LAPORAN | META : Quarterly Adversarial Threat Report 2022 menyatakan ;
1. Malaysia dikaitkan dengan halaman troll yang mempromosikan kerajaan dan mengkritik pembangkang. Laporan itu mendakwa rangkaian sosial media tersebut berasal dari Malaysia dan menjadikan audiens domestik di dalam negara sebagai sasaran.
2. Laporan itu mendedahkan akaun-akaun tersebut dipercayai telah dipadam kerana melanggar polisi koordinasi perlakuan tidak sahih (Coordinated Inauthentic Behaviour - CIB) , yang dipercayai sebahagiannya ada mempunyai kaitan dengan PDRM.
3. META mendefinasikan CIB : Ketidakpatuhan kepada polisi platform adalah dengan menggunakan akaun palsu dengan niat untuk memanipulasi masyarakat awam dengan tujuan tertentu.
4. Istilah ‘troll farm’ merujuk kepada laman sosial yang diwujudkan untuk menjejaskan dan memanipulasi wacana awam menerusi akaun-akaun palsu.
9. 596 akaun Facebook, 180 halaman, 11 kumpulan dan 72 akaun Instagram dikaitkan dengan troll farm Malaysia. Beberapa 'Pages' itu turut diikuti oleh 427,000 akaun. Bagaimanapun kesemua akaun media sosial itu telah dipadam dari Facebook dan Instagram.
10. Negara lain yang turut dikaitkan dengan troll farm ialah Israel dan Rusia.
11. Sementara itu portal Free Malaysia Today melaporkan PDRM menafikan dakwaan META.
Setiausaha Polis, Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, pihaknya menafikan dakwaan itu dan sedang mengumpul maklumat lanjut mengenainya. "Polis memandang serius laporan Syarikat Meta Platforms Incorporated mengenai dakwaan akaun palsu,” katanya dalam kenyataan.
ULASAN
- Pendedahan META ialah perkara serius.
- Akaun yang dipadamkan boleh ada akaun ganti. Ia tak semestinya berhenti. Boleh jadi mereka jadi lebih baik menyamar sebagai fake akaun.
- Perbelanjaan sebanyak RM26k untuk pengiklanan ialah sebahagian sahaja. Boleh jadi mereka ada perbelanjaan lain.
- Oleh kerana ditekankan penggunaan meme dalam Bahasa Melayu, sudah tentu sasarannya kaum melayu.
- 500 ++ jika 20 akaun fake komen merapu dan copy paste content mengarut pun dah boleh manipulate minda orang awam yang bukannya sepanjang masa habiskan masa di sosial media. Apatah lagi daya nak menyemak dan menyaring maklumat.
- Juga boleh difahami terdapat usaha nak mengelirukan pandangan orang awam terhadap sesuatu perkara.
- Biasanya perkara ini berlaku kerana cubaan nak pertahankan kuasa, kedudukan, pangkat dan sewaktu dengannya.
- Apabila gagal menyakinkan rakyat, maka kelirukan mereka. Ini adalah SENI MANIPULASI yang sering digunakan dalam peperangan dan politik. / 6 Ogos 2022.