Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 6 Januari 2011

Telenovela Ummi Hafilda penyelamat UMNO..



Nampaknya najib kini semakin cekap buat kerja. Mungkin nak capai NKRA yang di pantau oleh rosmah secara tidak langsung. Baru2 ini ummi telah mula berblog. WOW. Ini benar2 pelik. Kenapa setelah lebih dari 12 tahun barulah dia berminat nak menceburkan diri dalam bidang perblogkan? Heh.

Alasan si ummi neh berblog konon nya nak membersihkan semula nama dia yang tercalar teruk. Aik PRU-13 nak hampir ke? Dah macam novel pula blog dia tue. Dari satu citer ke satu citer dia jaja. Patutlah beria2 hapuskan DSAI dari parlimen. Heh

Tengok sini beb ;


Baca ayat no 6 ;

Sekira nya benar.. itulah antara kata2 yg terkandung kat dalam ayat tersebut.. "sekiranya benar" itu ditafsirkan bahawa ummi sendiri tak yakin bahawa DSAI bersalah. Kalau dia 100% yakin dia takan tulis ayat macam neh beb.

ayat no 7 ;

Seks luar tabii Allah swt larang. Habis tue yg perang rambut Allah swt galakkan? Heh. Fikir sendiri beb.

Ummi claimed yg DSAI habiskan masa berjam2 dalam telefon. Okey good one. Ada bukti log telefon? Mesti ada kan? Heh.

Baca cerita novel kat bawah neh plak ;

Dah baca?

Senang je. Mula2 dia kata perkara neh dirahsiakan selama 8 tahun sehingga dibocorkan oleh aton pembantu rumah shamsidar tapi ;

yang kat last sekali tue dia cakap puan shamsidar selalu berceita kepada dia yg Dsai tue pakwe dia.. so benda neh rahsia ke bukan? aku confused. Kalau rahsia.. kenapa shamsidar nak bercerita secara terbuka?

Dan, kenapa mesti dia menganggap semua orang atasan ada gelaran datuk seri? [berdasarkan kepada penulisan si ummi neh dia sepatutnya tidak menganggap bahawa yg bercakap dalam telefon tue mempunyai gelaran datuk seri]

dan lagi sekali.. kenapa nak menganiaya si afifa tue. Bagi je bukti dna afifa tue bukan anak azmin. heh. Neh tidak mendera mental budak yg tak berdosa tue kenapa? dia taktahu apa2 tapi dikutuk dan dicaci macam2. Katakan lah mmg benar dia bukan anak azmin pun, dia bukan insan yg patut si ummi neh jebakkan. Agak2lah nak menganiaya saudara sendiri pun..

Dan tgk plak kat bawah neh.. inilah yg paling meroyan sekali di antara royanan2 si ummi neh beb ;



Kelakar pun ya. Pelik pun ya. Konon nak menyedarkan orang ramai sapa DSAI. Tapi dalam diam tak diam dok kutuk2 TGNA. Lepas tue perli2 DAP. Sound tuk guru yg taknak berkerjasama dengan UMNO.. alamak.. neh sebijik telenovela weh.. ceritera sayfool dah tak laku ke weh?

Korang baca dan fikirlah sendiri isi kandungan artis wanita terhebat di abad ini. Abg dia sendiri [azwan ali] pernah mengaku 'pondan' so ble dah jadi pondan tue kita pepaham la yew.. kat sini bukan nak ungkit citer pasal abg2 dia ke apa ke, cuma nak bagitau.. dalam pada dia beria2 nak expose pasal sang peliwat.. sapa sebenarnya yg ter expose? Heh.

Sudah2lah tue ummi.. PRU-13 dah dekat. Skrip masih sama. Manusia kalau diberikan makanan yg sama hari2 akan muak dan muntah.

Ameno : Nak gelak pasal ada juga org BODOH percaya kat skrip bebal neh. Heh

Apa salah Umno Melaka sambut krismas?



suasana cukup meriah di Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Krismas 2010 di kampung portugis,melaka. saya mengucapkan setinggi tinggi terima kasih kepada semua rakyat yang hadir dan memberi sokongan penuh walaupun keadaan sesak dan kemenangan pasukan bolasepak kita di saringan pertama ''final'' piala suzuki. dar

Semua tahu yang malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama. So kalau merayakan perayaan yang berbeza-beza tue bukanlah satu keganjilan bagi masyarakat Malaysia. So sama macam Ali Rustam yang meraikan krismas baru-baru neh. So apa masalah nya?Berdosa? Haram? Bidaah? Khurafat? Come on lar ini malaysia ada pelbagai budaya. Ini bukan isu yang perlu diperbesarkan bagai nak rak beb. Tengok gambar bawah neh ;


Ini lah dia salah satu konsep pluralisme agama. Aku raikan perayaan ko. Ko raikan perayaan aku. Memang betul dalam islam dah ada perayaan hari raya aidilfitri dan aidiladha tetapi itu tak mencukupi. Lagipun tak pernah lagi aku dengar mufti2 kat malaysia neh larang kita orang sambut krismas secara terbuka. So what's your problem now? Punya pasallah nak sambut krismas ke apa ke, orang kata jangan busy body lah. Setakat nak copy ayat Alquran dan segala bagai hadith kat aku buat apa? Aku mmg gila babi sokong umno sampai mampus. Lebih sokong umno dari sokong Allah swt. Heh

Nak tgk gambar penuh klik sini

Aku percaya nanti adalah mamat2 meroyan yang cakap apsal tak soh je pemimpin non-muslim rasmi kan majlis2 macam neh? Sebenarnya jawapan aku simple je. Ali Rustam ketua negeri melaka, so memanglah dia kena rasmikan hal2 macam neh. Kalau korang nak paste dalil2 dalam Alquran berhubung isu sambut perayaan agama lain tue aku anggap tak sesuai sebab apa malaysia negara majmuk dan mmg biasa je pemimpin sambut macam2 perayaan demi menghormati hak kaum lain. Mungkin korang terlupa kot nak cari ayat Alquran yang memenuhi ciri2 masyarakat majmuk. Heh

Hidup Umno! Hidup BN! Hidup pluralisme agama.

Ameno : Tak salah kerajaan keluarkan peruntukan bagi penganut kristian meraikan agama mereka, hak mereka terjamin dan terlindung dalam institusi islam tetapi itu tidak bermaksud orang islam boleh meraikan krismas.

Isnin, 3 Januari 2011

Berita kasi mampus rakyat malaysia : Minyak naik ini malam!!

Updated :

Terbukti sah ron 97 memang dinaikkan. Dua hari lepas saya menerima info neh. Terima kasih pada yang share info neh pada saya 2 hari lepas. Kepada mereka yg tahu akan ada kenaikan, ataupun telah berlaku kenaikan senyap2 sila hubungi saya utk share maklumat tersebut di sini orderonline2010@gmail.com. Semua pemberi maklumat akan dirahsiakan jika perlu dan semua info mestilah benar bukan palsu atas alasan mahu menjatuhkan BN. Jika mahu menentang BN, menentanglah dengan kebenaran bukan kepalsuan.

rujuk sini

Ini adalah berita yang nak memamposkan rakyat malaysia bagi menjimatkan ruang malaysia yang semakin sempit.


Dek pertambahan rumah yang semakin ramai dan bagi membantu Najib menyediakan ruang utk membina menara merdeka so kerajaan telah memutuskan menaikkan harga petrol ini malam. Opsssss.. tunggu dulu! Ini adalah spekulasi semata2. Belum di sahkan lagi. Spekulasi ini saya terima menerusi rakan2 dari sini. Khabarnya pengusaha stesen minyak dah dapat hint dari kerajaan bahawa minyak ron 97 akan naik lagi pada tengah malam neh. Ikut sumber terbabit, kerajaan akan umumkan pada malam neh. So nak tahu benar atau tidak sama2 kita nantikan.

Namun, jika tidak diumumkan pada malam neh, tetap akan berlaku kenaikan dalam masa terdekat. Itu info yg dia bagitau saya. Pendek kata naik tetap naik. Ron 97 dan 95 akan naik cuma berbeza tarikh dan waktu sahaja. Kalau nak tahu tarikh tepat just call idris jala or najib. Kah kah kah

Kalau nak tahu ron 97 ikut harga pasaran. So harga bagi ron 97 memang akan disemak setiap hujung bulan tiap2 bulan dan kenaikan akan diumumkan pada tiap2 awal bulan terbabit. Kalau bercadang nak maki hamun ke kata2 kesat ke nak mengutuk ke apa ke saya cadangkan jgn teruskan niat keji anda itu. Heh

Bukan apa, tangan yang mengundi tue, mengundi BN. So kalau berani sangat maki lah diri sendiri sebelum maki BN. Boleh? Heh. Bagi yang tak undi BN bolehlah maki hamun BN, ada logic sket. Betul?

Apa pun selain dari petrol ron 97, saya suspect minyak masak juga akan dinaikkan tak lama lagi. Disebabkan minyak masak dah mula di sorokkan di seluruh malaysia dalam sebulan neh. Pemborong dah mula hadkan penjualan kepada peruncit kerana kekurangan bekalan, ini diakui oleh pemborong menerusi astro awani.

Memang pada mulanya saya fikir hanya minyak masak je bakal naik tp rupanya petrol turut menyusul selain sayur-sayuran import.

Nak taknak kita kena berdepan dengan beberapa kenaikan tak lama lagi. Cuma kita tak pasti bila. Di sini saya bagitau beberapa barang yg akan dinaikkan agar pengguna bersedia dari awal walaupun bersedia ke tak bersedia ke sama je kesan nya. Heh

1. Beras
2. Petrol
3. Minyak masak
4. Product tenusu
5. Tambang bas
6. Tarif elektrik & air [tarif air bagi sesetengah negeri sahaja]

okey?
Info neh saya dapat dari beberapa sumber.



Ameno : WOW.. ini betul2 kasi aku termampos.

Ahad, 2 Januari 2011

Himpunan lawak Datuk Seri Ali Rustam










Berikut di atas ialah koleksi lawak cara DAR = Datuk Ali Rustam menjawab hujah balas dari pembangkang ataupun ketika memberikan statement berhubung beberapa tindakan pembangkang.

1. Masjid jadi balai raya pun masalah. Kalau jadi tempat wat parti umno no hal kot. Kah kah kah

2.Kah kah kah. Gila bangang punya statement. Dia kata PR dengki oiii.. kah kah kah adoii tolonglah aku.. menteri sapa neh? Ingat tue PAS, DAR tak bagi nek benda alah tue.. kah kah kah

3. Tak perlu dipoliticiankan kata DAR.. bahasa seorang ketua menteri.. ingatkan aku yg menulis tadi.. kah kah kah beria2 DAR makan pisang tue weh.. kah kah kah

4. DAP je yang anti-judi? BN macam mana? UMNO macam mana? kah kah kah

5. 21 tahun PAS perintah kelantan tak berkat kata DAR. Huisshhh dasat.. DAR perintah melaka juga yang berkat kot.. kah kah kah apa citer ladang khinzir tue dah settle kot.. kah kah kah

6. Ejaan baru tue.. kah kah kah.. kat melaka semua orang islam wajib tutup aurat kot... kah kah kah bagi aku lebey bek lambat daripada tiada...

7. Ini paling lawak dowh.. sampaikan niat PAS pun DAR boleh baca.. kah kah kah ajak2 ayam enh? kah kah kah.. lawak dowhh...

Inilah dia jawapan ketua menteri melaka. Budak tiga tahun pun gelak baca. Siyes. Heh.

Dalam pada itu aku jumpa satu statement bangang dari pengampu tegar DAR.. lue orang fikirlah sendiri.. soal rezeki anak2 kelantan neh aku tgk dah banyak kali org2 umno dok jaki dari dulu lagi. Apsal enh? Heran betul lah aku..


Ameno : Dah tak larat nak gelak dah weh..

Gerakan anti Maher Zain oleh Melodi!

Yes. Ini ada satu gerakan. Gerakan ini mmg best. Gerakan ini ialah gerakan anti Maher Zain. Bukan calang2 orang yg menerajui gerakan ini. Gerakan ini diketuaiM oleh dua kumpulan yg mempunyai pengaruh besar di malaysia iaitu :

1. Melodi

2. Utusan Malaysia

Baiklah bagi mereka yg berminat utk menyertai gerakan ini anda kena buat beberapa perkara bagi melayakkan anda utk masuk ke dalam kumpulan ini.

1. Mula2 korang kena fitnah Maher Zain, tak kisah lah cara korang fitnah tue, wat vitie dengan tuduhan liar ke,


2. Tajuk akhbar yang panas ke,


3. Wat klip video yang memaparkan statement syok sendiri ke,


4. Lebih baik kalau boleh super impose maher zain ataupun dok push2 maher zain pasal kisah rumahtangga dia sebab ini mmg kemahiran melodi ==> menjahanamkan rumahtangga orang.


5. Lepas dah buat, upload lah ke group fb melodi / bagi je kat wartawan2 fitnah melodi.


6. Then tunggulah APCO calling2 korang ke apa untuk collect bayaran dan sebagainya.


7. Kena faham sket lah media prima neh pro umno.


8. Umno neh pro APCO.


9. APCO pro israel.


10. Israel anti palestine.


11. Maher Zain sayang palestine.


12. Maher zain wat lagu2 kesedaran supaya kita sama2 bantu palestine.


13. Rakyat malaysia pula suka Maher Zain sebab masyarakat muslim di malaysia mmg tengah kehausan lagu2 dakwah mcm neh.


14. Jika rakyat Malaysia terlalu menerima baik Maher Zain, maka Apco / Israel akan terjejas dan berkecil ahti. Israel kan jenis cepat kecil ahti, sebab tue dorang suka bom situ sana sini.


15. Jadi gerakan fitnah ini diwujudkan bagi memburukkan imej Maher Zain agar tidak disayangi sangat oleh rakyat Malaysia.
Mudah bukan? So mau anti Maher Zain dan support APCO? Hah cepatlah fitnah Maher Zain then salurkan kepada wartawan2 utusan dan tv3 mereka tengah tunggu tue. Sehari tanpa fitnah ibarat mereka hidup tanpa udara.

Lagi lanjut sini
dan sini



Ameno : Apa no telefon Apco enh?

Recap 10 terhangat : Kes kematian kontroversi 2010

2010 telah berlepas dan melakar pelbagai kisah suka dan duka bagi sesetengah individu. Berikut adalah 10 kematian terhangat yang mencetuskan rasa ingin tahu masyarakat umum sehingga mendapat liputan meluas pelbagai jenis media tanah air dan media antarabangsa.

10. Kematian Sarina Jaafar.

Sarina jaafar yang juga pengasas product kecantikan aveer ditemui mati di kediaman nya ketika kes pembunuhan kejam sosilawati dan tiga yang lain menjadi bualan masyarakat malaysia.

Kematian sarina jaafar diklasifasikan sebagai kes bunuh diri akibat tekanan dalam masalah perniagaan. Kisah ini disahkan oleh PDRM dan keluarga arwah, tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kematian kejam sosilawati dan tiga yang lain.

9. Pembunuhan kejam ustazah dan anaknya.

Mangsa yang dikenali sebagai Norliza Ishak seorang ustazah dibunuh dengan kejam oleh jiran sendiri. Selepas membunuh ustazah, penjenayah bertindak lebih kejam dengan membunuh anak mangsa iaitu Amirul Aiman Mohd Yusof bagi menutup perbuatan tersebut. Bacaan lanjut disini

8. Kes rogol dan bunuh seorang remaja perempuan.

Kisah ini turut mendapat perhatian umum apabila seorang remaja perempuan Ilya Nabilah Rosanita yang berusia 19 tahun ditemui mati dalam keadaan diikat pada sebatang pokok, berbogel dengan kesan tikaman di dada, dirogol dan dibunuh bagi menutup jenayah rogol terbabit. Lagi lanjut disini

7. Penderaan kejam kanak-kanak berusia 18 bulan.

Kanak-kanak berusia 18 bulan, K.Haressvarran didera dengan teruk sampai mati. Diberitakan 6 tulang mangsa patah teruk. Baca sini


6. Tragedi pembunuhan keluarga Imam.

Imam sekeluarga yang mati dibunuh juga turut mengemparkan rakyat malaysia. Bacaan lanjut disini

5. Kes kematian kejam Syafia Humairah.



Syafia humairah seorang kanak2 yang berusia tiga tahun dibunuh dihadapan orang ramai di tengah2 padang bola sepak pada feb 2010 yang lepas. Ketika kejadian, bapa tiri yang membunuh kanak2 terbabit marahkan syafia yang tidak pulang ke rumah meskipun telah dekat waktu senja bertindak memukul mangsa tidak henti2 termasuk memijak2 kepala mangsa. Kesan perbuatan tersebut menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian. Ketika kejadian tersebut berlaku, beberapa remaja memerhatikan perkara tersebut tetapi tidak berani masuk campur kerana bimbang dipukul.

Akhirnya mangsa mati setelah didera bertahun2 lama nya. Baca lanjut disini

4. Kemalangan ngeri 10/10/10



Kematian ngeri beberapa penumpang akibat nahas kemalangan jalanraya yang melibatkan bas-bas-kereta-van pada 10/10/2010 dicatatkan sebagai antara nahas kemalangan jalanraya yang terburuk dalam 10 tahun kebelakangan ini.

Kemalangan berpunca kerana pemandu bas terbabit gagal memotong kenderaan dihadapan nya lalu memaksanya utk mengelak sebelum terlanggar pembahagi jalan, pokok, sebuah bas, sebuah kereta dan sebuah van sebelum terbalik dan terpisah tempat duduk dan bumbung bas. Baca lanjut disini

3. Kematian misteri bekas Adun BN.

Bekas adun BN iaitu Abdul Aziz Mohd Nor dan Siti Rohana 43 ditemui mati ditembak di kepala dalam kereta yang mereka naiki. Terdapat beberapa spekulasi tersebar di antara ialah bekas adun terbabit membunuh diri dan kemudian nya membunuh pembantu peribadi, atau sebaliknya, dan ada yang mengatakan bahawa kedua2 mereka ditembak mati oleh individu ketiga. Kisah ini tidak diketahui samada sedang disiasat oleh PDRM ataupun sudah ditutup.

Bacaan lanjut disini

2. Kematian tragis Aminul rashid.



Aminul rashid yang ditembak sampai mati dan dilabelkan sebagai perompak oleh PDRM melalui suratkhabar UTUSAN MALAYSIA juga turut meraih perhatian luar biasa rakyat malaysia. PDRM yang dituntut untuk minta maaf kepada arwah keluarga aminul rashid kerana memfitnah arwah sebagai seorang perompak masih enggan dan berdegil untuk membuat permohonan maaf secara terbuka. Kesan daripada berita negatif/fitnah yang dibuat terhadap arwah membuatkan arwah dicaci, dikutuk, dihina, dimaki, dituduh, dan dilabelkan pelbagai gelaran yang tidak baik dan ini melukakan keluarga arwah yang menghadapi detik2 sukar akibat kehilangan anak bongsu yang tersayang pada ketika itu.

PDRM juga turut dikecam oleh masyarakat akibat perbuatan mereka yang menembak mangsa [aminul rashid] membuta tuli ketika kejadian tersebut. Pelbagai group fb yang ditubuhkan oleh pembela aminul rashid [siapa mereka, kita sama kita tahu] juga dipantau secara khusus oleh PDRM kerana terdapat banyak luahan tidak puas ahti rakyat terhadap sikap PDRM selama ini.
Ketika ini kes mahkamah masih berjalan. Baca lanjut disini.

1. Pembunuhan kejam Sosilawati dan tiga rakan nya yang lain.


Kes kematian kejam Sosilawati dan tiga yang lain menutup tirai 2010 antara salah satu kes pembunuhan yang paling kejam dalam sejarah kes2 pembunuhan di malaysia. Sosilawati dan tiga yang lain, diculik, dikurung, diugut, dipukul, ditikam sampai mati dan mayat2 kesemua mangsa dibakar bagi menghilangkan bukti DNA di sekitar tempat kejadian.

Kes ini mendapat liputan meluas dalam dan luar negara. Beberapa segmen khas ditubuhkan oleh beberapa unit berita bagi cover kisah pembunuhan kejam ini kerana kes pembunuhan ini meraih perhatian luar biasa seluruh rakyat malaysia. Kisah kejam ini berlaku ketika umat islam sedang berpuasa dan kisah ini juga mencetuskan beberapa insiden perkauman bagi mereka yang ektremis. Kes mahkamah masih berjalan. Terdapat beberapa pesalah telah dikenakan hukuman namun mengundang rasa tidak puas ahti masyarakat umum kerana hukuman disifatkan terlalu ringan. Lanjut di sini , sini dan sini



Kisah ini disenaraikan mengikut ranking carian google.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...