31 Julai 2022 - Ameno World
Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 6 Ogos 2022

Skandal LCS - Laksamana Tan Sri Dato' Sri Dr Abdul Aziz, Wira Yang Berusaha Selamatkan Aset Dan Wang TLDM.

Mohd Mukhlis Mohd SharifI) Teaser dari laporan PAC pasal pelancaran LCS1/. 
 
Pada tahun 2017 TLDM dah lancarkan LCS1 yang mereka namakan KD Maharaja Lela, siap tulis yang akan di lancarkan ke perairan pada hari itu juga. LCS1 ini patut di serahkan ke TLDM pada tahun 2019.
Lihat gambar pelancaran di bawah.
 
 
 
Tapi bila di tanya pasal pelancaran LCS1 dalam PAC, mereka kata pelancaran tersebut bukan bermaksud kapal tersebut telah siap di bina. Jadi kapal yang beramai-ramai duduk ambil tu gambar apa? Nampaknya ia hanyalah dummy ship yang mast (pole) dia sahaja berharga 400K. Dari rancangan asal nak lancarkan pada 2017, boleh pula simpan mast dalam store. 400K bazir macam itu sahaja; hampir 1 billion dah bayar tak dapat apa-apa. 
 
Tapi baca apa yang Kepten (B) Ir. Azhar bin Jumaat: kata
"Akan tetapi, dengan perubahan landskap politik kita pada tahun 2018, mungkin itu ada hikmahnya. Ini telah berjaya mengubah dan memberi ruang kepada saya untuk meneruskan usaha untuk cuba mencari root cause kepada isu semasalah.
Sebagai hasilnya, adalah kita telah membuat, melaksanakan position dan juga forensic audit kepada program ataupun projek ini. Hasil daripada ataupun findings of the forensic audit tersebut, telah memberi asas yang kukuh kepada kami untuk vmembuat laporan kepada MACC. Laporan tersebut telah dibuat dan kami mahu ia dilaksanakan sebagai satu due process yang adillah dilaksanakan untuk memastikan satu siasatan yang menyeluruh dilaksanakan terhadap projek ini. "
Jadi kita ingat, kalau tak ada perubahan kerajaan tempoh hari kepada PH, jangan mimpi rakyat nak tahu tentang hal ini. Ini bukti undi anda tidak sia-sia walaupun PH di khianati lepas 22 bulan.
 
II) Wira yang tidak di dendang.
Siapa dia Laksamana Tan Sri Dato' Sri Dr Abdul Aziz bin Haji Jaafar ni? Ikut carian wiki tulis dia adalah Panglima Tentera Laut yang ke 15. 
 
Kenapa dia tiba-tiba jadi penting dalam kes LCS ini?
Sebab waktu itu dia atas kapasiti PATL berani lawan Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan Perdana Menteri walaupun dia tahu ianya adalah "losing battle".
Berapa ramai yang berani melawan orang atasan atas dasar kebenaran dan prinsip? Ini baru boleh di nobat mat kilau moden.
"Di sebalik semua surat dan pembentangan peribadi kepada ketua setiausaha negara, menteri pertahanan dan perdana menteri Najib Razak ketika itu, kata bekas panglima TLDM itu dia sedar dirinya bertarung dalam kekalahan."
Tapi dia juga cerdik sebab dia simpan rekod bantahan dalam sistem supaya satu negara tahu yang dia telah berusaha untuk selamatkan aset dan wang TLDM.
"Abdul Aziz menyifatkan BNS sebagai "angkuh" dan "mereka sangat dilindungi". Oleh itu, kata bekas panglima TLDM itu surat-menyuratnya tidak akan bermakna apa-apa melainkan sebagai rekod bantahan."
Lagi pelik bila dia kata macam mana kontrator boleh ubah design kapal, padahal TLDM order benda lain. Macam kalau kita nak buat rumah teres 2 tingkat, tiba-tiba kontraktor buat rumah satu tingkat, rasa hangin tak?
"Menurut Abdul Aziz, BNS, bukan kementerian pertahanan, memaklumkan kepada TLDM bahawa projek itu akan mengikut reka bentuk kelas Gowind.
Abdul Aziz berkata ini tidak boleh diterima kerana, pada masa itu, reka bentuk kelas Gowind belum lagi terbukti, sedangkan kelas Sigma sudah beroperasi di Indonesia dan Maghribi.
Kedua, Abdul Aziz berkata kapal itu tidak cukup besar untuk kegunaan yang menjadi matlamatnya."
Hats off to you Sir!
Anda bukti seorang wira negara yang berintegriti tinggi dan berusaha menjaga amanah dan kedaulatan negara. / 6 Ogos 2022.

META - Troll Farm Malaysia.

LAPORAN | META : Quarterly Adversarial Threat Report 2022 menyatakan ;

1. Malaysia dikaitkan dengan halaman troll yang mempromosikan kerajaan dan mengkritik pembangkang. Laporan itu mendakwa rangkaian sosial media tersebut berasal dari Malaysia dan menjadikan audiens domestik di dalam negara sebagai sasaran.

2. Laporan itu mendedahkan akaun-akaun tersebut dipercayai telah dipadam kerana melanggar polisi koordinasi perlakuan tidak sahih (Coordinated Inauthentic Behaviour - CIB) , yang dipercayai sebahagiannya ada mempunyai kaitan dengan PDRM. 

3.  META mendefinasikan CIB : Ketidakpatuhan kepada polisi platform adalah dengan menggunakan akaun palsu dengan niat untuk memanipulasi masyarakat awam dengan tujuan tertentu.

4. Istilah ‘troll farm’ merujuk kepada laman sosial yang diwujudkan untuk menjejaskan dan memanipulasi wacana awam menerusi akaun-akaun palsu.

"Individu-indivu di sebalik jaringan itu mengendalikan ‘troll farm’, iaitu usaha terkoordinasi oleh pengendali untuk merosak atau memanipulasi wacana awam dengan menggunakan akaun-akaun palsu, untuk mengelirukan orang ramai tentang siapa di belakang mereka,” menurut laporan itu. 
5. Ada sebahagiannya yang kami kesan dan telah dipintas sistem automatik kami. Kami mengenal pasti jaringan itu selepas menilai maklumat tentang sebahagian kecil aktiviti berkenaan disyaki berasal dari China, oleh penyelidik di Universiti Clemson, tulis laporan lagi.
6. Terdapat juga yang menggunakan gambar profil yang dicuri. 
"Walaupun pihak yang berselindung itu cuba menyembunyikan identiti dan koordinasi, siasatan kami menemui kaitan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” kata laporan tersebut.
7. Laporan itu juga menambah, sebanyak RM26,739 telah dibelanjakan untuk tujuan pengiklanan.
8. Tambahnya, individu-individu itu aktif di platform media sosial, termasuk Facebook, TikTok, Twitter dan Instagram, dan menghantar meme dalam bahasa Melayu untuk menyokong gabungan kerajaan semasa, selain menyebarkan dakwaan rasuah terhadap pengkritik.
"Di Facebook, jaringan ini mengendalikan Pages, termasuk yang menunjukkan diri sebagai entiti berita bebas, dan menyebelahi polis sambil mengkritik pihak pembangkang. Secara amnya, hantaran-hantaran itu meningkat pada hari kerja, dan pada waktu rehat tengah hari," kata laporan itu.

9.  596 akaun Facebook, 180 halaman, 11 kumpulan dan 72 akaun Instagram dikaitkan dengan troll farm Malaysia. Beberapa 'Pages' itu turut diikuti oleh 427,000 akaun. Bagaimanapun kesemua akaun media sosial itu telah dipadam dari Facebook dan Instagram. 

10. Negara lain yang turut dikaitkan dengan troll farm ialah Israel dan Rusia.

11. Sementara itu portal Free Malaysia Today melaporkan PDRM menafikan dakwaan META.

Setiausaha Polis, Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, pihaknya menafikan dakwaan itu dan sedang mengumpul maklumat lanjut mengenainya. "Polis memandang serius laporan Syarikat Meta Platforms Incorporated mengenai dakwaan akaun palsu,” katanya dalam kenyataan.

ULASAN

- Pendedahan META ialah perkara serius.

- Akaun yang dipadamkan boleh ada akaun ganti. Ia tak semestinya berhenti. Boleh jadi mereka jadi lebih baik menyamar sebagai fake akaun.

- Perbelanjaan sebanyak RM26k untuk pengiklanan ialah sebahagian sahaja. Boleh jadi mereka ada perbelanjaan lain.

- Oleh kerana ditekankan penggunaan meme dalam Bahasa Melayu, sudah tentu sasarannya kaum melayu. 

- 500 ++ jika 20 akaun fake komen merapu dan copy paste content mengarut pun dah boleh manipulate minda orang awam yang bukannya sepanjang masa habiskan masa di sosial media. Apatah lagi daya nak menyemak dan menyaring maklumat.

-  Juga boleh difahami terdapat usaha nak mengelirukan pandangan orang awam terhadap sesuatu perkara.

- Biasanya perkara ini berlaku kerana cubaan nak pertahankan kuasa, kedudukan, pangkat dan sewaktu dengannya.

- Apabila gagal menyakinkan rakyat, maka kelirukan mereka. Ini adalah SENI MANIPULASI yang sering digunakan dalam peperangan dan politik. / 6 Ogos 2022.

Jumaat, 5 Ogos 2022

LAPORAN PAC Perolehan Kapal Peronda Generasi Kedua - Littoral Combatant Ship (LCS) bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (PDF).

LAPORAN | Latar belakang projek : Perolehan enam (6) buah kapal LCS telah diberi kelulusan oleh Kementerian Kewangan untuk dilaksanakan secara rundingan terus dengan nilai kontrak berjumlah RM9.128 bilion. Tempoh kontrak bermula pada 3 Oktober 2013 hingga 2 Oktober 2023. Tujuan perolehan ini bagi meningkatkan keupayaan TLDM dalam melaksanakan pelbagai operasi. Namun demikian sehingga kini tiada sebuah kapal LCS yang telah siap dibina. Ekoran daripada itu, laporan JKSTUPKK telah diterbitkan pada 20 Ogos 2019 dan LKAN Tahun 2019 Pengauditan Pematuhan Kementerian dan Jabatan Persekutuan telah dibentangkan di Parlimen pada 24 Ogos 2020. 

Aku dah baca laporan ini kat bahagian tertentu. Ada 247 mukasurat termasuklah gambar-gambar prosiding dan rajah berkaitan projek. Sehari baca 10 mukasurat sebelum tidur. Cukup sebulan kita dah baca semua. Masa tu baru sedap sikit nak tiaw siapa yang dok bela sangat.


 

1. Pengakuan dari Puan Norliza binti Md Nuruddin @ Nordin [Pengarah (Sektor Audit Kewangan, Bahagian Audit Kewangan IV). Puan Norliza kata;

- MINDEF mempunyai hak untuk menamatkan kontrak atau meneruskan kontrak dengan memastikan syarikat menunaikan obligasinya termasuk membayar denda lewat. Walau bagaimanapun, beliau menyatakan terdapat suatu capping untuk denda lewat iaitu sehingga RM180 juta sahaja.

- Maknanya ada limit denda. Tak kira la seberapa lewat pun company tu siapkan kapal, denda yang boleh dikenakan ialah RM180 juta. Adakah ini munasabah?

- Laporan PAC mukasurat 7

Semakan audit mendapati kelewatan penyerahan kapal LCS1 selama 245 hari dari tarikh sepatutnya diserahkan menyebabkan denda lewat sejumlah RM116.54 juta perlu dikenakan kepada syarikat sehingga 31 Disember 2019. Berdasarkan maklum balas daripada MINDEF, setakat 10 Jun 2020, kelewatan adalah 435 hari dengan nilai denda berjumlah RM217.50 juta. Walau bagaimanapun setelah mengambil kira elemen capping, denda maksimum yang boleh dikenakan hanyalah RM180 juta sahaja.

2.  MINDEF tidak mengeluarkan surat tuntutan kepada syarikat bagi menuntut denda lewat dan sebaliknya hanya mengeluarkan notis peringatan sahaja pada 14 Jun 2019. Adakah ini munasabah?

3. Laporan PAC mukasurat 8

Sehingga 31 Disember 2019, bayaran kemajuan yang telah dibuat adalah berjumlah RM990 juta atau 63.8% berbanding dengan kemajuan kerja sebenar kapal LCS1 iaitu 42.7% sahaja. Audit mendapati bayaran kemajuan yang telah dibuat terhadap kapal LCS1 adalah terlebih sebanyak 21.1%

4. Laporan PAC mukasurat 8 dan 9

YBrs. Encik Guna Arulalan David (Timbalan Ketua Sekretariat, JKSTUPKK) dalam prosiding Bil. 1 (c)/2020 bertarikh 1 Disember 2020 memaklumkan bahawa LCS ialah perolehan terbesar MINDEF dan sehingga Mei tahun 2019, Kerajaan telah pun membuat bayaran sebanyak RM5.94 bilion LAPORAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA (PAC) PARLIMEN BERHUBUNG PEROLEHAN KAPAL PERONDA GENERASI KEDUA - LITTORAL COMBATANT SHIP (LCS) BAGI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA DI BAWAH KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA (MINDEF) 9 untuk projek ini. Walau bagaimanapun, selepas sembilan (9) tahun kontrak ini berlangsung, masih belum ada satu buah kapal pun yang dapat dibekalkan. Sehingga 28 Oktober 2020, jumlah pembayaran yang dibuat ialah RM6.08 bilion.  

5. Juga ada isu berkaitan dengan kedudukan kewangan syarikat BNS dan konsep projek yang contractor centric iaitu lebih menjurus kepada apa yang dicadangkan oleh pihak kontraktor dan bukannya berdasarkan kepada keperluan sebenar end user.

6.  Pada asalnya TLDM telah bersetuju dan mengehendaki reka bentuk SIGMA. SIGMA ialah LCS daripada negara Belanda yang pada asalnya telah pun dipersetujui oleh pihak pengurusan atasan MINDEF dan YB Menteri Pertahanan pada ketika itu. Akan tetapi, disebabkan oleh cadangan yang dikemukakan oleh pihak syarikat iaitu BNS maka reka bentuk tersebut telah ditukar kepada GOWIND iaitu daripada negara Perancis. 



7. Laporan PAC mukasurat 20 dan 21

“Laksamana Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz bin Jaafar [Mantan Panglima Tentera Laut]: ... Untuk makluman, saya telah majukan sekurang-kurangnya 10 surat teguran, surat tidak puas hati, surat untuk memaklumkan pendirian TLDM kepada KSU sebanyak 10 surat, kepada Yang Berhormat Menteri lima surat, kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan satu surat, kepada Ketua Setiausaha Negara satu surat, dan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dua surat. Jadi suratsuratnya telah pun di-archive. It was archived. We archived to ensure that it will be available for reference, and I would not be blamed for the failure to perform in my job as the Chief of Navy. Saya anticipated that, in fact, untuk makluman. Kerana daripada awal lagi saya telah menegur tatacara perolehan. Daripada awal lagi. Saya telah menegur tatacara perolehan, saya kata, “Something is gravely wrong”. So, saya tidak mengeluarkan kenyataankenyataan ini di luar tapi ini adalah peluang terbaik saya untuk memaklumkan bahawa I have registered my greatest disappointment to everyone that was supposed to be listening to me. Saya buat analogi bahawa keadaan ini adalah satu yang pelik kerana perolehan dilakukan oleh Kerajaan bagi pihak Tentera Laut Diraja Malaysia sebagai pengguna, tetapi kuasa sepenuhnya diberi kepada BNS. BNS telah mengeluarkan beberapa kenyataan atau pun surat menyatakan bahawa semua pilihan TLDM adalah tertakluk pada evaluasi dan verification mereka. Evaluation dan verification mereka. Jadi, ini pelik. Kalaulah kita buat rumah, if I say I want that, you bloody well get it done. Betul atau tidak? The fact that it happened the other way around, jelas menunjukkan bahawa tidak telus. ...”

8.  PAC membangkitkan isu yang mana pada 26 Mei 2011, YB Menteri telah bersependapat dengan TLDM selaku end user untuk memilih reka bentuk SIGMA. Namun, setelah BNS mengemukakan syor pada 8 Julai 2011, YB Menteri telah LAPORAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA (PAC) PARLIMEN BERHUBUNG PEROLEHAN KAPAL PERONDA GENERASI KEDUA - LITTORAL COMBATANT SHIP (LCS) BAGI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA DI BAWAH KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA (MINDEF) 27 pun membuat keputusan pada 11 Julai 2011 untuk memilih reka bentuk GOWIND seperti yang dicadangkan oleh BNS. PAC seterusnya mendapati terdapat percanggahan keterangan oleh YB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi yang mana beliau turut memaklumkan bahawa penukaran reka bentuk kapal dari SIGMA kepada GOWIND haruslah dipertanggungjawabkan oleh end user dan bukan Menteri.

9. Laporan PAC mukasurat 32

10. Laporan PAC mukasurat 133.


11. Laporan PAC mukasurat 147

Encik Khalid Mohd yang merupakan mantan Ahli Jawatankuasa Komersial menyatakan rasa tidak puas hati dan kebimbangan beliau terhadap kurangnya penglibatan Jawatankuasa Komersial dalam menilai tawaran daripada Naval Group. Jawatankuasa Teknikal dan Komersial tidak diberi pendedahan yang diperlukan dalam menilai aspek teknikal dan kewangan bagi setiap komponen. Penyelesaian global dengan Naval Group telah ditandatangani pada tahun 2015 di mana siling harga perkhidmatan yang ditawarkan oleh Naval Group akan ditetapkan pada EUR375 juta. Walau bagaimanapun, penyelesaian itu adalah berat sebelah kerana Naval Group mendapat banyak kelebihan daripada masalah yang berterusan di antara BNS dan TLDM.

Eloklah korang baca sendiri laporan PAC. Lebih baik untuk pemahaman masing-masing.

Sila download disini. / 5 Ogos 2022

REVIEW RUU GEG 2022

ANALISA | Rang undang-undang (RUU) Generasi Penamat (GEG) : Individu lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya yang merokok produk tembakau atau produk pengganti tembakau, menggunakan peranti merokok atau memiliki produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok boleh didenda tidak melebihi RM500 jika disabit kesalahan. Selain denda dalam bentuk wang, RUU ini akan menambah khidmat komuniti sebagai pilihan denda.

RUU ini juga menggariskan peruntukan bagi pendaftaran produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau, selain mengawal pengiklanan, promosi dan penajaan, penjualan serta pembelian produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok.

--------

Dalam bahasa mudahnya, remaja yang lahir pada tahun 2007 dan selepas itu tidak dibenarkan merokok menggunakan bahan rokok ataupun vape dan segala bentuk pod. Ini adalah suatu RUU yang berperanan untuk mengurangkan bilangan perokok yang semakin membarah dalam masyarakat. Bilangan perokok ini bukan sahaja memudaratkan kesihatan diri sendiri malah orang sekeliling mereka. Setuju jangan tangguh, kasi jalan terus tetapi kita bincang supaya RUU ini tiada unsur-unsur salahguna kuasa.

Budak-budak sekolah pun terjebak dengan vape. Ini adalah masalah yang membarah di sekolah. Cikgu-cikgu pun pening layan perkara ini.  Ini juga adalah salah satu punca kenapa ada usaha push kepada RUU GEG. Generasi End Game.

1. Dari segi tujuan dan motif, ia adalah RUU yang bagus dan patut disokong.

2. Cuma RUU ini perlu ditambahbaik bagi mengelak dari salahguna kuasa.

3. Dari denda had maksima RM5,000 ia dah diturunkan kepada RM500. 

4. Tetapi KJ kata biasa pesalah muda didenda RM50. Tak pernah lebih dari itu.

5. Sepatutnya GEG kena merekod pesalah. Dalam sistem. Perlu ada database yang boleh diakses oleh semua kakitangan penguatkuasaan dengan mudah dan pintar.

6. Flow denda sepatutnya seperti berikut;

i) Minta no IC.

ii) Semak dalam sistem.

iii) Jika tiada rekod pernah dikenakan amaran, maka beri amaran.

iv) Jika ada rekod pernah dikenakan amaran, maka kenakan kompaun.

v) Jika pernah kena amaran dan kompaun, maka kenakan hukuman khidmat masyarakat. Khidmat masyarakat pula bukannya suruh pergi cuci longkang bagai. Dia kena dibawa berjumpa pesakit-pesakit kronik angkara rokok, dadah dan arak. Biar mereka buka mata. Jaga pesakit-pesakit macam tu kat hospital. Baru dorang sedar diri.

6. Kenyataan KJ :

Dalam pada itu, Khairy berkata, terdapat pihak yang menganggap peruntukan kuasa terhadap pegawai untuk melakukan serbuan di premis, memeriksa telefon dan sebagainya, adalah intimidasi, dan terbuka untuk penyalahgunaan kuasa.
Namun, tegasnya lagi, peruntukan itu tidak mensasarkan golongan GEG, sebaliknya ia diperlukan bagi melawan pasaran gelap berkaitan produk tembakau, termasuk peranti merokok yang tidak sah.
“Untuk memeriksa telefon dan sebagainya, ia bukan untuk kesalahan GEG, ia untuk kesalahan yang ada kaitan dengan larangan produk tembakau, pendaftaran produk tembakau, ini lebih kepada mereka yang tidak berdaftar, yang tidak mengikut undang undang sebagai pengilang, pengimport, dan pengedar.
“Anda bercakap tentang pasaran gelap, jadi mesti ada kuasa tersebut. Kalau tak ada kuasa untuk kita mengambil sample, untuk kita buat penyiasatan, masuk premis, dan sebagainya, bagaimana untuk kita lawan pasaran gelap ini?,” soalnya kembali.

7.  Baguslah kalau tujuan nak menyerbu premis dan memeriksa telefon adalah nak memerangi penjualan rokok pasaran gelap TETAPI apakah cara yang akan digunakan untuk memastikan serbuan dilakukan memang atas tujuan tersebut? Yang ini perlu ada garis panduan. Kita taknak nanti ada penguatkuasa yang serbu rumah orang dan rampas telefon budak-budak atas alasan nak perangi penjualan rokok haram. Tindakan ini sangat terbuka kepada salahguna kuasa. Sebab itu sebelum pergi kepada tindakan ini harus ada garis panduan. KJ sepatutnya menyakinkan orang awam dengan memastikan setiap serbuan perlu ada rakaman. Kena pakai kamera kat badan masing-masing. Jangan pula nak cilok sana sini untuk buat duit atas angin pasal kamera badan. 

8. Satu lagi KJ kena jawab pasal aplikasi mobil dan penggunaan QR kod untuk mengesan umur pembeli. 

9.  Macam mana nak pastikan setiap penjual memang gunakan QR kod kepada pembeli yang dia rasa bawah umur? Macam mana jika pembeli dewasa yang belikan untuk budak bawah umur? Adakah ia menyelesaikan masalah? QR kod ini tak selesaikan masalah pun.

10. Aplikasi mobil baru juga harus diterangkan secara detail dari segi;

- Kos. 

- Siapa yang bangunkan, tujuan dan keuntungan sasaran.

- Bagaimana perjanjian ini dilaksanakan. Isi kandungan perjanjian perlu disemakimbang menerusi Parlimen dan harus didedahkan kepada umum.

11. Satu lagi KJ dan KKM kena pandai bezakan. Mengkritik GEG 2022 bukan bermakna menghalang usaha untuk endgamekan perokok di Malaysia. Jangan salah faham. Kita sokong usaha KKM untuk mengurangkan populasi perokok di Malaysia. Tetapi kita nak pastikan kaedah yang digunakan betul dan tepat serta tidak berlaku salahguna kuasa. Kita juga nak pastikan matlamat KKM untuk kurangkan kematian akibat merokok dapat dicapai dengan jayanya. Setelah faham perkara ini, maka kritikan yang dilakukan atas tujuan penambahbaikan harus dilihat secara positif untuk kebaikan semua pihak. / 5 Ogos 2022.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...