Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 5 Ogos 2022

LAPORAN PAC Perolehan Kapal Peronda Generasi Kedua - Littoral Combatant Ship (LCS) bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (PDF).

LAPORAN | Latar belakang projek : Perolehan enam (6) buah kapal LCS telah diberi kelulusan oleh Kementerian Kewangan untuk dilaksanakan secara rundingan terus dengan nilai kontrak berjumlah RM9.128 bilion. Tempoh kontrak bermula pada 3 Oktober 2013 hingga 2 Oktober 2023. Tujuan perolehan ini bagi meningkatkan keupayaan TLDM dalam melaksanakan pelbagai operasi. Namun demikian sehingga kini tiada sebuah kapal LCS yang telah siap dibina. Ekoran daripada itu, laporan JKSTUPKK telah diterbitkan pada 20 Ogos 2019 dan LKAN Tahun 2019 Pengauditan Pematuhan Kementerian dan Jabatan Persekutuan telah dibentangkan di Parlimen pada 24 Ogos 2020. 

Aku dah baca laporan ini kat bahagian tertentu. Ada 247 mukasurat termasuklah gambar-gambar prosiding dan rajah berkaitan projek. Sehari baca 10 mukasurat sebelum tidur. Cukup sebulan kita dah baca semua. Masa tu baru sedap sikit nak tiaw siapa yang dok bela sangat.


 

1. Pengakuan dari Puan Norliza binti Md Nuruddin @ Nordin [Pengarah (Sektor Audit Kewangan, Bahagian Audit Kewangan IV). Puan Norliza kata;

- MINDEF mempunyai hak untuk menamatkan kontrak atau meneruskan kontrak dengan memastikan syarikat menunaikan obligasinya termasuk membayar denda lewat. Walau bagaimanapun, beliau menyatakan terdapat suatu capping untuk denda lewat iaitu sehingga RM180 juta sahaja.

- Maknanya ada limit denda. Tak kira la seberapa lewat pun company tu siapkan kapal, denda yang boleh dikenakan ialah RM180 juta. Adakah ini munasabah?

- Laporan PAC mukasurat 7

Semakan audit mendapati kelewatan penyerahan kapal LCS1 selama 245 hari dari tarikh sepatutnya diserahkan menyebabkan denda lewat sejumlah RM116.54 juta perlu dikenakan kepada syarikat sehingga 31 Disember 2019. Berdasarkan maklum balas daripada MINDEF, setakat 10 Jun 2020, kelewatan adalah 435 hari dengan nilai denda berjumlah RM217.50 juta. Walau bagaimanapun setelah mengambil kira elemen capping, denda maksimum yang boleh dikenakan hanyalah RM180 juta sahaja.

2.  MINDEF tidak mengeluarkan surat tuntutan kepada syarikat bagi menuntut denda lewat dan sebaliknya hanya mengeluarkan notis peringatan sahaja pada 14 Jun 2019. Adakah ini munasabah?

3. Laporan PAC mukasurat 8

Sehingga 31 Disember 2019, bayaran kemajuan yang telah dibuat adalah berjumlah RM990 juta atau 63.8% berbanding dengan kemajuan kerja sebenar kapal LCS1 iaitu 42.7% sahaja. Audit mendapati bayaran kemajuan yang telah dibuat terhadap kapal LCS1 adalah terlebih sebanyak 21.1%

4. Laporan PAC mukasurat 8 dan 9

YBrs. Encik Guna Arulalan David (Timbalan Ketua Sekretariat, JKSTUPKK) dalam prosiding Bil. 1 (c)/2020 bertarikh 1 Disember 2020 memaklumkan bahawa LCS ialah perolehan terbesar MINDEF dan sehingga Mei tahun 2019, Kerajaan telah pun membuat bayaran sebanyak RM5.94 bilion LAPORAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA (PAC) PARLIMEN BERHUBUNG PEROLEHAN KAPAL PERONDA GENERASI KEDUA - LITTORAL COMBATANT SHIP (LCS) BAGI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA DI BAWAH KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA (MINDEF) 9 untuk projek ini. Walau bagaimanapun, selepas sembilan (9) tahun kontrak ini berlangsung, masih belum ada satu buah kapal pun yang dapat dibekalkan. Sehingga 28 Oktober 2020, jumlah pembayaran yang dibuat ialah RM6.08 bilion.  

5. Juga ada isu berkaitan dengan kedudukan kewangan syarikat BNS dan konsep projek yang contractor centric iaitu lebih menjurus kepada apa yang dicadangkan oleh pihak kontraktor dan bukannya berdasarkan kepada keperluan sebenar end user.

6.  Pada asalnya TLDM telah bersetuju dan mengehendaki reka bentuk SIGMA. SIGMA ialah LCS daripada negara Belanda yang pada asalnya telah pun dipersetujui oleh pihak pengurusan atasan MINDEF dan YB Menteri Pertahanan pada ketika itu. Akan tetapi, disebabkan oleh cadangan yang dikemukakan oleh pihak syarikat iaitu BNS maka reka bentuk tersebut telah ditukar kepada GOWIND iaitu daripada negara Perancis. 



7. Laporan PAC mukasurat 20 dan 21

“Laksamana Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz bin Jaafar [Mantan Panglima Tentera Laut]: ... Untuk makluman, saya telah majukan sekurang-kurangnya 10 surat teguran, surat tidak puas hati, surat untuk memaklumkan pendirian TLDM kepada KSU sebanyak 10 surat, kepada Yang Berhormat Menteri lima surat, kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan satu surat, kepada Ketua Setiausaha Negara satu surat, dan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dua surat. Jadi suratsuratnya telah pun di-archive. It was archived. We archived to ensure that it will be available for reference, and I would not be blamed for the failure to perform in my job as the Chief of Navy. Saya anticipated that, in fact, untuk makluman. Kerana daripada awal lagi saya telah menegur tatacara perolehan. Daripada awal lagi. Saya telah menegur tatacara perolehan, saya kata, “Something is gravely wrong”. So, saya tidak mengeluarkan kenyataankenyataan ini di luar tapi ini adalah peluang terbaik saya untuk memaklumkan bahawa I have registered my greatest disappointment to everyone that was supposed to be listening to me. Saya buat analogi bahawa keadaan ini adalah satu yang pelik kerana perolehan dilakukan oleh Kerajaan bagi pihak Tentera Laut Diraja Malaysia sebagai pengguna, tetapi kuasa sepenuhnya diberi kepada BNS. BNS telah mengeluarkan beberapa kenyataan atau pun surat menyatakan bahawa semua pilihan TLDM adalah tertakluk pada evaluasi dan verification mereka. Evaluation dan verification mereka. Jadi, ini pelik. Kalaulah kita buat rumah, if I say I want that, you bloody well get it done. Betul atau tidak? The fact that it happened the other way around, jelas menunjukkan bahawa tidak telus. ...”

8.  PAC membangkitkan isu yang mana pada 26 Mei 2011, YB Menteri telah bersependapat dengan TLDM selaku end user untuk memilih reka bentuk SIGMA. Namun, setelah BNS mengemukakan syor pada 8 Julai 2011, YB Menteri telah LAPORAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA (PAC) PARLIMEN BERHUBUNG PEROLEHAN KAPAL PERONDA GENERASI KEDUA - LITTORAL COMBATANT SHIP (LCS) BAGI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA DI BAWAH KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA (MINDEF) 27 pun membuat keputusan pada 11 Julai 2011 untuk memilih reka bentuk GOWIND seperti yang dicadangkan oleh BNS. PAC seterusnya mendapati terdapat percanggahan keterangan oleh YB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi yang mana beliau turut memaklumkan bahawa penukaran reka bentuk kapal dari SIGMA kepada GOWIND haruslah dipertanggungjawabkan oleh end user dan bukan Menteri.

9. Laporan PAC mukasurat 32

10. Laporan PAC mukasurat 133.


11. Laporan PAC mukasurat 147

Encik Khalid Mohd yang merupakan mantan Ahli Jawatankuasa Komersial menyatakan rasa tidak puas hati dan kebimbangan beliau terhadap kurangnya penglibatan Jawatankuasa Komersial dalam menilai tawaran daripada Naval Group. Jawatankuasa Teknikal dan Komersial tidak diberi pendedahan yang diperlukan dalam menilai aspek teknikal dan kewangan bagi setiap komponen. Penyelesaian global dengan Naval Group telah ditandatangani pada tahun 2015 di mana siling harga perkhidmatan yang ditawarkan oleh Naval Group akan ditetapkan pada EUR375 juta. Walau bagaimanapun, penyelesaian itu adalah berat sebelah kerana Naval Group mendapat banyak kelebihan daripada masalah yang berterusan di antara BNS dan TLDM.

Eloklah korang baca sendiri laporan PAC. Lebih baik untuk pemahaman masing-masing.

Sila download disini. / 5 Ogos 2022

Share this

0 Comment to " LAPORAN PAC Perolehan Kapal Peronda Generasi Kedua - Littoral Combatant Ship (LCS) bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (PDF). "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...