerian terbabit. Mohon berikan respon adakah dokumen di atas ini ialah merujuk kepada dokumen yang sebenar. Dan adakah dokumen di atas ini ialah dokumen dalam peringkat cadangan ataupun dalam rangka pelaksanaan?

Maaf cakapla, terus terang nak bagitau neh. Rasanya dah tak larat nak marah2 aje sentiasa. Kalau betul ini kadar baru yang akan kerajaan tetapkan, mohon tarik balik la. Kalau ye pun nak naikkan juga, jangan naik mendadak sangat sampai rm1 dan ke atas pula.. fikir sama kat orang2 yang tak mampu tue. Ke nak suruh semua orang naik motor apa bagai pula? Tak fikir ka bab family yang ada anak kecik, orang tua, OKU, sakit dan sebagainya tue?

Dan lagi satu, bila kerajaan dah nekad nak naikkan kadar tol, elok la pengumuman mengenai kenaikan itu dibuat sebulan dari tarikh kenaikan sebenar. At least rakyat boleh bersedia masa tue. Jangan buat pengumuman mengejut. Lagi dua tiga hari nak naik, baru nak umum. Ingat rakyat boleh terima ke benda2 macam tue?

Mungkin alasan tangga gaji minimum akan menjadi salah satu hujah yang akan digunapakai kelak. Tak kisah la kerajaan nak gunakan alasan apa pun bagi wajarkan kenaikan kadar tol tetapi tolong pastikan ia bukan alasan2 yang memperbodohkan rakyat Malaysia. Jangan pula korang bandingkan kadar tol negara neh dengan tol luar negara pula.. lepas tue convert2 matawang lagi.. tolongla tamatkan kebodohan macam tu.. please.

Oke bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...